Ada sorang kawan bapak aku kerja dekat sini. Dia pakai kopiah macam bapak aku. Selalunya, bila aku berjalan and jumpa staff, aku senyum je. Bila namanya kawan bapak aku, mestilah aku panggil pakcikkan? Hahhaha.. Tapi takdelah aku panggil pakcik dekat dia. Bila aku jumpa kawan bapak aku ni sambil berjalan dalam hospital, aku bukan takat senyum je.
Aku bagi salam sekali.
Pastu dalam hati aku mesti menyanyi.
Tebarkanlah salam, antara kita,
Walau di mana sahaja, walau siapa jua,
Walau siapa sahaja, walau di mana jua...
Aku sengih.
Dan dan tu chorus lagu ni datang,
Mengapa rasa malu!!!!
Untu mengucapkan salammm....
Adakah cara lain lebih baik darinya?
Psycho. -.-"
Korang tau ke lagu tu?