Saturday, April 17, 2010

Putih Mata?

Makan ramai-ramai bergembira macam esok hari yang free dan tak ada exam sangatlah bagus dan release tension kan? Tipu! Releaselah sangat padahal gi makan bawak nota yang diterbangkan oleh angin sebab konon nok baca sambil makan tapi borak aja kerjanya. Haruslah pelayan berkata, adik kertas terbang! Tu kertas terbang! Kertas terbaaaaaaaaaaaaang!

Hoh! Ingat tu Aimi!

X Sup Utara sangat kelakar dan mengikut tema. Semalam, Jumaat pergi minum air sebab rasa nak melepak. Masuk kedai terus rasa berada di dunia khayalan! Apa taknya, lagu semua nasyid. Nasyid satu hal, dia punya pilihan lagu tu, jiwang satu macam. Kasih Kekasih. Impian Kasih. Nur Kasih. Ada satu lagu aku lupa tajuk dan lirik tapi memang pergh, kena batang hidung sebijik weh. 

Sebab semalam Jumaat, jiwang dia jiwang nasyid sampai kau mulalah nak berkaca-kaca mata ingat kisah cinta lama.

Auww! Eh, tu tipu. I suci dari segala cinta cintun ni.

Hari ini, jiwang juga. Tapi jiwang rock kapak. Rock kapak okay! Kapak. Jap, kenapa kapak?

Lagu dan video klip dia adalah sepesen je. Aku tak faham, lagu tahap meruntun jiwa, video klip gaduh gaduh, tapi dalam bergaduh tu, lelaki dan perempuan haruslah duduk sebelah dan pandang langit atau pandang jalan dan termenung.

Motif? Heh!

Ada tu lirik dia keluar ni,

Biar putih mata, jangan putih tulang...!


"Haida, apa maksud biar putih tulang, jangan putih mata?"
"Entah, kau rasa Kak Hud?"
"Aku rasa kira macam kalau kita nak buat sesuatu, kena usah sungguh-sungguh. Kira macam kau dapat ke tak dapat belakang kira, janji kau usaha. Aku rasalah macam tu,"


Ika dengan semangatnya,

"Bukanlah Kak Hud! Dia macam ni, lebih baik perempuan tu mati dari lelaki lain yang dapat perempuan tu! Cuba mu tengok video klip betul-betul!"

Erk? Boleh eh macam tu explain peribahasa? Nilah kalau pengaruh TV kuat sangat. Ewaaaaaaah!







p/s: Esok exam. Esok exam. Esok EXAM! Apsal macam kecik hati je tak ada orang wish aku eh? Hahahhaha. Tipu gila kecik hati.

Pesanan Besar: 

Innalaha Ma'akum! Ma'attaufiq Wannajah Ya Sohibi!

Heh! Tipu!

Aku suka jawab soalan yang aku sendiri tak ada jawapan dengan unexpected jawapan with unexpected ways. Entah. Jadi suka begitu. Nanti orang tak tanya banyak dan aku tak fikir banyak sebab dua dua akan gelak.
---

Dua minggu lepas, para senior kena viva. Oh, viva medik dan audio lain. Viva medik untuk border line (Heh! Kira macam kalau lulus tu 40, kau dapat 39. Gitulah. Any medical students nak explain?), dan viva untuk yang terlampaulah genius markahnya.

Viva audio ni lain. Kau akan diberi seorang patient, maka kau handlelah segala-galanya dari history taking, assessments, explaining result, counselling, referring bla bla bla dalam masa 40 minit. Dan memang cun sangat, dalam bilik ada kau dan pesakit dan distracter kalau kes pediatrik, tapi.. eh silap kena besar kan tapi, TAPI, sebelah bilik ada segala pemeriksa dari segala benua (Tipu. Yang baru ni dari Australia) dan junior yang observe kau buat kerja. No privacy.

Nasib kaulah kan kalau patient buat hal nangis guling guling. Wuuuu!

Maka aku yang tengah kecut perut, tolong risau walhal pergi tengok je, mulalah pucat.


"Huda? Dah sedia tahun depan?"
"Doktor, oh, saya nak jadi benda ni ke bila besar nanti?" (Besar nanti? Tak cukup besar lagi?)
"Jangan nak kata awak nak tukar course sekarang. Kalau awak cakap, saya marah," (Tapi doktor Nik yang comel kekal senyum. Kesimpulan, dia tak marah).
"Saya nak tukar course boleh?"
"Awak ni. Awak nak tukar course apa?"


Senyap. 

"Ermm.. medik. Aci?"

Hahhahahhahahhahahhahahahhahah.
---

Kalau kau perasan kan, mana-mana universiti mesti ada kos major and minor. Kira kalau kau ambil pendidikan, kau major kimia, minor math. Kalau kau ambil engineering, major kau minyak, minor kau besi. (Eh, ada ke besi?). Setakat ni, setakat yang kawan-kawan aku tanya dan kawan kepada kawan-kawan aku kat sini pun tanya benda yang sama. Major minor. Apa ke benda, wallahu'alam.

Aku bajet macam kalau kau tak nak jadi cikgu kimia, kau boleh jadi cikgu math. Atau kalau kau tak nak main dengan minyak, kau boleh jadi tukang besi. Kot. Kotlah kan. Again, any readers yang nak explain (kalau ada le yang baca, aku ni suka syok sendiri).

Jadi, jawapan biasa untuk soalan ini adalah.. jeng jeng jeng.


"Huda, kau ambil kursus apa?"
"Tengok telinga orang,"
"Majorlah tu?"
"Erk! Audiologi, tengok telinga orang. Apa majornya?"
"Ye la tu, major kau audio. Minor?"
"Minor?"
"Yela, minor?"


Senyap


"Medik,"


Sambil minum air aku buat muka tak bersalah dan yakin. Heh!





p/s: Aku ni sikit sikit medik. Sikit sikit medik kan? Hoh! Dah aku tak jumpa kos lain selain medik, dental, health. Dental bunyi tak best sangat nak bawak masuk ayat. Hee. Dan sebab jadi tukang cek orang ni macam kerja yang susah gila, mari kita tak munasabahkan keadaan aku dan kerja-susah-gila ni. :P

Pesanan Besar: Huda, Allah benci orang menipu!

Friday, April 16, 2010

Simbolik

Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu,
Suruh makan saya makan,
Suruh mengaji saya MAHU!



Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan!


---

Kami berbincang perihal komunikasi maka keluar ini; Levels of Communication.

1. Verbal
a. Intra verbal: Intonation of word and sound
b. Extra verbal: Implication of words and phrases.


2. Non-verbal
a. Gestures
b. Postures
c. Movements


3. Symbolic

"Kak Hud, simbolik tu macam mana?"
"Erk? Ermm,"
"Ermmm?"
"Macam ni kot. Kau terjumpa aku tengah berjalan seorang diri dengan air muka something,"
"Lepas tu?"
"Lepas tu, handphone aku vibrates,
"


'Kak Hud, mu kenapa? Okay tak? Macam something wrong je? 
Sender: Atikah'


Aci ke jawapan gini? Siapa suruh masing masing skip kelas kan? Tak pun kau duduk atas kerusi, minda kat kat FB? Hahahahahha.

Bajet simboliklah sangatkan?!

Ada kisah perihal gambar ini, haaa.. pergi sini lah ye. Heee.





p/s: Look where are our hands for the first picture! Thanks to who was capturing this moments, it's seriously looks like macam BUDAK RAJIN okay!
p/s/s: Masa sekarang adalah masa recycle semua baju baju yang pakai sekejap. Terima kasihlah pada yang concern baju I, "Eh Kak Hud, baju hari tu kan?" Hahhahahaha.

Kaitan?

Heh.

Seminggu batuk, dada sempit dan tekak perit. Aku dah banyak minum air tapi batuk kali ni memang agak pelik. (Ya Allah jauhkanlah aku dari H1N1). Pelik kerana kau rasa nak batuk dan kau boleh dengar wheezing sound tapi bila kau batuk macam tak lepas. Seksa.

Sekarang lebih seksa bila dan berkait dengan migrain. Nak batuk kau kena pegang kepala. Serius rasa setiap kali batuk, otak bergegar sama. Pernah rasa? Wuuu!

(Sekarang barulah nak minum air terlebih suam. Rasa macam air panas tu boleh cairkan kahak je. Signifikan dan sejauh mana kebenaran, Wallahu'alam).

---
Rasa kehilangan! Itulah, sepatutnya awal awal lagi dah pandai tahan diri. Bukan sekali dua. Tapi, kali ini lain. Kali ini lain. Kali ini lain! Kali ini, penangannya senyuman dan tidur yang sempurna. Hadei. Lebih baik sengsara awal, dari berkecai lebih parah. Sudah boleh senyum tinggal lagi nak tampal dengan plaster mana-mana yang masih luka. Heh. 

Kalau sudah tersurat, tak perlu terlalu ralat, tak perlu mengejar hingga penat. Lepaskan. Dia akan datang. Dia pasti pulang. Jika tidak, pandang ke depan, akan ada yang menunggu; Hai, selamat datang. Mari kita bersama melihat petang. Mari menikmati senja bertandang. Mari rapat mengira bintang. Mari melihat keindahan malam. Dan mari menunggu siang bertamu. Bersamaku. Ewaaaaah.

Haruslah teruja lebih tu aku! 


Gambar dua jejaka tak ada. Siapa suruh siap tak nak ada spekulasi bagai. So babai! :P


This is Nasi Kak Wook yang dibanggakan. Dahlah sikiiiiiit! Kupik! Hee.


Hidup kena ceria sokmo, nanti lecturer murah hati selalu nak belanja! Ya, dapat luch free lah kan, Kak Wook jadi santapan, air jambu (banyak fiber tak tapis -.-") jadi pilihan! Sayanglah doktor!


p/s: Jangan berharap sesuatu yang tak pasti. I likeeeeeee! Tapi selalunya bila jatuh kita akan letakkan pada satu kekuatan bernama, HARAPAN! 


Kan?


Thursday, April 15, 2010

Sujudku

Hampir seminggu aku merasa alam pagi sunyi. Lusa, tepat dua bulan aku bukan bersujud normal. Seminggu yang berlalu seminggu yang berat dan sentiasa menagih lesu dalam pengharapan.

Semalam, ketika melangkah masuk surau yang baru lepas berjemaah, aku jadi rendah diri mahu bersolat. Semua makmum di bahagian wanita, berusia semuanya. Aku perhatikan seorang wanita tua dengan susah payah masih berusaha solat sebagaimana tanpa rukhsah. Aku?

Dan aku melihat kelibat mata yang menyoroti pergerakan mula solatku. Duduk? Bukankah tadi berjalan masih normal.

Mahu atau tidak, duduk juga. Aku tahu kamu boleh berkata sudah tidak boleh mahu berkata apa lagi? Dengan umur 23 tahun yang aku ada, aku sungguh sakit hati dan rendah diri.

Seminggu aku mengadu bisu pada DIA dalam kesunyian dan gelap pagi. Aku ingin sujudku yang normal semula, ya Allah. Aku ingin dahiku merasa tepat sejadah semula, Ya Rahman. Aku mahu merasa nikmat hidungku rapat pada alam kembali, Ya Rahim. Aku ingin andai sujudku mengalir air mata, biar jatuh membasahi sejadah sebagaimana sebelum ini.

Ya! Berbunyi ringan namun tidak pada aku!

Aku berhenti ke fisio. Sesi seminggu burn begitu saja. Terapis di sana kenali aku dengan manusia yang sentiasa senyum dan positif. Minggu ini minggu tekanan. Pernah sekali aku pergi dan kekal senyum, tapi wajah aku bukanlah mahir dalam menipu.

Dikesan juga dan aku tidak suka itu. Lebih baiklah aku berhenti seketika. Alasan masih banyak boleh dicipta.

Hari ini. Aku tak peduli. Aku rela sakit walau apapun. Aku rela.

When there's a will, there's a way!

Ini aku buat tadi. Lipat comforter setebalnya. The thick blue blanket is where my knee goes when kneeling down. (Ignore the both green in colour, yup, I'm obsess with green!).

Sujud pertama, sakit dan air mata.
Sujud kedua, kekal sama.
Ketika juga.
Dan keempat, bertukar syukur.

Meski masih pelik posturnya, sekurang-kurang aku dalam cubaan sujud yang normal.

---

It doesn't matter who you are,
We all have our own scars!
That can't be vanished nor healed,
But, creating happiness the only choice we DID!
~diarisenja



Dedicated to my mysterious moon!




Keep it silent! I want to stay happy and smile. I want to make others see the natural of me; smile, kalut but optimistic!




p/s: Yes. Yesterday was a fairy tale. But, I've never thinking the bad of tomorrow. My heart is refreshing every day. 
p/s/s: Forgive. Forgiving. Forgave. Forgiven. Yup, I'm a forgiver!

Tuesday, April 13, 2010

Lega

Dua tiga hari entri entah apa-apa! Mari membina semula kekuatan yang runtuh dan kukuh dan runtuh dan kukuh dan runtuh dan berharap moga kekal kukuh kali ini! Rasa macam tak sanggup dan nak duduk USM lama-lama. Mahu keluaaaaaaaaaaaaaaaaaarrrr!


Terima kasih pada Nadiah, atas trip ke Pantai Cahaya Bulan. Terima kasih pada Ika atas kekuatan untuk aku tekan butang 'hantar'! Hahahahhahahahaahahahah. Okay, aku gelak tipu. Macam ustaz ini kata pada aku, sudah tahu ada api mengapa bermain lagi?

Aku tak main api, aku cuma lembut hati. Euw!Yup, 5 tahun barangkali belum cukup! Bina kekuatan dan api, saya padamkan kamu semula dulu ya!

---


Ayat haruslah kelasssssss. Aku memang kaki jiwang sedunia, so what? Memang tak berjaya-jaya lagi nak jadi penulis novel. Huh. Asal tulis sekerat jalan. 

Aku ada cita-cita lebih besar. Aku nak jadi director video clip nasyid! Ada sesiapa nak gaji aku? Aku serius gila suka bidang-bidang berkahayal masuk dalam lakonan. Asal aku dengar lagu, aku akan masuk satu dunia lain. Fuh. Rasa cool. Oh, video terbaru, gi la cek kat FB aku. (Taubat aku tak nak deactivate FB. FB I kena hacked oleh someone dari India okay! Gila. Kalau aku anak datuk ke menteri ke apa ke, tak pe lah jugak nak hack segala ni! Nasib keluar report!).


Aku ada lukis satu potret nak kasi masa hadiah tambah tahun, tapi tak apalah, terpaksalah aku pekasamkan. Jangan main api. Jangan main api. Jangannnnn! Eh. Aku ada gaya artis tak? Percayalah, lukisa tu aku buat separuh jalan lepas tu aku rasa hodoh dan babailah. Nak berjiwang tepi pantai le pulak, maka lahirlah gambar kat atas tadi. Weehuuu!

Aku suka lalu hospital bukan sebab pesakit, sebab ada banyak baby. Bau baby bau syurga okay! Jadi, kalau kau tak rasa nak ada baby jangan nak merendek tak tentu pasal lah weh!


Maghrib dah ni! Bawak bawaklah pergi solat! LA TAQRABUZZINA!

p/s: Tiba-tiba aku rindu my best buddy, Syafiq! Aku sedih ni!

Saya Ada Kawan

Kamu berhak buat apa-apa tapi saya selalu ada orang-orang yang membantu saya dari belakang. Kamu boleh menumbuk lumat hati saya, tapi saya nak kamu tahu kamu tak akan pernah berjaya kerana lumat dan lunyai itu selalu saya akan berjaya bina semula kekukuhannya.

Kamu pergi jauh-jauh sebab saya dah mula membenci kamu. Saya tak benci, tapi saya terpaksa create benci ni agar saya lebih tenang aman dan damai!

Kamu baik, tapi terlalu tajam buat saya. Pergilah, saya ada kawan.





p/s: This time I understand whatever things I've wrote will never reflects me. I mean, I'll always lost the track. I mean, I almost look so strong, but neither way, I'm not. Damn.

Monday, April 12, 2010

Yakin

Kalau tuan mudik ke hulu,
Ambilkan saya bunga kemboja,
Kalaulah tuan mati dahulu,
Tunggukan saya di pintu syurga.

Confident nampak masuk syurga? Hee~

Sunday, April 11, 2010

B.E.N.C.I

Kebelakangan ini, saya benci diri saya sendiri.

Full stop. Titik. Nokhtah.

Friday, April 9, 2010

Dua Cerita

Heh. Aku ada dua cerita yang mula-mula aku melawak, lepas tu sama-sama gelak, lepas tu insaf!

Cerita Satu

Aku ada kawan. Dia lelaki. Dia nampak alim [Eh, dia memang alim. At least alimlah pada aku. Heh.] tapi dia bongek sikit. Baru-baru ni dia jatuh hati dengan of courselah perempuankan. Aku tak adalah berapa nak kisah sebab, satu; aku tak jatuh hati dnegan dia, hehehee dan dua; alahai manusia itu memang fitrahnya begitu.

Macam kumpulan nasyid ni nyanyi

Cinta itu cahaya sanubari, kurniaan tuhan FITRAH INSANI.

Hoh. Tu bukan cerita dia. Ini ceritanya, satu hari dia cerita dia keluar berjalan-jalan.
"Kau ni kan! Kau tu lelaki. Kalau kau tak boleh nak didik hati sendiri, lagikan nak didik anak orang? Aku lempang kang!"
"Aku tahu tapi aku nak buat macam mana?"
"Macam mana apa? Kalau aku nasihat pun kau dah tahu semua benda tu! Eiii! Geramnya aku! Kau keluar berapa ramai ni?"
"Tiga,"
"Nasib tiga! Huh! Kau, dia, lagi?"
"SYAITAN!"

Hahahahhahaha. Memang aku dengan dia tergelak dengan jawapan spontan yang jujur dan mangkuk itu!Tahu saja, tapi?! Heh!

Cerita Dua

Aku dengan Azah baru balik pasar malam yang jauhnya sejauh depan USM. Tengah jalan azan Maghrib berkumandang jelas. (Eh, azan dengar ke tadi?). Sampai bilik duduk rehat keringkan peluh. Lama tak jalan jauhkan?

"Solatlah Azah!" (Aku pun baru nak bangun juga. Hehehhee).
"Kejap. Kejap. Kejap Kak Huda. Peluh ni, nak hilang letih kejap,"

Aku pandang dia dengan muka serius tapi poyo sebenarnya.

"Sakaratul mauuuuuuuuttt! Bila Izrail datang memanggil, jasad terbujur di pembaringan!"

Terus dua dua bangun sambil ketawa ambil wuduk.

p/s: Kadang-kadang nak nasihat dia kena bergurau tapi kena sampai  terus masuk dalam hati. Heh. Kalau tak lama lekat pun, at least masa tu ada aksi terus buat. Aku tak cakap aku baikkkkkk. (Azah tengah bising bajet aku baiklah tu!)

Hehehhehehehe.

Thursday, April 8, 2010

Who Said?


Heh! Siapa kata Malaysia tak ada musim luruh? Siapa? Siapa? Tak payah pergi jauh, USM pun ada okay! 

 Tapi, tak adalah aku sanggup nak berbaring atas tu macam yang ada dalam impian aku. Huuu. Satu macam warna bunga tu aku tengok. 


Katakan! Saya ingin menjadi bunga yang terpilih, bukanlah yang luruh menyembah bumi. Bukan yang pudar layu dipandang sayu. Bukan yang berbau busuk menusuk. Bukan yang dipijak, disepak dan tanpa belas dilanyak!





p/s: Kau selalu boleh sehinggalah kau memilih tidak!
p/s/s: Selamat hari lahir budak ini dan ini! Semoga bertambahnya usia, bertambah jualah ilmu iman amal dan ketaqwaanmu.
p/s/s/s: Budak yang sama dua dua tu. Hahahahahha.

Wednesday, April 7, 2010

Jom Fikir

Aku rasa aku dari kecil ada autistik features, mild at least. Aku ada rakan khayalan (imaginary friend), aku bercakap dengan diri sendiri melampau. Melampau sebab sekali aku mulakan dialog, aku macam masuk dalam satu dunia yang kalau orang tengok aku dalam alam nyata, aku statik je.

Serius. Sebab sampai besar.

Macam tadi, dalam kelas, (kelas dari lima sampai tujuh memang langsung tidak indah!), aku masuk dalam dunia khayalan yang aku jadi pensyarah.

"Can I ask you question?"
"Sure. What?"
"Bla bla bla?"
"Oh. I'll leave it to you to find the answer,"

(Common kan pensyarah jawab gini?)


"NO! I don't want to! I don't know, that's why I ask you!"

Terus tersedar aku dari dunia ini. Gila kurang ajar anak murid aku!

---
Heh! Tapi betulkan? Kenapa bila tanya soalan, jawapan dia adalah soalan juga? Jom fikir!





p/s: Sebab tu ada research! 

Missing!


I miss something missing! I miss something! I miss my first year, it teaches me the meaning of failure!

First year, What a bad memory at first but the sweetness grew stronger and remains!

Third year?
---

Aku pernah baca entah siapa komen aku lupa. Dia kata perempuan banyak tulis perihal diri sendiri. Perihal emosi. Perihal hati. Perihal perasan. Perihal tekanan. Lelaki dia lain. Lain macam mana aku tak pasti tapi aku sendiri boleh agak dari penulisan; lelaki atau perempuan.

Selain kalau menulis banyak nak berkias dan sinis, tulisan lelaki lebih hodoh. Hahahahahhahahahha.

Okay.






p/s: Kerana perbezaan inilah keduanya dikurniakan hati, untuk  saling melengkapi dan memenuhi. Walau apapun.

Monday, April 5, 2010

Dia Kata

Saya pandang dalam, dia tersenyum riang
Saya pegang tangan, dia kemaskan genggaman
Saya lagukan suara, dia nyanyikan liriknya
Saya pandang tak hilang, dia membalas girang

Dia tanya saya, wajarkah berair mata?
Saya tipu dia, dalam wajah ceria
Dia pandang lagi, masih seperti tadi
Jangan menangis Huda, petanda lemah hati

Saya tidak mahu, terus dalam menipu
Saya tidak mampu, berbisik terus rindu
Saya belum mahu, memilih selamat jalan
Apatah lagi terfikir untuk terus ditinggalkan

Apalah erti, saya terus resah
Sedangkan pada dia langsung tak terbeban payah
Jangan difikirkan sangat, apa esok berjanji
Kerana hari ini, segalanya belum pasti

Saya ada dia, dia ada saya
Senyuman milik dia, cukup menghiris rasa
Inci tubuh dia berkurang saban hari
Sehingga hanya ada tulang tanpa isi

Ada satu hari dia bernafas lelah
Saya sembunyi diri, menangis dengan resah
Dia nampak saya dengan sedikit amarah
Ya!
Saya ada barah dan saya takkan mengalah!


"Andai saya pergi janji dengan saya
Jangan lupa tersenyum sekalipun perit derita,"
Hingga hari ini saya pegang itu
Sakit bagaimanapun, akan senyum selalu

Janji DIA pasti, masa tarikh dan hari
Mulut menerima pergi, namun hati terus menafi
Ada satu yang kekal dan saya simpan jitu
Tetap terus tersenyum meski apa berlaku!


Aku. Sayang. Kamu.

Sunday, April 4, 2010

Ergh!

Selalu rasa macam ni! Aku yang nak balas semula, sudahnya aku yang rasa bersalah!

---

Look not for beauty
Nor whiteness of skin
But look for the heart
That is loyal within


For beauty may fade
And white skin grow old
But the heart is loyal
Will never grow cold


~Marie Davis


---

Life isn't about waiting for the storm to pass,
It's about learning to dance in the rain.

Saturday, April 3, 2010

Diari ACL (3)

Fikirkan Sakit

Aku teringatkan peristiwa ketika berkelah di dalam wad. Mungkin peristiwa yang aku kira biasa pada mereka namun bukan biasa pada aku. Setipa manusia takutkan kesakitan, namun kesakitan paling aku ngerikan adalah kesakitan sakit bernama sakaratul maut.

Aku yakin yang itu semua pasti mengeruninya.

Aku, sebagaimana yang diceritakan dibius separuh (half paralyze) jadi aku sedar. Bius separuh ini memerlukan tulang belakang aku dimasukkan jarum kecil (aku tak tahu sekecil mana sebab nak masukkan tu mak aih, berair juga mata. Tapi ayah aku kata kecil je; berbentuk cangkuk mata kail paling halus) dan aku  merasakan nikmati lumpuh seketika.

Perkara pertama yang aku fikirkan sebaik ditolak keluar dari bilik bedah, sakit selepas ini bagaimana?

Pengalaman

Setiap manusia mungkin berbeza cara pemikiran. Ada sesetengah orang lagi rela tidak tahu, tidak lihat dan tidak menyaksikan apa yang berlaku sebelum, semasa dan selepas pembedahan.

Lain perihalnya bagi aku, aku mahu tahu semua prosedur yang dilakukan. Aku mahu menyaksikan apa yang berlaku dan dilakukan ke atas tubuh yang diberi pinjaman ini. Aku mahu lihat saat jarum pertama dimasukkan ke dalam tangan aku sehinggalah jarum tersebut dikeluarkan semula.

Ya. Bila doktor berkata apa sahaja yang kadangkala perkataan yang disebutkan langsung tiada dalam kamus minda aku, aku akan tangkap semuanya. Aku masukkan kemas dalam memori atau paling tidak aku contengkan ditangan. Aku akan cari sumber paling dekat saat itu juga untuk aku key in dan mencari maklumat seterusnya memahami.

Dan melihatkan sendiri proses ACL Reconstruction di you tube, termenung panjang juga. Bukan setakat ligamen patela dibelah dan ditarik keluar, sedikit tubercle (bahagian tulang paling menonjol) turut dipahat sama. Yup. Di pahat!

Wohooo.

Sakit!

Ini bahagian yang agak sukar, bagi aku. Hari kedua tidak termasuk hari post-op (selesai pembedahan. Heh, bunyi bedah tu aku tak berapa nak gemar guna), datang doktor muda yang ayah puji sebab bercakap dengan style dan nada yakin yang berjaya juga meyakinkan pesakit. Salute!

Bius epidural perlu hanya tiga hari melekat pada tulang belakang; selain dari kerana itulah prosedurnya, infeksi yang dikhuatiri. Mendengarkan itu, rasa macam mahu dan dan tu aku suruh buang bius. 

"Sakit tak?"
"Sakit? Sakit  nak buang ke sakit apa?"
"Sakit kalau tak ada bius. Sakit tak?"

Senyum.

"Nanti kita sambung ubat bius pakai IV line ni. Okay?"

Angguk.

Petang tu ditolak semula ke wad 4 Utara. Yang memusykilkan, picagari bius yang gedabak tu (memang bentuk dia macam picagari gergasi pun) berbunyi tak berhenti walhal kuantiti ubat masih belum berganjak. Jururawat yang datang mula hairan. Meski sudah di off dan on semula, alat itu masih berbunyi. Setelah dua tiga kali, senyap. Aku lega. Nurse juga lega aku kira.

Malam aku terasa lain macam. Kaki mula rasa kebas tapi aku biarkan. Mungkin ice pad yang ada pada kaki jadi faktor penyebab. AKu bangun selang sejam dan kebas itu semakin lain macam. Hingga subuh, peritnya menakutkan.

Usai subuh, tak tertanggung langsung. Petama kali, eh kali kedua aku menangis yang fuh agak gila jugalah. Ayah aku ni lain sikit, mula mula dia tolerate lagi suruh aku sabar lembut lembut, lepas tu aku kena marah okay! Orang sakit kena marah sungguh tak cool! Hee.

Dalam aku tahan sakit aku pilih tidur. Kadang-kadang aku pejam saja, tapi air mata kekal keluar. Serius sakit. Tapi lagi sakit dengar ayah aku marah, jadi baiklah aku pretend tidur. Masa ni tak ada lain dah aku ingat, Allah aje. Manusia memang macam ni, masa susah je hati sungguh tulus suci murni untuk terus berjiwa hamba. Heh.

Hati aku bisik ini,

"Kalau ada bius pun sakit macam ni, kalau tak ada?"

Oh Doktor!

Doktor bius datang. Masa ni aku memang sangat yakin muka aku dah pucat macam hantu. Jadi kedatangan doktor seperti nafas baru okayy! Berseri-seri muka aku. Eh, bukan sebab dia handsome ke apa tapi sebab aku nak bagitahu kenapa sakiiiiiittttt?

"Saya nak buang ubat bius ni,"
"Okay. Kenapa sakit sangat? Subuh tadi saya dah tak tahan langsung,"
"Sakit? Ubat bius ada lagi ni. Pelik kalau sakit,"

Woh! Kecewa. Tiba-tiba aku rasa macam satu dunia tak percaya aku.

"Huda panas ke? Berpeluh, basah katil ni,"
"Panas pagi tu adalah. Petang sikit berangin dah sini,"
"Bagi kipaslah nurse, kesian saya tengok ni. Okay Huda, sakit sikit eh saya tarik,"

Senyum.

"MasyaAllah. Padanlah awak sakit, katil yang dapat bius rupanya. Dah tercabut pun ubat bius ni haa,"

Muka ayah aku nampak bersalah sebab marah. Kan aku dah cakap, kalau aku kata sakit, maknanya aku tak tahan dah tu. Mak aku dah duduk jauh jauh dah. Dia bukan boleh, satgi dia yang menangis dulu. Hehehehe.

Yup. Sukar yang tak terduga.

Sakit Lagi?

"Ayah, tadikan angah terfikir, masa ada ubat bius pun dah sakit macam ni. Kalau tak ada macam mana? Rupa-rupanya itulah sakit yang paling sakit yang patutnya tak rasa tapi dah rasa,"

Terus aku berselera nak makan macam-macam. Aah. Lepas pada tu aku tak bergantung sangat dah dengan apa jenis ubat tahan sakit sekalipun.

Aku dah rasa pun sakit yang sepatutnya aku tak rasa, jadi apalah beza sakit sakit sesudah itu?

Hebat bukan kalau kita boleh set minda? 

p/s: Kenapa semua orang yang senyum kalau jumpa aku tengah jalan, jadi lain macam lately. Apa salah aku?

Friday, April 2, 2010

Tak Faham Eh!

Aku tak fahamlah apa yang kau lestarikan sangat?

Beli perabot baru! Perabot baru sangat hampas okay. Dua minggu pintu tercabut. Alahai. Sebulan kayu katil menyusul sama. Alahaaaaaai. Semua meja-meja yang masih cun melecun hanya layak dibasah hujan, dibakar mentari, lalu mereput tak dipeduli. Alaaaaaaaahhhhaaaaaaaaaaaaaaai!

Lepas tu bung bang bung bang! Kita hendaklah menggunakan segala barang terpakai! Mengurangkan kos! Memelihara alam sekitar! Barang boleh pakai, masih bernilai kau buang beli baru. Pulak tu kualiti, alahai mak aih!

Orang tidur berlantaikan bumi, berbumbungkan langit. Kau siap boleh beli katil baru, buang katil lama. Wallaweyh!

Aku memang against betul betul betul perkara perkara yang memusnahkan alam sekitar.

Ya. Aku pencinta alam? So what?







p/s: Terbakar betul hati aku bila fikir, woiii sekolah orang miskin tak cukup meja tak cukup almari tak cukup katil! Kau buang buang. Kalau dah tak guna, sedekah. S.E.D.E.K.A.H!

Alooola! Ni lah kalau dah kaya sangat! Heh!

Thursday, April 1, 2010

SLEEP!

I need my sleep back! Please! 

Saya  mahu tidur. Sekarang pukul 2 pagi. Saya dah baring punya lama atas katil. Saya dah paksa pejam mata kuat-kuat. Saya dah selesai buat terapi berapa round dah untuk dapatkan tidur. Saya dah gelapkan bilik, the perfect black dah! Saya terkebil-kebil dalam gelap. Saya pejam, buka, pejam, buka. 

Saya betulkan posisi bantal. Saya betulkan selimut yang jangan harap saya nak pakai sebab selimut adalah hiasan katil sahaja. Saya dah bangun baring atas lantai. Masih tidak berjaya. Saya tukar baring atas katil semula. Masih sama. Saya ulang tiga kali. Saya nak tidur! Saya perlu tidur!

Saya sempat bermain dengan bayang-bayang. Saya standbykan laptop jadi cahaya dari cooler pad membenarkan saya bentukkan bayang-bayang dari tangan saya jadi burung, labah-labah, arnab, tangan baby dan segala bentuk yang saya reti. Saya dah habiskan berapa artikel majalah. Saya dah baca doa tidur banyak kali dah.

Saya letih dengar bunyi gerakan jarum saat jam milik roomate saya yang pulang meninggalkan saya sorang sorang dalam bilik. Saya letih mendengarnya kerana saya terpaksa mengira berapa lama masa saya rugi termenung atas katil demi lelap.

Jadi. Saya bangun, on laptop dan taip ini dengan harapan kejap lagi saya letak kepala atas bantal, saya akan terus masuk ke alam mimpi.

SAYA. MAHU. TIDUR!

p/s: Mesej. Tak. Mesej. Tak. Mesej. Tak. Tak payahlah. Lain jadinya kang. Huh!

Wednesday, March 31, 2010

Fobia


Cuba bagitahu macam manalah saya tak fobia nak memandu kereta semula. Ini berlaku ketika hujan lebat, tengah bandar KB yang pesat dan ketika traffic light berwarna merah dan kereta ini di hadapan barisan.

Semua orang hon! Bukan marah sebab kereta tak bergerak. Tetapi nak bagitau, hai cik adik! Tayar kereta you pecaaaaaaah! Hoh!

Rasa macam nak putus nyawa okay terpaksa bagi signal kecemasan. Kereta bergerak seperti putus kaki perlahan-lahan ke kiri dan kereta-kereta disebelah yang bagaikan kilat terus bertukar bagaikan kura-kura.

Mujur semuanya masih ada perasaaan simpati!

p/s: Lelaki kan suka buat ayat, ooo.. padanlah, perempuan yang bawa! Rasa macam nak lempang! Aku tak nafi, ya, kami lemah gemalai. Tapi kau bukan orang yang layak nak terjah terjah gitu. Kalau tak nak membantu, sila jangan mengutuk! Kami perlukan masa. Masa. Masa. Ya! Masa untuk hebat!
p/s/s: Aah. Lesen aku tidak berguna. Tak apa, esok-esok aku cari driver sorang yang bawa ke mana sahaja aku mahu pergi dan teman ke mana sahaja aku perlu pergi. Aci? Heh.

Cool! Cool!


All these things are killing me! 

Dead! -.-"

p/s: Dear all batches SPEEDIO. I love you! Ma'a taufiq wannajah! Ewaahhh!