Monday, October 11, 2010

Apa Nak Buat Bila Tiba-Tiba Kena Asthma

Sesuatu yang tidak menarik berlaku tadi. Benci. Tapi, bila dah jadi nak cakap apapun tak boleh. Terima ajalah. I got an asthma attack during physiotherapy session! I hate this! I hate this happens in front of others except my friends!

But, it did happen.

***
Sebelum itu, apakah asthma/lelah?

Asthma ni adalah penyakit kronik yang kacau salur pernafasan anda anda semua ye. Dinding belah dalam salur pernafasan become sore and swollen. Sebab itu beliau sangat sensitif terhadap apa apa jenis yang allergi dengannya. Bila terdedah dengan perkara perkara yang alergi, maka salur pernafasan ini mula react dengannya dan menyebabkan salur pernafasan menjadi sempit dan anda mula kekurangan oksigen. Itulah penyebab bunyi setiap kali bernafas terutamanya setiap pagi dan setiap petang. 

Fuhh. Explaination!

Aku rasa aku tak pernah dapat exercise induced asthma. Seperti namanya, asthma jenis ini orang dapat prone to latihan fizikal. Asthma jenis ini kalau exercise kuat sikit mulalah airway nak mengada ngada. Hoho. The symptoms of exercise-induced asthma generally begin within 5 to 20 minutes after the start of exercise, or 5 to 10 minutes after brief exercise has stopped.

That happen tadi.

Aku kena jogging atas treadmill and what make thing worst, the physio room was air conditioned. Air condion? So?

Contohnya, perasan tak bila kita berlari kita mesti bernafas melalui mulut instead of hidung? Masa kita bernafas biasa (melalui hidung), kita menyedut udara yang telah dihangatan (warmed) dan dilembabkan (moistened) oleh hidung (nassal pasage). Tapi, bila kita berlari, kita mula gunakan mulut untuk bernafas. Malangnya, udara yang disedut tu lebih sejuk dan kering.

Bagi orang yang ada asthma jenis ini, bahaya. Sebabnya, udara yang disedut itu menyebabkan laluan pernafasan menjadi sempit dan memberikan beberapa simptom.

Aku jogging dan macam yang dijelaskan diatas, of course aku telah bernafas menggunakan mulut. Keadaan ini diburukkan lagi dengan keadaan bilik yang berhawa dingin. Okay sila bayangkan aku menyedut udara yang sejuk dan kering melalui mulut. Ini menyebabkan aku batuk and pelik betul rasa fatigue nya.

Mula mula sorok sorok batuk. Tapi makin disorok makin menjadi jadi. Makin kuat dan mulalah keadaan memburuk bila dada makin ketat dan nafas berbunyi! Aku cuba sedaya upaya sorok sebab aku tak suka dan aku malu dengan rupa hodoh bila gasping for air. Paling aku tak suka bila orang tahu aku asthma, mulalah okay tak boleh buat itu. Tak boleh buat ini!


I hate that!


Out of sudden, dah start bernafas cepat cepat (shortness of breathing). Memang gila tak cool, bila nak cakap pun tak sampai satu ayat penuh. Cakap sikit, tarik nafas baru cakap semula untuk complete one sentence. Bibir dan kuku boleh jadi biru (cyanosis) tanda badan tak cukup oksigen. Bahaya woh boleh bawa maut!

Masa tu aku masih tenang tak gelabah. Pergi beg mula menyumpah nyumpah, damn I didn't bring my inhaler! Okay, aku dah start gelabah dan batuk makin hebat dan nak bernafas makin sukar dan wheezing sound makin melampau!

Apa patut buat masa ni?

Pertama amik inhaler/ ubat yang patut masa kena attacklah kan. Tapi tak bawak. Tssskk.

Sebab masa ni dah tengah attack, so segala ubat preventor sangatlah tidak membantu. Ala ubat prevent tu macam inhaler coklat yang kena sedut tiap tiap pagi? Haa. Yang itulah. Tapi, aku degil. Sedut inhaler coklat bukan kegemaran aku maka aku hanya simpankan ia di dalam locker dan pakai masa sampai seru atau ada mood. Cis, tak sedar diri tu sakit!

