Sunday, January 23, 2011

Tolong Bagi Idea

Saya tak tahu lagi (selain ambil prednisolone a.k.a steroid), bagaimana mahu control asthma saya. Ini sudah sampai tahap pukul 2 pagi mesti terbangun kerana ketat dada. Macam mana rasa ketat dada, aku tak reti explain. Dan itu membuat aku terfikir setiap kali terbangun, malam ni aku mati ke?

Tapi haruslah tak ada inisiatif nak bangun sembahyang taubat kalau dah rasa nak mati sangat. Boleh pula, sambung pejam mata, lelap semula. Boleh lagi malas dan rela bertahan dari pergi meja atau beg ambil inhaler. Bravo!

Ya Allah mohon panjanglah nyawa aku.

Dan apabila malam terbangun, tidur tak lena, esok harus penat. Wajib! 

Mula google cari vitamin bagus. Okay, kena ada vitamin C, vitamin B bukan B saja, kena B1 hingga 12, folic acid, zinc ahhh semua lah tak cukup dalam badan! 

Maaflah sayur, asal hijau sikit tak makan. Rasa macam makan rumput.

Kena buat semua yang perlu supaya hidup lebih bertenaga. Wajah tak kusam. Muka tak pucat. Energetik. Dan produktif. Tak. Bukan produktif yang itu okay! Pergi farmasi dengan muka saya nak vitamin yang ada semua jenis vitamin dalam tu! Cewah. Nasib Aimi ada cakap haa yang ni bagus!





p/s: Oh tolong. Siapa ada idea yang lebih bagus selain makan steroid, tolong saya. Dietitian? Anyone?

7 comments:

Fatin Sakura said...

kak huda, kang nntie saya suroh masuk wad kang baru taw... sila rajinkan diri , kalau x pon gantung jer inhaler tu kat leher...baru senang..

....:P

Almas Filberta Akanke said...

spirulina ok x eah?
suggest jer. =)

INFINITY said...

Fatin: Kalau kat wad tu ada doktor kacak, mengapa tidak? HAHAHHA.

Almas: Boleh eh? Insyallah. :)

Nadiah said...

Kecik2 dulu umi bagi makan primerose oil. Nama melayu dia minyak zaitun kan? Hah suka hati je ampun kalau salah padahal kalau tekan google kejap cari nama melayu tak sampai seminit pun tapi tak rajin. Tapi nama ompteh dia tak tipu.

INFINITY said...

Nad, makan minyak tu? Erk!

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

yes, sediakan inhaler sentiasa di sisi anda.

INFINITY said...

That's what I always do. :)