Aku rasa kalau aku tulis ni, aku pun sama bodoh, tapi tak apalah. Hahhahahhaha. Kan ke dulu aku ada cerita yang kenapa kita suka salahkan Yahudi bila umat Islam rosak akhlak? Now, aku rasa aku nak komen satu benda lain lagi yang tak ada kena mengena (mungkin) tapi tak apalah.
Aku pernah tanya pada seorang ustaz ni bila dia cakap satu benda pasal berhati-hati dengan benda-apa-aku-lupa, tapi yang pasti perhal yahudilah. Simple, soalan aku, mana ustaz tahu?
And jawapannya, saya kaji.
Errr?
Sungguh tak relevan antara jawapan-saya-kaji dengan statement yang dikeluarkan.
Fine aku cetek ilmu dan aku malas nak dicop sesat so, fine.
Bila aku tak setuju, aku tinggalkan. Simple. Kalau kita sama naik, maknanya kita sama bodoh. That's it. Macam tu juga kalau kita tak puas hati, instead of berbengkeng, apa kata cari sumber lain dulu?
Because it is soooo hard; agree to disagree.
Well, dulu aku suka sangat menegakkan benda aku rasa benar yang aku tahu habis-habisan. Dulu, masa zaman study. Those yang kenal aku, tahulah. Tapi bila dah melangkah keluar zaman belajar formal, dan dah jumpa orang yang boleh buat kau sakit otak, sometimes, stay silent and stay away works!
Sometimes my mouth so itching to say something, tapi masa tu juga otak aku rational, that's it that's it that's it! Wonderfulkan, untuk terus senyum dan terima? Fuh, very wonderful! Aku rasa kejayaan besar bila ditegur, dinasihatkan, aku boleh dengar dan belajar. Bangga.
So now, the point of this entry.
"Agree to disagree,"
HAHAHAHAHA. Kadang-kadang kelakar, bung bang cakap, tapi terpalit ludah sendiri. Tak kisahlah ustaz ke, rakyat biasa ke, ilmuwan ke, yang penting... akal.
Dulu masa tengok laman sosial, aku rasa fun sangat. Fun nak tulis macam-macam, tapi fun tu lama-lama hilang. Manusia kan mudah bosan. Itu tak apa lagi, tapi kemanakah hala tuju fun tu akhirnya?
Bercerai-Berai
Oh tak payah cakaplah kat mana, Malaysia saja dah cukup bukti. Dalam baiknya laman sosial menghimpunkan semua kenalan zaman merangkak sampailah zaman bertongkat, buruknya tetap ada. Jumpa kekasih lama?
Ouch!
Menunjukkan Keangkuhan
Ini antara sedar atau tidak, atau antara sengaja atau tidak. Kalau dalam kalangan rakyat jelata macam aku, tak apa lagi. Tapi kalau dalam golongan ilmuwan, hmmmm? Mari kita beri satu contoh.
"Oh terima kasih ya Allah, dapat aku tolong orang buta melintas,"
Like seriously??! Oh, kau terima kasih kat laman sosial, siapa yang baca. No no no. Motif awal-awal lagi kau tulis? Okay, kau tak berniat pun nak riak kau tolong orang buta, kau just nak orang contoh. Alhamdulillah. Aku pun used to nak share ridiculous thing (to me it is), bila makin tua ni, macam macam fikir. Kita kan kena ikhlas buat kerja, baru ikhlas tu diterima, kan peeps?
Satu lagi yang menunjukkan keangkuhan adalah bila kita tak setuju dengan orang, maka kita tulis terang-terangan. Tak kiralah kau siapa, kadang-kala apa yang kita tulis, orang lain tak setuju (mungkin tak faham), tapi bila kita acknowledge dalam bentuk emosi (of course kita deny kita emosi), apa perasaan orang yang menulis yang hakikatnya mungkin dia hanya perlukan penerangan.
Ini golongan ustaz-ustazah kena ambil extra cautious perihal sabar dalam menjawab, orang boleh tahu anda melenting dalam menulis walaupun hujungnya smiley!
Menunjukkan Kebodohan
Oh sungguh terang tak perlu bersuluh. Kita tak setuju dengan seseorang, dan kita terganggu dengan kehadiran dia yang dalam masa yang sama, kita tahu dia juga terganggu dengan tulisan kita yang asalanya mungkin memberi ilmu (?). Maka, ada komen kita yang tercuit hati maka merajuklah ia.
"Hidelah status kalau macam tu,"
"Button unfriend kan ada?"
"Terima kasih kepada si polan bin polan (ni tag okay, tulisan kaler biru) kerana akhirnya unfriend saya dengan sukarela,"
What-the-heck?! Kau bersyukur dia remove, perlu ke kau simbah petrol dalam api rajukan dengan tulis besar besar jelas jelas kesyukuran kau itu? Sungguh tak profesional, apatah lagi menunjukkan kebodohan dalam meluahkan. Kemudian hadirlan batu batu berapi (mungkin tanpa niat) memujuk biarkanlah dia, ambil haluan sendiri. Kitapun jawab,
"I okay you, tak faham betul kenapa nak emosi emosi ni,"
Seriously? Kau tulis kesyukuran kau besar besar, kemudian tak emosi? Tarik nafas, hembus, tarik, hembus, cuba fikir semula, dalam kita rasa kita cerdik, ops, kita pun bodoh sama?
Menghasilkan Puak
Ni lepak je untuk nobody macam aku, tapi kalau somebody macam ilmuan, bahaya. Orang yang bertanya dengan kita lain tingkatan fahamannya. Kadang-kala kita dah jelas sehabis baik, tapi mungkin dia tak faham. Orang bila tak faham, angin dia satu macam, maka kita yang cerdik pandai ni lah seharusnya meaminkan peranan meredakan, bukan sama naik.
Datang pula seorang yang bertanya dan alhamdulillah dia memahami dengan sekali petik. Kita pun bersyukur lalu membalas, cakap dengan you lagi bagus, cepat tangkap cepat faham!
Bayangkan perasaan si polan pertama yang bertanya? Jangan zahirkan ayat-ayat menusuk begitu. Kita cerdik, maka kita mengajar, bukan menyindir. Kita tidak sedar (mungkin), tapi itu bukan alasan. Pasti tiada siapa mahu terasa di diletakkan dalam puak yang hmmm tidak bijak?
Melipat-gandakan Salah Sangka
Ini contoh mudah orang yang gatal tangan nak bagitahu benda lepas tu, hujungnya tergantung. Pertama, kalau kau bukan sesiapa, tak apa. Kedua, itu annoying, bila kau meluahkan perasaan marah kecewa, bila orang baca banyak spekulasi. Ketiga, entah fikir sendiri.
Sayang, kan kita kena jauhkan dari menimbulkan fitnah?
Kan aku kata entry ni menunjukkan kebodohan aku juga, sebab aku pernah juga buat benda yang sama, ingat atau tidak je persoalannya.
Okay, sekian terima kasih.
3 comments:
Tu laaa. Ada jugak fikir mcm tu, so akhirnya decide utk deactivate 'laman web sosial' tu. Tp xtau sampai mana boleh tahan. hehe. Semakin byk ditulis, semakin byk menimbulkan fitnah pulak rasanya. hehe. Tak tau lah kalau kak Hud cakap pasal benda sama ke tidak :)
Yeap! I'm talking I think the same think with yours! Serius Natrah dah deactiveate? Huu. Pernah fikir tapi kekuatan tu belum ada lagi. Heee....!
p/s: Macam nak ikut jejak Natrah je! :D
*thing
typo~
Post a Comment