Dalam banyak banyak perkara yang melibatkan mereka yang masih belum muslim (credit to Dr. Norhani for the words), saya paling suka yang ini. Sungguh nganga terus ya Allah manisnya kalau semua orang macam ni kan?
Saya ada bagitahu petang petang saya main bola penampar?
Haa. Sini ada kisah menarik.
Ada seorang chinese ni antara yang gila terror main woo. Bukan takat sangat pandai bermain, beliau juga sangat merendah diri sungguh tidak memandang rendah kepada orang yang tak reti nak lempang bola macam aku dan tidaklah kedekut ilmu untuk mengajar apatah lagi sungguh polite menegur, eh jangan pukul macam tu, tunduk sikit, pandang bola, jangan angkat tangan, tahan je kalau tak bola pergi tempat lain.
Wow.
Bukan itu aja okay. Bukan itu sahaja. Baca lagi, bukan itu sahaja.
Ada juga seorang foreigner kadang-kdang ada dalam court tu. Cuma lately dia jarang ada. Mungkin Ramadhan, so tak ramai player yang sungguh berbakat maka permainan tidak bosan. Apa kelas kalau orang macam aku yang bermain? Asal nak get excited, bola keluar. Baru nak strike, serve tak lepas. Baru nak lama sikit bola kekal lambung lambung dalam gelanggang, terus alamak.
Okay.
Maka pada suatu hari (ini bukan dalam Ramadhan eh), tengah bermain, azan berkumandang. Semua orang berhenti bermain, tapi yang indah tu, dia DULU yang stop masa mic baru bunyi dan ehem ehem (suara muazzin), tu tipu yang ehem ehem.
Bukan itu saja. Bukan itu saja. Baca sekali lagi, bukan itu sahaja.
Foreigner ni tanya pada dia, dalam bahasa omputeh la. Aku tak reti omputeh omputeh ni.
"Kenapa berhenti main?"
"Azan,"
WOW!
p/s: Dua kali dah aku jumpa chinese sungguh aku rendah hati, mak cik ini dan pemain lelaki ini. Orang belum Islam pun boleh tunjuk akhlak mulia. Orang Islam sendiri?
Spesifikkan, aku?
No comments:
Post a Comment