Thursday, October 6, 2011

Harga Seposen Pemikiranku

Okay, tajuk nak vogue. Aku ada dua benda yang aku rasa nak cakap. Sebenarnya satu, tapi jadi dua untuk hari ini.

---

Pertama.

Saya percaya anda semua memiliki sekurang-kurang satu TV di rumah. Dan saya juga percaya yang saudara kacak saudari jelita sekalian pernah dan masih menonton salah satu siaran TV ini. Dan saya juga amat percaya adik kakak abang makcik pakcik juga melihat salah satu iklan TV yang pada saya agak amat annoying untuk ditonton.

Dalam pada usaha kita, usaha mak ayah tak dinafikan usaha kerajaan sedang berusaha keras untuk mendidik rakyatnya menjadi sopan santun, lemah lembut, berbudi bahasa amalan kita, masih ada kepala kepala kreatif yang membina dan mencipta iklan sebegini secara tidak langsung membelakangkan usaha usaha murni ini.

Umum tahu di dalam perpustakaan perlu senyap, apatah lagi mereka yang memakai uniform sekolah yang dah tentu tentu arif dengan segala mak nenek peraturan ketika berada di dalam perpustakaan. Namun iklan ini, menunjukkan sebaliknya. Kanak kanak perempuan, belum cukup usia, berani menentang peraturan, berani membelakangkan nasihat, berani untuk tidak takut pada guru, superior.

Huh!

Apa punya iklanlah!

Di samping itu (ehemm kembali kepada mood bahasa), tidakkah kita sedar dengan sentiasa mengalakkan kanak-kanak untuk lebih menyertai hiburan bukan sahaja merugikan negara bahkan memusnahkan masa depan dunia yang sepatutnya bersinar cemerlang? Tidak sedarkan kita apabila kita sering memberi makanan hiburan kepada kanak-kanak adalah sama maksudnya dengan menyuap junk foods yang memusnahkan aspek pintar, kreatif, kritis serta memberi izin segala penyakit bahaya untuk bersarang?

Dan sedarkah kita, dalam tidak sedar kita sebenarnya membantutkan kecerdikan walhal pintar itu bermula dari seawal usia?

Jadi sila beritahu saya mana baiknya iklan perosak sebegini, dan sila jelaskan adakah kita boleh melahirkan jurutera, cendekiawan, doktor, sasterawati, saintis dan angkasawan dengan pendidikan awalnya, hiburan?

Oh, menteri mungkin boleh.








Kedua.

Saya pernah mengomel bahawasanya rakyat Malaysia sungguh kreatif satu masa dulu. Setiap kali ada berlaku perkara-perkara ajaib, luar normal dan unik, kitalah yang paling suka mengaitkan dengan nombor, dengan kebarangkalian dengan itu dan dengan ini. Ya, kita! Sebab saya tak pernah menghadam perkara sebegini dari bahasa lain.

Seperti hari ini, dunia dikejutkan dengan kematian salah seorang manusia genius mencipta Ipad, Iphone, Mac dan sebagainya yang jelas jelas saya tak tahu dek kerana buta IT-sekian-terima-kasih. Kematian adalah perkara biasa. Yang hidup pasti mati. Normal.

Yang diluar normal adalah perihal genius itu. Dan sekarang penuh wall FB saya dengan rantaian website membincangkan asal usul pencipta hebat ini. Dan ini menyebabkan hati saya terdetik, kenapa sekarang? Kenapa bukan ketika dia hidup? Kita sungguh gemar dengan perkara BOOMM! walhal dalam masa yang sama kita mencipta spekulasi yang akan berhenti apabila tiba satu perkara yang lain untuk dijadikan spekulasi.

Kenapa?




p/s: Sekian, latihan Bahasa Melay SPM saya untuk hari ini.

2 comments:

ain osman said...

....melayU..!!!lol.tertinggal huruf U tu kak hud! hehe

INFINITY said...

Hahhahaha. Tahniah, anda sungguh teliti. :PP