Friday, April 19, 2013

Tipu

Aku lukis gambar ni kalau tak salah aku masa tengah lecture. Masa bile lagi?

Haaaa.

Masa terbaca quote ni, aku teringat zaman sekolah menengah. Zaman budak tengah naik. Tinggi je tak naik naik. Masa tu sampai masa ni, aku tak reti menipu. Kalau aku menipu mesti aku gelabah ayam. Bila aku gelabah, orang taulah aku tipu.

Simple circle.

Masa sekolah asrama, time yang apa je peraturan harus dilanggar. Macam, hello peraturan untuk apa?

Untuk dilanggarlah.

Heee.

Bila kena tangkap, geng aku mesti cakap. Huda sila senyap jangan buka mulut.

Hahaha. Bila aku buka mulut, memang jujur-cari-pasal-kena-sebat-zassssss!

Tapi aku perasan satu benda ni, satu ceritani, saat kantoi curi keluar sebab tuisyen dekat luar.

Aah.

Asrama aku ada tuisyen dalam asrama. Macam pergi tuisyen swasta tapi buat kawasan asrama. Apakejadah tuisyen namanya.

Kali ni tak leh senyap. Tak leh tipu. Nak jujur. Sebab dia akan berulang, konsisten. Nak kena tangkap senang. Pastu part of the body kena reserve sebatan untuk benda lain lagi. Jadi yang ni mesti jujur.

"Saya tak bolehlah ostat. Saya tak boleh. Kalau ostat tak benarkan, saya akan buat jugak. Dah memang tak boleh. Saya kena belajar luar asrama untuk tuisyen. Dahla sekolah muka sama, tuisyen pon muka sama. Kalau ostat tak kasi, kenalah prepare sebat lain berkali-kali,"

Sambil nangis nangis. Sambil sedut hingus srooh srooohh.

Ostat pun cakap.

"Okla okla. Boleh keluar. Tapi jangan cakap dengan orang, nanti semua kata tak adil. Kalau kena tangkap jugak dengan exco, kite kawtim belakang belakang,"

Pergh.
Terus sayang ostat!
Terus rasa ostat sangan memahami.
Terus rasa lepas ni tak yah lah aku kena reka macam macam cerita selamat diri,
Lepas tu kena ingat pulak cerita ni manalah tau later kena sebat lagi, terus ditanya minggu dulu salah apa kau buat sampai asyik kena sebat?

Kang tak pasal nak sorok satu cerita, terbuka lain punya dosa.

Heh.

Pastu aku jadi teringat kata kata ni,

Kalau kau cakap jujur,
Kau tak payah hapal every single word kau dah cakap.

Kan?

Wednesday, April 17, 2013

Alohai

Gua kalau gi makan luar kawasan rumah tempat kena menginap, mesti breakfast gua cari scrambled egg and honey star campur susu.

Mesti.

Wajib.

Kali ni, umur ini, still gua buat perangai sama. Tak lengkap sarapan gua takde benda alah ni.

Elok elok gua duduk, doktor lelaki hospital gua yang senyap, or perhaps gua yang tak banyak cakap dengan dia (oh very rare gua mulut senyap) telah datang dengan muka serius.

"Eh, awak darjah berapa?"

Sengih sengih. Gelak gelak.
Gua haruslah ketawa tak hengat.

Kemudian beliau berlalu. Dan datang semula dengan muka evil. Atas pinggan ada foods dan sekeping biskut. Dalam hati, oh gila gigih pusing penutup bekas kaca gabak ambik biskut nipis, sekeping.

"Nah, biskut meri, budak suka biskut,"

Mulut nganga berserta gelak tahan disitu, mata gua buntang, tangan bergarpu dah terangkat sedikit tinggi

"Doktor!!!"

Monday, April 8, 2013

Lu Jantina Apa?

Gua dulu anti gila nak naik public transport sebab gosh gila tak suka kena tunggu. La ni, gua okay je sebab danggggg nak duduk melangut dalam jem lagi gua tak sanggup.

Gua lama dah tak naik KTM, selalu bantai LRT. Gua okayla naik LRT sebab pada gua agak tepat masanya. Agak. Dan tren dia banyak kali. So kalau terlepas satu, takdela gua berjanggut nak tunggu next tren sampai destinasi.

Wa sayang Malaysia lebihlah! Tapi still kalau bakal hubby gua nak migrate UK, gua ikut. Luas pemandangan katanyaaaaa.

Heehewhew.

KTM oh superdupertupermuper lambat. Nak hangin satu badan pun tarak guna. Kau gak yang bajet masa tak berapa tepat.

Tapi syoknya dia ada koc wanita. Despite gua ni kasar setengah jantan, hati tetap wanita tetap perempuan still gua nak selamat maka melepaklah di sini. And and and... dalam koc ni ada polis. Agak agak tak nak malu alang, cek mata cek koc, lu masuk salah tempat ke tak.

Wa sayang Malaysia lebihlah! Tapi still kalau bakal hubby gua nak migrate UK, gua ikut. Luas pemandangan katanyaaaaa.

Heehewhew.

Dan, polis wanita cute ini sangat bagussssss.  Lu salah masuk, gua halau. Ok taklah halau tapi cakap berhemah. Rakyat Malaysia berbudi pekerti bersopan santin berlemah lembut.

Oh sayang sungguh gua pada Malaysia! Tapi still kalau bakal hubby gua nak migrate UK, gua ikut. Luas pemandangan katanyaaaaa.

Heehewhew.

Kemudian gua nampak polis cantik ni tak halau sorang mamat. Dalam hati, baiii lu ada bias jugak ke? Apsal, itu mamat kacak lebih ke?

Kemudian gua kecikkan mata, tajamkan retina.

OMG! OMG! Itu manusia gua sangka kacak, sama jantina dengan gua!

Terus gua tunduk insaf. Gua sungguh berada di akhir zaman.

Sayang sungguh gua pada Malaysia. Hari hari gua doa mohon jangan Malaysia terpesong landasan. Negara Islam sudah cantik, biar pekerti Islam ditanam juga jadi sandaran!

Tapi still kalau bakal hubby gua nak migrate UK, gua ikut. Luas pemandangan, kaut pengalaman, tambah pengetahuan, pupuk lebih kesyukuran.

Allah, jangan pudarkan iman.
Kalau mati, biar dalam kebenaran.
Ayuh berpesan-pesan,
Jangan lelaki menyerupai perempuan,
Jangan juga perempuan bertukar jantan.

Oh, gua belun ada hubby. Belum juga ada bakal. Apatah lagi bekas.

Kesian.

Mau isi borang?
Kasar kasar gua, hati masih perempuan.

Apa orang kata?
Dalam hati ada tamannnn.

Hewhewhew.

---
Tak kelakar.

Monday, April 1, 2013

Selamat Bernikah, Aku

"Aku rasa nak kawenla,"
"Really? Me too,"
"Really?"
"Really!"
"Ko nak kawen macam mana?"

Kalau aku nak kawin. Aku kalau boleh tidak mahu bertunang.

Penat.

Aku kalau mahu bernikah, aku mahu majlis kecil tiada pelamin tiada berhias indah.

Susah.

Aku kalau ingin berkahwin, mahu kalau boleh hanya ratusan bukan ribuan bukan jutaan bukan kataan cacian. makian cercaan.

Apa orang kata, apa orang bicara, tidak perlu aku tahu, tidak pula mahu aku tahu.

Aku kalau mahu berkahwin, senang susah sama sama, bukan hanya pada manisnya nikah.

Aku cari suami.
Peneman.
Sahabat.
Bapa anakku.
Datuk cucuku.
Sampai tua.
Sampai syurga.

Bukan artis,
Dihari majlis.