Monday, August 15, 2011

Dadah

Oh Dunia!

Dalam tengah mulia bulan Ramadhan ni, sedih jiwa baca.

It happened when mummy woke me up for sahur and she nervously said, "Bangun bangun! Ayah pergi Flora, beratus polis tengah tembak menembak,"

I was like, ni exaggerate ke apa sampai beratus polis. Anyhow, this must be something big happened. And yes, it is indeed.

---

Pengedar dadah ditembak mati



AB. RASyID Ab. Wahab (dua dari kanan) menunjukkan senjata tajam, dadah, pistol dan barang-barang lain yang dirampas dalam serbuan di sebuah unit kediaman di Pangsapuri Flora, Balakong, Selangor pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, Selangor, semalam.


KUALA LUMPUR 14 Ogos – Polis menembak mati seorang pengedar dadah dan memberkas enam yang lain termasuk dua wanita selepas berbalas tembakan dalam serbuan di sebuah unit kediaman di Pangsapuri Flora, Balakong, dekat sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, polis turut merampas 200 gram dadah jenis heroin, ganja dan syabu bernilai RM500,000, dua pucuk pistol jenis Glock dan Revolver dan sepucuk pistol tiruan.

Selain itu, dua buah kereta BMW dan Mitsubishi dan empat buah komputer riba turut dirampas.
Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rasyid Ab. Wahab, suspek dan seorang wanita bertindak melarikan diri ke dalam sebuah bilik sejurus sepasukan anggota polis menyerbu masuk rumah tersebut.

Katanya, ketika itu, terdapat tujuh orang di ruang tamu rumah termasuk dua wanita.

“Suspek yang mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan jenayah rogol, dipujuk agar menyerah diri namun enggan dan bertindak menembak ke arah anggota polis.

“Polis yang bertindak balas, telah melepaskan tembakan dan mengenai perut serta tangan suspek mengakibatkan lelaki itu terbunuh,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang dekat sini hari ini.

Beliau berkata, wanita yang berada bersama suspek, bagaimanapun berjaya dipujuk keluar untuk menyerah diri.

Katanya, ujian air kencing terhadap enam suspek yang ditahan berusia 22 hingga 47 tahun itu didapati positif dadah.

“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung,” ujarnya.

Menurutnya, mayat suspek dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Sumber: Sini.

---

Mohon jauhlah dari segala malapetaka bahaya jenayah. Doalah jelah pendinding... kita ni bukan siapa siapa, tiada jaminan mana mana untuk selamat melainkan izin DIA dan untuk itu, doalah jalan terbaik.

No comments: