"Aku rasa nak kawenla,"
"Really? Me too,"
"Really?"
"Really!"
"Ko nak kawen macam mana?"
Kalau aku nak kawin. Aku kalau boleh tidak mahu bertunang.
Penat.
Aku kalau mahu bernikah, aku mahu majlis kecil tiada pelamin tiada berhias indah.
Susah.
Aku kalau ingin berkahwin, mahu kalau boleh hanya ratusan bukan ribuan bukan jutaan bukan kataan cacian. makian cercaan.
Apa orang kata, apa orang bicara, tidak perlu aku tahu, tidak pula mahu aku tahu.
Aku kalau mahu berkahwin, senang susah sama sama, bukan hanya pada manisnya nikah.
Aku cari suami.
Peneman.
Sahabat.
Bapa anakku.
Datuk cucuku.
Sampai tua.
Sampai syurga.
Bukan artis,
Dihari majlis.
2 comments:
Aminnn...! :)
Amiiiinnn.. ! :D
Post a Comment