Wednesday, October 6, 2010

Semuanya Akan Berjalan Pantas!

I'm the type of person who're really afraid of exams but still looks bajet cool. Whatever.

***

Today (eh dah pukul 12), yesterday was the OSCE day. Erm, I don't really know what is OSCE stands for, but it is kind of exam. Real exam. I mean you have the patient, you need to perform certain tests, or diagnose certain diseases or whatever the examiner eh the questions ask you for. Not to be forgotten, there will be a patient and 2 or three or more examiners like oh-my-god!

Up to now, I always only get nervous for my OSCE an hour before it starts and Alhamdulillah I did well for the first two OSCE. Yup. This is my third OSCE. 

Before that, I mean in the morning I had an ENT session with Dr. Nik (the real charming and beautiful and soft lecturer). I persuaded her with hope for her to come and become one of the examiner. Last semester, I got nervous and when it was her station, I could breath freely and yes I managed myself to stay calm. At least thinking well. I heart her so much and I really wish I'll be like her. In the sense of attitude maybe.


"Dr. Nik, will you be with us this evening?"
"I'm not sure. Tak kot,"
"Eh? Alaaa. Please. Please be one of the examiner. When I stress out, seeing your face make me able to calm down again. Pleasee,"


Kan dah cakap aku ni memang jujur orangnya.

And Alhamdulillah, dia ada tadi. But guess what, 3 examiners in the closed room mak aihhh! That was my first station and I was really freak out but not to that extend; crying. No. Never will I guess. Sangat tak berani tengok Dr. Nik sebab macam dah hampakan dia sebab I tak bertenang pun. Tsskk.

My hands start shaking. And of course my face as pale as cotton wool. I can even think properly and read each word like I should have to. You know what it means read sepintas lalu tak masuk otak? BLUR.

It happened and always happens. It just me. 

Next station sumpah macam erghhh! You know I got a patient and I need to take a history taking. Oh come on! I do it almost every clinical session. Come on! Come on! But, I was wonder why eh this patient keep on deny every single question I asked? At that time, I was recalling all the points in the clinical history form but then this patient still gave me negative question. Oh my oh my oh my!

Memang patient pun ketawa when I dah tak recall but baca semua zikir surah instead. Erghh! I'm so not cool but again I managed not to cry. Yet.

Next, here was the killer station the killer examiner the killer instrument the killer everything-lah senang cerita! He was Mr. Khary, one of my favorite clinician! But with his fierce face? Oh! Eh, bukan selama ni dia memang garang ke dalam klinik?

I didn't know why, whatever I did all turned up to be so wrong. Right, tak dapat. Left, tak dapat. Alternate ear, oh berjaya. Proceed next test. Berjaya. Lega. But then nak tulis result dah eh teori apa value oh apa ni apa ni apa ni!

Kriiinggg!

Loceng bunyi tamat. Hanya mampu sebut dan mengeluh nama clinician.

Mata dah merah. Syukur lega sebab next station was rest station. Masuk dalam bilik, then tengok jam. 7 minit. Empat minit menangis, dua minit fikir baik baik, satu minit gain dapatkan semangat.

Yup. Itu cara aku. Eh, kau boleh tiru!

I just need to speak out, burst out.

So I cried badly. Selagi tak 4 minit paksa juga nangis. Sebab memang hati dah pecah jantung dah luluh. 2 minit terus fikir, baru 3 stesen, ada lima lagi. Do the very best Huda. Yang tiga biar berlalu, tinggal lima ni buat betul betul. Fikir balik perlahan-lahan dan gain semangat dalam satu minit. Kriiiiiingggg!

Pergi next stesen. Pfffttt! Next. Pfffttt! Next. Pfffttt! Cukup lima, semua pfffttt!

How eh I can rid off this stupid over menggelabah? This semester was the worst OSCE ever in my life! So, I can smell the needing of repeating this OSCE and VIVA sebab fail. Tak apalah, sabaaaaarr. Ada hikmah. Tak sanggup nak mengadap all the lecturers and clinicians masa nak dengar result nanti. Rasa macam dah hampakan everyone. Benci ni benci ni benci ni!

Oh masa jalanlah cepat cepat supaya kesedihan ini pergi jauh jauh. Susahlah hati pecah jantung luluh macam ni nak hadapi hidup. Oh! 

*Nangis dalam hati*




p/s: Aku harap suami aku esok esok orang yang bertenang yang kalau aku mula nak menggelabah tengok muka dia terus cool down. Siap dapat hug lagi cakap, do it slowly, Insyallah everything goes well. :') 

Beraanggaaannnn!

Esok pergi Lata Belatan redakan hati. Babai.

Monday, October 4, 2010

Jangan Marah

Ya. Masa sekolah, cikgu cakap elok elok aku boleh obey. Cikgu cakap garang-garang, bekeng-bekeng, tak kasi itu tak kasi ini, maka siaplah syaitan naik tanduk.

Jangan diharap aku nak mendengar.

Sampai besar. Kalau ayah aku marah, yang sama naik adalah aku. Kalau mak aku marah, yang sama naik pun, aku juga. Entah apa punya besar syaitan dalam kepala pun aku tak tahu. Jangan marah aku kalau nak aku buat kerja cun atau nak suruh aku faham satu benda. Kalau marah, semuanya akan berubah seratus lapan puluh darjah. Aku work best dengan bahasa mudah dan berlembut. Aw!

Tapi aku ni berhati mulia sikit sebab cakap jujur and straight to the point, ewahhh. Hehehehe. Bila orang marah aku buat silap ke apa ke, aku akan cakap 'Jangan Marah Saya'.

So tadi pergi fisio mak aih hari ini punya exercise sungguh nganga nganga. Itu belum kira duk bertegang urat bertekam lidah dengan encik fisio. Hoh. Benda first time apalah yang nak diexpect? Pulak tu benda first time adalah perkara yang tak best berlaku. Tskk.

Berfisio agak bahaya.

Tadi antara latihan adalah berjalan dan berlari di atas treadmill. Ala yang macam jogging setempat tu. Eh, kau google lah sendiri. Jalan pelan pelan. Kemudian jalan laju laju. Kemudian lari pelan pelan. Kemudian lari laju laju.

Pesanan penaja kau jangan pandang pandai toleh belakang macam aku buat. Tolong jangan. Tolong.

Ini yang berlaku petang tadi. Tengah elok elok berlari tukar berjalan laju. Tengok masa, eh dah lima belas minit. Toleh belakang cari encik fisio di manakah beliau? Oh di situ.

"En. Latif dah lima belaaasssssssss...."

Hilang kawalan. Dunia terus vertigo. Nampak tapak berlari dan kaki makin ke belakang. Eh, otak masih berfungsi dan berkata dalam hati alamak apa nak buat lepas ni mesti menggelongsor ke belakang dan gedebuk. Tapi otak bijak kerana masih mahu cover cun maka sempat berfikir lompat. Maka melompat.

Oh vertigo satu dunia! Macam biasa mahu muntah!

Itu encik fisio sempat tarik lengan baju. Fuhh nasib lengan baju, kalau tak dah macam cerita hindustan. Tercemar I! Tapi cover macho masih kekal harusss. Walau dunia berputar masih tegas tarik tangan tak apa tak apa saya okay saya okay.

"Bawakan dia air,"

Oh malu berganda.

Tapi yang tak syoknya part kena tegur, eh awak jangan buat macam tu lain kali nanti jatuh. Jangan berhenti mengejut nanti pening rasa terapung! Jangan terus lari atau dari laju tak bertukar perlahan, bahaya. Awak jangan itu jangan ini.

Gila banyak benda kena absorb oh!

Dan macam biasa.

"Janganlah marah saya,"




p/s: Sila selalu berhati-hati dalam apa jua keadaan!
p/s/s: Okay aku banyak cakap. Tapi En Fisio itu lagi hebat bercakap. Of course aku buat muka bila ada aku tak puas hati atau tak boleh buat. Dan bahayanya telefon berkamera sebab masa aku buat muka dan membebel sorang sorang aku terperasan ada pesakit lain sedang tala telefon atas hidung aku. Okay aku mungkin perasantan, tapi takkanlah kau baca sms macam kau tengok cermin gaya macam mirror mirror, who's the beautiful lady?

Ambil video gambar perempuan membebel tak menarik. Okaay! Ergh!

Saturday, October 2, 2010

Jaga Bayi Itu

Tak sanggup baca berita terutamanya yang dua tiga minggu kebelakangan ni. Oh. Bukan. Bukan perihal bunuh jutawan tu. Yang tu sedih juga tapi paling sedih yang ini.

Bila ada kisah BAYI MATI TERCEKIK SUSU!

Sungguh tak dapat bayang apa perasaan bila bangun bayi yang dikandung sembilan bulan beberapa hari, yang terpaksa lalui morning sickness muntah uwekk uwekk, yang mengidam macam macam tu belum kira tiba tiba nak makan kapur kasut, bangun celik mata, baby dalam dukungan biru tak bernyawa.

Tak dapat bayang.

Tak dapat bayang!

Macam mana ibu bapa yang menerima ujian itu menghadapinya?

Padanlah kakak aku tak sudah sudah membebel pada ibu dalam wad, puan jangan menyusu sambil berbaring. Puan, pegang bayi macam ni haa macam ni kepala haa macam ni. Puan, sendawakan baby dulu sebelum tidurkan semula. 

Oh tolong dengar nasihat jururawat tolong!




p/s: Aku betul tak boleh baca sampai buka paper online tengok tajuk bayi tercekik susu, terus tutup page tersebut. Hati bagai kena siat siat.

Friday, October 1, 2010

Hodoh

Bila semua orang mahu merasa mereka cantik, maka siapa yang akan merasa mereka hodoh? Jika begitu, aku memilih untuk merasa kehodohan itu walaupun pepatah mengatakan cantik hodoh itu subjektif, aku peduli apa?

It's just like we actually crash when we race too fast. Kebabbooomm. Hoho. Tak faham tak apa. Jangan hentak kepala kuat kuat. Tak payah faham. Tak perlu. Bukan semua benda perlukan penjelasan untuk difahami. Kadang kadang bila kita paksa nak faham, sebenarnya kita tak akan faham.

Tapi bila kita biarkan, slowly kita akan faham. Dia macam flow air sungai, kau letak batu banyak mana pun, perlahan-lahan dia mengalir. Perlahan sangat tak apa, alam tak kering cuma lambat.

Tapi lumrah. Manusia nak semua cepat. Bila semua nak cepat, itu hodoh.

Sebab tu aku rasa aku hodoh. Sebab aku nak semua benda cepat. Lagi teruk aku nak ia kekal walhal semua pun tahu mana ada benda kekal. Mana ada? Kalau benda sedap cepat habis. Benda tak sedap, end up basi. Kan dah kata tak ada benda kekal.

Tak.

Bukan.

Tidak.

Aku tak sedih.

Cuma rasa hodoh melampau-lampau bila nak jalan raya rumah ramai ramai tapi Syawal dah habis so open house jadi closed house dah.

Tsskkk!

Thursday, September 30, 2010

Jodoh

Okay. Terima kasih pada bilik basuh baju yang bagi dengar dua channel radio sahaja. Ulang. Dua channel sahaja. Ulang lagi, DUA CHANNEL sahaja.

Oloh.

Okay. Tak apa dua channel, tapi kalau satu channel dah bunyi siam maka haruslah satu sahaja pilihan yang tinggal. Kejap! Adakah itu dinamakan pilihan kalau hanya satu yang tinggal?

Hish.

Radio ini mula mula dengar sungguh geli hati. Lama sikit dengar terus nak muntah. Ohoh. Aku jiwang orangnya tapi bila aku dengar ada lagi manusia jiwang dan membaca ayat bermadah dengan penuh kelunakan suara, sumpah rasa hodoh benar jiwang tu.

Yucks!

Mari men'yucks'kan lagi keadaan.

Eh, ada juga eh rancangan anda mencari jodoh dengan sila hantarkan nama samaran kemudian tuliskan sedikit tentang diri anda dan pasangan pilihan anda. 

WOW! Sungguh mudah mencari jodoh kini, hanya di hujung jari!

Saya mahukan lelaki BERIMAN, MUDAH KETAWA dan TAK PANAS BARAN.

Saya mahukan wanita YANG PANDAI MEMASAK, MENGHORMATI ORANG TUA dan SEDAP MATA MEMANDANG.

Saya mahukan pasangan yang BERUSIA 30 TAHUN KEBAWAH dan BEKERJA TETAP!



Ohohohoh.

Tak ada pula aku dengar yang merendah diri seperti saya seorang gadis yang bertubuh gempal, berkulit gelap, berjerawat batu yang bersedia untuk menjadi isteri dan bersedia untuk pandai memasak.

Ada berani?

Eh, jujur apa?

Of course tak ada orang nak berkenalan kalau macam tu. Nak orang tak dan dan. Nak yang beriman, mudah tersenyum, tak panas baran ewaaahhhhh. Kau tu termasuk dalam golongan apa yang kau nak tak? Kalau tak jangan duk beranganlah eh.

Tapi aku bersyukur lah. Sejuk hati nak orang beriman. Sejuk telinga dengar nak orang tak panas baran. Sejuk mata nak orang sedap penglihatan melihat. Buatnya aku dengar tadi; saya mahukan seorang JURUTERA bergaji tidak kurang LIMA RIBU SEBULAN, ANAK TUNGGAL KEPADA SEORANG PENGUSAHA BATIK TERKENAL DAN PENGUSAHA BATIK TERSEBUT ADALAH CUCU HARTAWAN TUJUH KETURUNAN TAK HABIS MAKAN!

Yang tu aku mengucap panjang lah sambil sental baju dalam bilik basuh.

Kau nak beriman, kau kena beriman dulu. Kau nak yang mudah tersenyum, kau kena senang tersenyum dulu. Kau nak yang bekerja tetap, kau belajar pandai pandai dulu. Kau nak yang tak panas baran, kau janganlah mudah naik angin dulu.

Okay? Simple.

What you give, you get back. Perlakukan sebagaimana ingin diperlakukan.

Islam pun ajar, nak jodoh ada 4 perkara. Harta, ilmu, rupa dan agama. Pilih yang keempat, selamat dunia akhirat.

Contoh.


"Anda mahu jadi apa esok besar?"
"Saya mahu jadi suami soleh,"


Satu dewan kuliah gelak besar besar. 

Tapi akhirnya, dia menjadi SUAMI SOLEH sebenar! Dia menjadi jurutera yang pemurah dan penyayang yang membahagiakan isteri, anak anak dan masyarakat sekeliling.

Kan dah kata letak AGAMA nombor SATU. terus datang harta, ilmu dan rupa SERENTAK.


p/s: Allah TAK zalim. Okay?


Wednesday, September 29, 2010

Pass By

Sometimes, I really lost in a bright world. Therefore, I paint on a white canvas looking for hope.
Sometimes, I really want to cry. Therefore I draw a teary eye hidden behind my hair.
Most of the times, I am so scare. Therefore, I keep on sketching thus I don't feel all alone.

Let the time pass by.

Monday, September 27, 2010

Ganbatte

I want to smile but I'm too afraid thinking of what will happen tomorrow.

Having the very bad fever ever in my life, gave up the beautiful moments to celebrate the last eve as Insyallah final year student, gave up to face all the hardships with all dear friends, gave up the togetherness smiling to inhale the relief of done presentation and being stucked here, now at home with tears and forced appetite.

I was thinking, am I dying?





Seeing the bautiful morning today, put aside all the difficulties that might happen tomorrow, persuaded heart and repeatedly whispered; JUST FOLLOW THE FLOW.

There's always hope!
Ganbatte!

Monday, September 20, 2010

Tengkuk Keras?

Sakit bila tunduk. Sakit bila toleh. Sakit bila dongak. Sakit toleh ke kiri sampai mata senak aww inikah petanda migrain yang baru? Bukan bukan. Sakit bila errrghh.. sakitlah semua. 

Oh! 

I tersalah tidur! Jangan tanya kenapa orang panggil tersalah tidur walhal terang terang sebelum tidur memang kau baring atas katil dan kepala atas bantal, siap sapu losyen sebelum lelap macam mana boleh tersalah?

I tak peduli.

I google cari scientific term tak jumpa. I jumpa neck pain upon wake up je. Maybe bukan tersalah tidur; tapi tersalah bantal. Pun kenapa tersalah bantal?

Erghhh! Shadap you lah explain saja benci I! Eh, anda ada juga tanda yang ini?

Okay now baca ini untuk solusi mungkin membantu! Sini. Eh, klik sinilah.





p/s: Maaf eh, I tak lalu nak explain dalam ayat santai baca eehh dah habis? Dan oo macam ni nak buat. Sorry sorry sorry. Tengkuk I letih nak mengadap keyboard lama lama.

"Haaa.. tu tengkuk kau sakit sebab online lama sangat! Tak aktif,"

Ish. Shadap you-lah!

Sunday, September 19, 2010

Toy


Do we really need such toy in the market? Do our children really play this toy in what? Masak-masak? Or cikgu-cikgu? Or doktor-doktor?

Come on!

Semua orang tau permainan ni untuk apa oi! I am DISAPPOINTED seeing this as one of kids' entertainment! It hasn't beneficial neither has knowledgeable!

Oh, I lupa! We do want to create another murderer, don't we?

Friday, September 17, 2010

Buruk Betul

I told you at the previous entry that I always afraid of nightmares? And as usual, what afraid us the most is the thing that always appear.

Ada satu petang bila mak dan adik aku tengok cerita Ular Emas dekat TV3 dan aku join sekali baring konon nak tengok. Konon ye. Dan macam biasa, cerita hantu Malaysia memang tak pernah gagal buat aku tertidur di depan TV. Tabiks!

Dan tiba-tiba aku di kejar orang. Bila dalam mimpi memang susah habis kan nak berlari? Memang kena guna sepenuh kudrat untuk memulakan satu langkah. Oh penat wa cakap sama lu.

Memang masa tu takut gila dan berlari tak cukup tanah. Aku tak ingat aku mimpi pasal apa, yang aku ingat aku kena kejar dan aku berlari. 

Satu lagi susah gila nak buat bila dalam mimpi; minta tolong! Ni satu hal! Punyalah susah gila aku nak jerit sepenuh kudrat dikerat hanya untuk menjerit; TOLONG!

Sudahnya berjaya.

"Tolong,"

Tapi lembik sungguh bunyi permintaan tolong dan akhirnya dikejutkan dengan suara ini.

"Angah bangun, kena kejar ke?"

Celik mata. Depan TV. Sebelah mak. Dahi berpeluh.

SELAMAAAAAAAT!





p/s: Tak. Aku tak tipu. Aku memang senang dapat nightmares sebab tu kalau aku tak boleh tidur malam aku akan ambil sebiji bantal dan seekor teddy bear pindah tidur atas lantai. Memang kena berubah tempat tidur. Kalau tak memang tak selamatlah mimpi.

Petua kot.

So sesiapa yang senang dapat nightmares, bolehlah ambil petua ni. Hiks. Menjadi tak, wa tatau.

Thursday, September 16, 2010

Ironi [18]: Tempurung

"Memanglah. Aku nak tunggu bos aku minta cuti hari ni. Dia tak sampai lagi,"
"Releklah nak pergi rumah Thia Jumaat, bukan esok,"
"Lerrr. Esok cuti kena minta hari ni lah,"
"Esok cuti apa?"

"Astaghfirullahalazim. Katak bawah tempurung kau ni. 
HARI MALAYSIA le,"

Eh? Sejak bila Malaysia ada hari?



p/s: Tempurung gila aku. -.-"

Tuesday, September 14, 2010

Eheh

I was a bit shock when somebody sms-ed me (thru YM mobile) late in the night and asked about hearing aids.

Errr.. terus rasa macam eh I dah jadi audiologis ke?

"How do you know about me being an audiologist and hearing aid and stuffs?"
"Thru your blog. I google about hearing aid and found yours at this post,"

Ohh.

***

Kemudian terus terfikir nak buat entri ilmiah perihal hearing aid secara santai. Nak buat dengan lebih detail sebab wowww rasa macam banyak benda nak cakap semalam tapi jenuh fikir in a very easy yet understandable words.

Ilmu kan kena share share? Manusia kan perlu saling menolong? Cuma caranya berbezalah. Susahlah kalau semua orang nak menolong buat bangunan aja. Siapa nak tolong orang sakit telinga pula?

Wink!

Sunday, September 12, 2010

The Smile

Who is the more excited? 


p/s: But ten years ahead, she will be crying the most. Not me, that kid. 


Hidup ini bukan semua indah. Maka, senyumlah ketika mampu.

Saturday, September 11, 2010

Selamat Hari Raya 2019 eh 2010!


Okay tinggalkan kerja menimbun begini di asrama. Biarkan mereka di situ.

***


Bapa saya sungguh garang tapi suka buat lawak.



Mak saya pandai masak makan sampai licin pinggan.



Kakak saya banyak bebel tapi murah duit raya. Hehehhheee.



Of kos saya aww sungguh ayu pakai sampin ayah.



Dan adik saya makan banyak kekal kurus dengki ohhh.

Ingin mengucapkan salam EID FITRI MUBARAK oh kerja sekolah BERLAMBAK-LAMBAK!

***
Kejadian pagi raya macam biasa takbir dan bergerak dengan cepat takut tak ada tempat untuk bersembahyang di pagi mulia. Beraya di Kuala Lumpur rasa dia seperti beraya di negara orang lain. Tak percaya? Rasakan sendiri.


Rayalah oiii! Eh, solat!

Kemudian sesi salam menyalam memang tak reti nak serius. Orang boleh bersalaman nangis nangis tapi I tak reti. Eh, salam hari raya je menangis? Sungguh berulang I tak suka. I nak meminta maaf hari hari sebab mati bukan jamin lepas raya je. Bila bila pun boleh maka bermaafan menangis nangis adalah wajar sepanjang masa jika berbuat silap.


Tengok? I dah kata.


Orang kata I muka mak I tapi I believe I muka bapa I. Tak caya? Spot semua sama, bentuk muka bentuk mata bentu pipi tembam bentuk hidung je tak mancung dan bentuk perangai naik angin cepat, teliti oiii. Sungguh sama.

Apa?

Tak sama sangat. Haa. Tengok yang ni baru kau angguk.


Kan I dah kata.


Cuba kasut raya di pagi raya walau umur sudah 23 tahun masih nak baru baru macam budak budak comel. Haa. Tahun ni sekelip mata I sama taraf tinggi dengan adik I. Huarghhh!


Meet the THREE!


Okay. Ini yang terjadi di malam raya bila ahli member I kena on call. On call oi oi oi.

***



Okay, sekian melaporkan kisah TIPIKAL raya sungguh KESIAN

Babai.


p/s: I selalu terfikir pembaca dari KOREA mana eh sungguh comel datang sini. Kawan I minat gila dengan semua tentang korea. Eh, awak tu silalah revealkan diri kerana kawan I nak kenal. :D

I tuuuu. :PP

Thursday, September 9, 2010

PENGUMUMAN

Siapa siapa beranak malam ni, boleh letak anak nama SYAWAL.

Mohon ampun maaf salah silap segala ralat sepanjang tahun seumur hidup andai ada tercuit hati oh! Salam LEBARAN oh tolong badan jangan melebar, selamat berEID FITRI MUBARAK. Makan sila beragak-agak!

Wednesday, September 8, 2010

Waaahhh!

Tadi jamu berbuka sama sama dengan satu keluarga jiran sebelah yang pergi bekerja di arab saudi. Bapa dia je kerja dekat arab tapi satu famili duduk sana. Oh, mereka bukan BEKAS jiran kerana rumah kekal di sini dan kosong.

Pak cik Amin (encik jiran) panggil ayah I, Pak Syeikh. Hikhikhik. Pertama kali aku dengar orang panggil nama ayah aku, Pak Syeikh. Selalu Kamal, Tapa, Mus (mak aku geli gila dengar hehehehe).

Paling kelakar bila aku call bapak aku, ayat ini akan keluar. Baru bagi salam nak cakap,

"Assalamualaikum, selamat pagi. Saya Mustaffar, boleh saya bantu,"

Olololol. Skema habis bercakap dengan anak sendiri. Hehehhe. Maka sejak hari itu aku tahu, panggilan Kamal adalah tidak formal dan panggilan Mustaffar adalah formal.

Eh, melalut.

Pak cik Amin semangat cerita dengan ayah I.

"Kat sana Pak Syeikh, saya tabik dengan orang arab. Diorang betul betul ambil berkat Ramadhan. Sekali tu saya pergi masjid dekat berbuka, semangat dia pegang tangan tak lepas,"

Pak cik Amin cakap yang seronok tentang Ramadhan di Madinah dan Arab Saudi, rakyat jelata sangat berkobar kobar beribadat tatkala Ramadhan. Beliau kata satu hari dia sangat terkejut kerana seorang lelaki arab pegang tangan dia tak kasi berbuka dengan juadah yang disedekahkan oleh saudagar orang arab kaya murah hati lain. 

"Tafaddal. Tafaddal mari iftar dengan juadah ana sedia. Mari mari mari,"






p/s: Dialog tu aku reka. :P

Monday, September 6, 2010

Abang Misai Gebang Gebang

Kalau nak cakap tak suka KL tu, macam macam lah kan alasan boleh buat. Cuba kalau suka. Hoh. Mengumpat KL habis, sat gi tuhan balas tooinkkk kerja lah kau empat puluh tahun tengah bandar. Haa. Rasakan sesak nafas.

***

Oh minta jauh. Minta jauh Oh!

Mak cakap kakak nikah Insyallah bulan 6 tahun depan. Selamba gila cakap nikah macam nak buat kenduri doa selamat je rupa. Tak. Memang aku tak ambil port sangat bab bab nikah ni heh. Bukan anti, malas kot. Malas nak fikir gila banyak pinggan mangkuk kawah belanga nak kena basuh. Tu belum kira segala rumah kena mop dan segala langsir kena tukar. Dan segala alatan... herghhhhhh! Rumit weh nak nikah ni. 

Tak boleh ke nikah kat masjid sedekah nasi lemak sebungkus sorang. Habis cerita?

"Dah ada calon?"

Benci betul I soalan ni. Sungguh nampak tak laku. Eh, bukan memang ke?

"Lambat lagi,"

Sambil terus langkah besar besar naik bilik malas layan oi.

Tadi keluar soalan sama. Hololo.

"Haaa. Mak cari sebelum bulan 6. Hari tu dah janji dengan along jangan nikah selagi angah tak nikah. Nak tumpang majlis dia. Malas eh nak buat benda remeh remeh siapkan door gift pulak tu kena cari tukang masak. Tu belum campur basuh pinggan kemas mangkuk kemas khemah kemas sampah kemas semua. Hoh. Malas. Malas,"
"Ceh,"
"Haa. Kau dik, promote kat kawan kawan kau siapa ada abang single bolehlah masuk meminang sebelum bulan 6. Majlis free,"

Kuang kuang.

"Tak pun leh promote kat Mudah.com,"

Kuang kuang.

"Tak pun nikah time adik. Haaa, ada berapa tahun boleh prepare combine majlis pulak,"

Haa. Semua nganga.

Kan dah pesan jangan bersoal jawab dengan soalan aku tak nak atau malas jawab. Aku jawab, tapi...

Kuang kuang.

***

Jalan jalan di kota raya. Jumpa pakcik abang pakai baju putih tiup wisel preeetttt. Okay, kereta you jalan. You, berhenti. Preeettttt. Okay this side, jalan. That side, stop it stop it! Preeetttt! Sini you. Amboi amboi amboi, mana helmet?

Kalau dia buat salah, siapa nak pretttt dekat dia eh? Rakan sekerja?

Lagi kelas abang pakai baju biru.

Ooo, mencuri? Lokap. 
Ooo, membunuh? Gantung! 
Ooo, merogol? Sebat! 

Ooooo, RASUAH? Ooooo, SIAPA? Ooooo, Menteri?

Syuhhhhhhhhh!




Soalan tekatekitekamangkuk: Siapakah abang misai gebang gebang itu?

Sunday, September 5, 2010

Marker Pen

Gelak besar besar lagi!

HAHAHAHAHAHA.

Khamis lepas aku dengan dua lagi budak audio involve dalam satu operation sepuluh jam (mak aih lama gila sampai buka puasa dalam OT) untuk bilateral cochlear implant surgery. Eh jap. Aku cuma join untuk lima jam pertama sebab malam tu aku balik rumah. Weehuu.

Oh. Bagi pembedahan pengimplanan koklea dan beberapa pembedahan yang melibatkan facial (muka), auditory (pendengaran) dan vestibular (keseimbangan) nerve, having an audiologist around adalah perkara yang ENT surgeon boleh tarik nafas lega.

Audiologis bertanggungjawab memastikan tiga saraf ini terpelihara dengan sejahtera dari terkerat dengan memeriksa bentuk gelombang dari Brainstem Evoked Potential Response (BSER). Saraf ni kecil okay. Lagi kecil dari taik lalat. Eh? Hee.

Kalau saraf muka terpotong, muka senget. Kalau saraf pendengaran, maka pekak. Kalau keseimbangan, kau jalan jatuh.

Eh, aku bukan nak cerita ini.

Ada satu part, tengkorak patient perlu di gerudi (buruk pula bunyinya) untuk diletakkan processor. Jangan tanya apa, aku malas nak terang. Sebelum dipotong elok elok ikut size processor, Prof Din pun berkata kepada medical officer (MO) yang ikut sama join surgery.

"Ambilkan saya marker,"

Maka seorang MO membuka laci dan memberikan kepada Prof Din dan beliau pun memulakan sesi melukis bentuk processor itu.

"Nah,"

Aku ternganga sebab ada satu benda yang terus aku pelik. Tapi jom gelak besar besar dulu!


"Tanya boleh?"
"Tanyalah. Apa,"
"Tak bahaya ke guna marker tu?"

HAHAHAHAHA! Malu oh!

"Itu bukan marker beli kat Mydin. Itu marker khas untuk surgery,"


Ini adalah surgical marker untuk lukis lukis atas badan patient!



Dan ini marker yang boleh beli kat Mydin yang tak boleh pakai masa pembedahan!



Kuang kuang kuang.






Saturday, September 4, 2010

Ironi [17]: Study

BIG LAUGH BIG LAUGH BIG LAUGH BIG LAUGH!

Why when it comes to religious drama, the producer can't make an extra study?






Ini Antara Sebab Saya Tak Suka Kuala Lumpur

My dad couldn't make it to fetch me this morning. So I had to come home by using any public transport available.

Within 10 years time mostly finished in Kelantan rather than Kuala Lumpur, you bet me how could I recognize which train should I chose? Which side, left or right?

Okay lets make it worse, WHICH WAY?

You don't want to imagine (as me, myself didn't want to imagine), how stupid  my smile was when every time I asked at the counter, it turned up to be, I made the wrong way. Oh! 

And one more thing, I can sleep peacefully whenever I was in train or mini bus! I had to be aware, were the right station arrived yet? Hololo!

I hate KL!





Thursday, September 2, 2010

Inilah Kenapa Aku Suka Doktor HUSM

Sebab dah buat janji dengan diri sendiri lepas raya eh bukan kau kata masa Ramadhan lagi kau nak buat ke? Tak. Betul. Yang ni betul! Lepas raya nak start fisio, maka bergeraklah ke ladang ternakan alat senaman dengan muka sepuluh sen sambil berharap, oh encik fisio, tolong jangan membebel dengan banyaknya! 

Okay! Fine. Memang dia membebel dengan banyaknya. Aw! Sambil itu mulut tak berhenti berkata, janganlah marah saya. Janganlah marah saya. Janganlah marah saya. Olololo. Tapi membebel beliau memang terasa seperti tidak direject bahkan beliau terus berkata haa cepat start semula. Strat semula tu bukan lepas raya okay! Start semula hari ni! Ya. Hari ini. KHAMIS, 2 SEPTEMBER!

Tapi padanlah muka siapa suruh kau senyap tak cakap sepatah nak cuti kejap. Folder semua dah tak ada dengan kata lain, kes kau dah tutup. Wah terus rasa macam mahkamah.


"Bila appointment dengan doktor?"
"Heh?"
"Bila?"
"Lambat lagi. Bulan sepuluh kot,"
"Hmmm. Pergi jumpa mana-mana doktor ortopedik, minta refer fisio semula. Folder dah tak ada ni,"


Ololololo lagi. Malas oh!

Dua sebab malas. Saya rasa saya bukan orang yang formal. Tapi bila kena jumpa doktor, saya tak reti jadi informal. Saya akan buat appointment baru, tapi this week doktor doktor dari team yang rawat saya tak bertugas jadi memang tiada gunanya saya buat appointment.

Benci I tau! Errr?

Maka saya pergi ke klinik jua nak buat ala-ala berani just knock and walk in terus, Dr. can you make one referral letter for me to the physiotherapist?

Tapi sungguh rasa tertipu kerana itu bukanlah referral letter yang ku bayangkan ada tulisan tulis, Dear physotherapist, thank you for accepting this 23 year old female who has history of sport injury bla bla bla. Bukan. Bukan.

Ia hanyalah satu form yang hanya perlu kau tandakan sahaja pada mana mana kotak berkenaan. Semudah internet di hujung jari. Eh, apa kena mengena?

Disebabkan tiada doktor maka aku nekad pergi wad berharap jumpa mana mana doktor yang boleh tolong I. Baru keluar lif terus ternampak doktor yang examine aku masa student second year segerombolan ambil kes untuk present depan doktor. Muzium habis.


"Err. Dr., saya Huda. Ada mana-mana Dr. OORU tak dalam wad?"
"Saya tak perasanlah. Kenapa?"
"Ermm, saya perlukan surat referral untuk ke fisio semula,"
"Oh. Saya boleh tolong tapi saya kena pergi OT (Operation Theatre),"
"Tak apalah,"
"Ni saya bagi nombor Dr. Y awak call dia lah. Nanti dia tolong,"


Erk! Erk! Erk! Okay. Aku memang jujur orangnya.


"Tak apa ke Dr.?"
"Kenapa tak boleh?"
"Kan nombor personal. Dr. Y tak marah ke?"
"Tak apa dia okay,"
"Kalau dia busy? Ke patut saya sms je?"
"Tak apa. Tak ada masalah. Call lah,"
"Dr. tak marah? Saya kan patient ni, bukan student?"


Doktor senyum.


"Tak,"


Tarik nafas panjang oh takut!


"Saya pergi dulu ya,"
"Okay. Terima kasih banyak Dr.,"


Termenung aku dekat red square (tempat pelajar melepak study. Aku je melepak yang betul punya melepak, nak pegang buku memang tidaklah). Dekat skrin telefon terpampang besar nombor tapi asal je nak tekan, tak jadi. Takut dia satu macam. Tak apa ke call? Ni bukan kes student-lecturer. Ni kes patient-doctor. Tak apa ke? Dah lah bukan nombor formal. Ni nombor pribadi.

Panjang gila tarik nafas. Dari pukul 11 pagi sampai 11 30. Lama gila decide nak call ke tak.


"Assalamualaikum. Dr. Y?"
"Ya saya,"
"Saya Huda. Saya terjumpa nak minta tolong Dr. Saya terjumpa Dr. S bla bla bla,"
"Okay. Nanti saya turun wad,"
"Errr. Dr., saya bukan dalam wad. Saya normal dah,"


Gila punya gagap sampai keluar ayat saya normal. Apakah?


"Saya boleh tolong tapi saya dalam OT lagi. Telefon semula Esok? Eh, cuti. Rabu? Boleh?"
"Boleh. Insyallah. Maaf ganggu Dr.,"


Rabu datang.

Setengah jam pula decide nak call tak nak call tak nak call tak.


"Awak dekat mana?"
"Dr. Saya student sini je. Dr. cakap Dr. kat mana saya pergi,"
"Datang 2 Zamrud boleh?"
"Boleh. Sekarang?"
"Sekarang pun boleh,"


Lega oh! Itupun lepas medical student convince dan ulang cakap doktor HUSM baik, doktor HUSM baik, doktor HUSM baik.

I would really like to say dari dulu sampai sekarang, doktor HUSM memang baik baik! Sangat baik baik! Setakat aku jumpa hingga hari ini, memang boleh jadi idola! Kalau nak tulis nama satu satu, memang tak cukup spacelah! Okay tu tipu. space kat blogspot ni countless.

Alahai politenya! Terus nak pengsan sambil pesan kat diri, nanti dah graduate, tolong jadi audiologis baik! Sila kenang jasa dan jangan jadi kacang yang boleh bagi jerawat timbul kerana banyak protein itu lupakan kulitnya!

Buat baik dengan orang apatah lagi pesakit sebab pesakit kan orang dalam kesusahan. Buat baik, nanti Allah buat baik dengan kita semula! (Terus rasa nak cepuk diri sendiri sebab susah juga tu nak buat).

Karma weh! 

"Laa. Awak nak ni je ke?"
"Aah. Ni je,"
"Okay nah. Ada lagi yang saya boleh tolong?"



Inilah sebab kenapa aku suka doktor HUSM! Layak kan aku suka?

***

Ramadhan kali ini adalah Ramadhan terbanyak bersahur dan berbuka dengan benda ini. Adakah kesihatan aku makin deteriorate?
Sebijik macam aku punya. Kenapa tak ada inhaler perisa oren ke strawberry ke. Tak pun perisa tomyam campur ke, ayam masak pedas ke? Sedap sikit aku nak addicted lebih lebih. 


Aku nak yang macam ni boleh tak? Cool habis! Sporty gila! Baru kena dengan gaya. Ewaaaah!

Nak bawa dalam beg pun rasa hebat tak rasa orang yang lemah nafas tak cukup. Tak payah nak sorok inhaler jauh terceruk dalam beg sebab malu orang tahu limited access to oxygen due to constriction of bronchiole. Lepas tu bila kena attack duk, Shit mana I letak ni?! Mana?!





Kenangan Zaman Baru Nak Sihat


Gelak besar besar. HAHAHA!



Tuesday, August 31, 2010

Kenapa Kena Pakai Dua?

This is why people say the experience is the precious thing.

***

It was last Sunday. I had to manage this one patient with really simple test and can be done in a very short time. Furthermore, I was the one who willing to conduct not because the test is simple (there always be sometimes, I don't want to manage so being chosen with the simple case would be great) but the kid is  too cute and luckily, he was easy to be distracted thus ease the work more.

Tapi itulah. Langit tidak selalunya cerah. Ecececeh!

Aku ni jenis orang kalau itu kerja aku tapi bila orang tolong tanpa aku tahu pula tu ramai-ramai penuh sesak, otak aku terus automatik jadi lembab. Walhal, kerja aku paling terbaik adalah kerja under stress.

Last sekali aku perlu hantar folder ke kaunter setelah berjaya mendapat tempat paling awal bagi pesakit ini. Bila bayi/budak adalah pesakit anda, maka secara tidak langsung, beliau adalah bos. 

Kau doktor ke, kau audiologis ke, mood pesakit perlu ikut dan diturutkan.Terutamanya akulah yang memerlukan pesakit SILENT and STILL.  Eh, apa kau ingat aku boleh buat kerja kalau budak tak nak bagi kerjasama? Itu satu hal. Kalau budak menangis, memang babailah sesi hari itu.

Dan disebabkan aku tak tahu siapa yang let the patient wait for the doctor (as I didn't know where he was while sending the folder), aku assume dia dah ada depan pintu bilik doktor. Nak cari memang tak sempat sebab next patient was waiting and yet, aku percaya sesiapa yang bagitahu, dah bagitahu yang sepatutnya.

Sejam setengah berlalu.

Aku keluar ada kerja, tiba-tiba ayah patient tercongok depan aku.

Sungguh dari seratus jatuh kosong semangat aku nak tengok patient bila kena marah yang bukan aku salah. Tak, aku tak salahkan sesiapa. Aku rasa dia salah faham tapi apalah guna aku terangkan kalau dengan penerangan bukan menjernihkan. Maka, minta maaf secara polite adalah yang terbaik.

Tapi, mood yang jatuh itu tetap tak naik naik.

But then I learnt, don't assume anything when you in doubt. DO! Make sure what is unsure.

*** 
Allah tu adil. Dia tak kasi hamba dia sedih lama-lama, terus dia bagi benda yang gembira.

Next session.

Hati terus jadi lembut, terus nak banyak bercakap dengan diri sendiri nanti esok besar aku akan jadi anak yang macma ni ke tak?

Okay, selepas ini entri berunsur ilmiah ye anak-anak.

Ada seorang makcik (mungkin layak aku gelarkan nenek) datang, terus aku rasa zapp hati tersentap. Aku tak boleh kalau orang tua tua masuk klinik. Aku ingat dekat mak ayah tu lebih sikit. Selepas beberapa assessments dan history taking, this patient was diagnosed as severe sensorineural hearing loss bilaterally.

Tahap pendengaran teruk jenis saraf kedua-dua belah telinga.

Nak ambil history agak sukar sebab of course kena tinggikan suara which memang sangat nampak tidak polite. Tapi, nak buat bagaimana dah naturenya klinik akan berlangsung begitu jika pesakitnya orang dewasa yang bermasalah begini. Nampak rude, tapi for the patient's sake, it has to be like that. No matter how. It has to.

Apabila seorang audiologis sudah mendapat diagnosis, management seterusnya adalah membuat keputusan samada pesakit perlu di refer pada kepakaran lain, atau perlu di ulang semula assessments pada lain waktu, atau penggunaan alat bantu pendengaran dan jika perlu sebelah telinga (unilateral fitting) atau kedua-dua belah telinga (bilateral fitting). 

Untuk kes yang didiagnosiskan sebagai presbyacusis (faktor usia) tahap keterukan seperti kes ini, penggunaan BILATERAL hearing aids would offer very much benefits.

Kenapa perlu dua?

Cuba kau tutup sebelah telinga, apa perasaan bila mendengar begitu?
Cuba tutup sebelah telinga, kau boleh agak tak orang paggil dari belah kiri ke kanan ke depan ke belakang ke?
Cuba kau tutup sebelah telinga, kau cuba rasa kening kerut tak bila orang cakap laju?

Haaa. Itu baru sikit, sebab banyak tak boleh nak dicomparekan bila pendengaran normal. Bilateral hearing is always better than unilateral (sebelah telinga). Bilateral hearing also important for localization. Cuba ada bunyi kereta dari belakang tapi kau tak tahu dari arah mana bunyi tu? Tak ke bahaya? 

Unilateral hearing reduce the perception of speech. Nanti kau banyak guna gerak mulut untuk faham apa orang cakap. Bila mendengar dua belah tinggi, kita dengar lebih better kerana ada binaural fusion. Kira macam bila guna dua belah telinga, benda yang kita dengar akan jadi lebih kuat sikit. 

Terima kasih kepada Allah kerana menciptakan otak seefektif begini.

Bila kau berbual tengah pasar penuh bunyi bunyian yang bising, kau perasan tak serabut tu? Orang ada hearing impairment, keserabutan mendengar dalam background noise adalah berganda-ganda dan itu sungguh frustrating. Hearing aids adalah alat yang paling membantu sebab dia akan cut off the unwanted noises.

Kalau pakai sebelah sahaja, sebelah lagi yang tak diamplifykan saraf pendengarannya makin lama makin deteriorates dan akhirnya, elok elok takat tu tahapnya, lain kali cek akan jadi lebih teruk. Silap haribulan, hearing aids juga sudah tidak mampu membantu. Itu antara reason kami, audiologis mahu elakkan berlaku.

