Syukur pada-NYA atas nikmat sihat yang masih lagi tidak lokek DIA sedekahkan untuk hamba yang sungguh amat jarang bersyukur.
Kali ketiga (nama je ketiga tapi tujuh tusukan jarum) di pergelangan lengan, pergelangan tangan, tangan; kiri kanan. Disebabkan dari kecil lagi dah biasa benar ditusuk tusuk jarum, jika dipilih menelan ubat atau melalui IV line, sumpah aku pilih IV line!
Senang. Cucuk je, ubat terus masuk badan; tak payah rasa pahit yekks!
Aku suka sangat tengok orang ambil darah dari tangan aku. Cop! Bukan tilik muka dia handsome ke tak, aku suka bet dia ambil darah sakit ke tak? Hahahha. Semalam pelajar perubatan praktikal di hospital area rumah ambil paling aku tabik spring toink toink sebab walau 3 tempat pulak tu siap terpaksa tarik masuk tarik masuk, inilah pertama kali memang TAK SAKIT LANGSUNG!
Walaupun muka dia cuak dan aku siap kata kita tukar tempatlah dah darah tak keluar, dia tetap kacak bermuka cool berlagak tenang untuk kekal tidak mahu menukar ke kiri. Sudahnya padanlah payah keluar, darah aku sama pekat dengan gam!
Masa demam, air memang pahit manalah ada hati nak minum!
Well, aku dah demam dua minggu. Cumanya on off on off dan disebabkan aku mudah sangat jatuh sakit, aku tak tahu setiap kali aku sakit, aku sakit teruk ke aku sakit biasa. Sehinggalah hari Khamis tak ada benda lain aku boleh buat melainkan terbaring dengan kepala sakit, pandangan berpinar, segala sendi perit, dan tarik nafas sungguh mahal harganya.
Bila malam sampai, nak cakap bukan takat sepatang sepatah, satu sukukata pun belum tentu aku boleh buat. Bunyi bernafas memang tak boleh nak kata dah dan itu adalah signal mesti pergi dapatkan nebulizer. Tapi keraskan hati tak nak pergi emergency dengan alasan paling bodoh, tak nak jumpa budak medik dikenali dengan keadaan tercungap cungap.
Aah. Memang tegar gila. Mati baru tahu.
Esok pagi tengok muka sendiri dekat cermin, cantik! Kuku biru. Bibir biru. Leher dah serupa vakum setiap kali tarik nafas. Mata panda. Barulah mula cari kereta sebab nak berjalan separuh langkah pun tak lalu.
Pergi emergency dengan suhu badan panas gila, dengan kena cakap dengan doktor lelah dah teruk, masuk entah ubat apa benda dalam IV line yang dah lebam kiri kanan dek nurse tak jumpa vein hohoho. Tak peduli yang tahun nak nebulizer nak tidur diam diam nak rasa oksigen yang cukup.
Lagi tenang habis tiada pelajar berkot putih berlegar legar. Hee! Penting gila tiada pelajar berkot putih ketika tercungap-cungap. Kau tak akan dapat bayang bertapa hodohnya muka aku tak cukup udara sebab aku pun tak sanggup tengok muka sendiri.
Disebabkan demam tinggi, darah kena cek! The moment doktor sahkan denggi, terus "Tak payah masuk wad kan?"
Senyum sampai telinga sebab kena masuk air sahaja! Selalu pun macam tu, doktor selalu tak pasti kau sakit ke tak sebab muka sihat tapi result positive. Hohoho. Tak reti nak buat muka sakit depan orang kecuali kalau dah memang tak boleh sorok. -_-"
Tak menarik okay terbaring dengan sorang sorang manusia dikenali berlegar legar dalam wad. Itu adalah memalukan! Dan lagi tak menarik bila jawab exam tapi dalam hati berharap ada mask dan oksigen melekat di hidung! Heh. :P
Bila dah tak rasa demam mulalah malas nak ambil darah susulan. Masa ni bila tak mampu nak jamah internet, adalah beruntung mempunyai kawan kawan medikal sungguh murah hati menjawab soalan. Inilah dikatakan maklumat dihujung jari!
Eh, sebenarnya aku nak bagitahu aku dah sihat dan terima kasihlah kepada yang mesej dan setia mendoakan kesejahteraan aku yang sungguh kesian bila sakit ketika final exam.
***
Ini ada ward dari Kak Sol pemilik blog berbling bling hee. Arigator gozaimasssss. :D
7 perkara tentang saya:
1. Saya pemarah tapi saya mudah baik. Poyo.
2. Saya suka durian yang teramat sangat.
3. Badan berimun agak lemah dari kecil.
4. Saya Insyallah berkepakaran pendengaran tapi saya masih mahu menjadi wartawan.
5. Saya juga mahu menjadi novelis!
6. Saya harap saya jumpa jodoh dalam masa setahun sebab kakak saya akan bernikah dalam masa setahun.
7. Cengeng dan sangat mudah jatuh cinta kepada mereka berhati baik. Haih! :P
No comments:
Post a Comment