Showing posts with label Dairi ACL. Show all posts
Showing posts with label Dairi ACL. Show all posts

Thursday, September 2, 2010

Inilah Kenapa Aku Suka Doktor HUSM

Sebab dah buat janji dengan diri sendiri lepas raya eh bukan kau kata masa Ramadhan lagi kau nak buat ke? Tak. Betul. Yang ni betul! Lepas raya nak start fisio, maka bergeraklah ke ladang ternakan alat senaman dengan muka sepuluh sen sambil berharap, oh encik fisio, tolong jangan membebel dengan banyaknya! 

Okay! Fine. Memang dia membebel dengan banyaknya. Aw! Sambil itu mulut tak berhenti berkata, janganlah marah saya. Janganlah marah saya. Janganlah marah saya. Olololo. Tapi membebel beliau memang terasa seperti tidak direject bahkan beliau terus berkata haa cepat start semula. Strat semula tu bukan lepas raya okay! Start semula hari ni! Ya. Hari ini. KHAMIS, 2 SEPTEMBER!

Tapi padanlah muka siapa suruh kau senyap tak cakap sepatah nak cuti kejap. Folder semua dah tak ada dengan kata lain, kes kau dah tutup. Wah terus rasa macam mahkamah.


"Bila appointment dengan doktor?"
"Heh?"
"Bila?"
"Lambat lagi. Bulan sepuluh kot,"
"Hmmm. Pergi jumpa mana-mana doktor ortopedik, minta refer fisio semula. Folder dah tak ada ni,"


Ololololo lagi. Malas oh!

Dua sebab malas. Saya rasa saya bukan orang yang formal. Tapi bila kena jumpa doktor, saya tak reti jadi informal. Saya akan buat appointment baru, tapi this week doktor doktor dari team yang rawat saya tak bertugas jadi memang tiada gunanya saya buat appointment.

Benci I tau! Errr?

Maka saya pergi ke klinik jua nak buat ala-ala berani just knock and walk in terus, Dr. can you make one referral letter for me to the physiotherapist?

Tapi sungguh rasa tertipu kerana itu bukanlah referral letter yang ku bayangkan ada tulisan tulis, Dear physotherapist, thank you for accepting this 23 year old female who has history of sport injury bla bla bla. Bukan. Bukan.

Ia hanyalah satu form yang hanya perlu kau tandakan sahaja pada mana mana kotak berkenaan. Semudah internet di hujung jari. Eh, apa kena mengena?

Disebabkan tiada doktor maka aku nekad pergi wad berharap jumpa mana mana doktor yang boleh tolong I. Baru keluar lif terus ternampak doktor yang examine aku masa student second year segerombolan ambil kes untuk present depan doktor. Muzium habis.


"Err. Dr., saya Huda. Ada mana-mana Dr. OORU tak dalam wad?"
"Saya tak perasanlah. Kenapa?"
"Ermm, saya perlukan surat referral untuk ke fisio semula,"
"Oh. Saya boleh tolong tapi saya kena pergi OT (Operation Theatre),"
"Tak apalah,"
"Ni saya bagi nombor Dr. Y awak call dia lah. Nanti dia tolong,"


Erk! Erk! Erk! Okay. Aku memang jujur orangnya.


"Tak apa ke Dr.?"
"Kenapa tak boleh?"
"Kan nombor personal. Dr. Y tak marah ke?"
"Tak apa dia okay,"
"Kalau dia busy? Ke patut saya sms je?"
"Tak apa. Tak ada masalah. Call lah,"
"Dr. tak marah? Saya kan patient ni, bukan student?"


Doktor senyum.


"Tak,"


Tarik nafas panjang oh takut!


"Saya pergi dulu ya,"
"Okay. Terima kasih banyak Dr.,"


Termenung aku dekat red square (tempat pelajar melepak study. Aku je melepak yang betul punya melepak, nak pegang buku memang tidaklah). Dekat skrin telefon terpampang besar nombor tapi asal je nak tekan, tak jadi. Takut dia satu macam. Tak apa ke call? Ni bukan kes student-lecturer. Ni kes patient-doctor. Tak apa ke? Dah lah bukan nombor formal. Ni nombor pribadi.

Panjang gila tarik nafas. Dari pukul 11 pagi sampai 11 30. Lama gila decide nak call ke tak.


"Assalamualaikum. Dr. Y?"
"Ya saya,"
"Saya Huda. Saya terjumpa nak minta tolong Dr. Saya terjumpa Dr. S bla bla bla,"
"Okay. Nanti saya turun wad,"
"Errr. Dr., saya bukan dalam wad. Saya normal dah,"


Gila punya gagap sampai keluar ayat saya normal. Apakah?


"Saya boleh tolong tapi saya dalam OT lagi. Telefon semula Esok? Eh, cuti. Rabu? Boleh?"
"Boleh. Insyallah. Maaf ganggu Dr.,"


Rabu datang.

Setengah jam pula decide nak call tak nak call tak nak call tak.


"Awak dekat mana?"
"Dr. Saya student sini je. Dr. cakap Dr. kat mana saya pergi,"
"Datang 2 Zamrud boleh?"
"Boleh. Sekarang?"
"Sekarang pun boleh,"


Lega oh! Itupun lepas medical student convince dan ulang cakap doktor HUSM baik, doktor HUSM baik, doktor HUSM baik.

I would really like to say dari dulu sampai sekarang, doktor HUSM memang baik baik! Sangat baik baik! Setakat aku jumpa hingga hari ini, memang boleh jadi idola! Kalau nak tulis nama satu satu, memang tak cukup spacelah! Okay tu tipu. space kat blogspot ni countless.

Alahai politenya! Terus nak pengsan sambil pesan kat diri, nanti dah graduate, tolong jadi audiologis baik! Sila kenang jasa dan jangan jadi kacang yang boleh bagi jerawat timbul kerana banyak protein itu lupakan kulitnya!

Buat baik dengan orang apatah lagi pesakit sebab pesakit kan orang dalam kesusahan. Buat baik, nanti Allah buat baik dengan kita semula! (Terus rasa nak cepuk diri sendiri sebab susah juga tu nak buat).

Karma weh! 

"Laa. Awak nak ni je ke?"
"Aah. Ni je,"
"Okay nah. Ada lagi yang saya boleh tolong?"



Inilah sebab kenapa aku suka doktor HUSM! Layak kan aku suka?

***

Ramadhan kali ini adalah Ramadhan terbanyak bersahur dan berbuka dengan benda ini. Adakah kesihatan aku makin deteriorate?
Sebijik macam aku punya. Kenapa tak ada inhaler perisa oren ke strawberry ke. Tak pun perisa tomyam campur ke, ayam masak pedas ke? Sedap sikit aku nak addicted lebih lebih. 


Aku nak yang macam ni boleh tak? Cool habis! Sporty gila! Baru kena dengan gaya. Ewaaaah!

Nak bawa dalam beg pun rasa hebat tak rasa orang yang lemah nafas tak cukup. Tak payah nak sorok inhaler jauh terceruk dalam beg sebab malu orang tahu limited access to oxygen due to constriction of bronchiole. Lepas tu bila kena attack duk, Shit mana I letak ni?! Mana?!





Monday, August 9, 2010

Banyak Pakai Tangan

Wuuu.

Sudah selamat berjogging tiga hari dan dah boleh ucap tahniah pada diri sendiri sebab boleh buat apa yang perlu dibuat untuk kuatkan kaki pada bulan keenam post-op. Oh, clap clap.

Tapi berjogging dengan dengar mp3 memang bukan menarik sebab sungguh monotonous. Berlari tanpa ada passion dan hanya mahu habis satu round. That's it! Hidup harus interesting maka tidaklah bosan. Oh!

So, sibuk sibuk dengan jiran sebilik menyemak dekat court bola tampar. Bola tampar, banyak pakai tangan dari kaki so rasa selamat itu berganda-ganda untuk bermain. Aku tak cakap senang, sebab dua hari aku main oh sungguh bangku tanganku.

Sedih rupanya menjadi orang yang tidak tahu pulak tu ada limited movements. Walau doktor kata sekarang sudah boleh melompat, sekarang sudah boleh berlari (cuma tak boleh cutting points a.k.a corner leper), sudah boleh senang cerita semua benda; masih susah hati sebab fikir banyak kalau kalau jatuh, mak aih tak sanggup masuk OT lagi oi!

Within two days, sangat rasa kerdil diriku.

I'm a good observer. Tak kisahlah kalau orang kata masuk bakul. Tak. Aku memang. Eh, nak bekerja dalam bidang kesihatan kau harus train diri kau untuk menjadi pemerhati yang baik okay. Tapi, sungguh tidak bagus menjadi pemerhati bila dalam gelanggang sebab kau cakap dengan diri lebih banyak oh macam tu tampar, oh macam tu baling, oh macam tu sambut maka kosentrasi sudah tolak lima pulu peratus. Bila bola tiba-tiba datang mula nak gelabah, nak buat apa ni? Lagi gelabah bila dan dan tu semua orang jerit nama kau sebab teruja woiiii bola tu kau kena ambil oiii!

Lagi-lagi kalau kau beginner hampeh dan ada kaki sedikit tempang. Woo! Gelabah habis!

"Huda ni tidur dalam court,"

Aku tak kenal siapa player ni tapi diorang kata dia jurulatih. Aku pernah nampak dia somewhere dekat PPSK. Mengeluh panjang aku. Bukan takat dalam court je aku tidur. Dalam klinik pun supervisor cakap benda yang sama.

Kan dah kata muka aku bukan muka menipu!

Aku memang selalu macam ni. Kalau main bukan untuk menang, haruslah main juga bukan untuk kalah. Tapi. Wuuu. Sungguh hiba hati bila lama gila nak berlari tapi bila dah dapat tak buat baik baik. Oh. Oh. Oh!

Practice kan makes perfect?

Tadi jumpa seseorang tengah padang masa nak balik Maghrib. Dia sengih terus dalam hati aku cepat cepat recall siapa dia? Siapa dia? Siapa dia?

"Kaki dah okay ke?"

Mak aih. Cepat cerebrum! Cepat bertindak! Aku telah cuba sedaya upaya cedok memori jangka masa panjang. Letih aku paksa hippocampus. Rasa nak menyumpah diri sendiri tak ingat siapa dia muka familiar ini.

"Okay lah dah boleh berlari,"
"Ni main apa?"
"Gi main bola tampar dengan kawan,"
"Eh, boleh main dah ke?"
"Bolehlah slow slow. Nasib banyak guna tangan,"
"Eh, pakai kaki juga masa nak berlari,"
"Taklah sebanyak main futsal biar sebelah pula putus,"

Hahaha. Gelak.

"Jaga-jaga tu,"
"Jaga-jaga lah ni. Tak larat dah bosan sejak tahun dua kena jaga kaki. Nak berlari tak boleh,"

Damn. Sekarang baru ingat! Inilah dia attendan yang jemput hantar aku masa kat wad untuk fisioterapi. Oloh! Harap-harap dia tak ingat nak tanya fisioterapis aku sebab aku officialy discharge diri sendiri. Hhahahhaa.

Eh. Aku tengah dalam mood sedih ni. Uwaaaa! 

Sedihkan tengok orang boleh buat tapi when it comes to diri sendiri pfffttt!

***

Tadi aku tengok orang main softball. Sekali dia swing bunyi tu mak aih langsing benar bunyi. Agak-agak boleh dapat noise induce hearing loss ni. Aku rasa better pakai protection lah player yang swing bola tu. Pakailah ear plug.

Prevention is better than cure. Kan?

Sunday, May 16, 2010

Makhluk Mistik?

Hohohoho.

Ini kisah benar yang aku lalui dan bukan rekaan. Okay?

Dulu masa lepas aku kena usung keluar dari OT room dan ditempatkan di wad post op, ada satu kejadian tak berapa nak cun terjadi. Well, ini bukan kali pertama berlaku pada aku, tapi inilah kali pertama yang agak memberi tekanan mental dan perasaan.

Apa yang berlaku?

Masa tu aku rasa lewat malam dah aku berborak dengan rakan katil pesakit kiri kanan depan, sudut kiri kanan depan. Setiap orang dengan penyakit tersendiri. Sebelah aku tumor, depan aku accident, sebelah sana kanser sebelah sana patah tulang pinggang dan dua tiga lagi.

Aku berborak dengan katil depan yang nak dioperasi esoknya. Dia tanya aku mana baik; epidural atau general anesthesia. Aku bagitahu apa yang aku tahu sebab aku ada baca beberapa pro and cons menggunakan kedua-dua jenis bius ini.

Tengah aku bercerita dan gelak gelak, tiba-tiba aku dengar bunyi pintu tertutup. Aku tahu ayah aku dah sampai dari ambil bantal untuk adik aku. Tapi satu benda lain terjadi. Ada sesuatu berlaku dengan perasaan aku. Tak pernah aku rasa takut macam tu atas dunia ni, dan itu berlaku malam itu.

Walaupun aku nampak muka ayah aku, semakin ayah aku dekat, semakin aku rasa tak selamat. Semakin aku takut. Perkara pertama yang aku sebut,

"Ayah, takut. Macam mana kalau angah tak boleh jalan? Macam mana nak gerak. Kenapa angah buat operation ni? Patutnya angah tak buat. Kan dah tak boleh jalan,"

Aku sangat takut dan keliru sampai aku persoalkan semua perkara yang berlaku dalam bilik OT. Kalau dia tak accident, kalau di tak itu, kalau tak ini. Aku sangat takut sampai aku peluk lengan ayah aku dengan pejam mata dan menangis.

Serius.

Ayah bacakan ayat ayat pada air, suruh aku minum. Tak jalan. Sudahnya masa ayah lapkan air itu pada wajah, kali pertama meremang, kali kedua meremang dan ketiga, alhamdulillah. Terus aku terlena.

Esoknya, ayah kata dia sesat masa cari jalan masuk ke wad aku. HUSM, tahu ajalah berliku-liku jalannya. Tapi, perkara itu tak berhenti di situ. Dua tiga lepas tu, kawan aku dimasukkan ke wad medikal kerana denggi dan aku melawat. Sebaik aku masuk lif, perasaan itu datang kembali cuma kali ini aku sudah boleh kawal. Aku hanya balik lari naik atas katil tutup muka dengan selimut dan baca apa yang aku tahu dan ingat.

Kemudian, masih tidak berakhir di situ. Masa minggu final, akulah antara muka yang kau boleh lihat dari pagi hingga petang hingga malam di perpustakaan. Setiap kali balik minggu itu, aku selalu rasa ada orang mengekori aku berjalan pulang selepas melalu kawasan gelap hospital. Itu aku boleh terima. Dia bermain-main dengan bunyi derapan tapak kaki.

Meja study aku membelakangkan pintu. Selalu kalau roomate aku shift malam, aku akan keseorangan dulu. Selalu aku dengar bunyi pintu terbuka dan aku akan, "Hi Rara! Dah balik?"

Bila aku pusing, pintu tertutup kemas. Aku, lepas pada tu, memang akan selalu kuncikan pintu. Takut tu iya, tapi safety nombor satu.

Tadi, aku bagitahu ayah aku.

"Angah rasa, angah tak sihat lagilah ayah. Selalu benda benda pelik jadi,"
"Ada lagi ke? Tak apalah, hujung minggu ayah minta Ustaz Hasrizal buatkan air tawar,"
"Buatlah. Macam susahlah nak balik malam library,"

Oh. Rumah aku ni pun asalnya bekas ladang balak. Jiran-jiran banyak dah bagitahu ayah aku benda benda tak baik berlaku. Tinggal lagi ayah aku tak bagitahu kami adik beradik sebab takut kitorang takut, terutama mak aku.

Rumah ni, penghuninya sikit. Biasalah. Mak ayah aku sejak sejak rumah dua tingkat, diorang banyak lena kat bawah. Malas nak naik turun. Kakak aku kat rumah sewa. Jadi dua bilik kosong terutamanya bilik mak ayah. Bila aku balik, akulah orang yang takkan tidur di bilik aku.

Katil besar, senang sikit nak terbang masa tidur. Jadi, aku suka lepak bilik mak. Hehheheheh.

Cuma yang tak seronok, banyak kali aku tengok ayah aku mengintai. Selalu masa kecil kecil, ayah intai nak tengok kitorang dah tidur ke belum. Memang dulu masa kecil, masa tidur tepat. Jadi, terpaksa berpura-pura lelap. Hinggalah satu hari, memang aku nampak ayah aku memang mengintai.

"Ayah? Kenapa?"

Ayah aku berlalu je.

Aku turun. Aku tengok ayah aku elok je terbaring atas sofa. Lena. Esoknya.

"Ayah naik atas ke semalam?"
"Tak adalah. Kenapa?"
"Angah nampak ayah intai. Angah panggil, ayah terus pergi. Angah turun yapi ayah tidur,"

Ayah senyap. Ayah cerita memang dia selalu perasan orang intai dia kat tangga. Hinggalah satu hari ayah jadi nak marah, ayah naik masa dia rasa orang intai. Dua tiga kali ayah uji sampai memang ayah rasa geram. Ayah naik, adik memang tidur. Along memang tidur.

Ayah masuk bila dia jerkah benda tu. Ayah kata, rumah ni ayah beli. Ayah guna duit halal. Jangan ganggu. Kalau tempat ni tempat dia, rumah tu  ayah punya. Terus ayah tak meremang. Ayah pergi bilik along. Okay. Ayah pergi bilik adik, meremang balik. Ayah jadi geram. Ayah tahu makhluk halus tu main mainkan ayah.

Ayah turun ambil garam bacakan ayat quran. Mana ayah rasa meremang, ayah lempar garam tu. Sampailah tak rasa lagi. Alhamdulillah hingga hari ini.

Bila aku cerita tu tadi, ayah belikan aku buku ini. Aku baru belek belek screening sepintas lalu. Menarik.


---
Ini kerja aku kat rumah. Mahu tak berkumpul lemak lemak? Makan supper dalam bilik. Turun masak telur dan sup ikan. Hehhehehhe. Nasib tak buat kopi. -.-"  Supper tu! Hadei.

Kalau dah balik rumah, telur pun sedap gila okay!


Aku lap meja yang berkurun, dan aku suka gambar aku yang ini. Natural. Ewaaahh!


p/s: Terima kasih pada budak ini juga untuk sajak guru-pada-murid.
p/s/s: Menunggu tetamu besar! Semoga sampai dengan selamat esok ya kamu!


Pesanan Besar: Makhluk halus, makhluk tuhan juga. Cuma dia halus. :)

Monday, April 19, 2010

Masih Ingatkah?

Entah aku mabuk apa, aku rasa nak baca balik diari aku hari ini. Gila tak secret diari post kat blog. Apa ke nama diari macam tu?

Ni sebab aku rasa kesihatan aku sangat merosot sebulan ni. Sangat merosot. Merosot sampai semalam tidur kat padang, Pae tanya aku kenapa wheezing breathing? Lepas tu tengah tidur tiba-tiba siap sebut nama Allah. Aah, itu tandanya tak cukup oksigen. Tapi macam wah Alhamdulillah sebut nama Allah masa dalam unconcious state. Sebab alam sedar sokmo sebut shitlah kan bila benda tak best terjadi. Bila tersedar baru, Astaghfirullah. Apa kau ni Huda!

Tulisan kat bawah ni, masa kena nangis malam-malam sebab kaki sakit. Wuuu.

Click to enlarge ya sweetheart. Tapi tak yah enlarge pun tak apa, macam malulah pulok. P.O.Y.O!

Syahdu pula teringat balik zaman susah mengadu sendiri. Bersusah-susah dahulu, bersenang kemudian. Tapi tak berapa nak senang lagi ni. Heh.



p/s: Sedih study kat library dan kena tahan batuk sebab takut mengganggu. Sungguh sakit! Sebulan dah ni weh!

Pesanan Besar: Susah sangat nak bersyukurkan? Allah benci tahu! 

Saturday, April 3, 2010

Diari ACL (3)

Fikirkan Sakit

Aku teringatkan peristiwa ketika berkelah di dalam wad. Mungkin peristiwa yang aku kira biasa pada mereka namun bukan biasa pada aku. Setipa manusia takutkan kesakitan, namun kesakitan paling aku ngerikan adalah kesakitan sakit bernama sakaratul maut.

Aku yakin yang itu semua pasti mengeruninya.

Aku, sebagaimana yang diceritakan dibius separuh (half paralyze) jadi aku sedar. Bius separuh ini memerlukan tulang belakang aku dimasukkan jarum kecil (aku tak tahu sekecil mana sebab nak masukkan tu mak aih, berair juga mata. Tapi ayah aku kata kecil je; berbentuk cangkuk mata kail paling halus) dan aku  merasakan nikmati lumpuh seketika.

Perkara pertama yang aku fikirkan sebaik ditolak keluar dari bilik bedah, sakit selepas ini bagaimana?

Pengalaman

Setiap manusia mungkin berbeza cara pemikiran. Ada sesetengah orang lagi rela tidak tahu, tidak lihat dan tidak menyaksikan apa yang berlaku sebelum, semasa dan selepas pembedahan.

Lain perihalnya bagi aku, aku mahu tahu semua prosedur yang dilakukan. Aku mahu menyaksikan apa yang berlaku dan dilakukan ke atas tubuh yang diberi pinjaman ini. Aku mahu lihat saat jarum pertama dimasukkan ke dalam tangan aku sehinggalah jarum tersebut dikeluarkan semula.

Ya. Bila doktor berkata apa sahaja yang kadangkala perkataan yang disebutkan langsung tiada dalam kamus minda aku, aku akan tangkap semuanya. Aku masukkan kemas dalam memori atau paling tidak aku contengkan ditangan. Aku akan cari sumber paling dekat saat itu juga untuk aku key in dan mencari maklumat seterusnya memahami.

Dan melihatkan sendiri proses ACL Reconstruction di you tube, termenung panjang juga. Bukan setakat ligamen patela dibelah dan ditarik keluar, sedikit tubercle (bahagian tulang paling menonjol) turut dipahat sama. Yup. Di pahat!

Wohooo.

Sakit!

Ini bahagian yang agak sukar, bagi aku. Hari kedua tidak termasuk hari post-op (selesai pembedahan. Heh, bunyi bedah tu aku tak berapa nak gemar guna), datang doktor muda yang ayah puji sebab bercakap dengan style dan nada yakin yang berjaya juga meyakinkan pesakit. Salute!

Bius epidural perlu hanya tiga hari melekat pada tulang belakang; selain dari kerana itulah prosedurnya, infeksi yang dikhuatiri. Mendengarkan itu, rasa macam mahu dan dan tu aku suruh buang bius. 

"Sakit tak?"
"Sakit? Sakit  nak buang ke sakit apa?"
"Sakit kalau tak ada bius. Sakit tak?"

Senyum.

"Nanti kita sambung ubat bius pakai IV line ni. Okay?"

Angguk.

Petang tu ditolak semula ke wad 4 Utara. Yang memusykilkan, picagari bius yang gedabak tu (memang bentuk dia macam picagari gergasi pun) berbunyi tak berhenti walhal kuantiti ubat masih belum berganjak. Jururawat yang datang mula hairan. Meski sudah di off dan on semula, alat itu masih berbunyi. Setelah dua tiga kali, senyap. Aku lega. Nurse juga lega aku kira.

Malam aku terasa lain macam. Kaki mula rasa kebas tapi aku biarkan. Mungkin ice pad yang ada pada kaki jadi faktor penyebab. AKu bangun selang sejam dan kebas itu semakin lain macam. Hingga subuh, peritnya menakutkan.

Usai subuh, tak tertanggung langsung. Petama kali, eh kali kedua aku menangis yang fuh agak gila jugalah. Ayah aku ni lain sikit, mula mula dia tolerate lagi suruh aku sabar lembut lembut, lepas tu aku kena marah okay! Orang sakit kena marah sungguh tak cool! Hee.

Dalam aku tahan sakit aku pilih tidur. Kadang-kadang aku pejam saja, tapi air mata kekal keluar. Serius sakit. Tapi lagi sakit dengar ayah aku marah, jadi baiklah aku pretend tidur. Masa ni tak ada lain dah aku ingat, Allah aje. Manusia memang macam ni, masa susah je hati sungguh tulus suci murni untuk terus berjiwa hamba. Heh.

Hati aku bisik ini,

"Kalau ada bius pun sakit macam ni, kalau tak ada?"

Oh Doktor!

Doktor bius datang. Masa ni aku memang sangat yakin muka aku dah pucat macam hantu. Jadi kedatangan doktor seperti nafas baru okayy! Berseri-seri muka aku. Eh, bukan sebab dia handsome ke apa tapi sebab aku nak bagitahu kenapa sakiiiiiittttt?

"Saya nak buang ubat bius ni,"
"Okay. Kenapa sakit sangat? Subuh tadi saya dah tak tahan langsung,"
"Sakit? Ubat bius ada lagi ni. Pelik kalau sakit,"

Woh! Kecewa. Tiba-tiba aku rasa macam satu dunia tak percaya aku.

"Huda panas ke? Berpeluh, basah katil ni,"
"Panas pagi tu adalah. Petang sikit berangin dah sini,"
"Bagi kipaslah nurse, kesian saya tengok ni. Okay Huda, sakit sikit eh saya tarik,"

Senyum.

"MasyaAllah. Padanlah awak sakit, katil yang dapat bius rupanya. Dah tercabut pun ubat bius ni haa,"

Muka ayah aku nampak bersalah sebab marah. Kan aku dah cakap, kalau aku kata sakit, maknanya aku tak tahan dah tu. Mak aku dah duduk jauh jauh dah. Dia bukan boleh, satgi dia yang menangis dulu. Hehehehe.

Yup. Sukar yang tak terduga.

Sakit Lagi?

"Ayah, tadikan angah terfikir, masa ada ubat bius pun dah sakit macam ni. Kalau tak ada macam mana? Rupa-rupanya itulah sakit yang paling sakit yang patutnya tak rasa tapi dah rasa,"

Terus aku berselera nak makan macam-macam. Aah. Lepas pada tu aku tak bergantung sangat dah dengan apa jenis ubat tahan sakit sekalipun.

Aku dah rasa pun sakit yang sepatutnya aku tak rasa, jadi apalah beza sakit sakit sesudah itu?

Hebat bukan kalau kita boleh set minda? 

p/s: Kenapa semua orang yang senyum kalau jumpa aku tengah jalan, jadi lain macam lately. Apa salah aku?

Friday, March 26, 2010

Heh!

Ceh!

Aku pergi fisio tadi dan latihan hari ni agak heavy sikit. Heavylah kan bila aku keluar dari bilik pemulihan tu dan berehat sekejap dekat foyer, asal nak berjalan sikit muscle contraction. Hilang macho aku bila dahi kerut kerut sambil gelak gelak. Heh.

Masa aku fisio, ini berlaku.

"Syahidatul Huda, datang sini. Haaa. Tengok, saya dah hafal nama awak,"
"Eleh. Selepas 3 sesi. Apa barang nak bangga. Hiii,"

Bla bla bla.

"Kalau ikut disiplin profesional saya, saya suruh pakai seluar pendek. Saya tak puas hati kalau tak nampak lutut tak lurus!"
"Laa. Tak apalah. Saya sinsing yang kanan ni,"
"Tapi itulah, bila berdepan dengan pesakit melayu perempuan,"
"Okayyy!"
"Ingat! Jangan bengkok lutut. Kalau bengkok kena sinsing. Lurus masa angkat beban. Ingat... jangan?"
"Ya. Tahu. Bengkok lutut,"


Heh. Aku gelak je sebab fisioterapis gantian ini comel. Kot.


"Okay. Mula. Saya ni disiplin. Sekali saya tengok awak bengkok, saya suruh pakai seluar pendek masa fisio. Saya payah percaya orang. Jadi jangan hilangkan kepercayaan saya bila saya percaya awak luruskan masa angkat beban. Okay?"
"Okayy bos,"


Aku tabik dia. Saja melawak. Dengan muka bersungguh-sungguh dan semangat dan azam yang kental lagi jitu, aku mulakan bebanan pertama dengan lafaz bismillah beserta tarikan nafas yang panjaaaaaaaaaaaaaang. Alolah heh. Bajet!

"Ingat luruskan lutut okay. Saya payah percaya orang sebab tu saya tak kahwin lagi,"

Motifffff???! Nak cakap perempuan sukar dipercayailah tu. Sekeh kang! Hahahhaha.

p/s: Tapi aku rasa fisioterapis sukan sangat cool dan fun dan enjoy lah walau masyallah garangnya mak aih!


Wednesday, March 24, 2010

Comelkan?

This one doctor was making a joke with me while I'm totally in pain.

"Habislah awak, kurang dahlah mas kahwin, kaki ada parut jahit,"
"Apsal pulak? Makin tinggilah. Kaki saya ada dua skru!"

I didn't know who was laughing louder but I could see his forehead wrinkled while 'ha ha ha'! Yes! Aku menang!

Monday, March 8, 2010

Dairi ACL (2)

17 Feb 2010.

Ada orang melawat aku beberapa hari tapi kat luar sebab tak tahu nama penuh aku. Jadi dia tak masuk wad. hahahhaa.


Ingat nak mandi lepas solat subuh. Dr. bius pun cakap operation petang. Memang tak sedap rasa tinggal katil kosong kalau orang buat baik; pagi-pagi nurse kemas katil dan attendan hantar makanan. Tak sedap kalau tak dapat ucap terima kasih. Mungkin bunyi poyo, tapi nak buat macam mana, dah azali gitu.

Entah bila tertidur semula tak perasaan. Yang perasan nurse masuk bilik kejut aku bagitahu bilik bedah dah call untuk skru lutut. Cool tak bunyi?

Kalut nurse. Letak baju bilik OT dan topi ke apa namanya nak tutup kepala.

"Kenapa pagi? Semalam Dr. kata petang,"
"Entah. Prof. Faisham panggil nak buat awak dulu. Ni kita kena turun, x-ray lutut awak. X-ray lama hilang,"
"Okay. Tak nak naik kerusi roda eh. Kalau saya jalan lagi cepat,"


Nurse sengih sebab dah tahu aku tak nak naik benda alah tu. Hahahahha. Well. Aku tahu x-ray lutut aku tak hilang tapi ada kat PKP. Disebabkan kes aku loncat dari kes 5 ke kes pertama, mental aku belum sedia dan sangat kalut bila semua benda yang kena settle, aku dapat turn pertama.


Tunggu dekat luar bilik bedah. Air cond dia masyallah. Sejuk woh. Dan sekali lagi disebabkan aku loncat kes, folder semua tak ada. Bila pandang papan bilik OT, lega aku kes nombor dua rupanya.


"Syahidatul Huda?"
"Aah,"
"Jom. Naik atas katil. Kita nak masuk OT dah,"


Aaaaa! Satu family aku ingat petang jadi mereka sedang bersenang lenang di rumah tamu. Diorang kalut sebab tiba-tiba jadi pagi. At least, at least bagilah aku jumpa family aku dulu.


Allah mendengar suara aku sebab sebelum kena sorong masuk, mak ayah sempat datang. Leeeega! Aku nampak Dr. Husam datang dekat. The time's coming. Wallaweyh!


"Assalamualaikum. How are you?"
"Waalaikumussalam. Fine but scare,"


Dia ketawa. Katil disorong masuk dan ramai manusia aku rasa aku nampak. Dr. Husam sangat lawak bila dia melawak dengan nurses dalam bahasa pelik. Dia guna bahasa Inggeris dan nurses campur-campur. Aku tak tahulah siapa yang faham siapa tak.


"Don't harm her. She's my dear patient,"


Aku boleh senyum je sebab aku cuak tapi sempat juga aku melawak.


"I told you I'm lucky right?"
"Alhamdulillah. Sekarang duduk, boleh?"


Sangat comel okay bila foregner cakap melayu.  Dan yang tak okay bila team OT ni sama dengan team OT 6 bulan lepas dan mereka kenal aku! Argh!!! Yang nurse lelaki siap boleh cakap eh, masuk balik? Apa aku nak respon. Cesss. Terasa ternoda eh. Hahahhahaa.


Aci tak aku dah baring atas katil dah tengok lampu lampu yang menakutkan, aku duduk.


"Nak pergi toilet dulu boleh tak?"


Satu OT ketawa. Aku rasa bongoklah pulakan bila pergi toilet pakai kain selimut. Hahahhaha.


"Nanti bila ubat bius habis, saya tak leh pergi toilet. Sakit. Saya tak nak pakai catheter,"


Mereka sangat comel sebab ketawakan aku tapi bagi juga aku pergi masa semua orang sibuk-sibuk set up mesin semua.


Bius epidural ni (aku bajet yang baca, kalau adalah, tak tahu eh. Aku ni hari-hari jumpa budak medic, sampai cakap pun bau ubat. Heh. Lemaklah tu perumpamaaan). Bius epidural adalah bius dekat tulang belakang, kalau ambil SPM sains, dekat lumbar 2 ke 3. Aku lupa. Aku kena duduk dan peluk bantal supaya betuk badan berbentuk 'C'.


Jangan cakaplah banyak mana aku takut sebab memang aku sangat takut tapi aku tetap senyum untuk tenangkan hati yang nak pecah. Ada satu doktor handsome, Dr. Radzeli kalau tak silap nak shift mind aku dari fikir proses bius epidural. Dia ajak aku berborak tapi aku bet dia pun tahu dia tak lepas nak berborak dengan aku time tu.


