Sunday, February 14, 2010

Rekostruktif ACL

Hari ini aku ingin menceritakan perihal kecederaan ACL (Anterior Cruciate ligamen). Ini adalah entry ilmiah secara santai. Kot.

Anda tahu apa itu kecederaan ACL? Anda tahu apakan antara punca dan simptom-simptomnya? Anda mahu tahu apakah rawatannya? Oh. Aku akan cuba menceritakan serba sedikit. Ingat. Ini bukan entri serius. Ini entry cool yang santai-santai aja.





ACL merupakan ligamen/urat yang ada pada pelipat kaki/lutut yang menghalang kaki dari sesuka hati dia nak bergerak ke depan atau ke belakang. Macam ketika kau melompat, kaki akan dengan automatiknya balik kepada kedudukan asal kerana adanya ligamen ini. Terima kasih ACL.

Kecederaan biasanya berlaku apabila sesorang itu terlibat dengan permainan yang memerlukan berlari dan melompat atau menyepak pada masa serentak. Ini kerana, okay aku terjemah ayat inggeris kat bawah tu; tulang kaki terpusing (twist tu kira berpusinglah eh. Malas nak mengadap kamus) pada arah yang berlawanan dan pada ketika itu semua berat badan kau ditampung oleh kaki yang cedera itu. Maka, terputus dualah dek tak tertanggung berat. Ayat ini puitis sedikit.




Okay. Apa rasa dan apa jadi dan apa contoh eh kalau cedera gini. Kalau kau tanya aku apa dia rasanya, aku akan cakap, Masyallah! Hanya tuhan sahaja yang tahu rasanya. Kes aku, aku main futsal. Dek kerana aku mengalami masalah keseimbangan (Right Saccular Dysfunction), aku tidak dapat mengawal diri dari terjatuh kerana berasa seperti naik bot lalu kelepiiiiiiiiiiik! Terputus dualah ligamen ini.

Antara perkara yang sangat jelas bila ACL kau putus dua, kaki kau akan serta merta membengkak. Ini menunjukkan sudah berlaku pendarahan. Heh! Dah nama pun putus dua, kalau tak berdarah tak tahulah. Ligamen ini berada di dalam, jadi darahnya kau tak nampak. Yang nampak bengkak berserta sakit yang uish!! Masyuk! Oh, sebelum itu, ketika cedera kau akan mendengar bunyi 'pop' yang kuat. Orang lain mungkin boleh terdengar sama. Tapi aku tak dengar pula masa aku jatuh.
Selepas kecederaan, mungkin selepas hilangnya sakit. Kau sangat mudah hendak jatuh. Ini berlaku kerana ligamen yang mengawal kaki kau ke depan atau kebelakang hilang fungsi. Jadi, dia suka suka hatilah terkedepan atau terkebelakang. Ini merbahaya bila naik tangga atau turun. Kecederaan lebih serius mungkin berlaku.

Cuma aku berbeza sikit dari orang lain aku kira. Kaki aku tidak serta merta membengkak cuma sakit sejurus selepas jatuh tu agak menakutkan. Sebagai seorang yang cool, aku tidak menangis dan aku berjalan macho. Bermula petang barulah sakit seperti makin teruk. Tidak boleh membengkok langsung dan kena sembahnyang duduk atau berdiri sahaja. Aku prefer berdiri kerana duduk harus bengkok kaki. 

Malam harus pulang ke Kelantan. Sila bayangkan 8 jam aku duduk dan bengkokkan kaki. 8 jam menangis tahan sakit. 8 jam rasa Ya Allah tak tahan dah eh! (Skit baru nak ingat tuhan. manusia). Esok pagi-pagi buta, terasa dukacita makin melampau bila kena sendirian bertemankan kaki ngilu dan sakit! Jalan kaki tak pakai kasut dah. Sebelah kaki tak boleh hatta nak tampung kasut yang ringan.

Jalan masuk asrama dengan hati releklah Huda! Sakit sikit aja! Sikit aja! Siiiiiiiiiiiiiikit! Sikit sikit pun air mata ada dua gelen!

Nak dapat proper diagnosis 2 bulan! 2 bulan okay! Oleh kerana kecederaan ini adalah kecederaan ligamen, maka dalam filem sinar X takkan berupaya memberitahu ligamen kau putus. Kau perlukan MRI ataupun tebuk tengok atau dalam bahasa ortopediknya, artroskopik (aku tibai aje ejaannya).

MRI sangat mengerikan. Aku dah rasa. Rasa macam aku masuk keranda dah ke. Huhuhu. Atroskopik pun agak menyakitkan. Pun aku dah rasa. Kau pilihlah mana satu kau nak asalkan kau dapat proper dignosis. Jangan jadi macam aku bila doktor asyik bagi painkiller dan ubat saraf. Dua bulan. Dua bulan okay!

