Aku lukis gambar ni kalau tak salah aku masa tengah lecture. Masa bile lagi?
Haaaa.
Masa terbaca quote ni, aku teringat zaman sekolah menengah. Zaman budak tengah naik. Tinggi je tak naik naik. Masa tu sampai masa ni, aku tak reti menipu. Kalau aku menipu mesti aku gelabah ayam. Bila aku gelabah, orang taulah aku tipu.
Simple circle.
Masa sekolah asrama, time yang apa je peraturan harus dilanggar. Macam, hello peraturan untuk apa?
Untuk dilanggarlah.
Heee.
Bila kena tangkap, geng aku mesti cakap. Huda sila senyap jangan buka mulut.
Hahaha. Bila aku buka mulut, memang jujur-cari-pasal-kena-sebat-zassssss!
Tapi aku perasan satu benda ni, satu ceritani, saat kantoi curi keluar sebab tuisyen dekat luar.
Aah.
Asrama aku ada tuisyen dalam asrama. Macam pergi tuisyen swasta tapi buat kawasan asrama. Apakejadah tuisyen namanya.
Kali ni tak leh senyap. Tak leh tipu. Nak jujur. Sebab dia akan berulang, konsisten. Nak kena tangkap senang. Pastu part of the body kena reserve sebatan untuk benda lain lagi. Jadi yang ni mesti jujur.
"Saya tak bolehlah ostat. Saya tak boleh. Kalau ostat tak benarkan, saya akan buat jugak. Dah memang tak boleh. Saya kena belajar luar asrama untuk tuisyen. Dahla sekolah muka sama, tuisyen pon muka sama. Kalau ostat tak kasi, kenalah prepare sebat lain berkali-kali,"
Sambil nangis nangis. Sambil sedut hingus srooh srooohh.
Ostat pun cakap.
"Okla okla. Boleh keluar. Tapi jangan cakap dengan orang, nanti semua kata tak adil. Kalau kena tangkap jugak dengan exco, kite kawtim belakang belakang,"
Pergh.
Terus sayang ostat!
Terus rasa ostat sangan memahami.
Terus rasa lepas ni tak yah lah aku kena reka macam macam cerita selamat diri,
Lepas tu kena ingat pulak cerita ni manalah tau later kena sebat lagi, terus ditanya minggu dulu salah apa kau buat sampai asyik kena sebat?
Kang tak pasal nak sorok satu cerita, terbuka lain punya dosa.
Heh.
Pastu aku jadi teringat kata kata ni,
Kalau kau cakap jujur,
Kau tak payah hapal every single word kau dah cakap.
Kan?
No comments:
Post a Comment