"Ni kaki sebab main futsal kan?"
"Aah. Ergh!!! (cucukan pertama),"
"Ramai laki handsome tak? Mesti ramaikan?"
"Erghh. Ada. Eh tak ada! Semua perempuan! Erghh!"
"Sakit ke? Laa. Janganlah gigit bantal, sakit dia,"


Hahahahhaa. Adakah aku patut jawab? Memang aku tak boleh jawab sebab aku dah gigit bantal dan aku dapat rasa ubat bius cantik straight pergi kaki aku sampai aku tak boleh buat apa-apa lepas tu. Maka bermulalah segala proses letak elektrod (ke?) untuk jantung, kepit baju tangan untuk nadi, cuff untuk tekanan darah, masukkan air dan sebagainya.


"You're a strong girl,"


Senyum.


"No. I'm not. I have to. That's the only choice I have. Dr. Husam, can I ask something?"
"What?"
"Are you sure I'm not going to feel the pain? My right shoulder seriously in pain now. I can feel the doctors touch my leg. I'm scare I'm going to feel the pain, Dr,"
"No you won't. You'll feel all the pressures but not the pain. Trust me,"
"I'm scare,"
"Okay. Now tell me in what position your left and right leg,"
"My right leg is now bending and the left, lying still,"


Dr. Husam selak sikit kain penghadang untuk tunjuk kaki aku dan memang kaki aku bukan dalam posisi yang aku jawab tadi. Tiba-tiba aku sedih dan air mata aku cantik je keluar. Aku rasa satu OT pelik sebab aku menangis tiba-tiba. Tak adalah sampai mengongoi ke apa, just keluar air mata. Diorang tak tahu kenapa aku menangis sebab aku tak rasa nak bagitahu. Yang diorang fikir, aku sakit ke? Kenapa?


"Now, you trust me?"
"What if I say, I'm not? I'm sorry I'm too scared,"


Dr. Husam tetap senyum dan ambil jarum kemudian tekan pada lengan aku. Setiap kali dia tekan, dia tanya sakit tak. Aku angguk. Lepas dua tiga kali, dia buat perkara yang sama pada kaki kiri dan memang aku tak rasa langsung. Terus aku senyum tapi aku rasa nak menyumpah sebab mata aku terus berair. Ceh!


"Kenapa sedih ni?"


Senyap.


"Tutuplah radio, lagu sedih sangat (aah. Doktor sangat cool sebab operate sambil dengar radio),"
"Prof. Faisham, Dr. Azman tak ada eh?"
"Dr. Azman cuti. Patient Dr. Azman dah sebut dah nama doktor dia,"


Hahhahahaha. Aku rasa nak gelak je bila surgeon jawab gitu. Aku salute sangat Dr. Azman macam aku salute Prof Din dan Dr. Rosdan, tapi dia tak ada dalam OT room kali ni. Huuu.


Radio ditutup dan memang masa tu lagu tengah sedih pun. Hampeh. Oh. Aku bukan nangis sebab sakit ke  lagu kat radio sedih ke apa. Aku jadi terfikir macam mana kalau aku buat bukan masa cuti. Semua budak medik yang aku kenal yang tengah posting ortopedik masuk sama. Bila fikir rasa sangat sedih tu datang melampau-lampau sampai air mata aku tak nak berhenti. Aku jadi fikir, kalau aku tolak diorang dari observe, mesti diorang sedih. Tapi kalau aku bagi? Entahlah. Tak ada kerja aku fikir benda ni dalam bilik OT.


"Nurse, tolong lapkan air mata saya boleh? Tak best air mata keluar,"


Senyum dan lepas tu,


"Dr. could you please wipe my tears,"


Hahahahhahahahha. Touching tak? Siapa suruh Dr. bius tu duduk dekat dengan aku. Nurse busy, terpaksalah aku  minta tolong Dr. pula. Tak selesa woh mata berair. Hee. Tapi, frankly speaking, team ini sangat cool dan ceria dan baik hati.


Tak lama nurse sumbat hidung aku dengan oksigen. Hahhahaha.


"Ubat tidur ke?"
"Tak lah oksigen je,"
"Saya tak nak tidur,"


The moment aku kata aku tak nak tidur, masa tulah terus gila mengantuk aku rasa. Dan memang Dr. Husam bagi ubat tidur sebab dia suruh aku pejam mata. Dia kata dia nampak aku pucat dan holding breath like in pain which is not, jadi dia decide tidurkan aku. Punyalah degil aku tak nak tidur, aku lawan juga sampai nurse bagitahu aku lawan dari tidur.


Tapi dalam masa aku lawan tak nak tidur, aku rasa tiba-tiba pekak. Serius. Aku rasa semua orang keep moving in silence. Macam dalam movie. Lagilah aku takut. Tapi aku paksa juga jangan tidur. Jangan tidur. Jangan tidur.


Bila aku buka mata.


"Wake up? Just close your eyes,"


Geleng kepala.


Pergh!! Aku tertidur juga walau sekejap. Dan sangat cantik bila aku buka mata Dr. tengah gerudi kaki aku. Ye. Aku dengar dan aku nampak dekat skrin tepi.

Lepas ubat bius habis dan sakit tengkuk 6 jam kena lying still dan menangis-nangis sebab nak muntah tapi tak boleh dan tak dapat nak muntah!

Bersambung!