Monday, April 5, 2010

Dia Kata

Saya pandang dalam, dia tersenyum riang
Saya pegang tangan, dia kemaskan genggaman
Saya lagukan suara, dia nyanyikan liriknya
Saya pandang tak hilang, dia membalas girang

Dia tanya saya, wajarkah berair mata?
Saya tipu dia, dalam wajah ceria
Dia pandang lagi, masih seperti tadi
Jangan menangis Huda, petanda lemah hati

Saya tidak mahu, terus dalam menipu
Saya tidak mampu, berbisik terus rindu
Saya belum mahu, memilih selamat jalan
Apatah lagi terfikir untuk terus ditinggalkan

Apalah erti, saya terus resah
Sedangkan pada dia langsung tak terbeban payah
Jangan difikirkan sangat, apa esok berjanji
Kerana hari ini, segalanya belum pasti

Saya ada dia, dia ada saya
Senyuman milik dia, cukup menghiris rasa
Inci tubuh dia berkurang saban hari
Sehingga hanya ada tulang tanpa isi

Ada satu hari dia bernafas lelah
Saya sembunyi diri, menangis dengan resah
Dia nampak saya dengan sedikit amarah
Ya!
Saya ada barah dan saya takkan mengalah!


"Andai saya pergi janji dengan saya
Jangan lupa tersenyum sekalipun perit derita,"
Hingga hari ini saya pegang itu
Sakit bagaimanapun, akan senyum selalu

Janji DIA pasti, masa tarikh dan hari
Mulut menerima pergi, namun hati terus menafi
Ada satu yang kekal dan saya simpan jitu
Tetap terus tersenyum meski apa berlaku!


Aku. Sayang. Kamu.

4 comments:

tronx013 said...

salam..


saya pandang ayat kamu,
saya jeling menuju setiap butir kata-kata,
meneliti ayat dan noktah,
lalu, aku berkata,
waduh, ayat!! peningnya nak baca!! huhu... janganlah berbeit sangat....

kamu minat black ke?huhuhu

INFINITY said...

Tak payah baca kalau payah nak faham. Tak suruh pun. Huuu.

Minat black?
Kamu maksudkan warna atau apa? Kalau warna yang dimaksudkan, saya gemar hijau. :)

http://marchocolateshakes90.blogspot.com/ said...

salam..
salam suai...

sy faham dengan ape y tersirat dan ape yang cuba disampaikan..
sedikit tersentuh dihati...
huhu... adakah benar terjadi dalam khidupan sebenar..? moga tenang2 sahaje k...

INFINITY said...

Selamat datang.

Aah. Terjadi in real life dan masa telah menyembuhkannya. :)