Saturday, March 31, 2012

Bahagia

Dapat satu, mahu satu lagi. Dapat setingkat, mahu cepat ke puncak. Dapat sebelah, mahu semua. Dapat sedikit, mahu sebanyaknya. Mampu senyum, mahu ketawa. Mampu berjalan, mahu berlari. 

Ah, hidup.

Ini cerita hati bercerita. Ini cerita tanpa bicara hanya bisu suara. Ini cerita, buat aku tertanya. 

Ada hari, aku mahu sendiri. Sendirian di tengah kesibukan. Manusia bising, hiruk pikuk, tanpa bunyi aku memerhati. Tarik nafas panjang. Menjadi manusia di tengah, tanpa tahu sisi mana perlu diambil. Sukar. Pening. Loya.

Menjadi hakim bukan mudah. Timbang bahu pasti dikira. Punya emas sebanyaknya, hingga mampu membeli satu dunia, belum mampu. Belum mampu. Belum mampu. Punya harta seluasnya, boleh ketawa, mampu memiliki dengan hanya menunding jari. Belum mampu. Belum mampu. Belum mampu. Punya saudara seramainya, boleh bergelak ketawa bersama menghabis masa, belum mampu. Belum mampu. Belum mampu.

Beli bahagia.

Aku mahu hidup, biasa-biasa saja. Tidak perlu jadi hakim menduga. Tidak mahu pendampingku seramainya. Tidak perlu ada wang juta-juta. Tidak perlu emas perak mahupun gangsa. Tidak mahu satu dunia. Tidak mahu hatta sebutir permata sebagai belanja.

Hanya beri aku satu. Satu. Satu.






Bahagia.

Thursday, March 29, 2012

Sama tak dengan sekolah kau?

Aku tak tau ni apply pada semua sekolah asrama, atau sekolah asrama tertentu contohnya sekolah aku dulu. Okay, ketawa kecil tersipu malu...

Ehemmm.

Sekolah aku dulu kan sekolah agama. Sekolah wajib pakai tudung labuh, tangan kacing, kaki stokin. Sekolah yang telah merampas walkman Mydin RM4.90 aku sampai aku pun dah tak tahu berapa banyak aku beli sebenarnya. Sekolah yang phewww, tangan kaki berbirat dilibas. Sekolah yang peraturan dia mak eh ketat tapi sempat lagi langgar. Sekolah aku rindu. Full stop.

Aku nak cerita apa dah. Oh, ni ha..

Sekolah aku satu lagi unik dia. Kan zaman kita mude mude dulu, famous lagu UNIC, INTEAM, Mestika dan seangkatan.. yang kalau depa nyanyi, lagu tangkap leleh. Alaaa... lagu jiwang jiwang, cinta ana enta enti tu laa.. Ala buat buat tak tahu pulak, bencilah kitew taw macam ni!

Haaa. Ingat pun. Lagu tu lah. Lagu macam kasih kekasih tu. *blushing*

Tampar sebijik baru tau.

Haa. Tu lah rutin setiap pagi sebelum pergi sekolah, dan setiap petang sebelum pagar tutup pergi prep.  Kalau weekend, sehari suntuk lah kena tadah telinga. Kumpulan nasyid jiwang nilah menghiasi sinar pagi dan redup petang, ewahhhh. Kalau masa UNIC baru keluar album, sebulan lah berkumandang sampai nak termuntah aku duk hadam lagu-lagu kaset tu hari hari. HAHAHAHHA.

Tapi masa tu kalau keluar lagu jiwang, hati terus macam olololololo sweetnye lirik, comelnyeeee! Sambil basuh kain, menyanyi kecil dan hati berbunga-bunga. Berbunga kat siapa, I have NO idea. Tapi satu macamlah perasaan dia, perasaan sweeeettt gitew.

Okey, sila salahkan feromon.

Now dah habis zaman tu, bila sesekali terdengar... ada satu perasaan rindu dalam hati. Sakit. Kalaulah boleh diulang. Makanya, aku layan youtube sambil mengenang zaman itu. Aku lompat dari satu nasyid ke satu nasyid sampailah bertembung dengan lagu ni. Memang tak berapa nak sesuailah untuk aku sebab ni lagu untuk perempuan. Tapi, tapi, TAPI......... lirik dia, buat hati terdetik...

Cuma ku damba,
Insan yang sepadan...

Olololololo...


Okay, salahkan feromon aku sekali lagi.
Salahkan umur aku yang dah 25 tahun ni jugak.















Bukan salah aku kan? Kan? Kan?
Heheks~

Wednesday, March 28, 2012

Confuse

Aku tak tahu kalau korang pernah lalui sama dengan aku, tapi lately... aku macam selalu dapat benda ni. Confuse.

Aku perasan ada beza zaman belajar dengan zaman bekerja. Dulu, kalau penat bagai nak gila sekalipun, still ada masa nak hang out, tengok movie, buang masa. Sekarang, penat gila tu maknanya penat menggila. Setiap detik masa adalah rugi kalau tak digunakan untuk tidur. Macam tulah.

Selalunya, kalau maghrib aku tunggu nak solat Isyak sebab elok je lepas tu memang selamat tinggal dunia, hello alam mimpi. But lately, lepas maghrib, pantang kalau aku letak kepala je... memang alamatnya pukul 3, 4 pagilah Isyak aku. Kalau sekali ngan tahajjud sedap juga aku dengarrrrrr tapi memang taklah kan.

Disebabkan dah tak berapa nak betul jadual lelap aku, jadilah satu malam aku tunggu Isyak sambil baca novel. Masa baca novel, hati aku tak sedap jadi aku pesan lepas azan sila solat.

Tiba-tiba aku terbangun pukul 4 pagi, terus pergi bilik air ambil wuduk, masuk semula bilik dan confuse. Eh, aku dah solat ke belum? Dah ke belum? Dah ke belum? Aku tengok kain sembahyang aku dan sejadah, elok tergantung. Hmmm. Tengok baju, elok dah pakai baju tidur. Tengok novel (takut-takutlah terlelap masa baca), elok terletak tepi bantal siap penanda buku aras aku baca. Tengok lampu, dah bertukar dari lampu bilik ke lampu tidur. Tarik nafas.

Kalau ikut pada bukti-bukti yang dah ada, maknanya aku dah solat. Aku ni dah semayang ke belum? Untuk mengelakkan was was, aku semayang jugak. Nampak benar tak khusyuk tadi. -.-"

Sampai sekarang aku duk fikir, apa jadi sebenarnya. Aku dah semayang ke belum. Oh! Heh.

Lepas kejadian tu aku jadi beringat. Sebenarnya satu je penyelesaian terbaik, nabi dah ajar pun saja buat degil suka ikut syaitan. -.-" Nabi ajar;

Solatlah di awal waktu.








Okay, sila tampar muka sendiri laju-laju.

Sunday, March 25, 2012

Lemah Lembut

Kenapa kita kena berlemah lembut? Kenapa? Kenapa? Sebab dengan berlemah lembut, orang tengah berapi pun boleh basah lenjun. Oh metafora! Kau tu macamlah lembut sangat?

Yep. Aku dan lembut sangatlah tidak sepadan. Aku cuma ayu je. Eh?

Hahhahaa. 

Pernah tak kau jumpa orang tengah berapi, cakap sampai nak terputus anak tekak, kau pun apa lagi, naik sama, balas cakap dengan penuh perasaan sampai tak sangka, dah bergegar pejabat? Ye. Sape suka kena marah kena tengking? Hey beb, aku ada maruah oleh kerana itu aku tengking semula. Okay, mari tengking menengking!

Oh reaaaallly yesss!

Well, aku pun macam tu jugak dulu. Pantang sungguh kalau lain sikit, mula nak berapi. Nasib dah meletus senang padam. Tapi, bila dah makin tua ni, dah tak ada masa nak berapi sama. Aku lagi rela diam, senyap, pendam dan anggaplah orang yang tengah berapi tengah menunjukkan kebodohan sendiri tanpa sedar. Yep. I did that, and for some reason, it works! Yeay!

Namun, kadang-kadang tak tahan juga. Memilih untuk naik suara sama? Phewww, memang tidaklah. Tak guna. Oleh itu, haruslah kita mencari kawan yang memahami dan boleh memberi solusi yang of course, level desibel suara dijaga. If you ask me, yep I have one. Beb, aku tak tau kau baca lagi ke tak blog aku tapi sungguhlah aku terima kasih sebab sudi membaca mesej saat gunung berapi aku nak meletus sebab nak marah orang. You know who you are. :)

Pernah pekerja kedai buat silap lupa letak mentol dalam lampu tidur aku beli. Esoknya aku jumpa balik bertanya, namun pekerja lain telah mengambil tempat. Maka, aku jelaskan permasalahan aku yang telah dilakukan oleh rakan sekerjanya. Guess what? Aku yang pegang title pelanggan ni yang terima suara kurang sedikit je dari level tengkingan?

Kalau dulu memang siaplah. Dah tua tua ni malas.

"Tak apa. Kalau tak ada tak apa. Saya beli lain. Lagipun dua ringgit je. Kalau encik marah, masalah tak selesai,"

Terdiam pekerja naik angin itu dan tidak semena-mena malu sendiri.

See? Aku rasa tak susah pun untuk tidak menengking. Menyesal pulak dulu senang naik angin.

Sekarang, aku rasa suka nak dengar orang bercakap lemah lembut. Siapa yang tak suka? Kalau ada orang tak suka, sah dia gila. Aku suka kalau pesakit aku cakap lemah lembut. Orang sekeliling aku cakap lemah lembut. Even aku jugak suka kalau anak-anak aku cakap lemah lembut. Sebab, aku akan sama berlemah lembut. Maka, satu dunia aman dan bahagia untuk didiami.

Cop, sejak bila kau beranak?



Setiap hari, rutin aku naik nurseri untuk screening babies. Setiap kali aku melangkah masuk nurseri, telinga aku dijamu oleh tangisan yang masyallah bingit! Beb, baby kalau menangis sangat high frequency dan boleh mencecah 100decibels okay! Pulak tu, tangisan bayi ni very infectious. Sorang menangis, yang lain menyambung.. maka jadilah okestra tangisan! Terbaik.

Situasi ini menyumbang kepada masalah utama sebab untuk aku saring pendengaran, bayi kena bertenang dan suasana kena diam. Macam mana nak bertenang, kalau serentak bayi menangis mengamuk lapar? Menangis mengamuk samalah maksudnya bayi tengah marah maka beliau mula menengking; melalui tangisan.

Apa aku buat?

Aku akan mula bercakap dengan bayi. Tanya kenapa? Tanya how they doing? Tanya apa khabar dia hari ni. Tanya lapar ke? Tanya dan berbual. Yep. Bayi bukan boleh jawab but that doesn't mean it's a foolish thing to do. Namun, itulah keajaiban berlemah lembut, because the babies will start to lower down their high-pitch cry! 

Kalau tak jalan jugak?

Yep.

Kalau aku bertuah, diorang akan senyap till the end of the test. Tapi, yang selalu jadi bayi lower down sekejap je, then naik semula pitch tangisan! Huewwww. Maka, langkah kedua di ambil. Aku angkat angkat bayi dari baby cot, and start berzikir (I have my very own zikir which works all the time, well of course if the baby's hearing is fine.) Slowly I rock my hand and start my soothing voice dengan berzikir. The baby will lower down his/her voice dan mula diam mungkin untuk mendengar atau mungkin mula tenang. I don't know. Maybe.

And if I am lucky enough, this cute little creature will start to drift into sleep. 

See the miracle of berlemah lembut?






Even the babies know!

Wednesday, March 21, 2012

Kan?

Aku rasa blog ni sangat membantu aku keep track histories dan significant dates. Sekarang, aku dok selongkar satu satu entry sebab nak cari the real date regarding certain things; especially all the warded and operations. Heh.

It's good to have journal like this one kan, but currently?

Sigh.

Sunday, March 18, 2012

Dear, Dear..

Dear me,
Another one year.
Another next stop, next point, next beginning,
Happy twenty fifth!

I wish you good luck.
Good days.
Another start,
And wonderful end.





Oh please,
Bring me my future wonderful zauj.
I think I want one.

No.
I need one.

Teheeeee...!



Happy another one year older, dear!


Saturday, March 17, 2012

Inersia

Kalau kita nak keluarkan sos seciput dalam botol, kita akan tonggengkan botol dan angkat tinggi tinggi, gerakkan secepatnya lantas berhenti dengan mengejut. Pertama kali, mungkin sos tidak terkeluar. Cubaan pertama, kedua dan ketiga, mungkin berjaya.

Pergerakan cepat dan berhenti mengejut; INERSIA.

Ini mungkin inersia positif. Atau inersia usaha. Atau ape apelah.

Jalan raya kosong, kau bawak motor dengan speed gila macam nak terbang. Tiba-tiba kau perasan ada lori rosak tengah tengah jalan dan kau tekan brek mengejut. Walaupun tayar berhenti, motor tetap laju berlari dengan bunyi streeeeeeeeeeeeeetttttt, BANG! Kenapa kau masih bergerak walhal kau dah tekan brek?

Inersia.
Dan menyakitkan.

Dua analogi, sama prinsip fizik.

Kemudian aku terfikir. Satu hari kau jatuh hati dan kau mendapat balasan yang sama. Seronok. Namun kau sedar yang dunia tak selalu cerah maka kau wajib belajar melupakan. Hari gembira yang kau lalui seharian, kini  DIPAKSA BERHENTI dari teruskan.

Sakit.







You move, and HAVE TO stop very sudden.

Well, regardless the analogies, that is still inertia.
Isn't it?

Saturday, March 10, 2012

Thursday, March 8, 2012

Madam

"Madam,"
"Yep?"
"Banyak busy?"
"Tak lah,"

Muka lelaki bangladesh ini aku pandang tajam.

"Saya mahu tanya soalan buleh?"
"Kenapa? Tanyalah,"
"Saya ada kawan, telinga ada masalah, tarak boleh dengar,"

Aku pandang dalam lagi.

"Dah jumpa doktor?"
"Sudah, madam,"
"Audiologis?"

Kerut kening.

"Orang cek kita dengar okay atau tak. Orang macam saya. Saya audiologis,"
"Doktor ada. Orang macam madam, tarak tahu,"

Analisis wajah.

"Dah lama?"
"Sudah,"
"Doktor kata apa? Orang tak boleh dengar ni, ada dua keadaan. Sementara atau kekal,"

Cuba cari rona faham kalau ada. Kalau tidak, mahu cari ayat mudah.

"Sudah. Sudah. Doktor suruh pakai alat,"
"Oh,"

Aku senyum.


"Madam,"
"Ya,"

"Alat itu berapa harga? Satu ratus, dia ratus?"
"Kawan awak nak beli?"

Angguk.

"Kalau awak beli dekat sini mahal. Tapi kalau awak nak, saya boleh bagi alamat kedai kawan saya. Mungkin ada yang murah,"

Aku senyum. Pahit sungguh untuk telan. Ini bukan cerita manjatuhkan. Ini cerita kemanusiaan.

"Kawan saya duduk Bangladesh madam. Saya mahu tanya harga,"
"Awak tak boleh beli suka suka. Kena cek dulu, kena setting betul betul. Suruh dia jumpa audiologis kat sana,"

Hati ragu ragu. Ada di sana? Bagaimana akses kepadanya?

"Madam banyak mahal eh itu alat?"
"Di sini, ya. Tapi ada lebih murah. Tapi jangan sebab murah awak beli. Kena cek dulu,"
"Ooo. Terima kasih madam,"




Berlalu seorang manusia. Berjujuran berderai air mata. Oh tuhan, andai dalam mampuku dan jika masih belum berubah hati manusiaku, nescaya akanku bantu dalam dekat capai tanganku...

Wednesday, March 7, 2012

Boleh

"Ayah, boleh ke kita doakan orang kafir masuk Islam? Dekat tempat angah, banyak doktor bukan islam baik baik,"
"Kenapa pulak tak boleh?"
"Angah rasa macam pelik kalau angah doa, Ya Allah bukakanlah pintu hati Dr. X dan Dr. Y untuk menerima Islam,"

Otak fikir macam macam.






"Nabi pun doakan Umar supaya dapat hidayah..."

Tuesday, March 6, 2012

Worry

"Don't worry, the device is working now. Anyway, your mom got smiley face-lah.  "
"Just like you, Huda,"


---


"Its 630 pm already,"
"Don't worry. If it takes up to 11pm, I will still wait,"
"Have you eat?"
"Yep. Lunch. Don't worry,"
"Here. Actually I bought dinner for you,"


---


"Good job big boy! Don't worry his hearing is fine,"
"Thank you Huda. You're so friendly,"


---


"Just call me,"
"This is your handphone number?"
"When I pick the phone up, means I am ready to answer. It's okay, don't worry,"


---


"Huda, thank you and sorry for the mess,"
"Sure. Don't worry. That can be cleaned up,"






I always say, just don't worry.
But, why am I worrying so much?!

Tuesday, February 28, 2012

... [33]

Kurniakan ketabahan,
Hadirkan kesabaran.

Andai ini yang terbaik,
Mudahkan hati dan perasaan.

Kalau ada yang  lebih molek,
Titipkan langahku,
Satu persatu,
Kearah itu...

Saturday, February 25, 2012

Aduhai

Bongek betul bila tertidur lepas solat asar (penat giler), dalam mimpi nurse hantar folder patient sambil berkata, tolong cepat sikit, doktor nak tengok. Pantang betul kalau suruh cepat cepat, kerja tak concentrate!

Kemudian, dengar suara mak, heh bangun dah nak maghrib. Terus tanpa rasa bersalah dengan serabut ingat kerja tak sudah.

"Kejap, ada patient lagi,"

Mak pandang dalam, kerut kening, geleng kepala.

"Patient apanye nih maghrib maghrib?

Eh?

Friday, February 24, 2012

Doaku


Ya Allah,
Permudahkanlah urusanku,
Urusan pesakit-pesakitku,
Jika benar mereka tiada masalah pendengaran,
Senangkanlah urusan diagnosisku.
Agar aku tidak menambah kebimbangan yang tidak perlu.


Dan jika benar sekalipun mereka mempunyai masalah pendengaran,
Permudahkanlah jua urusan diagnosisku,
Agar aku dapat membantu,
Dengan segala ilmu kurniaan-MU,


Amin ya rabbal 'alamin.







Sometimes, besides try harder... 
It's the matter of hope and ask..

Wednesday, February 22, 2012

Manessssss

Semalam saya tidur awal, makanya saya solat Isyak dalam pukul 5 pagi. Sambil saya tunggu Subuh, saya tertidur atas sejadah. Dan saya mimpi benda sangat manissss! Sangat!

Masa saya terbangun, azan Subuh berkumandang. Saya macam, alahai, tak leh mimpi lama lagi ah?

Masa saya bangun, saya ingat satu satu. Bagusnya mimpi manis ni, sebab saya pergi kerja dengan tersenyum. Saya senyum banyak sangat, sampai patient puji saya, Cik Huda suka senyum kan. Saya nak je cakap, sebab saya mimpi manisssss. 

Namun dah malam ni, saya hanya ingat satu part je. Tsk.





Kan bagus kalau mimpi boleh record.
Dapat tengok ulang kali. 

Tuesday, February 21, 2012

Senyum


Otak kita ni kecik je kan, tapi bila datang serabut, Subhanallah... rasanya kapasiti otak ni besar sangat. Besar sampai rasa nak muntah once teringat!

---

Here, at my workplace... ada sorang doktor pakar mata. There's a lot of stories I heard but who cares? I don't care. Well, just to hear not to take it serious. It's none of my business.

I already make it as my habit to smile regardless my feeling. You know, when we smile, we get smile back. It is very rare (almost none), when we smile from our heart, we get a bad face in return.

Back to this pakar mata. Everytime I meet her (accidentally), I just can smile because I don't think any other else to do. So smile is the best and easy way. Just now, I met her again.

"You always smile, nice,"
"Thank you, prof,"
"I always see you smile. She's got a beautiful smile, hasn't she?"

Nurse mengangguk.

"Janganlah puji. Malu saya,"
"Betul. I cakap benda betul. Orang selalu senyum ni ahli syurga tau. Nabi tak akan mula bercakap kalau tak senyum dulu,"






Amiiiinnnn. But deep down I ask myself; do I have any other choice?

Sunday, February 19, 2012

... [32]









One step closer...








One step closer....

Thursday, February 16, 2012

Memoria

"Huda, can you come to my room kejap?

Dup dap dup dap.

"Sure,"

Slowly following the footsteps.

"This is handsome medical student. Dia buat attachment dekat ENT. Now, for today, he will be with you. I want him to observe hearing assessments for pediatric. Tomorrow I'll ask him and if he can't answer, then jaga you,"

Sengih.

"Insyallah,"
"Now, you'll be following her okay?"

Angguk.

"Come to my room, I'll show you then,"

Out of sudden, aku rindu USM. Kalau budak medik datang, mana ada sorang sorang ni; segerombolan terus. Sekarang, jumpa sorang (once in a while), happy. Rasa zaman belajar balik sekejap. Sekejap pun jadilah. Sehari pun tak apa.

"Awak boleh cakap melayu kan?"
"Boleh,"
"Saya terang dalam bahasa melayu eh? Saya bukan fasih sangat pun,"

Ingat pesan Dr. R; Rendah diri, sabar, buat kerja semua kerana Allah.

"Okay, saya rasa saya dah terang semua. Ada soalan?"
"Erm, bunyi dia macam mana doktor,"
"Saya bukan doktorlah, saya audiologis,"

Senyum.

"Okay, awak jadi patient saya. Saya akan buat semua test, so awak boleh alami dan mudah faham, senang ingat. Nanti next time, atau kalau Dr. tanya, awak boleh jawab,"
"Boleh,"





I did all the tests. I answered all the questions. I explained all the reasons, and suddenly my heart cried; I want to be a lecturer and yet... I'm still here.

Wednesday, February 15, 2012

Aku Serius Weh!

Hhahahahhaa. Sekarang bila aku fikir-fikir balik, macam kelakar pulak. Gila berani beb. Semalam, aku berborak dengan salah seorang anak Prof, lecturer kesayangan aku. Asalahnya borak pasal benda lain, kemudiannya, biasa le, kalau aku berborak dengan dia ni macam-macam cerita boleh keluar. Ni berlaku since zaman belajar dulu.

Dalam banyak banyak topik, aku ada cerita seriusnya aku nak cari pasangan kan before? Hahhahahaha. Tiba-tiba terkeluar pulak semalam.

"Saya rasa saya dah fikirlah, saya nak kahwin,"
"Awak serius ke?"
"Seriuslah. Saya nampak main-main ke?"
"Saya tanya betul ni,"
"Ye, serius,"

Aku fikir kejap, ye, aku memang serius. Lagipun aku dah 25 tahun, dah tua. Hoho.Dan aku malas nak jawab soalan mak aku, let alone orang kampung. Apa kau ingat kawen ni main main, Huda?

"Kalau awak serius, saya bagitahu ayah saya. Dia suka kalau orang nak bina masjid ni,"
"Alaa segannya,"
"Okay, saya bagitahu mak saya,"
"Alaaa segan jugak,"
"Haaaa... adik ipar saya,"

Since aku tak kenal sangat, actually pernah jumpa borak-borak, cuma tak de lah rapat sangat, aku pun... hmmmm.

"Bolehlah,"
"Insyallah saya sampaikan,"
"Heee... Insyallah. Doakan ajelah,"
"Amiinnnnnnnnn!"





Sekarang aku macam musykil, aku ni biar betul?

Tuesday, February 14, 2012

I am a Mommy Now!

Hahhahaaa. Tajuk nak vogue. Semua orang masa zaman kecik kecik kan mesti ada geng dalam berkawan. Kan Kan Kan? Aku macam tu jugak. Dulu kalau korang pernah baca entry aku pasala kawan sampai syurga, korang ingatlah. Itu pun kalau korang ingat.

Hhahahhaha.

Tu bukan ceritanya anyway.

Kawan aku dalam geng kawan samapi syurga selamat melahirkan anak sulung. Masa belajar dulu-dulu, kitorang dah janji, bila dapat anak, otomatik semuanya akan jadi mak angkat. Hahhahaha. Now, my friend, Timah, dah selamat menjadi ibu, semua rebut gelaran.

Well, aku dari dulu nak mommy. Even kalau aku dapat anak saudara, aku akan bahasakan diri mommy. Aku rasa comel. Terpengaruh dengan novel english padahal. Kekekke.

This cute little baby girl nama Nur Syifa' Mardhiah now has 5 moms now! Ibu for Fatimah, her biological mom.

So, this is Umi Thia and Mama Zati.



And two others, Kak In and Nad need to think another nick name. Bonda mungkin? Kekkekkee.

And now, ehemmm... presenting the new mom....


 Mommy Huda!




Aku punya blog haruslah nama aku besar.