Monday, February 8, 2010

Tahajud Cinta

Okay. Tajuk nak gempak. Hari ni rasa gatal nak pegang pen khat lepas tu kecewa bila mata 2.0 dah tak sharp dan berbulu yang buat aku frust bila nak tulis huruf wau, alif dan ra. Frust eh! Frust.

Okay. Yang terror khat jangan gelak. Lama tak pegang pen. Saya tahu saya tak ikut disiplin menulis. Saya tahu saya tak buat ikut syarat bila kepala 'ca' harus tiga titik setengah. Saya tahu saya buat huruf 'ha' sangat hodoh. Saya tahu saya buat khat thuluth tapi dah jadi macam nasakh hodoh dan diwani, eh diwani macam ni? Huda! Cepuk kang!


Kamera tak ada bateri jadi handphone cikai jadi mangsa. Aku nak cakap mujur sebenarnya. Kalau tak, setiap satu salah aku kau boleh tilik. Kalau ustaz aku ada ni, tak adanya kau aku nak tengok kertas tu putih bersih lagi suci. Merah satu muka bolehlah sebab tak ada yang betul.


Lihatlah mata pen ku sudah berbulu. Oh! Sebab tu saya suka guna buluh! Tapi guna buluh tak cermat silap hari bulan lenjun kertas dengan dakwat. Haih.







Hahhahahahhahahhahahhahahhaha. Amacam. Ada feel wanita ayu comel dan sopan. Hehhehe. Okay. Aku tahu aku tahu aku tahu! Tak yah cakap. Hodoh. Kau tahu kenapa tiba-tiba aku nak tulis khat? Sebab gambar kat bawah ni dan sebab aku tengah feeling lagu Siti, Tahajud Cinta.


Poyo bukan?

Ramai tanya ni mata siapa? Ni mata siapa? Siapa? Bila aku cakap ni gambar aku, ramai tak percaya sebab comel sangat. Tahulah indirectly kau nak cakap aku tak comelkan? Hahhaha. Aku sedar. Aku sedar. Dah memang aku. Serius. Kang aku tipu, dapat dosa extra. Tapi nak dapat hasil ini, 50 keping telah diambil. Okay? Over kan? Dahlah ambil gambar sendiri. Sendiri photographer, sendiri model. Multipurpose. Hii.

Feelinglah lagu Siti ni. Heh. Rasa nak jatuh cinta boleh?


This ugly pictures dedicated to those who already stepped in and those who are about to step into my life. (Eh into eh?).

Taubat benci gila aku tengok khat aku. Serius huduh! Syafiq, kalau kau sampai sini, sila jangan gelak!

Tolong abaikan kesan liquid. Tulisan aku tiba-tiba hodoh malam ni. Selama ni lawa. Hehehhe.

3 comments:

DarkArtz said...

perghhhhhhh...........
cantikkkkkk...........
bagi orang yang tak tau tulis khat cam aku ni, dah ternganga dah tengok..........
hahaha..........

:.Yus.: said...

erm dh lama xpegang pen khat.sejak tinggalkan sekolah mmg xsentuh lgsg..huhu

cantek apa..

klu akak yg bt mmg lg hodoh la..huhu

INFINITY said...

Azahiri: Kalau orang yang tahu, memag diorang aku gelak. Serius. :P

Kak Yus: Hiii. Dia kan kalau dah tahu salah, macam mana bila orang kata cantik, dia jadi guilty sikit. Hihihihihi.