Sunday, December 11, 2011

Tahan Diri

Masa zaman Friendster, trend berkongsi cara Friendster. Sekarang zaman Facebook, phewwww... trend berkongsi sungguh melampau. Kalau yang sweet comel tu boleh dimaafkan sebab tak bagi kesan pada sesiapa dengan cara negatif.

Tapi?

Pelbagai perkongsian yang beberapa peratus sahaja yang ilmiah (ada juga ilmiah negatif geng geng illuminati heee), yang lain?

Kenapa tidak boleh/tidak digalakkan?

Menyakiti Hati Sesama Manusia.
Tak kisahlah kau Islam ke siapa, terutamanya Islamlah (kan kita dah diajar terang terang adab dan akhlak?). Kadang-kadang kita berkongsi, kita tidak tahu kita sedang menyakiti dalam diam. Contohnyalah, kita dapat video orang panjat bangunan KBMall pastu threatening nak bunuh diri, then kita pun haaa rakam rakam rakam post rightaway kat FB. Kita rasa lepak lepak je, ala orang lain buat tak pe. Macam orang makan taik, kau makan jugaklah kan? Then, kita sebarkan. 

Kita lupa, satu hari nanti, mungkin orang yang kita rakam dan pos itu insaf dan menyesal, tapi kesan dari sebaran tu? Sempat ke kita nak cari dia minta maaf. Ye, kita tak berniat, tapi kita memang terang-terang dah sakitkan hati. Dia salah, dia dengan tuhan. Kita siapa?

Menyebarkan Berita Palsu
Ini khas untuk orang yang main share je tak tengok mana hala sumber betul ke tidak. Mungkin niat kita nak orang lain tahu tu mulia, tapi lagikan kalau nak buat assigment cari sumber dari internet pun kena double-checked, ini kan kalau melibatkan hal hal lebih serius?

Kita baca, boleh. Tapi sebelum tangan gatal nak klik share tu, fikir dulu. Betul ke nak share? Boleh ke nak share? Okey, peeps?

Mensukahatikan Hak Privasi
Ni satu hal. Yang ni memang ampun tak boleh maaf. Kau pakai tudung, aurat terjaga. Kawan kau tak. Satu hari, kau bangun tengok tengok ada gambar ditag (lagi horror kau tak private kan tagged pics), kau tak pakai tudung?!

What the????! Apa perasaaan? Tu contoh senanglahkan. Sama juga benda-benda lain, kita rasa amik gambar suka-suka hati dalam bilik kawan kita and upload nak tunjukkan kita tengah happy bersama. Kita lupa, kita secara tidak langsung tengah mensukahatikan benda mungkin orang lain MUNGKIN tak suka. Dan dan tag pulak kawan kawan yang lain. Haaaa?

Itu satu hal, ini ingatan untuk mereka mereka yang berada dalam line deal dengan orang lain. Kalau ada masa mungkin boleh baca isu CLEO bulan ni perihal kau boleh kena buang kerja sebab FB. Bagus isu tu, buat kita pandang mata. Dan aku dalam lane kesihatan, aku suka nak ingatkan kadang kadang kita tak sedar  kita dah across the ethics, sebar gambar patient, actually mungkin kita tak berniat pun, tapi background belakang kita ambil ringan, share betapa excited kita buat begitu begini dengan details patient, share dengan nama kawan kawan lain. Kan kita belja ethics kan ladies and guys sekalian?

Merosakkan Kesihatan
Hah? Overlah kau ni Huda sampai merosakkan kesihatan segala!

Iye. Kau tengok video yang hujung jalan bangggg gambar hantu? Tu tak kira kalau kau pakai headphone max volume? Kau tak perasan jantung kau berdegup kencang? Kau tak perasan adrenaline kau meluncur laju. Kau sihat tak apalah.

Kalau yang kau share, yang tukang tengok sakit jantung? Ehemmm. Mungkin kau tak kisah kot kalau dalam surat mati ada tulis. 

Punca kematian: Serangan jantung kerana menonton video dikongsikan oleh si polan polan.

Menjaga Hak Asasi
Ni aku tak perlu teranglah kot. Ni trend baru berlaku beberapa hari ni. Orang terjun kolam terhantuk ke apa, pastu muka pecah. Heh, seminggulah nightmares aku nampaknya. Tu tak masuk lagi guna ayat mulia kekuasaan-Allah semua untuk nampak sebaran tu halal. Tak. Tu dah kira dua kali salah. Salah sebarkan, salah mempergunakan.

Cuba fikir perasaan keluarganya? Lagipun kan akhlak ajar jangan sebarkan benda benda tak baik? Semua orang ada hak dia, bila kita intrude masuk, samalah macam kita menafikan hak dia. Kan? Kau kita kat tempat dia? Tu belum kira kalau melibatkan aib, contoh kawan tidur berdengkur kita post untuk ketawa-ketawa, hmmm~

Kadang kala Allah dah tutup aib kita, alih alih kita yang bangga cakap habis tu cane?



Ni mungkin sebahagian. Aku rasa benda benda macam ni common sense, tapi manusia manusia hari ni macam lack of common sense pun ada. Benda ni tak payah diingatkan sebab normal manusia akan ada terselit atau terlintas perasaan eh tak boleh ni. But most of the time, kita ignore.

Jadi saling mengingatkan adalah terbaik. :)

2 comments:

Lea Isnawi said...

erm betul jugak kan
pasni kena fikir dulu b4 share apa-apa

-.-"

INFINITY said...

Yeap. :)