Friday, November 30, 2012

Blablabla

Berat sama dijinjing,
Ringan sama ditiup...
 
 
 
Oh how I miss the moment!

Wednesday, November 28, 2012

Left

To the left! To the left! Bak kata Rihanna.



Bai, nak bersantai lane kiri le!

Monday, November 26, 2012

Psych

"Wei, bawak kereta leklok, aku tak kahwin lagi!"
"Mu tak pe Huda takde calon, aku ni ha calon dah ada,"





Kureeeeng!

Friday, November 23, 2012

Ghosts

If blaming the ghost is the easiest and reasonable way to escape, then I will not suprise that be the main reason why. But then, don't you think it's ridiculous? Not to mention stupid?
 
 
 
 
 
 
 
 
Like seriously seriously seriously stupid?

Tuesday, November 20, 2012

I Wont

I probably not a good daughter, not a good friend, colleague, or even future wife or mom. I probably not. But when it comes to patient, I know I'm good, and I can do better. I heard the true story of autistic student who got 5A from his/her UPSR this morning and see? This is what I'm saying. They have hope, they're hoping. The try. They don't give up. At least the parents don't. As long as they live, they're perfectly not giving up! Why should I?
 
 
When they don't, ... then I wont!
 
 
 
 

Friday, November 16, 2012

Food at Hotel

Selain cantik dan menarik,
Mereka tak sedap dan kecik.


 


Kan?
Heee.

Wednesday, November 14, 2012

Hmmm

I'll never give up on kids. Never. If you think that child has no future, you messed up with me! Don't you dare to give up on peads when I am NOT!







Hmmm.

Friday, November 9, 2012

No Wonder

No wonder zaman sekolah muda muda dulu lagi cute bahkan seronok. No wonder. No wonder. No wonder zaman sekolah lagi rasa disayangi sangat melebih lebih despite satu kelas 44 orang? What-the-heck?
 
Zaman sekolah teacher cakap,
"Okay, let me teach you,"
 
Zaman universiti lecturer cakap,
"Okay, let me lecture you,"
 
 
Kekekekee.

Wednesday, November 7, 2012

Mati

Aku selalu tengok dua orang bestfriends (diorang yang claim diorang bestfriends), kick each others' ass behind their back. They're trying too kill each other as well, of course as silently as possible. Well, instead of salah sorang terbunuh.
 
Both are dead.








Padan muka.

 

Tuesday, November 6, 2012

Ihsan

Sekarang hidup aku berkisarkan drive. Jadi terima jelah pos pasal drive jeeee.
 
---
 
Tadi aku bawa kereta. Aku ada ciri-ciri yang kalau dah jalan tu, jalan tu je. Nak tukar memang amik masa. Mungkin sebab aku cepat gelabah jadi aku nak semua benda smooth dan berjadual so aku tak akan gelabah. Sebab kau baru belajar kalau salah tolong tunjukkan (teka lagu apa?), aku jadi jarakkan kereta aku dengan orang muat setengah kereta kat depan. I know I know, it's annoying but better be safe than sorry.

Standardlah kalau kat KL ni orang tak buat salah pon hon, buat salah apatah lagi... jadinya marilah-kita-hon-secara-berjemaah.

Bila kau kebelakang sikit, kadang-kadang orang salah lane akan bagi signal. Aku bagi je sebab aku tahu perasaan salah lane and orang kedekut tak nak bagi pastu mulalah aku berdebar tak tentu hala. Ayah aku pun selalu sebut, kalau kita mudahkan orang, Allah akan mudahkan kita so aku bagi. Bukan tiga puluh juta kereta pun aku lepaskan, satu dua tapi orang hon macamlah kau boleh speed and sampai rumah sejam awal?
 
Kan?
 
Benda tu namanya ihsan.
 
Islam. Iman. Ihsan.

 

Monday, November 5, 2012

Dah biasa

Kadang-kadang aku jadi kalih. Dapat bunyi bon adalah biasa. Tak dapat tu yang rasa eh pelik? Sampaikan kalau orang buat silap, tunjuk berani, mengejek kereta dihimpit-himpit pun aku tak hon. Baik kan? Takde maknanya. Dengar bunyi hon dah kalih sekalipun still ngeri.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Termasuk bunyi hon sendiri.
 
Psiko.
 
 
 
 

Friday, November 2, 2012

Sigh

Satu hari dalam auditorium.

