Tuesday, March 30, 2010

Biru Ada Pada Langit

Pandang atas. Pandang kanvas langit. Pada ukiran awan putih. Bagaikan dakwat. Lukisan tiada cela. Pandang langit. Pandang lagi. Pandang langit. Rasakan angin. Pejamkan mata. Nikmatinya nada suara ketenangan. Hayati melodi dari tuhan. Hayati. Itu perkataan, bukan nama.

Tarik nafas panjang. Jangan lepaskan selagi kau tak rasa dada penuh dengan bekalan oksigen. Tarik hingga kau rasa sakit. Tarik semaksima dada mampu.

---

Aku rasa mahu menyorok. Bersembunyi dalam alam nyata hingga ada yang menyentuh bahuku, hai! Mari jalan bersama.

Aku tarik nafas panjang. Aku terima segala hentaman. Sekalipun terjelepuk jatuh, terpukul terpelanting jauh. Meski mahu menjerit bukan begitu! Bukan begitu! Bukan begitu. Bukan! Bukan! Bukan!

Suara sehingga dada belum terzahirkan. Tipu. Telah. Pada telinga yang turut sama memikul beban bahkan lebih pahit. Tidak adil menumpang berat disitu, maka berjalanlah jauh. Jauh. Tanpa henti. Pada jalan kehidupan. Kehidupan ini.

---

Bangkit!

Berat dugaan bererti ringan beban masa depan!

---

Pandanglah langit. Kekal biru. Warna biru kekal di situ. Malam ini, bulan datang menumpang sinar Menghadiahkan langit malam yang bukan biru, namun kelam pekat dalam gelap, untuk terus tersenyum. Mampu tersenyum. 

Manis. Semanis hatimu. Pandang langit. Bulan disitu. Aku rindu. Kamu. Kamu. Kamu. Kamu. Kamu.

Tempat menumpang lelah, bercerita payah.


p/s: HIM.


2 comments:

tronx013 said...

salam...

HIM tu apa?

pandang,pandang alam ini... baru tadi g laut...syook!! ambil gambar lagi..eheheh study? opss... study!!!

INFINITY said...

Salaaam.

Him tu kata ganti nama bagi dia. Tapi dalam kes ni, saya capital kan semua huruf, maknanya DIA.

Eleehhhh, tak jeles pun. (Baca: berlagak gila! Hahhahah. Teluk Wawasankan?)