Thursday, August 12, 2010

Jagnan Tiru ( Eh, Salah Eja!)

Tadi ada usrah kendalian Prof. Din. Mula-mula semangat berkobar-kobar nak catit segala ilmu. Tapi macam biasa, aku bukan jenis menyalin dalam kelas atau apa-apa ceramah. Aku hanya boleh dengar. Kalau salin akan jadi macam dekat bawah ini! 

Aku baru dapat idea lukis itik tanpa angkat pen tadi. -.-"

Adalah perbezaan yang besar hasil salinan aku dan Nadiah. Aku rasa kau boleh teka dengan tepat mana nota aku tapi percayalah apa yang diajarkan oleh Naqib (betulkan Naqib? Ke salah? Aku selalu cabut lari masa usrah dulu), apa yang disebutkan Naqib, Insyallah lekatlah barang secalit dua pada cerebrum.

Tapi, jangan sekali-kali kau tiru perangai hodoh lagi tidak kacak begini apatah lagi di dalam suasana bulan yang mulia. Kang tak berkat ilmu, aiyok aku tak tahu, bukan salah aku.

Apa? Nak tengok dengan jelas? Cehhh.

Nak jelas lagi kau klik gambar tapi tok sah duk eja lah aku tulis apa.

Ada beberapa ayat je yang ilmiah, yang lain? Mak aihh!


p/s: Ingat pesan aku? JANGAN TIRU PERANGAI INI!
p/s/s: Syaitan kena ikat bulan Ramadhan, kalau nak buat jahat juga, tanya balik sekarang siapa Syaitan? Lempang diri sendiri, Huda.
p/s/s/s: Syaitan kena tambat, tapi kenapa malam gelap mata masih payah lelap? Wuuu. T*k*t!

2 comments: