Tahap dan takat dan kemampuan manusia ada juga terkadang hampir sampai pada hujung henti. Dan hujung henti selalunya bukan tempat berhenti mutlak. Dalam kata lain, kelemahan kau bukan kekal dan kekuatan kau juga bukan selamanya.
Pasang surutnya kekal ada. Kekal ada. Pasti. Pasti ada.
Aku kira tiga hari sebelum ini adalah tahap tertinggi kelemahan dan daya kekuatan aku bergerak seiring. Bersama-sama. Saat aku jatuh terjelepuk, ada suara berkata okay! Pasti boleh.
Saat aku sudah membina percaya, ada pula bisikan halus, ni tak baca tu tak baca.
Degup jantung kencang dalam hati usah dicerita. Bagai ada beban berkilo bertan-tan dihimpun bersama. Perasan ini, entah perasan apa. Yang pasti, untuk bernafas pun seperti ada sekatan tak membenar selesa.
Asal buka buku, debaran makin kencang. Tak membaca langsung, lain pula kencangnya. Oh!
Maka tiga hari ini, sungguh refuse untuk buka buku. Tak tahu jenis penyakit apa melanda, tapi memang pegang dalam hati kejap lekat, enough with books! Walaupun tahu ilmu yang tak berapa nak ada belum hebat terletak kemas dalam hati dalam minda, biar! Biar!
Sungguh bergantung pada apa yang dibebelkan dalam diskusi berkumpulan. Itu sahaja ilmu yang dipegang.
Maka, untuk menenangkan hati, malam periksa pergi Wakaf Che Yeh. Like what the heck malam exam pergi WCY? Like kau dah cukup hebat ke nak hadap esok dengan berfoya foya hari ni?
BIAR!
Bila mak ayah tanya tak apa ke nak exam esok? Berani sungguh berkeras, biar! Biar! Tak nak baca buku. Tak nak buat apa! Tak nak.
Macamlah pergi WCY tu tenang. Naik bergegar otak aku dengan manusia. Naik darah aku dengan manusia merata rata. Berjalan ke pasar malam Jumaat depan USM ni pun dah cukup buat aku migrain berjalan pegang dahi, inikan WCY?
Tak pe. Biar. Nak hilang stress jom buat kerja yang tak pernah rasa nak buat selama ni.
Betullah. Stress macam mana mana pun, baliklah pada tuhan. Baliklah pada DIA. Pada DIA ada tenang, ada cahaya, ada harapan.
I'm not going to ask more. YOU gave me more than enough Oo Allah
p/s: YOU give me nice friends too, Oo Allah.
2 comments:
saya juga tak dapat study apabila esok exam.
Phewwww. Doakan aku esok. ;')
Post a Comment