Thursday, March 13, 2014

Just In Case

Kalau—
Tuhan takdirkan aku tidak dijumpa juga.
Sumpah. Aku juga mohon diselamatkan sentiasa.
Cuma jika.
Kalau dalam ketentuan terjadi juga.
Aku ini.
Sedang menyedia payung untuk hujan yang mungkin tiba.

Jika—
Aku hilang tanpa suara.
Manusia pertama aku ingin membaca.
Adalah ahli keluarga.

Aku mungkin bukan sebaik baik cahaya mata.
Bukan juga sebaik baik adik dan saudara.
Tidak juga reti mempamer sayang dan cinta.

Tapi—
Tuhan.

Inilah yang akan muncul paling pertama.
Saat hidup dan mati antara dua.
Moga ibu ayah saudara mengampun segala dosa.

Drama.
Mungkin itu kau akan kata.

Sila.

Aku—
Pernah merasa bakal mati sekali.
Dan inilah yang datang dahulu,
Kalau kalau inilah yang terakhir kali.
Ini.
Dosa yang ada tak termaafkan.
Oleh ayah bonda.

Tolong.
Sampaikan ini pada mereka.
Kalau kalau inilah dia penghujung nyawa. 




No comments: