Thursday, October 24, 2013

Timulis

OGua sebenarnya nak tulis tajuk; Tulis. Dah pejadah keluar timulis. Lantakle.

Lama dah gua tak menulis.
Lama.
Sangat.

Gua punya life almost uncertainty.
Gua tak tau gua buat decision tepat ke tak.
Gua even tak tau, gua nak apa in life.

Somehow something messy and getting messier everyday.
The thing is, gua taleh nak figure out what happen.

Life been so different now.
Gua jumpa kekawan gua yang dah kawen.
Yang bakal kawen.
Yang dah ada anak.
Yang dah ada dua tiga anak.

Pun.
Gua tanya, this life?

Seems that my life macam tak tau point.
Haila diri.
Kau dah kenapa.

Gua rasa gua kena kawen.
Tapi gua nak kawen dengan kawan.
You know.
How can I describe a.
The kawan yang;
"Woi kau nak minum kopi dengan aku tak?"

Bukan yang.
"Sayang... lets have the breakfast coffee, baby,"

Yang nombor satu.
Pastu jadi nombor dua.

Slow slow.
Haaa. Macam tu.

The thing is.
No one wants to get married with me.

No one.
Ever.

Ke gua patut jadi Nora Danish?

Wednesday, July 31, 2013

Changed and New!

Banyak benda berubah.
Banyak benda hilang.
Banyak juga berganti baru.

Doktor salah diagnos.
Had fight with boss.
Letak jawatan dan join difficult different life.
Jumpa kekasih arwah Mohfiz.

A lot.

Dah lama tak menulis.

Satu satu.
Satu.
Satu.

Aku berhenti jatuh cinta.
Aku berhenti mencari cinta.
Manusia.

Barangkali manusia manusia yang hadir,
Takdirnya hanya untuk pergi.

Hidupku yang begini.
Hidupku yang misteri.
Hidupku yang banyak celaru.
Siapalah mahukan aku.

Senyum.

So new me.
Baru.
Aku yang baru.

Monday, June 3, 2013

Tukar

"Can you teach me how to tidy up the bed, how to wear this special sock, how to change diaper? I'd rather do it myself, nurse,"



---

I don't mind losing my job. I don't care about the rules. I can find another job but not another parents.

Because of that, good bye to where I'm working now.

I love you, I do.

But I'm still unable to digest the shit and I don't plan to.

Saturday, May 25, 2013

Pilih

Tuhan,
Bukan aku tidak puas hati,
Bukan aku ragu-ragu,
Bukan aku tidak yakin,
Jauh sekali mempersoal takdirMu.

Tuhan,
Rintih aku hamba berdosa,
Bagaimana boleh aku membantu,
Andai langkahku dimaki keji satu persatu?

Tuhan,
Aku telah kau beri dua pilihan lagi,
Untuk aku fikir kaji.

Tuhan,
Tunjukkan aku jalan,
Cekalkan aku dalam pilihan,
Haruskah aku bertahan dan telan,
Atau inilah masa bertukar arah larian?

Tuhan.
Tuhan.
Tuhan.

Tuhan,
Aku tahu hati batu aku,
Aku kenal lidah membentak aku,
Aku kenal kerasnya akal mindaku.

Aku belajar berdiam.
Aku belajar bising di belakang.
Aku ajar duduk senyap jangan bicara.

Disini,
Apa saja.
Bicara atau bisu,
Berdiam dan tidak tahu,

Apa saja.
Apa saja.
Apa saja.

Tetap aku berdosa.

Tuhan.

Haruskah aku diam bertahan.
Atau bertukar arah larian?

Tunjuk aku, tuhan.
Yang benar benar.
Yang elok elok.
Yang cantik molek.

Saja.
Sahaja.

Oh tuhan.

Friday, April 19, 2013

Tipu

Aku lukis gambar ni kalau tak salah aku masa tengah lecture. Masa bile lagi?

Haaaa.

Masa terbaca quote ni, aku teringat zaman sekolah menengah. Zaman budak tengah naik. Tinggi je tak naik naik. Masa tu sampai masa ni, aku tak reti menipu. Kalau aku menipu mesti aku gelabah ayam. Bila aku gelabah, orang taulah aku tipu.

Simple circle.

Masa sekolah asrama, time yang apa je peraturan harus dilanggar. Macam, hello peraturan untuk apa?

Untuk dilanggarlah.

Heee.

Bila kena tangkap, geng aku mesti cakap. Huda sila senyap jangan buka mulut.

Hahaha. Bila aku buka mulut, memang jujur-cari-pasal-kena-sebat-zassssss!

Tapi aku perasan satu benda ni, satu ceritani, saat kantoi curi keluar sebab tuisyen dekat luar.

Aah.

Asrama aku ada tuisyen dalam asrama. Macam pergi tuisyen swasta tapi buat kawasan asrama. Apakejadah tuisyen namanya.

Kali ni tak leh senyap. Tak leh tipu. Nak jujur. Sebab dia akan berulang, konsisten. Nak kena tangkap senang. Pastu part of the body kena reserve sebatan untuk benda lain lagi. Jadi yang ni mesti jujur.

"Saya tak bolehlah ostat. Saya tak boleh. Kalau ostat tak benarkan, saya akan buat jugak. Dah memang tak boleh. Saya kena belajar luar asrama untuk tuisyen. Dahla sekolah muka sama, tuisyen pon muka sama. Kalau ostat tak kasi, kenalah prepare sebat lain berkali-kali,"

Sambil nangis nangis. Sambil sedut hingus srooh srooohh.

Ostat pun cakap.

"Okla okla. Boleh keluar. Tapi jangan cakap dengan orang, nanti semua kata tak adil. Kalau kena tangkap jugak dengan exco, kite kawtim belakang belakang,"

Pergh.
Terus sayang ostat!
Terus rasa ostat sangan memahami.
Terus rasa lepas ni tak yah lah aku kena reka macam macam cerita selamat diri,
Lepas tu kena ingat pulak cerita ni manalah tau later kena sebat lagi, terus ditanya minggu dulu salah apa kau buat sampai asyik kena sebat?

Kang tak pasal nak sorok satu cerita, terbuka lain punya dosa.

Heh.

Pastu aku jadi teringat kata kata ni,

Kalau kau cakap jujur,
Kau tak payah hapal every single word kau dah cakap.

Kan?

Wednesday, April 17, 2013

Alohai

Gua kalau gi makan luar kawasan rumah tempat kena menginap, mesti breakfast gua cari scrambled egg and honey star campur susu.

Mesti.

Wajib.

Kali ni, umur ini, still gua buat perangai sama. Tak lengkap sarapan gua takde benda alah ni.

Elok elok gua duduk, doktor lelaki hospital gua yang senyap, or perhaps gua yang tak banyak cakap dengan dia (oh very rare gua mulut senyap) telah datang dengan muka serius.

"Eh, awak darjah berapa?"

Sengih sengih. Gelak gelak.
Gua haruslah ketawa tak hengat.

Kemudian beliau berlalu. Dan datang semula dengan muka evil. Atas pinggan ada foods dan sekeping biskut. Dalam hati, oh gila gigih pusing penutup bekas kaca gabak ambik biskut nipis, sekeping.

"Nah, biskut meri, budak suka biskut,"

Mulut nganga berserta gelak tahan disitu, mata gua buntang, tangan bergarpu dah terangkat sedikit tinggi

"Doktor!!!"

Monday, April 8, 2013

Lu Jantina Apa?

Gua dulu anti gila nak naik public transport sebab gosh gila tak suka kena tunggu. La ni, gua okay je sebab danggggg nak duduk melangut dalam jem lagi gua tak sanggup.

Gua lama dah tak naik KTM, selalu bantai LRT. Gua okayla naik LRT sebab pada gua agak tepat masanya. Agak. Dan tren dia banyak kali. So kalau terlepas satu, takdela gua berjanggut nak tunggu next tren sampai destinasi.

Wa sayang Malaysia lebihlah! Tapi still kalau bakal hubby gua nak migrate UK, gua ikut. Luas pemandangan katanyaaaaa.

Heehewhew.

KTM oh superdupertupermuper lambat. Nak hangin satu badan pun tarak guna. Kau gak yang bajet masa tak berapa tepat.

Tapi syoknya dia ada koc wanita. Despite gua ni kasar setengah jantan, hati tetap wanita tetap perempuan still gua nak selamat maka melepaklah di sini. And and and... dalam koc ni ada polis. Agak agak tak nak malu alang, cek mata cek koc, lu masuk salah tempat ke tak.

Wa sayang Malaysia lebihlah! Tapi still kalau bakal hubby gua nak migrate UK, gua ikut. Luas pemandangan katanyaaaaa.

Heehewhew.

Dan, polis wanita cute ini sangat bagussssss.  Lu salah masuk, gua halau. Ok taklah halau tapi cakap berhemah. Rakyat Malaysia berbudi pekerti bersopan santin berlemah lembut.

Oh sayang sungguh gua pada Malaysia! Tapi still kalau bakal hubby gua nak migrate UK, gua ikut. Luas pemandangan katanyaaaaa.

Heehewhew.

Kemudian gua nampak polis cantik ni tak halau sorang mamat. Dalam hati, baiii lu ada bias jugak ke? Apsal, itu mamat kacak lebih ke?

Kemudian gua kecikkan mata, tajamkan retina.

OMG! OMG! Itu manusia gua sangka kacak, sama jantina dengan gua!

Terus gua tunduk insaf. Gua sungguh berada di akhir zaman.

Sayang sungguh gua pada Malaysia. Hari hari gua doa mohon jangan Malaysia terpesong landasan. Negara Islam sudah cantik, biar pekerti Islam ditanam juga jadi sandaran!

Tapi still kalau bakal hubby gua nak migrate UK, gua ikut. Luas pemandangan, kaut pengalaman, tambah pengetahuan, pupuk lebih kesyukuran.

Allah, jangan pudarkan iman.
Kalau mati, biar dalam kebenaran.
Ayuh berpesan-pesan,
Jangan lelaki menyerupai perempuan,
Jangan juga perempuan bertukar jantan.

Oh, gua belun ada hubby. Belum juga ada bakal. Apatah lagi bekas.

Kesian.

Mau isi borang?
Kasar kasar gua, hati masih perempuan.

Apa orang kata?
Dalam hati ada tamannnn.

Hewhewhew.

---
Tak kelakar.

Monday, April 1, 2013

Selamat Bernikah, Aku

"Aku rasa nak kawenla,"
"Really? Me too,"
"Really?"
"Really!"
"Ko nak kawen macam mana?"

Kalau aku nak kawin. Aku kalau boleh tidak mahu bertunang.

Penat.

Aku kalau mahu bernikah, aku mahu majlis kecil tiada pelamin tiada berhias indah.

Susah.

Aku kalau ingin berkahwin, mahu kalau boleh hanya ratusan bukan ribuan bukan jutaan bukan kataan cacian. makian cercaan.

Apa orang kata, apa orang bicara, tidak perlu aku tahu, tidak pula mahu aku tahu.

Aku kalau mahu berkahwin, senang susah sama sama, bukan hanya pada manisnya nikah.

Aku cari suami.
Peneman.
Sahabat.
Bapa anakku.
Datuk cucuku.
Sampai tua.
Sampai syurga.

Bukan artis,
Dihari majlis.

Wednesday, March 27, 2013

Rethink

If you're not ready to take it,
Then don't dare to ask in the first place.

You're obviously not going to make things better.
Instead, you make it worst!

Sunday, March 24, 2013

No Title

Having a good night sleep.
Lying down on my bed with favourite magazines.
Listening to nice music.
With mask on face and feet.

What a good holiday!
Lah sangat.

Saturday, March 23, 2013

Manusia

Makin aku besar,
Makin aku sedar,

Aku dikelilingi oleh manusia yang mulut cepat condemn dan complaint.

Manusia yang mulut menjuih nampak salah orang padahal hati sendiri busuk hanyir tak perasan.

Manusia yang berjejer menjaja cerita tak sedar bila bercakap "Oh please, I tak macam tu. Selagi I tak berdepan, I tak percaya cerita belakang,"
Terlupa dialah juara menjaja.

Manusia yang rasa malaikat padahal ada tercuit iblis disitu.

Manusia yang bungbangbungbang betapa berjuta sedekah dia hulur sampai musykil hati, mana ikhlas?

Manusia bila di atas, bercakap bercekak pinggang tak nak mengalah tak nak mendengar tak nak meneliti dan sentiasa hey aku benar aku benar. Tangan kekal bercekak pinggang.

Manusia yang ada jawatan maka berbuih mulut cerita gaji aku mampu gaji kau?

Celaka.

Manusia yang berjanji kita sahabat sejati tapi dibelakang cukup ringan menyampai tiada yang baik untuk dicerita. Tiada. Hanya lemah dan liut. Hanya itu.

Manusia yang buruk orang adalah zikir harian.

Manusia penuh alasan dikata A dijawab B dibicara C disampai EFGHIJKLMNOPblablablaZ.

Manusia yang aku nak jerit go to hell! Find your own life and go away! Shuhhh!

Manusia.
Dan aku juga.
Mohon jauh.
Syuhhhh!

Sunday, March 10, 2013

Belum Susah

Sayang.
Sayang kalau aku nak berhenti sekarang.
Sayang kalau aku pilih putus asa.
Sayang kalau aku menjauh kerana terasa.

Sayang apa khabar denganmu?
Disini ku merindukan kamu.

Sayang.
Sangat sayang.
Sebab aku yakin.
Dengan usaha ibu ayah.
Dengan usaha cikgu mikgu (if such word ever exist).
Dengan usaha rakan yang lain.
Dengan usaha kesayangans (s for plural yaakutamak).
Dengan sedikit cekal hati aku.

Aku yakin.
Sumpah akan senyum sampai telinga.
Satu hari nanti.
Meski bukan hari ini.
Satu hari.
Nanti.
Bila patient a.k.a kesayangans aku mampu cerna bercerita.

"Hai aunty Huda,"

Dengg aku belum mahu give up.
Dengg tolong jangan suruh aku give up.
Dengg jangan tunjuk aksi jijik suruh aku give up.

Syuhh pergi jauh jauh pengaruh busuk suruh give up yeks.

Sumpah aku tak akan.
Sumpah aku tak akan akan.

Wednesday, March 6, 2013

Habis Macam Mana?

Lama dah tak tulis karang mengarang.
Kalau orang kata kena pilih kerja yang kau suka jadi kau tak perlu kerja sepanjang hayat, aku setuju.

Kalau aku tak setuju, aku tak resign kerja lama adapt kerja baru.
Kalaulah aku tak sukalah kan.
Kalau.

Sekarang, aku rasa satu macam. Rasa yang aku tak pasti macam mana nak sebut nak describe. Sebab macam mana aku adjust diri, hujung dia ada sesuatu. Sesuatu yang lawan pada positif.

Aku rasa orang orang yang dekat atas ni ada satu sindrom. Sindrom bos. Sindrom yang susah nak adjust bila dia pilih untuk begitu. Sindrom yang orang cerdik nampak bodoh. Sindrom yang macam beb, tak guna kau belajar tinggi kalau common sense ke laut.

Sindrom yang buat orang macam kau, seinovatif kreatif macam mana pun kau, tetap tak boleh, tetap dipijak lumat lenyek benyek.

Tu. Tu lah benda yang aku face yang aku dah cuba letak diri aku dalam kasut orang itu yang masih aku tak dapat selam. Sebab kasut dia pakai bukan kasut biasa.

Kasut luar biasa.
Yang aku tak biasa.

Yang aku tertanya.
Habis macam mana?

Sunday, February 17, 2013

Janji

And this very moment, I promise to try to keep my mouth shut from and about not-so-helpful person.

I'm trying. I want to have myself back. That's all I want... for now.

Thursday, February 14, 2013

Tiada

Bilang saja aku tiada berilmu, bijak apatah sempurna.
Namun jangan kau tuduh aku tidak mencuba,
Tiada usaha.

Engkau tidak berada dalam kasutku.
Dan aku tiada ingin berada dalam situasimu.

Wednesday, February 13, 2013

Tolong Ingatkan Aku

Kalau aku buat silap,
Mohon tunjuk tegur ajarkan.

Bukan kata aku.
Bukan hina aku.

Bodoh itu aku punya.
Bijak itu Allah kurnia.

Aku ingin kurnia itu.
Maka aku usaha satu satu.

Jangan kata aku.
Jangan hina aku.

Aku janji aku ajar dan ajari.
Aku janji tanpa hina dan caci.

Aku janji selagi kau pun janji.

Tuesday, February 12, 2013

Bila Aku Kata

Aku dapat mimpi. Mimpi aneh aneh.
Aku jadi sangsi, aku banyak fikir atau syaitan datang jampi.
Aku tanya diri, sini ke mahu aku berhenti?
Aku tahu apa aku mahu, dan jawapanya belum lagi.

Bila aku cakap hati aku hati besi.
Tolonglah percaya itu.
Sebelum aku tunjuk bukti.
Sebelum engkau sakit hati.

Monday, February 4, 2013

Jatuh

Dalam dunia ni ada berpuluh juta ratus trilionmilionbilion manusia. Dalam banyak banyak tu, ada sebahagian manusia datang dan pergi, datang dan sementara, datang dan kekal.

Itu namanya kawan. Yang akhir.

Yang bila kau makan dia tak makan maka dia belajar. Yang bila dia pakai, kau tak pakai dan dia terima.

Yang bila kau nangis dia tak pilih mengalir air mata tapi membuat kau ketawa.

Itu sahabat.

Dia tak terima kau seadanya tapi dia belajar ikut rentak dan mencuba merubah irama agar sempurna tanpa sengketa.

Itu nyawa.

Aku?

Entah.

Belum sampai ke tahap itu. Bila aku mahu sunyi, aku berlari menyendiri. Bila tiba aku kembali, sekelip mata aku di sini.

Ya. Aku belum mulia bahkan tak pernah akan.

---




Sebenar benarnya aku tak tau nak tulis apa maka aku putuskan ini malam berjiwang.

Psiko.

Wednesday, January 30, 2013

Dua Tambah Dua Jadi Setengah

Dulu orang selalu kata aku sempoi.
Sekarang, banyak orang kata aku selekeh.
Kalih lali tak peduli dah aku dengar benda tu.

Aku suka tengok orang cantik berdandan bergaya. Tapi, bila aku imagine aku yang pakai benda pelik pelik tu, sumpah rasa badut. Memang bukan akulah nak sarung benda benda jelita itu.

Takyah paksa aku jadi apa aku tak nak jadi. Nanti aku bertahan paling lama sebulan.

Mungkin aku sempoi, sebab tu aku selekeh.

Tak.

Aku selekeh, sebab tu aku sempoi. Kot.





Selekeh pun selekehlah.
Janji senyum aku still sampai telinga.

Tuesday, January 29, 2013

Dunia

Aku dalam LRT, appointment gigi macam biasa. Pandang kanan, manusia bermp3. Pandang kiri, ada yang tidur.

Paling banyak, manusia macam aku.. busy dengan handphone.

Macam mana eh kalau satu hari nanti manusia lupa bagaimana berkomunikasi?

"Next station, Hang Tuah. Stesen berikutnya, Hang Tuah,"

Okay, aku dah sampai.

Monday, January 28, 2013

Kucar Lanar

Aku sedih, aku ingat Kelantan.
Aku down, aku ingat Kelantan.
Aku rasa nak buat benda baru, pun aku ingat Kelantan.

Kubang Kerian lah spesifiknya.

Aku pernah cakap no way lah aku nak balik sini balik tempat nightmare air mata tak berhenti.

Tapi bila hati masih melonjak mari datang mari datang, aku tau jasad dan minda aku masih setia.

Setia yang orang lain tak dapat baca.
Setia yang orang fikir aku ada boyfriend dekat dini sebab tu aku tergedik gedik nak datang balik.

Tak pun sebenarnya, tapi kalau betul aku syukur.

Setia aku setia lain.
Setia aku setia mati.
Setia aku setia setiap inci ada kenangan.
Setia aku setia kau tak akan faham.

Sebab aku setia orang ingat aku gila.

Gila pun gilalah.

Sebab gila ini buat aku berani.
Sebab gila ini buat aku berdikari.

Sunday, January 27, 2013

Kacau Bilau

Jiwa aku tengah kacau bilau haru biru bercelaru. Jiwa aku, jiwa iman tak kuat tapi cuba bergagah perkasa. Jiwa aku rapuh.

Jiwa aku mengantuk.

Angin Kelantan sepoi dan sempoi.
Ok aku nak tidur. Bai.

Saturday, January 26, 2013

Boleh?

Boleh tak kau berhenti kejap dan fikir yang kenapa aku masih ada kat sini?

Thursday, January 24, 2013

Psych

Zaman jadi kanak-kanak sudah berhenti.
Zaman jadi dewasa bermula.

Tapi bila bersama pesakit kanak-kanak, terlupa usia sudah 26 tapi tak ada anak kesiaaaaan.

"Kalau dengan Cik Huda, dia memang main,"

Aaah la sangat. Gusar hati aku tak dapat result kena marah bos, siapa tahu?

Monday, January 21, 2013

Sentap

"Kalau doktor tak nak bercakap dengan saya, saya sepuluh kali tak nak bercakap dengan doktor. Ada banyak lagi doktor la yang boleh sedate patient saya,"

Letak telefon.
 
Somehow, adakah aku cepat sentap atau manusia terlalu angkuh?
Tapi kawan aku kata, kalau aku bercakap dalam telefon minta tolong, bulu hidung pun boleh gugur. Tu kawan aku cakapla.
 
Tapi aku rasa ye. Eheks.
 
 
 
 
 
 
 
 
Jalan jalan jenguklah bumi, jangan selalu mendongak langit.
Jatuh luka jerit melolong, ada langit nak tolong?
 

Wednesday, January 2, 2013

Ohalahai

Beza cuti sekolah dengan hari persekolahan.

Hari cuti, keluar rumah pukul 7.00 pagi sampai 7.20 pagi.
Hari sekolah, keluar pukul 6.30 sampai pukul 7.20.

















Grrrrrrr....!

Tuesday, January 1, 2013

Mandoom Day

Stupid.
Stupider.
Stupidest!

If such word ever exist.

Wednesday, December 26, 2012

Ohooo!

The worst part ever when having my second braces. Ulcer on to top of my micro implant!
 
 
 
Rasa nak sepak orang sepanjang 5 hari!

Friday, December 21, 2012

Ucap

Ada sorang kawan bapak aku kerja dekat sini. Dia pakai kopiah macam bapak aku. Selalunya, bila aku berjalan and jumpa staff, aku senyum je. Bila namanya kawan bapak aku, mestilah aku panggil pakcikkan? Hahhaha.. Tapi takdelah aku panggil pakcik dekat dia. Bila aku jumpa kawan bapak aku ni sambil berjalan dalam hospital, aku bukan takat senyum je.
 
Aku bagi salam sekali.
 
Pastu dalam hati aku mesti menyanyi.
 
Tebarkanlah salam, antara kita,
Walau di mana sahaja, walau siapa jua,
Walau siapa sahaja, walau di mana jua...
 
Aku sengih.
 
Dan dan tu chorus lagu ni datang,
 
Mengapa rasa malu!!!!
Untu mengucapkan salammm....
Adakah cara lain lebih baik darinya?
 
Psycho. -.-"
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Korang tau ke lagu tu?

Sunday, December 16, 2012

?

It makes me wonder.
Who is he?
And when will he come?

When.
And who.
And, how?

Thursday, December 13, 2012

All

Accept me with my dark secrets.
That's all I ask.

Friday, December 7, 2012

Oh Eh?

Hari-hari aku rasa nak makan pau kacang. Hari-hari like seriously hari-hari. Bila datang kerja je, aku akan cakap dengan staff yang sama-sama selalu datang awal yang aku nak makan pau. Pau. Pau. Pau. Specifically pau kacang!






"Cik Huda ni dah kena mandrem ke?"

 

Thursday, December 6, 2012

Belum

Aku bukan puasa FB. Aku tak buka FB dah dekat sebulan, ke dah sebulan dah pun. Bukan, aku tak puasa. Betul, aku tak puasa. Cuma aku penat.









Sumpah penat.

Wednesday, December 5, 2012

Aduh

Tak pernah sangka proses kurangkan kafein sangat sukar.



Sigh.

Tuesday, December 4, 2012

Sesuatu

Bila aku pandang orang dan aku terasa muka dia macam somebody aku pernah kenal, atau jumpa, atau rapat, aku jadi terfikir logik ke manusia ada pelanduk dua serupa? Sebab aku yakin kalau aku letak sebelah sebelah orang yang aku rasa sama, mesti tak sama punya.
 
Kembar pun ada lain dia.
 
Kemudian aku jadi terfikir,
Mungkin aku hanya rindu?

Monday, December 3, 2012

Banyaks

3
5
17
24
29
38
45
78
81
93

Whooooo. Sungguh malas mendelete emel berunsur iklan.
Tunggu biar jadi empatpuluhjuta boleh?

Friday, November 30, 2012

Blablabla

Berat sama dijinjing,
Ringan sama ditiup...
 
 
 
Oh how I miss the moment!

Wednesday, November 28, 2012

Left

To the left! To the left! Bak kata Rihanna.



Bai, nak bersantai lane kiri le!

Monday, November 26, 2012

Psych

"Wei, bawak kereta leklok, aku tak kahwin lagi!"
"Mu tak pe Huda takde calon, aku ni ha calon dah ada,"





Kureeeeng!

Friday, November 23, 2012

Ghosts

If blaming the ghost is the easiest and reasonable way to escape, then I will not suprise that be the main reason why. But then, don't you think it's ridiculous? Not to mention stupid?
 
 
 
 
 
 
 
 
Like seriously seriously seriously stupid?

Tuesday, November 20, 2012

I Wont

I probably not a good daughter, not a good friend, colleague, or even future wife or mom. I probably not. But when it comes to patient, I know I'm good, and I can do better. I heard the true story of autistic student who got 5A from his/her UPSR this morning and see? This is what I'm saying. They have hope, they're hoping. The try. They don't give up. At least the parents don't. As long as they live, they're perfectly not giving up! Why should I?
 
 
When they don't, ... then I wont!
 
 
 
 

Friday, November 16, 2012

Food at Hotel

Selain cantik dan menarik,
Mereka tak sedap dan kecik.


 


Kan?
Heee.

Wednesday, November 14, 2012

Hmmm

I'll never give up on kids. Never. If you think that child has no future, you messed up with me! Don't you dare to give up on peads when I am NOT!







Hmmm.

Friday, November 9, 2012

No Wonder

No wonder zaman sekolah muda muda dulu lagi cute bahkan seronok. No wonder. No wonder. No wonder zaman sekolah lagi rasa disayangi sangat melebih lebih despite satu kelas 44 orang? What-the-heck?
 
Zaman sekolah teacher cakap,
"Okay, let me teach you,"
 
Zaman universiti lecturer cakap,
"Okay, let me lecture you,"
 
 
Kekekekee.

Wednesday, November 7, 2012

Mati

Aku selalu tengok dua orang bestfriends (diorang yang claim diorang bestfriends), kick each others' ass behind their back. They're trying too kill each other as well, of course as silently as possible. Well, instead of salah sorang terbunuh.
 
Both are dead.








Padan muka.

 

Tuesday, November 6, 2012

Ihsan

Sekarang hidup aku berkisarkan drive. Jadi terima jelah pos pasal drive jeeee.
 
---
 
Tadi aku bawa kereta. Aku ada ciri-ciri yang kalau dah jalan tu, jalan tu je. Nak tukar memang amik masa. Mungkin sebab aku cepat gelabah jadi aku nak semua benda smooth dan berjadual so aku tak akan gelabah. Sebab kau baru belajar kalau salah tolong tunjukkan (teka lagu apa?), aku jadi jarakkan kereta aku dengan orang muat setengah kereta kat depan. I know I know, it's annoying but better be safe than sorry.

Standardlah kalau kat KL ni orang tak buat salah pon hon, buat salah apatah lagi... jadinya marilah-kita-hon-secara-berjemaah.

Bila kau kebelakang sikit, kadang-kadang orang salah lane akan bagi signal. Aku bagi je sebab aku tahu perasaan salah lane and orang kedekut tak nak bagi pastu mulalah aku berdebar tak tentu hala. Ayah aku pun selalu sebut, kalau kita mudahkan orang, Allah akan mudahkan kita so aku bagi. Bukan tiga puluh juta kereta pun aku lepaskan, satu dua tapi orang hon macamlah kau boleh speed and sampai rumah sejam awal?
 
Kan?
 
Benda tu namanya ihsan.
 
Islam. Iman. Ihsan.

 

Monday, November 5, 2012

Dah biasa

Kadang-kadang aku jadi kalih. Dapat bunyi bon adalah biasa. Tak dapat tu yang rasa eh pelik? Sampaikan kalau orang buat silap, tunjuk berani, mengejek kereta dihimpit-himpit pun aku tak hon. Baik kan? Takde maknanya. Dengar bunyi hon dah kalih sekalipun still ngeri.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Termasuk bunyi hon sendiri.
 
Psiko.
 
 
 
 

Friday, November 2, 2012

Sigh

Satu hari dalam auditorium.

"Audience sekalian, kenapa anda rasa clinican tak buat test ini?"

Dewan sunyi sepi. Dahi berkerut konon berfikir padahal takur ketar lutut penceramah pinpoint atas batang hidung.

"Kenapa?"

Senyap.

Satu suara dari belakang.

"Equiptment tak ada!"

Ingat suara slow rupanya satu dewan hahaha.

Aku le tu.

Ego

Masa aku kecik kecik, bila ada biodata kena tulis atau bila cikgu kata berdiri semua, hari ni kite nak berkenalan dengan each other (crapppp! I don't like it, knowing somebody is a long journey not in a one day hello-my-name-is-blablabla). Masa tu mesti ada nama, hobi, pekerjaan ibu ayah again, bla bla bla.

Aku akan wooooo, bapak dia doktor ohhh. Fulamakkkkk, arkitek tuuu! Mak dia pegawai wehhh! Eksekutif kau tahu?! Menatang apa ekskutif pun aku tak pasti tapi wooooo kan aje. Bila cakap jurutera, takdelak aku impress. Maybe sebab dia 'juru' kat depan.

Kot.

Tapi bila dah besar ni, cop sebelum tu, aku kerja dekat hospital paling kecik kat Malaysia. Aku rasalah dan aku rasa aku betul. Bukan takat hospital paling kecik kat Malaysia, tapi maybe hospital paling kecik kat dunia. Okay jangan bandingkan dengan negara dunia ke tiga (keempat ada?).

Sebab hospital ni paling kecik, ko macam kenal each other despite aku kalau jalan kat hospital ni tak pandang orang. Tunduk tak, lengguk pun tak. Menonong. Jadinya, aku tak ingat sangat. Tapi siapa boleh lawan dengan masa? Sooner or later kau kenal jugak kalaupun tak tahu nama.

Kan?

Bila tempat paling kecik, mudah kau kenal orang. Bila mudah kenal orang, gosip banyak gak lah kannnnnnnnn. Aku pelik gak dengan kerja government. Kau kenal orang dengan 'U' lebih dari kau kenal orang dengan nama.

Hampeh.

"Awak, baju warna kelabu tu apa eh?"
"Tu U29 tu,"

Like seriously??!
 
Satu lagi yang aku agak lemah dengan pekerjaan aku ni adalah nama pekerjaan aku sendiri yang subhanalah panjanggggggg!
 
"Saya nak tanya cuti saya ada berapa lagi baki?"
"Ni untuk jawatan apa,"
 
Tarik nafas panjang.
 
"Pegawai bla bla bla bla pendengaran,"
 
Aku tak cakap la bla bla tu tapi aku humming tempat ada bla tu. Susah ohhhh! Bila jadi macam ni, aku jadi takut sebab aku takut akan ada riak dalam hati. Sebab nama jawatan ni menyebabkan orang jadi, "Eh, pegawai ke dia tu?"
 
Again, seriously?
 
Padahal aku kalau kerja tempat besar, takde maknanya orang nak pandang. Haruslah specialist lagi orang dongak tengok. Kau takat jawatan tepian jalan ni, jalan hujung hujung sudehlaaa.
 
Lama-lama aku jadi terdetik, hati ni memang payah sangat nak jaga. Sebab kalau nak buat dosa dengan diam, sape nak tau? Orang boleh tau ke kau tengah ujub riak takabbur?
 
Ni yang buat malam malam sebelum tidur, atau bila aku agak nak berangin sebab mintak hantar staff sekarang-oh-please-tengah-urgent and then jawapan aku dapat, beliau sedang on the way yang on the way nye dari tadi setengah jam!
 
Dengan jarak hospital yang sekangkang kera?
 
Oh please-lah.
 
Jadi bila aku jawab saya tak peduli nak hantar siapa yang saya tahu ada dua orang datang sekarang takkkan saya nak telefon 15 kali dengan jawapan on the way, aku sumpah takut aku dah masuk stage riak.
 
Sangat.
 
Pastu aku pujuk hati, kalau tak point benda macam ni sampai sudah rakyat jelata akan cakap, standartlaaaaa government kennnnnn~
 
Tak ke kau hangin sebab kau adalah sebahagian jugaklah secara tak langsung. Aku tak leh. Eeee... tak leh.
 
Pastu aku jadi terfikir, ego tu sama ke dengan riak?
 
 
 
Pastu aku jadi terasa, banyaknya dosa.

Tuesday, October 30, 2012

Henti

Orang kata hidup ni cliche. Kita tak akan diuji dengan perkara kita tidak mampu. Kita tak akan dapat apa yang kita nak, tapi apa yang kita perlu. Bila kita bersedih, Insyallah kita akan gembira, so on and so on.
 
Maybe cliche, tapi ada dalam Quran. Bila ada dalam Quran kena ambik pegang sebab Quran Hadith manual manusia. Macam kau beli Vios G, ada manual dia.
 
Senang cerita panduan. Pandu kau kiri kanan, belakang depan, atas bawah, vertical horizontal.
 