Maka kami telah prescribe few hearing aids dan senang kita scorekan begini dalam sesi bersoal jawab.

1. Without heairng aids: 0-10 percent patient answered correctly
2. Unilateral fitting: 50 percent or less correctly answered
3. Bilateral fittings: 80 to 90 percent. If without the needing to repeat the questions, almost all were answered correctly.

Obvious kan? 

Masalah besar adalah kita perlu memberi fahaman ini kepada pesakit. Dan, untuk memberi faham bukanlah mudah.

Eh, kau ingat kita nak faham ABC tu mudah ke? Nak faham kenapa ayam di eja A.Y.A.M dan bukan A.Y.A.N. Haa. Macam tu lah.

Oh. Pesakit aku ni tidak mahu memakai dua hearing aids. Ololololoh. Aku sedih lebih sebab aku percaya one day dia akan nak pakai dua. Dia cuma belum perasan yang dia menjawab soalan kami dengan betul dan sudah berjaya menjadi sebahagian dari conversation. Maka sesi dah jadi macam negotiate tapi sungguh happy sesi ni sampai lupa kes kena marah dengan pesakit tadi. Nenek ini sungguh comel.

"Pakai satu sudohlah,"
"Bakpo tok sei pakai duo? Pakai duo lah mudoh,"
"Tok sei. Malu,"
"Malu ko sapo? Kalo tok pakai lagi malu. Nanti oghe perase mok cik tok dengar,"
"Mak cik oyaklah mok cik to dengar. Pakai satu sudohlah,"

Pandang clinician. Pandang partner. Anak dia memang dah happy. Berapa kali dia bagitahu, kalau tak pakai mana boleh mak dia nak berbalas soal jawab. Nampak benefit itu? 

Hearing loss is the common factor to cause social impairment.

"Pakai dua deh?"
"Mok cik to sei pakai duo, bosan ko dia (merujuk kepada anak) dok pakso suruh maghi. Tu hok maghi,"

Aku berterima kasih kerana anak ini sungguh care. Kau kau yang baca ni, kalau dah perasan diri sendiri atau ada ahli keluarga yang dah nampak mula ada masalah pendengaran. Pergilah awal, the earlier the better. Kalau nak tulis kenapa, panjang. Lain entrylah.

"Rayo oghe buleh baju raya, mok cik buleh telingo rayo,"
"Pakai satu sudohlah?"

Adeh.

"Pakai duo mudoh nak kecek nge oghe. Sedap sikit dengar,"
"Oloh doktor. Bukan nok pegi mesyuarat pun,"

Huahuahua. Semua orang dalam klinik tersenyap dan kemudian ketawa. Sungguh bijak makcik ini membuatkan kami terdiam dan mula bekerja keras berfikir alasan apa lagi sesuai untuk dia setuju.

"Nanti nok gi balasoh (musolla) mudoh nok dengar ceramah. Cucu kelik bule bual macam-macam,"

Heeee.

Sudahnya, anak dia beli dua juga dan nanti dia pujuk pakai.

Baguskan?

Semoga kita semua akan menjadi anak yang baik. Seorang mak boleh jaga sepuluh anak, seorang anak boleh jaga tak bukan sepuluh mak tapi SATU! Oh, mungkin DUA kalau kau ada mak mertua.

p/s: Hehehhehehehehehhee. Research proposal postponed lepas raya. Terbaik! I trust my guts and its proven, postponed!
p/s/s: Ada banyak kesalahan ejaan bahasa kelantan. Kalau aku eja betul betul, kau tak faham pulak.
p/s/s/s: Padanlah kalau nak menegur, ada caranya. Sungguh happy bila supervisors kata my research proposal bagus, terus melonjak-lonjak nak buat the best! (Walaupun nak start awal writing tu, bau pun tak ada :P).

Tak kisahlah kalau lepas ayat pujian tu ada, 'kalau begini lebih baik, kalau begitu lebih bagus'. :P





Monday, August 30, 2010

Tinggal Sepi

3 days to go. 3 days. 3 days. Then back home. But facing the Research Proposal Presentation (RPP)? Oh. Pray for me. Please do. Thank you.

I don't know what to say. How to say.

***

Nanti cerita lainlah. Nak tidur.






Sunday, August 29, 2010

Indah Bukan Rupa

Dalam banyak banyak perkara yang melibatkan mereka yang masih belum muslim (credit to Dr. Norhani for the words), saya paling suka yang ini. Sungguh nganga terus ya Allah manisnya kalau semua orang macam ni kan?

Saya ada bagitahu petang petang saya main bola penampar?

Haa. Sini ada kisah menarik. 

Ada seorang chinese ni antara yang gila terror main woo. Bukan takat sangat pandai bermain, beliau juga sangat merendah diri sungguh tidak memandang rendah kepada orang yang tak reti nak lempang bola macam aku dan tidaklah kedekut ilmu untuk mengajar apatah lagi sungguh polite menegur, eh jangan pukul macam tu, tunduk sikit, pandang bola, jangan angkat tangan, tahan je kalau tak bola pergi tempat lain. 

Wow.

Bukan itu aja okay. Bukan itu sahaja. Baca lagi, bukan itu sahaja.

Ada juga seorang foreigner kadang-kdang ada dalam court tu. Cuma lately dia jarang ada. Mungkin Ramadhan, so tak ramai player yang sungguh berbakat maka permainan tidak bosan. Apa kelas kalau orang macam aku yang bermain? Asal nak get excited, bola keluar. Baru nak strike, serve tak lepas. Baru nak lama sikit bola kekal lambung lambung dalam gelanggang, terus alamak.

Okay.

Maka pada suatu hari (ini bukan dalam Ramadhan eh), tengah bermain, azan berkumandang. Semua orang berhenti bermain, tapi yang indah tu, dia DULU yang stop masa mic baru bunyi dan ehem ehem (suara muazzin), tu tipu yang ehem ehem.

Bukan itu saja. Bukan itu saja. Baca sekali lagi, bukan itu sahaja.

Foreigner ni tanya pada dia, dalam bahasa omputeh la. Aku tak reti omputeh omputeh ni.

"Kenapa berhenti main?"
"Azan,"

WOW!




p/s: Dua kali dah aku jumpa chinese sungguh aku rendah hati, mak cik ini dan pemain lelaki ini. Orang belum Islam pun boleh tunjuk akhlak mulia. Orang Islam sendiri? 

Spesifikkan, aku?