Sunday, June 20, 2010

Happy Marriage!

Combine jadi dua even.

Satu, selamat pengantin baru buat cik adik kakak senior sekolah lama zaman main cop tiang, lumba lari, galah panjang tapi pemain dia semua kemetot. Dia tak main cop tiang sebab dia sopan orait. Yang kedua; hari ini event bersama-sama buka cerita lama kau kena hentam dengan ustaz yang setiap kali jumpa asyik ulang benda sama! Mari bereunion!

Tak pernah bosan.

Siapa kata jangan mengenang masa lampau sebab masa lampau akan buat kau tak boleh melangkah lebih jauh? Siapa kata? Siapa kata?

Aku suka mengenang masa lampau sebab masa lampau semua manis walaupun pahit.

Siapa kata kena rotan dengan ayah sampai berbirat betis itu manis? Siapa kata zaman kena jemur tengah panas sambil kena bambu dengan empat belas naskhah syarahan bebelan ustaz itu manis? Siapa kata berlari tak cukup tanah lepas tu jatuh habis berdarah lutut bercalar jam sebab kena kejar dengan pak guard itu manis?

Siapa kata tingkatan empat kau jumpa buah hati, tingkatan lima kau senyum manis, masuk asasi kau kena tinggal, bila tahun dua kau kena hina maki caci itu manis?

Siapa kata?

Tapi semua yang pahit pahit itu sudah menjadi manis sekarang bila kau boleh tarik nafas lega dan membesar dewasa. Semua yang pahit itu ajar kau menjadi sabar dan mengerti setiap pahit itu ada buah hikmah yang madu rasanya. Semua yang pahit itu sebenarnya mendidik kau memahami bahasa alam penuh rahsia dan perlukan penghayatan. Semua yang pahit kau mahu atau tidak, kau kena telan itu adalah vitamin peneutralan perasaan dalam tumbesaran usia kau.

Sebab itu kau dewasa.

Kan belajar dari pengalam tu macam melukis tanpa pemadam?

---

Semua dah besar-besar. Semua dah nak beranak-pinak. Aku je yang masih mengekalkan main selipar tiga. Heh.

No comments: