Hai anak-anak, hari ini mak anak akan bercerita sesuatu yang ilmiah setelah beberapa hari entri sungguh meraban. Okay anak-anak, adakah anak-anak, eh bosan sungguh. Tukar channellah!
Ehemmm. Serius.
Okay, adakah anda pelik anda mempunyai allergi pada debu atau pollen atau seumpamanya? Mak anda ada asthma dan ayah anda ada masalah kulit.
Iya, inilah yang dinamakan ATOPY! Klik sini kalau nak tahu lebih sebab ayat dekat sini berbau saintifik. Saya tak suka skema, saya fleksibel, orait!
Last week saya kena pergi observe klinik ORL. Rotation kali ini, saya dan Aisyah dan sungguh suka kerana belajar perkara baru yang tempiasnya kena saya. Oh.
Ada patient budak, datang dah lupa sebab apa tapi mak dia complaint patient bila balik sekolah dapat masalah kulit. Well, sekolah dia ada masa tidur jadi berkemungkinan besar tilam yang disediakan mungkin (sekali lagi mungkin) ada pepijat atau apa-apa yang berkaitan yang let the allergy begins. Whatever.
Jadi doktor tanya patient ada asthma ke tak? Aku pun? Ek? Apa kena mengena?
This where the jargon of ATOPY started. Hehehe.
Atopy ni terdiri daripada Asthma, Allergy Rhinitis (yang kau duk selalu haaachum haaaachum kalau jumpa benda kau alah) dan juga eczema atau dermatitis (masalah kulit). Atopy merupakan classic symptom senang cerita ini adalah pakej, kau ada asthma atau alergi atau masalah kulit atau semua sekali.
Macam ni, katakan dalam keluarga kau ada history Atopy, bapa kau ada asthma, tak semestinya kau akan ada asthma juga. Kau mungkin ada masalah kulit atau alergi. Atau mak kau ada alergi, kau mungkin dapat asthma je. Haa. Macam tu lah. Keturunan.
Jadi kalau kau ada sejarah keluarga asthma, kau boleh bajet lah kau mungkin ada selain dari itu (antara tiga yang aku tulislah). Kan dah cakap ini penyakit genetik berpakej. Heee.
Masa kecil dulu, setiap kali aku kena serang asthma, aku rasa dah jadi macam ikan! Leher bersisik. Wuuu. Nasib dah besar ni, Alhamdulillah tak ada. Cumanya kulit I over sensitif wooo. Kena gigit semut kesannya macam kena gigit dinasour!
"Macam tu kesianlah saya Dr.,"
"Kenapa?"
"Saya ada tiga-tiga. Saya dapat semua pakej Atopy,"
"Kenapa?"
"Saya ada tiga-tiga. Saya dapat semua pakej Atopy,"
Wuuu. Kesian aku kan?
No comments:
Post a Comment