Takziah kepada mak aku kerana menjadi mangsa ragut petang tadi.
Mak aku mahu membayar pisang goreng di sebuah gerai Kak Kiah (Okay, tang nama aku tipu) petang tadi. Adik aku yang penat tertidur didalam kereta kancil sementara menunggu mak aku. Yang mengidam nak makan pisang goreng, adik aku yang bongsu. Banyak kan adik aku?
Datang seorang lelaki bermuka cengkung turut sama mahu membeli air teh bunga di sebelah mak aku. Bila pesanan pisang goreng mak aku dah siap, mak aku keluarkan purse untuk bayar. Tiba-tiba...
Zaassssss!
DIRAGUT oleh manusia yang membeli teh bunga itu!
Bongok!
Lepas dah siap meragut macam kambing tak ada akal, dia campak beg duit mak aku dekat area, macam Kubang Kerian ke Kota Bharu. Haa. Sejam setengah je wehh lesap segala harta dalam beg duit tu. Macam tu lah kot jaraknya. Tak pun dekat lagi. Aku tak reti sangat describe kalau area KL Selangor ni. Wuu.
Orang sibuk duk berjihad kat Palestin sekarang, kau berjihad meragutlah kannnn!
Kesian mak aku. Dia dahlah mudah panik. Mujur ada adik aku tenangkan mak aku. Tsk tsk tsk!
Orang melayu. Bangsa aku. Agama serupa, warna kulit sama! Malu nak mengaku satu muslim eh. Selalu aku dengar mangsa ragut, hari ini mak aku. Mujur selamat, sihat, tak cedera.
Dunia hari ini! Bila Peragut satu profesyen.
Pekerjaan: Peragut
Insaflah. Hari ini kau selamat, esok? Doa orang teraniyai Allah makbul cepat tahu.
p/s: Aku rasa aku nak tukar kerjaya boleh?
p/s/s: Setiap kali balik, aku suka gila jumpa orang lelaki dukung bayi! Memang rasa lelaki begitu hati dia SOFT! Wuuu.
p/s/s: Setiap kali balik, aku suka gila jumpa orang lelaki dukung bayi! Memang rasa lelaki begitu hati dia SOFT! Wuuu.
Pesanan Besar: Aku pernah baca ini; Jika mahu melihat lelaki penyayang. Lihatlah dia bersama bayi dan binatang. Merekai dicintai makhluk makhluk ini.
10 comments:
Salam takziah =)
p/s: Suka Pesanan Besar
TQ~
Suka pesanan besar setiap entri ke, pesanan besar kali ni je?
Kalau kali ni je, ada maksud lain maknanya. Hehhehehhehe. :P
Pesanan besar kali ni je.. he5
Hek hek hek. Nak cakap disukai bayi dan binatangkah? Hahhahahhaha.
Lalalala...
Muahahhaaha. :PP
wakakaka, lawak tul event citer die sadis..
Err.. Apa yang lawak? Hee. :D
Takziah. Alhamdulillah ibunya selamat.
Sekarang zaman terdesak. orang sedang menelefon pun diragut telefon itu.
Moga lebih berhati-hati selepas ini
Tu lah. Tengah menelefon pun sempat meragut. Dunia. hari. Ini.
Dah tak selamat.
Post a Comment