Dan kadang-kadang, tak, selalunya, aku fikir, apa orang kata cliche tu pada aku, ironi. Benda yang kau tak nak tu lah kau dapat. Benda yang memang tak pernah terlintas atau kalau terfikir sekalipun memang takkan dalam decision maker kau tu lah yang akan kau ambil at the end. Ironi.





Buka komputer, banyak benda nak tulis. Bila dah mula, tak reti dah apa nak bebel.
 
Kosong.
 
Ironi.
 

Monday, October 29, 2012

The Fear

Please tell me that it is common.
 
There's something wrong in myself when I put my foot on a paddle, my hand at steering or handbrake, that I can't explain. I think it just the fear, but, well it turned out to be panick attack. Anxiety. Less relaxed. As I read along all the info, it can be mild, less severe but, but, as it affects my life.. it does make the diagnosis different.
 
Among all the things that can make me scared like hell, this is the worst and unexplainable. This is almost untreatable for me. I just don't know why. And considering psychatric treatment probably the best option.


 Maybe. I think driving is the method of dying. Maybe. The thought of unable to control the car and hit another engine creatures in front, beside, or/and at my back is one of the never-end-reasons. No. It is the reason why.
 
Tell me that I'm not alone.
And don't laugh at me.
 
Please.

Saturday, October 27, 2012

Mahu


Sungguh aku rindu,
Sungguh aku mahu.

Mohon ada peluang, 
Mohon ada ruang.

Ada waktu,
Aku ke situ.

Wednesday, October 24, 2012

Jumper

Lompat lompat si katak lompat,
Lompat tinggi tepi perigi,
Tutut lampu, aircond hai cepat cepat,
Sebelum Kancil habis-lah bateri.

"Malu gile camni,"

Gelak kuat-kuat tahan malu tapi nak dibantu.

"Kereta apa?"
"Kancil,"
"Auto manual?"
"Wajiblah auto,"
"Oke. Tunggu jap nanti saya jump-kan,"
"Wuhuuu. Thanks. Malu gillllllll...."

Semalam minyak, hari ni bateri.
Boleh tak lusa terus expert kebabooooo?

Tuesday, October 23, 2012

Oh wo

Duduk depan komputer. Duduk. Merenung. Teringat zaman muda muda dan andaikan sudah tua sekarang. Belum. Belum masa. Tapi sehari ke sehari, dua hari ke dua hari, tiga hari ke tiga hari dan seratus hari, minggu, bulan dan tahun, rambut putih kulit berkedut.
 
Awak, bila awak nak datang bawak kite pergi jauh buat sehari, dua hari, tiga hari, minggu, bulan dan tahun?
 
Tunggu bulan, jadi pungguk.

Thursday, October 18, 2012

Happen

"Detik waktu terus berjalan,
Berhias gelap dan terang,
Suka dan duka tangis dan tawa,
Tergores bagai lukisan,"

She did the wrong thing,
Probably the worst,
Leave her with no choice,
Lost and hopeless,
She wants to fight,
But has no guts,
Move forward,
And fly like a bird.
 
She can,
But not alone.
 
She's not me,
I'm not her.
But she's the closest me,
And I'm want to be with her forever.
 
 

Wednesday, October 17, 2012

Wrong

"What's your plan?"
"I don't talk my plan with strangers. Sorry, I think you still are stranger to me despite what? 2 weeks?"
"It's okay but... seriously what is your plan?"
"You don't wanna know,"
"Hmm?"
"I wanna quit my job,"
"Hah?"
"Well, someday. Not today,"
"Seriously?"
"As I said, you don't wanna know,"

Que sera sera,
Whatever will be, will be,
The future not ours to see,
Que sera sera.

"I like to talk to you,"
"Why? People don't really like me, I'm arrogant, weirdo, I keep silent whenever I want and talk whenever I want,"
"That's why I like to talk to you,"

You're wrong,
You're wrong,
You'll not like me,
For that long.

"Well then, thank you,"

Tuesday, October 16, 2012

Takot!

3 honks, countless fast heart beating.
I thought that's a good thing to have nice plat number but damn it, it isn't fun!


Oh!

Thursday, October 4, 2012

You Say It

Brain; small, fat, static.
 
Yet,
 
BIG FUNCTION!
 
Use it, please.

Monday, October 1, 2012

Again

Hello there!
 
Well, It has been few weeks that I stop writing. There're a lot of reasons apart from being lazy. Hahhaha. No. I lied. Actually I just have one reason which is to stop the readers from reading my post. My intention is, when they come to my blog, realize that no new posts and over time they will simply stop. I feel something bad when I went to seminars, they recognize me and can say loud my name; Huda Mustaffar. It's good, it's nice but it just doesn't sound right to my ear.
 
Like you have a lot readers eh buddy?
 
Perasantan.
 
Hahahha. A Lot of adjustment in my life nowadays and who cares? I resigned my previous job and join goverment. I get a new family members now, Hannah who like to cry in the middle of the night. Like an owl, she sleeps during the day and very active when everybody start to sleep.
 
And...... I have my new braces, AGAIN. The whole painful procedure, AGAIN. The weirdo metal in my mouth, AGAIN!
 
I'll tell you later, okay?
 
Till then, bye peeps.

Sunday, September 9, 2012

Harapan

Andai bisaku mengulang,
Waktu hilang dan terbuang...

Thursday, August 30, 2012

Bias



Budak gigit takpe. Orang tua gigit memang makan penampar laaaaa...!
Bias sungguh!

Monday, August 20, 2012

Thursday, August 16, 2012

Iklan

Korang mesti pernah tengok iklan ni kan? Iklan penuh keinsafan untuk raya tahun ni. Yep, iklan ni istimewa. Dan iklan ni double keistimewaannya untuk aku.


Mula mula tengok, aku tak excited sangat nak tau ending tapi aku tengok adakah iklan ini logik atau tidak, real atau hampeh. Well, salute sangat sebab memang real. Maksud real aku, the way the script dilakonkan was marvelous, especially the kid with the hearing aid; Ahmad. Dan the reason iklan ni menarik aku untuk bercerita dekat sini sebab the actors are the real different ability people.

Kebetulan pagi tadi aku tengok hotfm bawa masuk budak budak ni jadi tetamu diorang. Terus dari tak de mood nak kerja ni forever and ever (aku mudah boring especially benda yang aku nak buat tak dapat), adalah sikit semangat.

Kau perasan Ahmad yang pakai hearing aid tu? Kau perasan cara dia cakap agak susah nak faham kan? 

Tapi, aku faham. Mungkin sebab aku audiologis dan sebab kawan kawan aku speech therapist, makanya aku dapat gift faham apa dia cakap dan aku dapat faham perasaan budak tu. Sumpah sedih. Masa tu aku tertanya-tanya budak ni tak undergoing speech therapy ke? Terus aku terfikir, kalau aku ni speech therapist, nak je aku offer kepakaran aku.

Tiba-tiba ada sorang doktor dari Kota Kinabalu called offer for free speech therapy and apa benda ntah satu lagi dekat the other kid. Aku macam oh my....! Bagusnya doktor doktor kat Malaysia! Prihatin dan cantik dan kacak. Eh?

Somehow, aku pernah terfikir dulu bila aku agak malas dah nak explain nature kerja aku bila orang dok keep saying aku ni doktor, doktor, doktor.. aku iyekan aje. Hambek.

Orang orang kelainan upaya ni sebenarnya sama macam kita, it just the way they adapt with life different to us, and that doesn't make us any better pun anyway. So, kalau kita tak dapat tolong, jangan sisihkan. Jangan stare at them macam alien. Offer help when they need. Paling penting, treat equally sebanarnya.

Now, bila dengan iklan iklan macam ni, orang akan mula realize slowly that there is a job called audiologist, and her close friend will be speech therapist. There are specialist to offer and boost up their quality of life. There are person who can help them to listen, and teach them  to talk.  and they are...

US!


Friday, August 10, 2012

Sunday, August 5, 2012

Ignored

Well, time passed by. Despite feeling like escaping the bad, entering the worst.. still I'm believing in hikmah. I promised myself to not get involved in this stupid politics. I want make my life simple. Aku ada banyak impian nak capai dan impian itu tak termasuk benda benda bodoh ni.

"Cik Huda, macam macam mana pun cik kena bagi dekat saya dulu senarai nama. Tak boleh pass terus ke unit cik. Matron cakap kitorang kena ada yang asal sebelum bagi pada cik,"

Aku senyum.I still remember one day, the day that I told my lecturer that I can read people and he said I just make up stories, assuming people and of course wrong. Well, I don't mind and it doesn't make my gift any lesser.

"Kalau unit dan department lain bagi dekat dekat cik, cik kena inform kami dulu,"

Aku senyum.

"Boleh saya tanya awak satu benda?"
"Apa?"
"Awak kena marah dengan matron ye?"

Senyap. Terkejut.

"Macam mana cik tahu?"
"Semalam awak masuk unit saya senyum, intonasi lain, cara jalan lain. Hari ni, lain,"
"Saya minta maaf,"
"Bukan salah awak, bukan salah saya, bukan salah sesiapa pun. Sepatutnya kalau matron nak pastikan senarai sampai dekat unit awak sebelum unit saya, she supposed to state something pada surat saya kan? Or else, people will assume that's mine,"
"Ermm,"
"Don't worry. Kalau ada despatch hantar pada saya, I'll let you know, ok?"
"Thanks. Maaf tau. Saya balik dulu,"

Dia menjauh.

"Wan,"
"Ye?"
"Don't take it seriously. Make it simple. Bila orang marah, don't let it bothers our life. Okay?"

Senyum.

Tuesday, July 24, 2012

Another Line

I get annoyed pretty easily lately so I better stay away.









Saya berpuasa...

Thursday, July 19, 2012

Reason



You know who will never back stabbed you?
Babies! Kids!




That's why I love them sooooo much!

Wednesday, July 18, 2012

Judgement

"Somebody asked me to be careful with you,"
"Really?"
"Yeah,"
"You get to know me first, only then you can judge. Whatever the result is, I don't mind,"





I don't know, I don't pretty care but still, I'm a woman after all.

Sunday, July 15, 2012

Nothing




In my own space, world,
I'll start dance my fingers.




I swear.

Thursday, July 12, 2012

!

I don't play shit.
If you do, remember...





You're playing with the wrong person.

Monday, July 9, 2012

The Day

"I ummm.. looking at the test result, your child can't hear. This hearing loss is severe and permanent and it's for both ears,"








Slowly cry, 
And I lost my words.

Tuesday, July 3, 2012

Yes


"Why do you have to pray?"
"Because.. I am Muslim,"
"Why did you have to wear that long that (telekung)?"
"Because, I need to cover my hand, my foot, my body while I'm praying,"
"Why you have to use that mat (sejadah),"
"I don't really have to, but this area isn't clean,"
"Can I see you pray?"
"Sure, but I need you to promise me one thing. Don't ask me because I can't speak to you while I pray,"
"Okay. I will wait,"

Just finished. 

"Why you keep on repeating bend down and kiss the floor?"
"It is the steps of my praying,"
"Why do you talk to your hand (doa)?"
"No. I'm not talking to my hand, that's the way how I do it when I ask god something after praying,"
"What is that?"
"I ask for the good things to happen to me, my family, my friends,"
"Do you ask to be rich?"
"Well, not really rich but enough. Enough food, enough money, enough love,"
"But I don't see god, daddy has in front of him. So where is god?"
"I don't...."

Really close to say something stupid to a clever little girl.

"I can't see HIM, but He knows and I believe HE is near, right in my heart. You know what Tash,"
"What?"
"We need to have faith,"
                                          ~5-year old little Chinese girl


Be careful for whatever you say, especially... kids. Their thinking, imagination, god knows.

Saturday, June 30, 2012

Tuesday, June 26, 2012

Time

You have to give time, sometimes. Well, in my case, the longer I wait, the harder it will be.

Time.

"Just take a leave,"

I did it.

"The appointment will be at 3. He will wait,"
"Okay,"

Time getting faster and faster that I wish I could just stop! Me heart beating so damn uncontrollable. Every single second count.

"What's your final decision?"

Take a deep breath.

"I'm sorry... I'm leaving,"
"Okay, if that's what you want plus you already met Prof. D. So, I take you already make up your mind,"
"No. They ask me to stay... it just.."
"What?"
"I'm not happy,"

He stared at me.

"I asked you and you told me everything is okay,"
"It was okay,"
"Then?"
"Sometimes... you have to lie, don't you?"
"But why?"
"Dr.,"
"Yes?"
"Can I trust you?"
"Why you can't?"
"I don't know. I'm afraid maybe. I think I can bear with it. I think it just a part of normal process to be a new person. I think I'll have the courage someday until I realize.. I just... can't,"

Silent.

"Your new place can't promise you the same thing wont happen,"
"Yes it can't, but it might not which it already happened here..."
"Just wait another 6 months, we will take the action,"

Silent.

"2 months. Just wait two months,"
"I can't. I just can't and I will probably lose the one that I have in hand,"
"You can apply for it,"

Silent.

"Dr., I will come, someday, maybe. Who knows? I don't and you don't know either,"
"Our door always open for you,"

Thank you. 

"Huda,"
"Uh-huh?"
"You still have time to change your mind,"

Smile.

"My mind is so stubborn right now,"

Monday, June 25, 2012

Alahai Kawan


Kalau hari hari gloomy datang, aku suka masuk sarang (ni bahasa adik aku bila aku ta reti reti nak keluar bilik), duduk diam diam terbaring tengah bilik sambil banyak-fikir-menyusahkan. Kadang-kadang, cuba recall benda benda sweet zaman dulu kala boleh senyum sorang sorang.

This is sooo mybestblurfriend.

"Ingat pesan aku, sampai HKL cari calon untuk aku sorang,"
"Ceh,"
"Apa ceh ceh?"
"Laaa aku dah tolong, now it's up to you to make move,"
"Ko ingat aku apa, lelaki?"

Hhahahhahaha.
Alahai Marwan.

Sunday, June 24, 2012

Masalah

Kita masih muda, masih ada masa,
Janganlah kau cari gadis macam saya..

Anak kampung ku anak kampung,
Tidak padan tidak sepadan ya ya ya ya.

Catchy sungguh.

Saturday, June 23, 2012

Life

To be you, yourself is the hardest yet possible thing. To please people?  
I am an ESFJ thank you.

"We hold your resign letter first. Go take your leave, think properly,"
"I've applied three days, would you approve?"
"Go ahead,"

So, Kelantan it was where my heart and life belongs.

"What do you want in your life, Huda?"

Without second thought, without hesitation I answered; being a lecturer has been my dream since day 1 I learn that someday I must be working. But most of the time, life doesn't work the way we want it to be therefore, there will always be plan A, B, C to Z (if it requires that long-lah). For me, probably it doesn't work well.

One good thing (together with thousand more), I have my lifelong teacher. The teachers that I can ask almost anything, everything. The teachers that can accept me being so childish when I easily let my tears drop down. The teachers that support me when I actually has my own stand but need somebody to tell, just go on which I will not do when people say, it is up to you, it's your life after all.

I am an ESFJ for goodness sake.

"Am I bad, Dr?"
"No. Sometimes we need to be selfish,"
"Dr.,"
"Uh-huh?"
"Can I just come back here when I need your advice?"
"My door is always open, don't worry,"

When my bestfriend's name was announced with a title Dr. in front, I feel like Allah has answered my prayer since day one I left USM. Tahniah Dr. Hadiah! And there is one person I admire the way he thinks, tahniah too!

It's worth now!

Friday, June 15, 2012

No Title

If it is true, then I meant for it and well... you're not my destiny.

Tuesday, June 12, 2012

Another Day

Aku suka bayi. 

Kalau kau surh aku cerita pasal bayi sepuluh juta kali pun aku sanggup. Kalau kau suruh aku attend bayi patbelasjutaratusribu kali pun aku rela. Aku tak tahulah kalau perasaan aku ni tak normal ke normal ke, yang penting aku boleh tenung baby tidur tanpa berkelip (statement over) sejam straight. Autism ke apa?

Aku tak tahulah kenapa, tapi bila tengok kaki bibir jari mata hidung yang serba kecik, aku jadi happy satu macam. Tu belum tenung diorang hisap jari sendiri, boleh mengekek tak pasal pasal. Gilo ko apo.

Jadinya, aku suka lepak nurseri. Bila nurse nak amik darah, aku akan pujuk sebab baby nangis adalah sungguh mencabar untuk sistem auditory aku proses. Hhahaha. Aku suka tukar lampin baby (daaaa?), tapi aku just tengok je lah prosedur mandi.

Hari ni, aku buat hearing test macam yang aku biasa buatlah of kos. Ada satu baby aku attend, bernafas satu macam. Aku try dukung dengar, sama. Aku wrap balik elok elok, letak elok elok takut salah letak kepala, sama. Aku perhati hidung, nampak struggle untuk bernafas. In fact, sometimes dia bernafas dengan mulut. Hmmm.

Aku keluar.

"Baby ni nafas berbunyi lah,"
"Iye? Semalam baru lepas suction,"

Nurse tengok. Kena buat suction lagi ni. Aku haruslah excited, sebab ni prosedur baru untuk aku observe. Well, memang bukan bidang aku pun tapi bila berkaitan dengan bayi, dia jadi perasaan lain macam. So aku tengok dengan tekun dari mula prepare hinggalah nak mula.

Tapi........

The moment nurse masuk wayar dalam hidung dalam anak tekak this baby, itulah saat aku berpaling jauhkan diri, menitik air mata.

Tak sanggup.

Itulah hikmah Allah bagi bayi ni memori dia hanyalah jangka masa pendek sahaja. Kalau tak, mesti baby tu benci aku sampai dia tua sebab aku just tengok tak buat apa apa and worse palingkan muka masa dia tengah terseksa disuction.

Allah, sangat adilkan?




"Crying isn't a sign of weakness. Since birth, it's been a sign that you're alive!"





p/s: Cuba kalau baby ada ingatan jangka masa panjang, orang pertama dia benci, doktor. Kedua, orang yang mengumpat mak bapak diorang masa dalam procedure room. Kekekkekeke.

Saturday, June 9, 2012

Routine

Routine. 

It means to do the same work at the same time every now and then. Routine. Neither autistic nor asperger, it just again, routine. Well, I don't like routine cuz my life would be meaningless. But there are certain things that need to be routine, as for example, solah. And writing a blog, this blog has been one of  my routine activities, therefore I tried to stop for a while. I'm still alive alhamdulillah and yet, nothing missing. I'm still here, but the only different is, I hate it when I stop.

My life has been so routine. 

The moment I reach the main entrance of my working hospital, I will check my watch. If it is less than 7.30am, turn to the left to my office, if it is more than 7.30, turn to the right. But if it is nearly 7.30, I'll stop for 3 seconds to decide; to the left or to the right.

Routine.

Then, either to the left or to the right, I'll walk and humming my favorite song at that moment. Like a seasonal songs playing by entertainment radio station, and as for me, for now the song is 'Terukir Di Bintang', and before, 'Number One For Me'.

Routine.

As I walk, I'll smile to every person I meet along the way. Remembering the saying, smiling is infectious, I do it and I already see the outcome, it is good. It is super duper infectious.

Routing. Routine. Wrong spelling also one of my routine mistakes.

Then, take a lift (it is escalator or elevator? Too lazy to check), while waiting for the lift to open, I will pretend that I have a super power that I can open a door without touching it. Tingggggg! The door open, despite it is already reaching the 1st floor which means it doesn't actually open by my power, I enjoy it! Sometime I 'll giggle to myself for being stupid enough for the day, that day, and sometimes other people will smile at me while I'm still in a shock stage knowing there are other people that early, riding (?) my routine elevator. 

Routine.



---

Kekadang aku terifkir, ada ke tempat kerja yang set the brain to be super duper routine. Maksudnya, kau masuk je pintu tempat kau kerja, kau kena scan otak.

"Please put your chin properly,"
"Your brain is being scanned,"
"Scanned. Your health is fit to work today"

3 seconds.

"Dear Miss Syahidatul Huda (bukan nama sebenar), you're in a working state now. Have a nice day,"

Pupils elevated. The brain is tuned to what it supposed to do; working. I move in a programmed walking pace, not too fast or too slow, one by one. When I talk, it will be in a programmed rhythm and dialogue, of course the proper one therefore no mistakes will occur.

When it reaches 5pm, the machine will say, "You're off to go, have a nice rest and see you tomorrow,"

Well, routine.

Friday, June 1, 2012

Dilem

Between government and current. 
Haih. 
Ada spital memana nak cadang dak?