Paling penting masa kena attack adalah dengan bertenang! Kalau tak bertenang, sungguh sukar untuk bernafas. Dahlah kau punya laluan udara tu dah sempit, lagi mahu tambahkan lagi? Hoh.

Duduk seselesa mungkin di atas kerusi. Jangan tidur/lie down. Tenangkan bahu dan leher. Concentrate for not gasping the air sebab kalau kau masih sibuk sibuk rasa tak cukup udara lalu sibuk jugalah bernafas, kau akan mengangkat bahu scecara tak sengaja.

Hirup nafas secara perlahan lahan melalui hidung dan concentrate. Kemudian buatkan mulut macam nak tiup belon (pursed lip breathing), hembus nafas melalui mulut. Hembuskan nafas sebanyak mungkin dengan cara ini.

Relax. Keep using the pursed-lip breathing until the breathless feeling goes away. Rest between breaths if you feel dizzy. Okay. Slow and steady.

Kalau keadaan makin teruk, sila pergi emergency atau kau pilih sendiri untuk mati muda.

***

Tapi tadi, disebabkan batuk kuat (memang common early symptom adalah batuk uhuk uhuk) menyebabkan aku punya kemahuan terhadap udara melampau lampau. Still, masih nak sorokkan so aku tak berhenti dari buat physio. Mujur juga masa tu exercise tak lah vigorous sangat. Entah. Kau mungkin kata aku bodoh tapi aku macam dah biasa dengan asthma so aku teruskan je. Hihi.

And suddenly my physiotherapis came near to me.

"Huda ada sakit lain ke selain lutut?"

I was looking at him. Cakap ke tak?

"Ada. Asthma,"
"Kenapa tak bagitahu awal?"
"Kena bagi tahu ke?"

He was looking at me well. I didn't know wether he angry, or dissapointed or what. I just terfikir takkanlah tiba tiba masa awal datang dulu, Encik, saya ada asthma. So? Ish. Memang pantang betullah kan nak bagitahu aku ada penyakit yang satgi bila aku nak buat mulalah tak boleh tak boleh tak boleh, awak ada asthma. Huh. Hoho.

"Mujur saya baik (ececeh), dari jauh lagi tengok dah pelik. Dah dah. Duduk, rehat,"
"Tak apa. Saya okay,"
"Dah. Duduk elok elok. Sandar. Jangan bongkokkan badan. Rehat,"
"Saya okay. Serius saya okay. Saya dah experience benda ni since I was four. Already get used to it. I'm okay,"
"Awak tahu tak muka awak dah biru (cyanosis)?"

Senyap. Orang yang paling excellent kenal pasti aku asthma dari mild symptom adalah emak aku.

"Yelah. Yelah. Saya rehat,"

Tak best gila rasa ada orang tengok masa duk tamak nak hirup oksigen. Cis.

"Okay? Relaks,"

Cis! Tak suka! But then, thing didn't get any better. Serius. Batuk makin teruk. Sebab aku bernafas guna mulut memang mohn gila gila oh udara cepat masuk paru paru! So, it worsening the situation je lah. Batuk batuk batuk. Kepala migrain tak setel, maka batuk itu sungguh menyakitkan!

"Saya nak balik,"

Buat muka kesian. Aku nampak inhaler aku je sekarang.

"Saya tak nak rehat dah. Saya nak balik nak pakai inhaler,"

Batuk lagi.

"Okay. Jalan elok-elok. Jaga diri,"

Dapat permission terus jalan cepat cepat tak pandang kiri kanan heading to Nurani jalan makin cepat tak cukup tanah. Nampak inhaler melambai lambai je! Wait for me wait for me!




p/s: Tapi masa tu rasa nak straightaway pergi emergency je. Hehehhehe.

2 comments:

BH said...

rasanya awk ni ada denial syndrome... tu pasal la still xnak bawak inhaler atau makan ubat preventor.. (^^,)

INFINITY said...

Barangkali. :P