Monday, May 30, 2011

Pekak Telinga Tutup Mata

Aku tak pasti apa akan jadi dengan Malaysia hari ini. Phew. Kalau balik dekat USM, kebanyakkan aku tahu isu semasa bukan dari TV. Semua dari akhbar. Itupun kalau aku pergi library dan itupun kalau aku rajin eja satu satu tajuk berita. Selalunya, aku selak sahaja.

Sebab mulut suratkhabar sekarang busuk. Macam bangkai. Walaupun aku tak tahu bau bangkai macam mana, tapi ya.. natijahnya bau bangkai busuk. Hanyir. Jijik.

Tapi bila duduk rumah, walaupun aku online, atau buat kerja lain, telinga aku buka. Berita aku dengar. Walaupun bernanahnya menilai, dengar tetap dengar.

Hari ini, aku tengok bil eletrik rumah meningkat. Oh, betapa terasa dewasa kerana mula ambil tahu benda begini. Hmm. Naik mendadak. Mendadak yang separuh.

Dan malam ini, berita sebarkan tarif elektrik meningkat bermula Jun. What the hell Jun sekarang baru Mei oi! Kau ni nak menipu rakyat pun beragak-agaklah!

Ohooo. Kau kata kenaikan sikit dan tak menjejaskan. Tengkorak kaulah tak jejas. Kau gaji ribu raban ye memanglah tak jejas. Kalau rakyat macam aku ni sampai naik sekali ganda, celah mana tak jejas? 





Cakap kalau pakai otak boleh tak?

2 comments:

tronx013 said...

...Salam..

mana cukup nak kumpul duit dengan naikkan harga minyak..

Nanti PRU 13, undilah B-end, nanti depa pulangkan duit korang..

INFINITY said...

Hahhahaha. Saya tak daftar mengundi lagi kot. ;P