Dalam dunia ni ada berpuluh juta ratus trilionmilionbilion manusia. Dalam banyak banyak tu, ada sebahagian manusia datang dan pergi, datang dan sementara, datang dan kekal.
Itu namanya kawan. Yang akhir.
Yang bila kau makan dia tak makan maka dia belajar. Yang bila dia pakai, kau tak pakai dan dia terima.
Yang bila kau nangis dia tak pilih mengalir air mata tapi membuat kau ketawa.
Itu sahabat.
Dia tak terima kau seadanya tapi dia belajar ikut rentak dan mencuba merubah irama agar sempurna tanpa sengketa.
Itu nyawa.
Aku?
Entah.
Belum sampai ke tahap itu. Bila aku mahu sunyi, aku berlari menyendiri. Bila tiba aku kembali, sekelip mata aku di sini.
Ya. Aku belum mulia bahkan tak pernah akan.
---
Sebenar benarnya aku tak tau nak tulis apa maka aku putuskan ini malam berjiwang.
Psiko.
No comments:
Post a Comment