Saturday, April 3, 2010

Diari ACL (3)

Fikirkan Sakit

Aku teringatkan peristiwa ketika berkelah di dalam wad. Mungkin peristiwa yang aku kira biasa pada mereka namun bukan biasa pada aku. Setipa manusia takutkan kesakitan, namun kesakitan paling aku ngerikan adalah kesakitan sakit bernama sakaratul maut.

Aku yakin yang itu semua pasti mengeruninya.

Aku, sebagaimana yang diceritakan dibius separuh (half paralyze) jadi aku sedar. Bius separuh ini memerlukan tulang belakang aku dimasukkan jarum kecil (aku tak tahu sekecil mana sebab nak masukkan tu mak aih, berair juga mata. Tapi ayah aku kata kecil je; berbentuk cangkuk mata kail paling halus) dan aku  merasakan nikmati lumpuh seketika.

Perkara pertama yang aku fikirkan sebaik ditolak keluar dari bilik bedah, sakit selepas ini bagaimana?

Pengalaman

Setiap manusia mungkin berbeza cara pemikiran. Ada sesetengah orang lagi rela tidak tahu, tidak lihat dan tidak menyaksikan apa yang berlaku sebelum, semasa dan selepas pembedahan.

Lain perihalnya bagi aku, aku mahu tahu semua prosedur yang dilakukan. Aku mahu menyaksikan apa yang berlaku dan dilakukan ke atas tubuh yang diberi pinjaman ini. Aku mahu lihat saat jarum pertama dimasukkan ke dalam tangan aku sehinggalah jarum tersebut dikeluarkan semula.

Ya. Bila doktor berkata apa sahaja yang kadangkala perkataan yang disebutkan langsung tiada dalam kamus minda aku, aku akan tangkap semuanya. Aku masukkan kemas dalam memori atau paling tidak aku contengkan ditangan. Aku akan cari sumber paling dekat saat itu juga untuk aku key in dan mencari maklumat seterusnya memahami.

Dan melihatkan sendiri proses ACL Reconstruction di you tube, termenung panjang juga. Bukan setakat ligamen patela dibelah dan ditarik keluar, sedikit tubercle (bahagian tulang paling menonjol) turut dipahat sama. Yup. Di pahat!

Wohooo.

Sakit!

Ini bahagian yang agak sukar, bagi aku. Hari kedua tidak termasuk hari post-op (selesai pembedahan. Heh, bunyi bedah tu aku tak berapa nak gemar guna), datang doktor muda yang ayah puji sebab bercakap dengan style dan nada yakin yang berjaya juga meyakinkan pesakit. Salute!

Bius epidural perlu hanya tiga hari melekat pada tulang belakang; selain dari kerana itulah prosedurnya, infeksi yang dikhuatiri. Mendengarkan itu, rasa macam mahu dan dan tu aku suruh buang bius. 

"Sakit tak?"
"Sakit? Sakit  nak buang ke sakit apa?"
"Sakit kalau tak ada bius. Sakit tak?"

Senyum.

"Nanti kita sambung ubat bius pakai IV line ni. Okay?"

Angguk.

Petang tu ditolak semula ke wad 4 Utara. Yang memusykilkan, picagari bius yang gedabak tu (memang bentuk dia macam picagari gergasi pun) berbunyi tak berhenti walhal kuantiti ubat masih belum berganjak. Jururawat yang datang mula hairan. Meski sudah di off dan on semula, alat itu masih berbunyi. Setelah dua tiga kali, senyap. Aku lega. Nurse juga lega aku kira.

Malam aku terasa lain macam. Kaki mula rasa kebas tapi aku biarkan. Mungkin ice pad yang ada pada kaki jadi faktor penyebab. AKu bangun selang sejam dan kebas itu semakin lain macam. Hingga subuh, peritnya menakutkan.

Usai subuh, tak tertanggung langsung. Petama kali, eh kali kedua aku menangis yang fuh agak gila jugalah. Ayah aku ni lain sikit, mula mula dia tolerate lagi suruh aku sabar lembut lembut, lepas tu aku kena marah okay! Orang sakit kena marah sungguh tak cool! Hee.

Dalam aku tahan sakit aku pilih tidur. Kadang-kadang aku pejam saja, tapi air mata kekal keluar. Serius sakit. Tapi lagi sakit dengar ayah aku marah, jadi baiklah aku pretend tidur. Masa ni tak ada lain dah aku ingat, Allah aje. Manusia memang macam ni, masa susah je hati sungguh tulus suci murni untuk terus berjiwa hamba. Heh.

Hati aku bisik ini,

"Kalau ada bius pun sakit macam ni, kalau tak ada?"

Oh Doktor!

Doktor bius datang. Masa ni aku memang sangat yakin muka aku dah pucat macam hantu. Jadi kedatangan doktor seperti nafas baru okayy! Berseri-seri muka aku. Eh, bukan sebab dia handsome ke apa tapi sebab aku nak bagitahu kenapa sakiiiiiittttt?

"Saya nak buang ubat bius ni,"
"Okay. Kenapa sakit sangat? Subuh tadi saya dah tak tahan langsung,"
"Sakit? Ubat bius ada lagi ni. Pelik kalau sakit,"

Woh! Kecewa. Tiba-tiba aku rasa macam satu dunia tak percaya aku.

"Huda panas ke? Berpeluh, basah katil ni,"
"Panas pagi tu adalah. Petang sikit berangin dah sini,"
"Bagi kipaslah nurse, kesian saya tengok ni. Okay Huda, sakit sikit eh saya tarik,"

Senyum.

"MasyaAllah. Padanlah awak sakit, katil yang dapat bius rupanya. Dah tercabut pun ubat bius ni haa,"

Muka ayah aku nampak bersalah sebab marah. Kan aku dah cakap, kalau aku kata sakit, maknanya aku tak tahan dah tu. Mak aku dah duduk jauh jauh dah. Dia bukan boleh, satgi dia yang menangis dulu. Hehehehe.

Yup. Sukar yang tak terduga.

Sakit Lagi?

"Ayah, tadikan angah terfikir, masa ada ubat bius pun dah sakit macam ni. Kalau tak ada macam mana? Rupa-rupanya itulah sakit yang paling sakit yang patutnya tak rasa tapi dah rasa,"

Terus aku berselera nak makan macam-macam. Aah. Lepas pada tu aku tak bergantung sangat dah dengan apa jenis ubat tahan sakit sekalipun.

Aku dah rasa pun sakit yang sepatutnya aku tak rasa, jadi apalah beza sakit sakit sesudah itu?

Hebat bukan kalau kita boleh set minda? 

p/s: Kenapa semua orang yang senyum kalau jumpa aku tengah jalan, jadi lain macam lately. Apa salah aku?

2 comments:

tronx013 said...

salam..

katil kamu pun sakit juga kena hempap dengan kamu ,sebab tu dia curi ubat bius..eheh gurau je..

peh,cuak juga dengar cerita kena bius dan sakit tu...hmmm saya yang sakit kena acute gastroenteritis(sakit perut+vomiting) pun rasa macam sakaratulmaut... inikan pula kena cucuk jarum kat tulang belakang,huh.... mesti teramat sakit..

tapi ia dah berlalu...

INFINITY said...

Tak adalah teramat sakit, tapi sakitlah sebab terasa jarum dipaksa masuk antara tulang tu kan. Huuu.

Tapi, nasib doktor baaaaaaaik dan comel. Hahhahah. So nak nangis pun cover. :DD

Dah berlalu, tapi parut kekaaaaaaaal. :(