Friday, July 30, 2010

Jangan Tiru Lagi Aksi Ini

Hahhahaa. Macam biasa, ayat harus power. Muka harus mantain. Dengan rasminya, berakhirlah cerita ILUSI setiap petang pukul 6.30 yang berjaya meniup padam semangat aku untuk keluar berjogging menguatkan otot peha. Begitu berjaya menamatkan usaha aku nak mengurangkan dua kilogram. Asalnya empat, aku cut down jadi dua sebab nak turun satu kilo pun azab.

Hahahahha.

Aku rasa budak Apex ni tak tengok TV lah. Kalau kau jenguk bilik TV, ada muka aku sorang je tercongok. Disebabkan aku pendek dan tak ada remote control, maka kalau dah satu channel aku buka, sekian terima kasihlah orang lain nak tukar. Hari Jummat dari 10 sampai dua pagi. Mega Movie sambung dengan Midnight Movie; TV2. Hari Rabu malam, muka aku juga. Ada movie. Aku cek intisari rancangan okay. Setiap kali ada movie, akulah akan bertapa sorang-sorang sampai tertidur tahu tahu dah pagi kat bilik TV tu.

Well. Balik pada cerita Ilusi yang aku rasa fifty fifty lah cerita melayu dah maju walaupun ada unsur unsur syirik yang dipadamkan dengan penggunaan term medikal ESP bagai. Well, gifted person. Well. Well. Well.

Dalam dua minggu kebelakangan, ada seorang freshie (1st year junior) yang join sama menonton. Ada satu hari balik klinik gila tak larat terus letak kepala atas bantal pffttt, mati. Celik mata eh 6.30 petang, ILUSI! Tipu, aku recall aku dah solat ke belum baru aku teringatkan ILUSI.

Aku pun bergerak ke bilik TV gila jauh dengan terpisat-pisat mata mengantuk lagi tapi demi Ashraff Muslim handsome, layan juga.

"Lewat akak hari ni? Baru bangun ke?"

Erk? Budak mana lak?

"Aah. Penat klinik. Wuuu. Dah lama start?"
"Baru je kak,"

Khusyuk tengok sampai iklan.

"Akak ambil kos apa?"
"Audio. Telinga. Awak?"
"Medik. Tapi baru masuk je, first year,"

AKu sengih manis. AKukan peramah.

"Oh,"
"Akak?"
"Aa?"
"Tahun berapa?"
"Oh. Tahun dah nak habis. Hahhahaa,"
"Aaa?"

Dia pula kerut kening.

"Final year,"

Wohooooooo. Rasa besar duuhh.

"Bestnya! Dah nak kerja dah akak!"

Sengih. Dalam hati, aah! Dah nak kerja. Apa kau ingat menarik berkerja? Aku praktikal pun dah rasa nak pelempang sorang sorang, lagikan tak sabar nak menapak pakai nametag staff. Oh tidak.

"Akak dah start praktikal ke?"

Sungguh excited ini kanak-kanak. Bagus. Bagus. Generasi Apex yang bagus sampai buat study group dekat library tak ret-reti nak order bilik pula tu mengganggu segenap penghuni yang ada dalam lib menelaah. Agak-agaklah dik oi nak study.

"Dah. Praktikal tahun tiga lagi,"
"Oh! Bestnya dah nak habis,"

Tarik nafas. Sharing is caring. Kalau tak reti berfalsafah, biar cakap dari hati. Pesan memesan, itulah manusia. Jangan tengok siapa bercakap, dengar apa yang diperkatakan. Aku nak bagitahu, kalau kau tengok aku bercakap taubat kau kata tak boleh pakai segala ayat aku.

Aku letak paper aku baca, berpaling dekat dia, pandang tepat sambil tarik nafas ala-ala nak bagi ceramah.

"Best ke habis belajar?" Aku tanya polite.
"Bestlah dah nak kerja. Saya baru tahun satu,"
"Dunia ni roda. Empat tahun lepas, akak tahun satu. Lima tahun lagi, awak final year. Tak ada beza, yang beza siapa lahir dulu, dia rasa dulu,"

Aku rasa over lah pula falsafah aku sampai dia kerut kening. Tak faham kot.

"Lima tahun lagi, awak duduk sini, junior tanya awak macam apa awak tanya akak sekarang. Percayalah, dalam hati awak, awak akan rasa macam akak rasa. Umur final year, ilmu ciput je. Yang ciput tu pun ada ingat ada lupa. Jadi apalah guna rasa besar,"

Ewaahhhhh! Epp. Kan dah pesan, jangan tengok siapa bercakap. Ambil yang boleh simpan jadi pengajaran. Okay?

Okay! ILUSI dah habis, mulai esok jogging! Eh, esok pasar malam! Jogging lepas raya aci?

4 comments:

0sh!Nz d' sen0r!ta said...

eh betul la. i yang tengah buat master ni pun ade rase camtu. buat je master tapi ilmu tu masih ciput je. bile tibe time buat thesis, celaru minda tak tau nak pakai teori ape untuk support study kite. adoihai.

INFINITY said...

Ohooo. Tahu tak apa. Ni tak fikir apa apapun lagi pasal tesis. Duuh.

:.Yus.: said...

ooo ILUSI dh abih ek..cemana ending cite tu?

hehe..akak jrg tgk cite tu sb duk tgk astro ria..cite indon.malas nk switch2 chnanel :P

INFINITY said...

Ending bongek sikit. Rizal tu yang jahat sebenarnya.