Sunday, April 27, 2014

Appropriate (Macam Ni Ke Eja?)

"So what's up? New story?"
"Nothing dear,"

Tarik nafas.
Entah.

"Janganlah panggil saya dear, atau sayang. Nanti saya jatuh hati,"

Teguran paling sopan aku boleh bagi. Semua silap dan buruk yang bakal jadi, aku letak atas bahu aku. Jadi, teguran ini biar nampak hanya kerana aku takut aku yang terdosa dahulu. 

Aku tahu.
Dia tidak.
Aku sedikit dilatar belakangkan agama.
Dia mungkin tidak sebanyak apa yang aku tahu.

Ahhh—
Siapa suka ditegur untuk ditunjuk salah?
Siapa?

Jadi, biarlah halusnya begini.

"Tak apa. Tak apa kalau jatuh hati pun,"

Tarik nafas.

"Tak bolehlah. It's not nice, and not polite,"

Senyum—
Lega.

Apa dalam hati, yang terbuku telah aku bersuara. Dan tidak, sedikit pun aku tidak cinta.

Ini hormat, manusia yang berbisik bisik semangat masa aku merangkak dewasa, hingga dimana aku berdiri kini.

Ya.
Aku tidak cinta.




Tuesday, April 22, 2014

Harap

Kadang-kadang rasa banyak sangat mengharap manusia.
Banyak.
Sangat.

Tapi iyalah—