Tuesday, June 22, 2010

Bad oh Bad!

Eh, bukan nama orang tau. Aku maksudkan bad tu buruk.
---

Minggu kedua extra berpraktikal rasa macam dah tak berapa nak gemar makan di kafe hospital. Makan sorang-sorang tu bukanlah alasan. Tapi, nak kena melilau cari seat kosong sambil berbuat muka cool, itu yang malas.

Oloh.
Sekarang, 6.30 pagi aku dah tercongok dekat hospital. Klah staff hospital yang paling awal tunjuk muka sebab aku dah rampas juara carta datang awal.  Kasian ayah aku kena jadi driver dua tempat bertentangan. Sabar ye yah, pahala banyak tu hantar orang menuntut ilmu. Hheheheh.

Semalam dan hari ni bawa roti dua keping. Bengang dengan desibel rendah bunyi perut. Kalau dah nama bekerja dalam bilik kedap bunyi, semua suara tak kira frekuensi di amplifykan. Hadei.

Sejak berklinik, berat aku naik dua kilo. Bajet nak diet, hampassssss je lebih.

Entah mimpi apa, aku turun kafe juga. Dah turun kafe, beli makanan jugalah jawabnya. Tercongok nak pilih lauk tu dah satu masalah. Tawaf empat kali aku dekat deretan lauk pauk. Hadei sekali lagi.

Mata laju cari tempat. Orait, ada satu. Aku dahlah tak berapa nak gemar tempat penuh manusia. Dah lah penuh manusia, pelajar-pelajar yang sekali makan 14 orang, bersuara macam buat parti. Oloh. Peninggggg.

Nasib sebelah meja aku geng doktor muda yang senyap-senyap belaka.

Suapan pertama, erk!

Tercekik tulang. Ya, aku ada tonsil yang besar dan kalau makan tak berwaspada, kemungkinan terbenam tulang ke dalam tonsil itu sangat tinggi.

Dan hari ini berlaku lagi selepas setahun!

Terus tak ada mood. Terbatuk-batuk. Berair air mata melampau macam baru lepas kena cerai lalu menangis sambil makan. Heh. Hampir termuntah. Tak cool langsung tercekik tulang depan doktor!

Sudahnya aku keluar dari dewan makan dengan hanya menelan sesuap nasi dan tulang di dalam tonsil!

Aku ingat nak jumpa ENT minta tolong keluarkan. Tapi ego nombor satu jatuhkan mengalah ke tempat kedua, tulang berjaya dikeluarkan dengan badan yang jadi lembik dan pucat kerana banyak muntah!

Padan muka!




p/s: Lain kali kalau dah niat baik, teruskan. Kalau tak, tak tercekik tulang dan tak terbazir lima hengget tak makan! Hampeh!

5 comments:

budak comel.. said...

get well soon eh. =_=
-anih baik-

:.Yus.: said...

jangan degil sgt dik.kn dh kena.tak pasal2 penat

btw take care sis :)

INFINITY said...

Anih: Dah well pun. Tercekik tulang je. hehhehehe.

Kak Yus: Degil sikit je ni. Hehehhe. :PP

hida said...

be careful, huda. awat ada tonsil besar? chronic tonsillitis kah? huu~

INFINITY said...

Tonsil tu memang dah ada sejak kecil. Besar. Tapi tak pernah sakit pun. Heee. :)