Tuhan,
Bukan aku tidak puas hati,
Bukan aku ragu-ragu,
Bukan aku tidak yakin,
Jauh sekali mempersoal takdirMu.
Tuhan,
Rintih aku hamba berdosa,
Bagaimana boleh aku membantu,
Andai langkahku dimaki keji satu persatu?
Tuhan,
Aku telah kau beri dua pilihan lagi,
Untuk aku fikir kaji.
Tuhan,
Tunjukkan aku jalan,
Cekalkan aku dalam pilihan,
Haruskah aku bertahan dan telan,
Atau inilah masa bertukar arah larian?
Tuhan.
Tuhan.
Tuhan.
Tuhan,
Aku tahu hati batu aku,
Aku kenal lidah membentak aku,
Aku kenal kerasnya akal mindaku.
Aku belajar berdiam.
Aku belajar bising di belakang.
Aku ajar duduk senyap jangan bicara.
Disini,
Apa saja.
Bicara atau bisu,
Berdiam dan tidak tahu,
Apa saja.
Apa saja.
Apa saja.
Tetap aku berdosa.
Tuhan.
Haruskah aku diam bertahan.
Atau bertukar arah larian?
Tunjuk aku, tuhan.
Yang benar benar.
Yang elok elok.
Yang cantik molek.
Saja.
Sahaja.
Oh tuhan.