Walaubagaimana sukar sekalipun. Aku padankan muka sendiri sebab dapat kecederaan ini. Siapa suruh main masa sakit dan siapa suruh tak dengar cakap orang tua. Kan?




Ini adalah gambar ligamen putus dua.

Bila dah disahkan memang ACL putus, nak buat apa je? Kita boleh bahagikan kepada dua; surgeri atau rawatan konservatif. Ada orang dia tak nak lalui surgeri dan dia redha kalau terpaksa melupakan semua aktivit bersukan. Jadi rawatan konservatif ini merupakan terapi untuk menguatkan otot quadriceps/peha. Jadi fungsi ACL bergantung pada kuatnya otot peha sekarang.

Bagi atlet, walaupun aku bukan atlet, aku mahukan diri aku yang boleh berlari dan melompat dan bersukan. (Okay, aku dah janji tak nak main futsal dan taekwando. Yang lain boleh.) Mereka yang selalu mengalami ketidakstabilan lutut juga harus melakukan rekonstruktif ini. Pengantian ligamen ACL adalah sangat diperlukan. Walapun kesannya mungkin bukan seratus peratus balik kepada asal, tapi Insyallah 95 peratus itu ada kerana ligamen yang putus tidak akan bersambung dan tidak akan kembali seperti asal. Tsk! 

Kan dah kata mencegah lebih bagus dari merawat. Uwaa.




Ini adalah diagram ringkas ACL rekonstruktif. Penggantian ligamen boleh dibahagikan kepada 3 keadaan. Keadaan pertama, ligamen diambil dari tendon patela kau sendiri. Sekarang pegang lutut. Aku kata pegang! Rasa tak macam ada tulang bulat kat lutut. Itu patela. Nanti ligamen dari situlah doktor ambil ganti ACL.

Opsyen kedua, tendon hamstring. Dekat sebelah peha. Berbanding patellar tendon, tendon dari sini kurang rasa sakitnya. Aku kata kurang okay. Bukan TAK sakit. Namun ada surgeon tertanya-tanya kestabilan tendon ini. Ini aku baca aja. Yang sebenarnya, tak tahulah.

Dan yang terakhir. Ambil dari tendon patela penderma (cadaver/mayat). Ada beberapa isu lah bila ambil dari penderma. Antaraya, isu sterilization, proses penyembuhan (erk! Aku ingat yang ni lagi kejap), risiko kecil bagi infeksi. Pun begitu, metod ketiga membenarkan pembedahan dilakukan secara artroskopik sepenuhnya dan mengurangkan risiko sakit selepas pembedahan.

Aku? Aku akan guna opsyen nombor tiga! Oh! Aku rasa takut pula. Prof. Faisham, guna nombor dua boleh? Aduhai.

Kau akan dibius separuh. Ini bermakna sepanjang pembedahan, kau boleh dengar nurse menyanyi, surgeon ketawa dan kalau ada medical student, kau boleh nampak muka excited mereka. Over lah aku ni. Hihihi. Bius separuh ni tak sakit sebab sedar-sedar kau rasa oh! Aku dah lumpuh. Kau akan insaf dan mula rasa nikmat yang ditarik kejap, boleh berjalan.

Kalau kau tanya aku benda paling menakutkan bila?




Masa ini. Masa nak keluarkan tiub drain darah ini! Aku akan menjerit oi! Hilang sifat ayu aku! Ni bukan kaki aku. Sila faham.

Selepas pembedahan. (Bunyi besar eh bedah ni!) Dan dan tu kau kena buat rehabilitasi. Iyalah, dah ada dua skru dalam lutut. Takkanlah kau nak esoklah rehab. Tak aci dan tak boleh. Kau sangat perlukan immediate rehab untuk memastikan tiada stifness (kejang eh) berlaku akibat skru. Silalah bayangkan sakitnya itu. Aku mengantuklah. Nantilah aku sambung bicara ilmu separa ilmiah ini. Aku dah lama baca pasal ACL Reconstruction ni. Baru rasa nak menulis. Kalau orang baca dan dia dapat ilmu, aku dapat pahala. Kalau tak pun, aku dapat pahala juga.

Insyallah.

p/s: Kawan tak ada nanti kat wad. Euww!
p/s/s: Gambar ni aku curi kat Google. Terima kasih eh!
p/s/s/s: Kalau terasa nak tengok videolah. AKu ambil yang paling pendek. Klik sini.

2 comments:

nana, yg comel tu. said...

hoi, kau mahu menjana wang di nuffnang kah, oh, jeles sbb wordpress tak leh buat camtu.

Acher Md Som said...

Dua bulan tu boleh berjalan tak?