Kanvas putih suci. Satu persatu bait warna disatukan namun gerak tari agak sumbang. Jangan tanyakan mengapa. Tarian itu percaya, tiada salah dalam seni. Tiada salah dalam laju perlahan gerak berlari, keutamaannya destinasi.
Ingain berhenti seketika.
Tarian mahu tarik nafas meski sepicing menelan lelah terus berlari hey! Jangan berhenti!
Tidak. Bukan berhenti pada lelah. Cuma mentafsir satu-satu mana salah langkah hasilnya bukan impi. Kadang-kala ingin akui walaupun dalam setuju, hanya tuhan tahu betapa tidak mulia perlakuan itu.
Angguk pada manusia mana sempurna meski dia orang tua kita hormati sayangi. Jadi salahkah sifat kalau acuannya begitu. Bukan alah pada warna, halakan telunjuk sedikit pada yang mencampurnya. Bukan pada silap, tapi pada perkara tiada daya boleh dielak. Namun sekalian warna sekelilingnya jangan iyakan cerca. Warna warna indah tidak mengerti perit derita acuan diacu.
Senyumlah pada silap namun bila kanvas sebahagian masih mahu kekal putih, tanyalah pada hujung henti tarian yang memegang warna. Jangan menghakimi dia, dia ada derita dia simpan.
Jangan ralatkan pada cuba dia usaha. Bukan gila dia, bukan pengertian dia minta. Hanya kasihan, untuk berjalan perlahan.
Hingga setiap kali dia terus mewarna, kau tiada nampak indah, hanya cerca bersisa.
No comments:
Post a Comment