"Audience sekalian, kenapa anda rasa clinican tak buat test ini?"

Dewan sunyi sepi. Dahi berkerut konon berfikir padahal takur ketar lutut penceramah pinpoint atas batang hidung.

"Kenapa?"

Senyap.

Satu suara dari belakang.

"Equiptment tak ada!"

Ingat suara slow rupanya satu dewan hahaha.

Aku le tu.

Ego

Masa aku kecik kecik, bila ada biodata kena tulis atau bila cikgu kata berdiri semua, hari ni kite nak berkenalan dengan each other (crapppp! I don't like it, knowing somebody is a long journey not in a one day hello-my-name-is-blablabla). Masa tu mesti ada nama, hobi, pekerjaan ibu ayah again, bla bla bla.

Aku akan wooooo, bapak dia doktor ohhh. Fulamakkkkk, arkitek tuuu! Mak dia pegawai wehhh! Eksekutif kau tahu?! Menatang apa ekskutif pun aku tak pasti tapi wooooo kan aje. Bila cakap jurutera, takdelak aku impress. Maybe sebab dia 'juru' kat depan.

Kot.

Tapi bila dah besar ni, cop sebelum tu, aku kerja dekat hospital paling kecik kat Malaysia. Aku rasalah dan aku rasa aku betul. Bukan takat hospital paling kecik kat Malaysia, tapi maybe hospital paling kecik kat dunia. Okay jangan bandingkan dengan negara dunia ke tiga (keempat ada?).

Sebab hospital ni paling kecik, ko macam kenal each other despite aku kalau jalan kat hospital ni tak pandang orang. Tunduk tak, lengguk pun tak. Menonong. Jadinya, aku tak ingat sangat. Tapi siapa boleh lawan dengan masa? Sooner or later kau kenal jugak kalaupun tak tahu nama.

Kan?

Bila tempat paling kecik, mudah kau kenal orang. Bila mudah kenal orang, gosip banyak gak lah kannnnnnnnn. Aku pelik gak dengan kerja government. Kau kenal orang dengan 'U' lebih dari kau kenal orang dengan nama.

Hampeh.

"Awak, baju warna kelabu tu apa eh?"
"Tu U29 tu,"

Like seriously??!
 
Satu lagi yang aku agak lemah dengan pekerjaan aku ni adalah nama pekerjaan aku sendiri yang subhanalah panjanggggggg!
 
"Saya nak tanya cuti saya ada berapa lagi baki?"
"Ni untuk jawatan apa,"
 
Tarik nafas panjang.
 
"Pegawai bla bla bla bla pendengaran,"
 
Aku tak cakap la bla bla tu tapi aku humming tempat ada bla tu. Susah ohhhh! Bila jadi macam ni, aku jadi takut sebab aku takut akan ada riak dalam hati. Sebab nama jawatan ni menyebabkan orang jadi, "Eh, pegawai ke dia tu?"
 
Again, seriously?
 
Padahal aku kalau kerja tempat besar, takde maknanya orang nak pandang. Haruslah specialist lagi orang dongak tengok. Kau takat jawatan tepian jalan ni, jalan hujung hujung sudehlaaa.
 
Lama-lama aku jadi terdetik, hati ni memang payah sangat nak jaga. Sebab kalau nak buat dosa dengan diam, sape nak tau? Orang boleh tau ke kau tengah ujub riak takabbur?
 
Ni yang buat malam malam sebelum tidur, atau bila aku agak nak berangin sebab mintak hantar staff sekarang-oh-please-tengah-urgent and then jawapan aku dapat, beliau sedang on the way yang on the way nye dari tadi setengah jam!
 
Dengan jarak hospital yang sekangkang kera?
 
Oh please-lah.
 
Jadi bila aku jawab saya tak peduli nak hantar siapa yang saya tahu ada dua orang datang sekarang takkkan saya nak telefon 15 kali dengan jawapan on the way, aku sumpah takut aku dah masuk stage riak.
 
Sangat.
 
Pastu aku pujuk hati, kalau tak point benda macam ni sampai sudah rakyat jelata akan cakap, standartlaaaaa government kennnnnn~
 
Tak ke kau hangin sebab kau adalah sebahagian jugaklah secara tak langsung. Aku tak leh. Eeee... tak leh.
 
Pastu aku jadi terfikir, ego tu sama ke dengan riak?
 
 
 
Pastu aku jadi terasa, banyaknya dosa.