Aku tak tahu berapa lama masa akan diambil kali ni nak pulih semula. Sakit amat. Well, bukan kali pertama rasa macam ni. Seingat aku, paling kurang empat kali perasaan ni pernah datang. Pertama, gagal dapat 9A PMR. Kedua, bila hilang orang yang dikasihi lagi dicintai lagi disayangi lagi diimpikan oh! Ketiga, bila keputusan PASUM jatuh berdesup. Dan keempat, ini.
Sakit nak pujuk hati. Sakit nak cipta muka dan hati sama seiring menerima gembira bila berjumpa sekalian pengajar. Sakit nak memulakan masa lena. Oh, syukur, air mata sudah reti mahu berhenti kering. Tolong jangan keluar keluar. Hodoh. Benci aku tengok muka cengeng asyik nak meleleh. Ptuih. Huduh tahu!
Benda paling senang nak menstresskan manusia adalah illogical and/or irrational beliefs. Ni aku belajar dalam stress management. Kita, sebagai manusia boleh kekal untuk berfikir yang bukan bukan, atau untuk memerhatikan hidup dari sudut terang cerah gemilang terbilang.
Kadang-kadang aku selalu terfikir, lepas ni kalau aku praktis klinik, clinician akan repeat ke test aku buat? Memang trauma, nightmares segala. Dahlah mimpi entah berapa kali aku jumpa budak ni. Ergh, sudah sudahlah masuk mimpi aku setelah patah renyukkan hati. Hahahha.
Sekarang hujan. Selain dari aku jadi malas nak basuh baju, selebihnya aku suka. Dua hari ni aku kena berulang alik ke bangunan lecturer demi tesis. Sikit punya jauh lagi tidak berbumbung dan hujan? Fuh, menarik sungguh untuk berjalan dalan renyai hujan dan remuk hati. Perfect combination kan?
Aku harap dua bulan berlalu dengan cepat, sebab aku percaya masa adalah ubat perasan paling mujarab. Pun begitu, untuk menerima dua bulan lagi; juga bukan mudah...
No comments:
Post a Comment