Sunday, February 17, 2013

Janji

And this very moment, I promise to try to keep my mouth shut from and about not-so-helpful person.

I'm trying. I want to have myself back. That's all I want... for now.

Thursday, February 14, 2013

Tiada

Bilang saja aku tiada berilmu, bijak apatah sempurna.
Namun jangan kau tuduh aku tidak mencuba,
Tiada usaha.

Engkau tidak berada dalam kasutku.
Dan aku tiada ingin berada dalam situasimu.

Wednesday, February 13, 2013

Tolong Ingatkan Aku

Kalau aku buat silap,
Mohon tunjuk tegur ajarkan.

Bukan kata aku.
Bukan hina aku.

Bodoh itu aku punya.
Bijak itu Allah kurnia.

Aku ingin kurnia itu.
Maka aku usaha satu satu.

Jangan kata aku.
Jangan hina aku.

Aku janji aku ajar dan ajari.
Aku janji tanpa hina dan caci.

Aku janji selagi kau pun janji.

Tuesday, February 12, 2013

Bila Aku Kata

Aku dapat mimpi. Mimpi aneh aneh.
Aku jadi sangsi, aku banyak fikir atau syaitan datang jampi.
Aku tanya diri, sini ke mahu aku berhenti?
Aku tahu apa aku mahu, dan jawapanya belum lagi.

Bila aku cakap hati aku hati besi.
Tolonglah percaya itu.
Sebelum aku tunjuk bukti.
Sebelum engkau sakit hati.

Monday, February 4, 2013

Jatuh

Dalam dunia ni ada berpuluh juta ratus trilionmilionbilion manusia. Dalam banyak banyak tu, ada sebahagian manusia datang dan pergi, datang dan sementara, datang dan kekal.

Itu namanya kawan. Yang akhir.

Yang bila kau makan dia tak makan maka dia belajar. Yang bila dia pakai, kau tak pakai dan dia terima.

Yang bila kau nangis dia tak pilih mengalir air mata tapi membuat kau ketawa.

Itu sahabat.

Dia tak terima kau seadanya tapi dia belajar ikut rentak dan mencuba merubah irama agar sempurna tanpa sengketa.

Itu nyawa.

Aku?

Entah.

Belum sampai ke tahap itu. Bila aku mahu sunyi, aku berlari menyendiri. Bila tiba aku kembali, sekelip mata aku di sini.

Ya. Aku belum mulia bahkan tak pernah akan.

---




Sebenar benarnya aku tak tau nak tulis apa maka aku putuskan ini malam berjiwang.

Psiko.

Wednesday, January 30, 2013

Dua Tambah Dua Jadi Setengah

Dulu orang selalu kata aku sempoi.
Sekarang, banyak orang kata aku selekeh.
Kalih lali tak peduli dah aku dengar benda tu.

Aku suka tengok orang cantik berdandan bergaya. Tapi, bila aku imagine aku yang pakai benda pelik pelik tu, sumpah rasa badut. Memang bukan akulah nak sarung benda benda jelita itu.

Takyah paksa aku jadi apa aku tak nak jadi. Nanti aku bertahan paling lama sebulan.

Mungkin aku sempoi, sebab tu aku selekeh.

Tak.

Aku selekeh, sebab tu aku sempoi. Kot.





Selekeh pun selekehlah.
Janji senyum aku still sampai telinga.

Tuesday, January 29, 2013

Dunia

Aku dalam LRT, appointment gigi macam biasa. Pandang kanan, manusia bermp3. Pandang kiri, ada yang tidur.

Paling banyak, manusia macam aku.. busy dengan handphone.

Macam mana eh kalau satu hari nanti manusia lupa bagaimana berkomunikasi?

"Next station, Hang Tuah. Stesen berikutnya, Hang Tuah,"

Okay, aku dah sampai.

Monday, January 28, 2013

Kucar Lanar

Aku sedih, aku ingat Kelantan.
Aku down, aku ingat Kelantan.
Aku rasa nak buat benda baru, pun aku ingat Kelantan.

Kubang Kerian lah spesifiknya.

Aku pernah cakap no way lah aku nak balik sini balik tempat nightmare air mata tak berhenti.

Tapi bila hati masih melonjak mari datang mari datang, aku tau jasad dan minda aku masih setia.

Setia yang orang lain tak dapat baca.
Setia yang orang fikir aku ada boyfriend dekat dini sebab tu aku tergedik gedik nak datang balik.

Tak pun sebenarnya, tapi kalau betul aku syukur.

Setia aku setia lain.
Setia aku setia mati.
Setia aku setia setiap inci ada kenangan.
Setia aku setia kau tak akan faham.

Sebab aku setia orang ingat aku gila.

Gila pun gilalah.

Sebab gila ini buat aku berani.
Sebab gila ini buat aku berdikari.

Sunday, January 27, 2013

Kacau Bilau

Jiwa aku tengah kacau bilau haru biru bercelaru. Jiwa aku, jiwa iman tak kuat tapi cuba bergagah perkasa. Jiwa aku rapuh.

Jiwa aku mengantuk.

Angin Kelantan sepoi dan sempoi.
Ok aku nak tidur. Bai.

Saturday, January 26, 2013

Boleh?

Boleh tak kau berhenti kejap dan fikir yang kenapa aku masih ada kat sini?

Thursday, January 24, 2013

Psych

Zaman jadi kanak-kanak sudah berhenti.
Zaman jadi dewasa bermula.

Tapi bila bersama pesakit kanak-kanak, terlupa usia sudah 26 tapi tak ada anak kesiaaaaan.

"Kalau dengan Cik Huda, dia memang main,"

Aaah la sangat. Gusar hati aku tak dapat result kena marah bos, siapa tahu?

Monday, January 21, 2013

Sentap

"Kalau doktor tak nak bercakap dengan saya, saya sepuluh kali tak nak bercakap dengan doktor. Ada banyak lagi doktor la yang boleh sedate patient saya,"

Letak telefon.
 
Somehow, adakah aku cepat sentap atau manusia terlalu angkuh?
Tapi kawan aku kata, kalau aku bercakap dalam telefon minta tolong, bulu hidung pun boleh gugur. Tu kawan aku cakapla.
 
Tapi aku rasa ye. Eheks.
 
 
 
 
 
 
 
 
Jalan jalan jenguklah bumi, jangan selalu mendongak langit.
Jatuh luka jerit melolong, ada langit nak tolong?
 

Wednesday, January 2, 2013

Ohalahai

Beza cuti sekolah dengan hari persekolahan.

Hari cuti, keluar rumah pukul 7.00 pagi sampai 7.20 pagi.
Hari sekolah, keluar pukul 6.30 sampai pukul 7.20.

















Grrrrrrr....!

Tuesday, January 1, 2013

Mandoom Day

Stupid.
Stupider.
Stupidest!

If such word ever exist.

Wednesday, December 26, 2012

Ohooo!

The worst part ever when having my second braces. Ulcer on to top of my micro implant!
 
 
 
Rasa nak sepak orang sepanjang 5 hari!

Friday, December 21, 2012

Ucap

Ada sorang kawan bapak aku kerja dekat sini. Dia pakai kopiah macam bapak aku. Selalunya, bila aku berjalan and jumpa staff, aku senyum je. Bila namanya kawan bapak aku, mestilah aku panggil pakcikkan? Hahhaha.. Tapi takdelah aku panggil pakcik dekat dia. Bila aku jumpa kawan bapak aku ni sambil berjalan dalam hospital, aku bukan takat senyum je.
 
Aku bagi salam sekali.
 
Pastu dalam hati aku mesti menyanyi.
 
Tebarkanlah salam, antara kita,
Walau di mana sahaja, walau siapa jua,
Walau siapa sahaja, walau di mana jua...
 
Aku sengih.
 
Dan dan tu chorus lagu ni datang,
 
Mengapa rasa malu!!!!
Untu mengucapkan salammm....
Adakah cara lain lebih baik darinya?
 
Psycho. -.-"
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Korang tau ke lagu tu?

Sunday, December 16, 2012

?

It makes me wonder.
Who is he?
And when will he come?

When.
And who.
And, how?

Thursday, December 13, 2012

All

Accept me with my dark secrets.
That's all I ask.

Friday, December 7, 2012

Oh Eh?

Hari-hari aku rasa nak makan pau kacang. Hari-hari like seriously hari-hari. Bila datang kerja je, aku akan cakap dengan staff yang sama-sama selalu datang awal yang aku nak makan pau. Pau. Pau. Pau. Specifically pau kacang!






"Cik Huda ni dah kena mandrem ke?"

 

Thursday, December 6, 2012

Belum

Aku bukan puasa FB. Aku tak buka FB dah dekat sebulan, ke dah sebulan dah pun. Bukan, aku tak puasa. Betul, aku tak puasa. Cuma aku penat.









Sumpah penat.