Wednesday, November 16, 2011

The Day That I Doubt

Seingat aku, aku derma darah masa aku tingkatan lima, 2005. Tak pernah sepanjang hayat aku nak derma darah. Aku dengan segerombolan kawan-kawan aku pergi KBMall, dan pihak hospital HKB buat event menderma darah dan dari situ tetiba aku buat kerja gila pergi beratur, tadaaaaaa.

Aku takut jarum, tapi aku lagi takut kalau tak tengok jarum yang masuk tangan aku. That time, aku tahu kalau derma darah tangan akan dicucuk dua kali. Pertama jarum kecik then jarum besar. Masa zaman tu macam menakjubkan je jarum kecik sakit, jarum besar idak pule padahal jarum kecik untuk tahan sakit sebab jarum besar nak masuk. 

Makanya, dari situ lekat tabiat aku derma darah dan aku sedar kemungkinan-kemungkinannya. Lepas derma darah yang pertama, lapar gila! Derma darah kedua, mengantuk gila. Yang selepas itu, aku imun.

Kot.

Atau aku ignore.

Sampailah minggu lepas.

Aku jalan sorang sorang dekat Jusco, ternampak sekumpulan manusia yang menderma darah dan peristiwa enam tahun lepas, saat kali pertama aku derma darah datang semula. Aku fikir pasti tabung darah sangat memerlukan. Kalaulah aku dapat membantu... Tak semena-mena aku beratur isi borang. Done!

But then, since kakak aku nak kahwin dan aku janji dengan ayah aku dan pindahkan barang malam tu, was when I doubt my action. Berkebetulan seminggu lepas aku batuk selsema, dan dalam borang suruh state ya atau tidak regarding few things, one of them cough and flu. Like hmmmm...

Tapi aku teruskan juga beratur sandar pada dinding perhati alam sekitar sambil hati kata perlu, tak, perlu, tak, perlu, tak ulang ulang sampai terpacak depan doktor. Dan aku berdoa, kalau betul betul apa aku nak buat ni selamat dan menyelamatkan, permudahkanlah.

"Ada batuk selsema tak seminggu dua ni?"
"Last week, I didn't take antibiotic though prescribed,"

Oh tuhannnn.

"Lain kali eh?"

Angguk. Lega. Senyum dan berlalu.




Syukur.

No comments: