Tuesday, August 3, 2010

Langkah Tercipta

Uwaaaaaaa. Kan dah cakap jangan wish, kan dah terjumpa. Terus tak tau nak cakap apa, nak sengih macam mana.

---

Ini budak Lunar telah tag hamba maka mari kita layankan.

1. PUT YOUR iTUNES, WINAMP, WINDOWS MEDIA PLAYER, ETC. ON SHUFFLE
2. FOR EACH QUESTION, PRESS THE NEXT BUTTON TO GET THE ANSWER
3. YOU MUST WRITE THAT SONG NAME DOWN NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS.
4. TAG 25 FRIENDS.
5. EVERYONE TAGGED HAS TO DO THE SAME THING.
6. DO NOT CHEAT! HAVE FUN!
7. WHO TAG YOU? PUT HER/ HIS NAME HERE

Jom mula!

1. IF SOMEONE SAYS 'ARE YOU OKAY' YOU SAY?

Jay Sean ft Sean Paul; Do You Remember

There's nothing left to say
Don't waste another day
Just you and me tonight
Everything will be okay
If it's alright with you then it's alright with me
Baby let's take this time let's make new memories

2. HOW WOULD YOU DESCRIBE YOURSELF?
Jay Sean ft Lil 'Wayne; Down

So leave it behind ’cause we, have a night to get away,
So come on and fly with me, as we make our great escape.

Baby are you down? Down? Down?
Ya. Memang! Tapi saya tahu macam mana nak bangun balik!

3. WHAT DO YOU LIKE IN A GUY/GIRL?
Ketika Cinta; Siti Nurhaliza

Bila cinta ada di dalam jiwa,
Wangi bunga dunia tanpa nestapa,
Segala yang dirasa hanyalah Dia,
Hati kan memuja hanya pada-Nya.

4. HOW DO YOU FEEL TODAY?
1, 2, 3, 4; Plain's White

There is only one thing two do three words for you.
I Love You.

I LOVE YOU! Happy! (Tipu gila sebab aku terjumpa orang aku tak nak jumpa!)

5. WHAT IS YOUR LIFE'S PURPOSE?
Life After You; Daughtry

Believe me I won't stop at nothing,
To see you so I've started running!

6. WHAT'S YOUR MOTTO?
Adinda; Lah Ahmad

Semua untukmu, oh adindaku.
Dengarlah rayuan di hatiku.

Oh adindaku, Oh adindaku.

Okay, mari tukar.
Oh kekandaku, Oh kekandaku. Hek hek.

7. WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?
Amarah; Siti Nurhaliza and Kris Dayanti

Dan ku takkan tunjukkanku amarah,
Kerana aku tahu segala yang berlaku,
Tetap akan berlaku di mana kudratku,
DIA yang menentu!

8. WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU?
Down to The Earth; Justin Bieber

Mommy you'll always and somewhere,
And daddy I live outta down,
So tell me how could I ever be normal somehow,
You tell me this is for the best,
So tell me why am I in tears?
So far away and now I just need you here.

Suka gila lagu ni sebab wuuu, menyentuh hatiku!

9. WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?
New Divide; Linkin Park

And every loss and every lie
And every truth that you deny
And each regret and each goodbye
Was a mistake too great to hide

And your voice was all I heard
But I get what I deserve
So give me reason
To prove me wrong
To wash this memory clean!

Yeap! Saya selalu nak melupakan semua yang tak sempurna. :'(

10. WHAT IS 2 + 2?
Cinta Ini; Siti Nurhaliza

Hahahahhaahhaahhaha. Adakah bermksud dua orang yang berkahwin kemudian berkahwin lagi dua? Hek hek.

11. WHAT DO YOU THINK OF YOUR BEST FRIEND?
Heaven; Bryan Adams

Oh thinking all our younger years
There was only you and me
We were young and wild and free!

Misses my TBS team!

12. WHAT IS YOUR LIFE STORY?
Today was a Fairytale; Taylor Swift

Bukan Today was a history ke?

13.TO BE WHEN YOU GROW UP?
In my Head; Jason Derulo.

Yeap, semua dalam kepala otak, belum tertunai lagi. :)

14. WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE?
Fireflies; Owl City

You would not believe your eyes
If ten million fireflies
Light up the world as I fell asleep
Cause they fill the open air
And leave teardrops everywhere
You'd think me rude
But I would just stand and stare

Of course lah aku akan pandang tempat lain dan fikir dia nampak aku tak? Wooo gila malu mahu bertentangan mata. Ewahhhh.

15. WHAT WILL YOU DANCE TO AT YOUR WEDDING?
Smile; Uncle Cracker

You make me dance like a fool,
Forget how to breathe,
Shine like gold,
Buzz like a bee,
Just the thought of you can drive me wild,
Oh, you make me smile.

Hari nikah mesti senyum je kecualilah kena nikah paksa. Hahhahaha.

16. WHAT WILL THEY PLAY AT YOUR FUNERAL?
Bongok. Baca Yasin le. Terbakar aku dalam tujuh kaki bawah tu kang!

17. WHAT IS YOUR HOBBY/INTEREST?
What Do You Want From Me; Adam Lambert

Just don’t give up I’m workin it out,
Please don’t give in, I won’t let you down,
It messed me up, need a second to breathe,
Just keep coming around,
Hey, what do you want from me?

Interest aku? Jangan sibuk hal aku. So, what do you want from me? Hhahaahhaa.

18. WHAT IS YOUR BIGGEST FEAR?
Cry me A River; Justin Bieber

I know that they say,
That somethings are better left unsaid!


19. WHAT IS YOUR BIGGEST SECRET?
I'd Come For You; Nickelback

I was blindfolded, but now I'm seeing,
My mind was closing, now I'm believing,
I finally know just what it means to let someone in,
To see the side of me that no one does or ever will,
So if your ever lost and find yourself all alone,
I'd search forever just to bring you home,
Here and now this I vow!

20. WHAT DO YOU WANT RIGHT NOW?
Brand New Day; Ryan Star.

Dream,
Send me a sign,
Turn back the clock,
Give me some time,
I need to break out,
And make a new name,
Let's open our eyes,
To the brand new day,
It's a brand new day!

Saya mahu semangat baru!

21. WHAT DO YOU THINK OF YOUR FRIENDS?
If We Ever Meet Again; Timberland

If we ever meet again
I'll have so much more to say

If we ever meet again
I won't let you go away!

R.I.N.D.U!

22. WHAT WILL YOU POST THIS AS?
Langkah Tercipta; UNIC

Semalam aku kelukaan,
Kecewa kehampaan,
Mencalar ketabahan,
Mimpu yang sering ku harapkan,
Menjadi kenyataan,
Namun tak kesampaian!

Allah Tahu Aku MENCUBA!

23. YOU WILL TAG THIS FOR?
Please Forgive Me; Bryan Adams

This pain I'm going through,
Please forgive me,
If I need ya like I do,
Please believe me,
Every word I say is true,
Please forgive me I can't stop loving you!

Saya nak tag dua orang;

1. Nana
2. Nadiah Az (Hehehhehe)
3. TerunaTelukWawasan (TTW)

Eh, tu tiga!

Monday, August 2, 2010

Ironi 11: Erk?

My friend told me that on of my boy friends err guy friends was telling her one thing.


Him: Aku takutlah nak cakap dengan Huda tu.
Friend: Kenapa?
Him: Garang sangat.
Friend: Dia buat apa?
Him: Bila aku bosan, aku nak chat dia mesti tulis, "Kau apahal?"

Big laugh!

Sunday, August 1, 2010

Ala Odeng Odeng

Hari ni kawe ado seminar dekak hotel napok sunga tapi kawe segho tak do lah come bena. Kawe pong meme doh boikot habih doh jak team kawe buat dinner tapi hotel ni buak peel tok come. Oloh. Hari ni dale sayur ado sok koba. Demo masok sayo ko masok ketah? Geghe! Nasek kawe to bghehi lah mano make sayur. Kalu dok gak..!

SETIAP DETIK DAN SETIAP KETIKA, ALLAH TAHU KITA MENCUBA.

Kena mengena entri dengan tajuk?

Tak ada.





Saturday, July 31, 2010

Aduhai

Gelak besar dulu. Hhhahahahhahahhahahhaha. Aku jalan-jalan dekat KBMall. Tiba-tiba aku nampak ustaz masa sekolah dulu. Aku cuak sikit. Tengok diri sendiri; baju blouse, tudung, jeans? Oh. Masa tak sesuai tapi layankan aja sambil pujuk hati kau siapa ustaz nak ingat kau lima tahun lepas punya anak murid. Bukannya kau best student pun ustaz nak kenal kenal. Lagipun, ustaz tak pernah mengajar aku secara formal dalam kelas. So, selamba je la.

Aku pandang ustaz tanda hormat, sekali ambil nak ustaz senyum dekat aku! Sah, dia ingat aku. Mak aih. Senyum paling manis balik.

Aku pandang Azah.

"Eh, ustaz ni cikgu disiplin ke masa sekolah dulu?"



Friday, July 30, 2010

Ironi 10: Jatuh

That's the unique of Kelantan's language. The language is very descriptive. In this language, you won't say the words alone; it should come together with the 'over' adverb such:

Hite lege: Hitam legam.
Meghoh meghe: Merah menyala.
Putih sepo: Putih melepak.
Manih leting: Manis sangat.
Tawa hebeh/lemba: Tawar sangat.
Mase pughik: Masam sangat:
Pahit lepe: Pahit sangat.


Etc.

Eh, berapa banyak sangat daa.

---

My friend was whining; baju dia jemur jatuh pula tu kena air sampai yuckksss.


"Olohlah, jatuh BAWOH doh kain,"


"Ada ke jatuh ke ATAS?"



Jangan Tiru Lagi Aksi Ini

Hahhahaa. Macam biasa, ayat harus power. Muka harus mantain. Dengan rasminya, berakhirlah cerita ILUSI setiap petang pukul 6.30 yang berjaya meniup padam semangat aku untuk keluar berjogging menguatkan otot peha. Begitu berjaya menamatkan usaha aku nak mengurangkan dua kilogram. Asalnya empat, aku cut down jadi dua sebab nak turun satu kilo pun azab.

Hahahahha.

Aku rasa budak Apex ni tak tengok TV lah. Kalau kau jenguk bilik TV, ada muka aku sorang je tercongok. Disebabkan aku pendek dan tak ada remote control, maka kalau dah satu channel aku buka, sekian terima kasihlah orang lain nak tukar. Hari Jummat dari 10 sampai dua pagi. Mega Movie sambung dengan Midnight Movie; TV2. Hari Rabu malam, muka aku juga. Ada movie. Aku cek intisari rancangan okay. Setiap kali ada movie, akulah akan bertapa sorang-sorang sampai tertidur tahu tahu dah pagi kat bilik TV tu.

Well. Balik pada cerita Ilusi yang aku rasa fifty fifty lah cerita melayu dah maju walaupun ada unsur unsur syirik yang dipadamkan dengan penggunaan term medikal ESP bagai. Well, gifted person. Well. Well. Well.

Dalam dua minggu kebelakangan, ada seorang freshie (1st year junior) yang join sama menonton. Ada satu hari balik klinik gila tak larat terus letak kepala atas bantal pffttt, mati. Celik mata eh 6.30 petang, ILUSI! Tipu, aku recall aku dah solat ke belum baru aku teringatkan ILUSI.

Aku pun bergerak ke bilik TV gila jauh dengan terpisat-pisat mata mengantuk lagi tapi demi Ashraff Muslim handsome, layan juga.

"Lewat akak hari ni? Baru bangun ke?"

Erk? Budak mana lak?

"Aah. Penat klinik. Wuuu. Dah lama start?"
"Baru je kak,"

Khusyuk tengok sampai iklan.

"Akak ambil kos apa?"
"Audio. Telinga. Awak?"
"Medik. Tapi baru masuk je, first year,"

AKu sengih manis. AKukan peramah.

"Oh,"
"Akak?"
"Aa?"
"Tahun berapa?"
"Oh. Tahun dah nak habis. Hahhahaa,"
"Aaa?"

Dia pula kerut kening.

"Final year,"

Wohooooooo. Rasa besar duuhh.

"Bestnya! Dah nak kerja dah akak!"

Sengih. Dalam hati, aah! Dah nak kerja. Apa kau ingat menarik berkerja? Aku praktikal pun dah rasa nak pelempang sorang sorang, lagikan tak sabar nak menapak pakai nametag staff. Oh tidak.

"Akak dah start praktikal ke?"

Sungguh excited ini kanak-kanak. Bagus. Bagus. Generasi Apex yang bagus sampai buat study group dekat library tak ret-reti nak order bilik pula tu mengganggu segenap penghuni yang ada dalam lib menelaah. Agak-agaklah dik oi nak study.

"Dah. Praktikal tahun tiga lagi,"
"Oh! Bestnya dah nak habis,"

Tarik nafas. Sharing is caring. Kalau tak reti berfalsafah, biar cakap dari hati. Pesan memesan, itulah manusia. Jangan tengok siapa bercakap, dengar apa yang diperkatakan. Aku nak bagitahu, kalau kau tengok aku bercakap taubat kau kata tak boleh pakai segala ayat aku.

Aku letak paper aku baca, berpaling dekat dia, pandang tepat sambil tarik nafas ala-ala nak bagi ceramah.

"Best ke habis belajar?" Aku tanya polite.
"Bestlah dah nak kerja. Saya baru tahun satu,"
"Dunia ni roda. Empat tahun lepas, akak tahun satu. Lima tahun lagi, awak final year. Tak ada beza, yang beza siapa lahir dulu, dia rasa dulu,"

Aku rasa over lah pula falsafah aku sampai dia kerut kening. Tak faham kot.

"Lima tahun lagi, awak duduk sini, junior tanya awak macam apa awak tanya akak sekarang. Percayalah, dalam hati awak, awak akan rasa macam akak rasa. Umur final year, ilmu ciput je. Yang ciput tu pun ada ingat ada lupa. Jadi apalah guna rasa besar,"

Ewaahhhhh! Epp. Kan dah pesan, jangan tengok siapa bercakap. Ambil yang boleh simpan jadi pengajaran. Okay?

Okay! ILUSI dah habis, mulai esok jogging! Eh, esok pasar malam! Jogging lepas raya aci?

Thursday, July 29, 2010

Sungguh Jangan Ikut

Aku bukan seorang penasihat yang baik.

Nak baca klik gambar!



Dan seorang yang tak sedar diri walhal aku pun fail dalam semua subjek untuk semua peperiksaan kecuali SPM sebenar. Hahhahahahhahaha! 

p/s: At least aku tak tuisyen gila-gila okay!

Wednesday, July 28, 2010

Uwaa!

Saya pernah wish saya tak nak berjumpa seseorang sangat dan Allah terus tunjuk dan dan tu saya jumpa dia. Pulak tu, hari-hari ter-bump into. Saya pun redha je lah senyum, sengih.

Lepas tu saya terus dapat pengajaran jangan wish yang bukan-bukan sebab saya siapa nak minta itu ini?

Tapi kali ni saya betul-betul nak sebut saya tak nak jumpa, tapi saya takut nak wish lagi. Kali ni kalau saya jumpa, saya mesti tak tahu nak buat muka macam mana.

Ini bukan malu ke apa.Ini bukan marah atau benci. Tak!

Ini TAKUT! 

Takut sampai saya rasa saya kena jumpa penenang perasaan/psychologist.

Saya dapat pengajaran besar supaya jangan terlalu merasakan satu satu manusia itu comel, sebab bila saya tahu dia tak comel; saya rasa nak muntah. Waaa. Takut!

Tuesday, July 27, 2010

Jom Jerit

One day at Genting Highland with beloved friends was so amazing. All the reports, assignments, works, patients were left behind. Its time to have fun before going through perhaps all the difficult situations ahead.

Well, I'm not really in the mood to type all the words expressing the story now, but I really want to write it down one thing.

The first extreme game I felt a bit challenging was Roller Coaster and I did promise myself not to scream. Yup, I always bet myself to do otherwise; I mean doing unusual thing; to beat the odds. 

First trip, I sat alone and I laughed all the way ups and downs. I forced myself to open up my eyes to see and feel the speed! Wow! 

Second trip, I found it more exciting to scream it loud! Somehow, I did it intentionally and I feel alive burst out all the things I hate, afraid or dissatisfied where people won't care and look at me like an alien!

Well, JOM MENJERIT!

Ironi [9]: Tabiat

"Nak study hari ni,"

Tengok hardisc. Alahai, tengok movielah dulu.

---

"Esok ada ceramah kat masjid. Best! Jom,"
"Alahai, aku kena studylah malam ni esok kuiz,"


Dan dan tulah kan? Syaitan sungguh besar!

Monday, July 26, 2010

Muka Tidak Menipu

Well. Kau mungkin boleh paksa senyum atau paksa ketawa atau paling teruk paksa diri sedih walhal kau tidak. Cuma lately aku macam tak faham kenapa waajah aku disalahertikan. Dulu, hanya ada satu eh dua perkataan yang kawan-kawan aku, kawan-kawan adik dan kakak aku, kawan-kawan mak dan ayah aku cakap; aku sombong atau samseng atau keduanya.

Yang tu aku tak tahu dari sudut mana sebab nak kata aku payah tersenyum bila jumpa orang memang pelik. Cuma, kalau aku sorang-sorang, aku ada dalam satu dunia yang satu lagi.

Cuma lately, muka aku telah menipu orang lain.

Dalam klinik oftal (mata), tergesa-gesa nak pergi cari patient. Aku berjalan pantas, menonong ke depan sesekali mengerling kiri kanan. Pesakit yang tengah duduk;

"Bakpo sedih jah ni?"

Erk? Sedih?

Senyum dan berlalu. Nak cepat.
---

Dalam klinik audio (pendengaran), ambil history taking dan beramah-tamah dengan pesakit.

"Happy Huda jumpa patient,"

Erk? Sejak bila?


Konklusi: Adakah muka boleh menipu atau muka sendiri mudah tertipu? Mungkin aku perlukan Lie Detector untuk menguji diri sendiri.

Sunday, July 25, 2010

Situasi Baru Semula

Hari ini hari kedua berjauhan dengan USM tercinta. Berjauhan juga dengan katil dan meja dan bantal dan teddy bear busuk Loyie. Eh, aku bawa ke tak eh si Loyie busuk ni? Oloh.

Okay. Bawa.

Ramadhan tinggal beberapa minggu je nak jenguk ucap salam dan mari raikan bulan penuh barkah. Aku, kadang-kadang datang syaitan tanduk besar sikit, mulalah nak beralah-alah-alah, itu ini. Kau faham ajelah.

Cuma aku terfikir ini, bila Ramadhan barulah rasa nak baik sikit. Kalau nak berubah sikit pun time inilah. Kalau nak istiqamah pun, masa bulan yang mulia inilah. 

Aku perasan lagi satu benda yang besar. Dalam pada aku nak berubah tu, akan datang satu masa mulalah aku nak balik pada perangai lama. Masa aku nak atau DAH balik pada perangai lama tu macam sekaranglah, Ramadhan dekat je nak ketuk pintu masuk dalam hidup.

Baguskan?
Ramadhan adalah REFRESHMENT!


Saturday, July 24, 2010

Kasut I Warna Karat

Masihkah kau ingat. Entah. Masa aku mengemas bilik, aku terjumpa kenangan ini masa menyapu bawa almari.

Siapa masa sekolah dulu pakai kasut warna putih? Siapa? Siapa? Kasut warna putih tu maksudnya kau memang tak bertuah nak jadi pengawas. Euwww!

Masa kecil-kecil, sekolah cuti Sabtu Ahad. Bila hari Sabtu, mak akan pesan, bila nak basuh kasut? Dan, macam biasa, akan ada banyak alasan yang sengaja dicipta seperti bertangguh untuk melihat rancangan Disney Alam Ria dan kemudian bersambungan dengan pelbagai cerita kartun.

Maka Ahad pun menjelmalah lalu teringatkanlah kasut putih yang kotor belongkos dan cepat-cepatlah cuci dengan berat rasa di hati kerana cerita kartun akan bermula. Heh.

Tiba-tiba hari mendung. Oh!

Mak membebel itu belakang kira, yang penting kasut kering! Mak korang ada pesan tak suruh letak bawah peti ais sebab bawah tu panas sikit? Mak aku suruh. Cuma. CUMA. Letak bawah  peti, bila dah kering mesti warna setompok kuning. Hodoh.

Okay. Masa ini kapur kasut sungguh berguna!

Ingat tak? Ingat tak? Ke kau pengawas pakai kasut hitam? Hehhee. Eh, kapur kasut pun ada warna hitam okay!

Ingat tak?

Atau, kau tak ada kenangan macam yang aku ada ni?

Friday, July 23, 2010

Ironi [8]: Hijau

Friend: Ala, warna hijau macam kepala itik.
Me: Sejak bila itik kepala hijau? Ada eh?
Friend: Ada. Itik, kepala dia hijau.

Oloh?

p/s: This might not be funny to you but in Neuropsychology, this is what we call different perception! :P

Thursday, July 22, 2010

Ironi [7]: Redha

Kadang-kadang kena redha dan berfikir cepat untuk terus maju. Selamat tinggal, cadarku!

DEMMM!

Wednesday, July 21, 2010

Ironi [6]

Everyone can create the wall, but I'll forever make a door. I'm a great ESCAPEE alright?

Tuesday, July 20, 2010

Ironi [5]

Why you so bother with the thing you don't have while you can rearrange all the equipments in front of your naked eyes?

Too greedy!

Monday, July 19, 2010

I'm Drug Addict?

This is what we call; the more the merrier. Oh freshie, don't take you senior's color, we are the RED warrior! Please change to other than that okay? Heee.


---

Having two months of congested and runny nose, not to mention the severe 'haaachuumm', finally I visit Otorinolarigologist (ORL/ENT/ those who has expertise in ear, nose and throat).

Look. Now, I have to train myself to be dependable on medicine since my allergies is near no cure but prevention. As usual, hearing Prof. Din's ceramah always success to make me smiling and continuously nodding my head; the sign of understanding the advice.

It does anyway.

But, too lazy to said, telan ubat macam telan gula-gula? Oh no! Biggest NO!

MARI KITA POSITIFKAN DIRI!

Tak kawal allergi, leads to congested nose, hard to breath, coughing bla bla bla, leads to stress, leads to asthma, leads to migraine, leads to many thing that for sure you never wish those to be in your wishing list! I bet you!

What happens when you get the treatment? First, all the histories, sign and symptoms, your complaints will be the prior to be asked. By that, doctor will get some ideas or at least for differential diagnosis. Since I am the usual person that easy to be seen in ORL clinic; either as patient or as student, the time taken for history taking really brief. The diagnosis; acute allergy rhinitis. (PM Dr. Rosdan made the diagnosis anyway).


This is what the doctor needs!

Next, Dr. Fariza was offering me for I-don't-know-what-to-call, it's kind of putting 4 soaked cotton wool each through my nasal opening. It's not pain but I was really need to calm myself down for not to sneeze! If I did, Oh, I can't imagine what will happen to that poor Dr. But, sadly I accidentally did.



Oh, poor nose. The last cotton wool couldn't be inserted well or else, I'll will sneeze!


And, tadaaaaaaaa! I'm a Drug Addicted people again!

Orait. Why I said so. First thing, no matter what, how or whatever, I need to make myself and you who share the same problem, hundred percent sure to take the xyzal (or claritine or doctor's suggestion) tablet once per day. Everyday for at least two weeks! After that, if you think you get better, gradually decrease the frequency. Only reduce the number intake not STOP eating it! 

And that Nasonex spray, pump into your nose, each opening twice daily; morning and night. Don't stop it even you think you get better. The problem will visit you again once you stop it! As I said, you problem, near no cure, bebeh!

Prevention is better than cure!

---

If you wish to wear clothes from cotton material, this is what you have to do before sending it to the tailor.


WASH it! If not, it will shrink later on!

Sunday, July 18, 2010

Lets Pictures Do The Talking. Eh, Writing!



Ironi [4]

Why there's I DON'T KNOW answer while we have the time to learn?

I know; It's LAZY matters!

Saturday, July 17, 2010

Ironi [3]

Why they said people come and go, when they actually the one who did that? None actually comes and goes, we just passing by and accidentally met.

That's all. 

Ironi [2]

I wonder how people can be sleepless while I can't even train myself to sleep less. Duuh!

Friday, July 16, 2010

Ironi [1]

How long for people to use 'aku' 'kau' in friendship? It takes what? Three years? Well, yeah three years the longest and a blink of eyes for the shortest.

Otherwise, it takes never.


Thursday, July 15, 2010

...............................................



Tahulah, bila dah kau memang argh, what to say?




I'm perfectionist and I hate it! 
No one will like this. 
I hate it! I hate it. I hate it! 
Burst out!



p/s: I wish I could wash few of my perfectionist over thing and live happily. I know it's impossible even when I always persuade my heart. It's tiring to cry, so I choose to smile. Yet, it's hurt pretending calm when my eyes turn warm.

Wednesday, July 14, 2010

Perasaan Tersangkut

Thanks to a friend of mine, him yang bercerita perihal eh entah, kalau translate dalam bahasa melayu macam huduh pula bunyinya Emotionally Attached. Korang faham je kan apa maksud dia?

Tadi buat pertama kalinya masuk teater operasi eh operation theater menyaksikan pembedahan pengimplanan koklea. Dulu masuk wad sebagai pesakit, kali ni sebagai tukang tengok. Tiba-tiba terus rasa ngilu lutut bila tengok belkang telinga patient sudah terbuka menampakkan tulang dan ueww, tak sanggup tengok.

Tabiklah pada sekalian doktor yang sampai hati memotong kulit manusia hidup. Fuhh. 

Aku kerat kulit tikus pun terketar-ketar!

Itulah, cakap pasal sampai hati ni bukan sampai hati yang kejam atau negatif. Tak. Ini sampai hati yang mulia. Sampai hati yang kalau dia tak sampai hati, maka hidup orang yang lain akan merana.

Haa. Cuba kalau surgeon aku tak sampai hati nak potong ligamen lutut ganti, mahu aku tidur setiap malam pukul empat pagi. Empat pagi sekali dengan guling-guling menangis tahan ngilu okay! Tak comel langsung!

Pesakit dalam OT hari ini, pesakit aku kenal. Kenal dan ada emotionally bonding dengan aku. Kalau dia tak rasa apa-apa pun, aku rasa. Aku kasih dan sayang pada dia. Wah, ayat! Tapi, itu betul! Aku sayang dan sungguh terhibur setiap kali bertentang mata. Ewahhhh!

Jadi, masa aku tengok dia terlantar dibiuskan, dalam hati aku macam-macam cerita. Bukan nak belajar apa yang sepatutnya kau belajar dalam bilik OT yang sejuk itulah kan! Dahlah baju OT gila gabak, boleh muat dua orang dalam tu!

Creditted to Nadiah!

Masa aku tengok dia atas bed OT, aku fikir bila dia bangun nanti, dia menangis sakit tak? Aku yang besar ni pun menangis bila ubat bius dah mula habis, inikan dia. Bila dia bangun nanti, kalau dia takut, macam mana dia nak cerita dia takut? Aku yang besar ni masa takut pun dah hilang punca, inikan pula dia. Bila dia buka mata nanti, macam mana dia nak bercerita. Aku yang dah besar ni pun macam-macam ayat aku nak keluarkan, dia bagaimana? Oh.

Tapi, itulah dia yang dikatakan kawal perasaan tersangkut itu. Atau manage you emotionally attached tu in a proper way. 

Kita manusia biasa, mana boleh tidak-tidakkan perasaan kasih sayang saling memerlukan tu.

Cuma, aku belum sesuai membuang emotional yang lebih-lebih sangat tu. Akukan ESFJ.

Tapi ingat, doktor tak boleh macam tu. Nanti pesakit tak sembuh. 

Tuesday, July 13, 2010

Perfect Lesson

I've become so numb I can feel you there
Become so tired So much aware
By becoming this All I want to do
Is be more like me and be less like you!
~Linkin Park, Numb

---

I'm sooooo wondering while in this fast everybody (by everybody I mean certain of my family members) recognize me as their blood bonding people so sudden! 

In this so soon my future will gives me be as 'Hospital People' (I don't like to be known like I am the most important people in my area while I prefer to be hidden somewhere and blooming so silent), one by one starting to count me as somebody who could help. In other word; it's privilege matters! 

In this moment, they like to ask me if I know him or I remember her where he/she doesn't even recognize me when we were in the same school. Worst, in the same class! They keep hint what if I'll be with their son or whatever.

It's not love connection. It's PATHETIC!

What did I do is smiling. I'm not that kind of people who will be so rude  and outspoken towards family members, parents' friends especially older people. That is my strength. I can easily smile and makes jokes but sometimes my strength being my weakness where they find me as so-nice-people while I'm obviously NOT! I'm burning inside!

No. By mentioning above, it's not including all people. It's the thing that I keep wondering, while so sudden they starting to step into my family. When my siblings live perfectly happy through the toughness of CHILDHOOD, none being so nice. Or vice versa.

Why?

Why?

Why?

Child memories is the thing you can't arguing its truth, alright?

Aku bukan mengungkit, aku cuma tak suka. Betullah bila senang tak payah minta, datang. Kalau susah? Masa inilah kesejatian sesuatu hubungan terserlah!

Monday, July 12, 2010

Saya Belajar Secara Formal Bagaimana Tidak Mahu Marah

Semester ni I ambil satu subjek lain dari yang lain; Stress Management atau senang I translate; Pengurusan Stress. Stress ni adalah tekanan. Walaupun bunyi perkataan tekanan tu lebih kepada sudut negatif, stress sebenarnya terbahagi kepada dua.

Distress contohnya yang macam kecewa terjun tingkap dan Eustress contohnya macam heh, I kena dapat dean list mesti mesti mesti, lalu I belajar dengan penuh berkobar-kobar.

Okay? Ada faham?

Sekarang ni I rasa nak marah tapi I nak aplikasikan benda yang I belajar tapi tetap geram!

I hantar dobi segala perkakas selimut bantal cadar comforter. Bila I nak pergi ambil, cormforter I je ada. Kalau zaman dulu-dulu, memang I mengamuklah. Ceh. Taklah mengamuk tapi akan agak melentinglah. Ni I dah belajar stress management I tak nak stress stress maka I masih pergi minta dan kekal senyum cakap baik-baik.

Jawapan tetap sama. Tak jumpa lagi. Tak jumpa lagi. Tak jumpa lagi. Orang lain pun akan naik hangin juga kan kalau dah 5 hari pergi jawapan kekal sama.

I nak je tanya ni cari ke tidak ni tapi I masih senyum dan berkata esok saya datang lagi.

Haih. Nak melenting boleh?

Apa kes I tidur tak pakai cadar dan bantal berbogel? Cinderella punya bilik masa jadi hamba abdi mak tiri kakak-kakak tiri pun cantik!

Geram I.





Euwww. Gelikan Ber'I' 'I'? Huuu.

Tak. Tak. I memang tengah marah betul!

Sunday, July 11, 2010

Menyampes Eden

Semalam bersengkang mata tengok bola. Rasa macam dipulaukan bila Uruguay gol aku sorang bersorak! Aku SEORANG okay! Olohla. Bila part Jerman, kau ambik nak, tak dan dan semua suara keluar. Panas sungguh! Maka hari ini, tolonglah Netherlands menang!

Hari ni klinik dan ada taklimat. Berbekalkan satu jam masa tidur haruslah tak ada semangat dengan dalam hati sibuk mejerit berintensiti 100dBHL, olooohhhhhhh banyaknya kena cover clinic dan report! Macam mana nak tidur extra masa?

Eh, tak patut. Rephrase ayat.

Macam mana nak siapakan tesis?

Tak sesuai. Rephrase lagi.

Macam mana nak melakukan perkara secara multi. Atau multitasking. Atau menjadi pelajar pintar serba boleh sambil kaki kiri kanan melangkah, bahu ada beg berat 3 kilo (sebab ada buku KATZ mak aih!), jalan tangan kanan boleh buat kiraan kalkulator, tangan kiri jawab panggilan, "Ya ya, saya akan usahakan sampai ke sana secepat mungkin," Kemudian telefon satu lagi bunyi, suara kekal lembut (kan dah cakap multitask!) "Okay, puan jangan risau. Datang 18 Ogos ya,"

Okay ayat rephrase ni sesuai. Nampak sungguh busy student life walhal balik bilik on laptop, busy FB! Takpun ni ha, busy blog! Hebat lagi, busy nak pilih movie bersiri mana patut tonton dulu. Heh.

Alasaaaaaaaaan.

Okay semangat baru! Patient's quality of life adalah keutamaan. Sebelum itu, harus polish skill dengan klinik yang banyak dan report yang berjujuk (dalam bahasa Kelantan) atau berlambak-lambak dalam bahasa melayu surat.

Semangattttttt! Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam penggilapan skill klinikal supaya kelak menjadi audiologis yang berdedikasi dan berkeyakinan tinggi!

Semangattttttttttttttt! Huruf besar. SEMANGAT! Boldkan. SEMANGAT. Maximum saiz menunjukkan betapa semangat membuak-buak,


SEMANGAT!






Okay, tidurlah dulu. Rehat.
Pfffffttt!

Smile!

Well. Kacak sungguh junior keluar ke KK dengan bertag nama. Salute.
---

Ramai keluar bershopping sakan ke Mydin membeli barang-barang keperluan harian dan peralatan menulis di Mydin. Ada beli kertas kajang, kertas A4, pensil pemadam pen semualah! Iyalah. Buka sem barulah katakan. Semangat masih berkobar-kobar setinggi gunung, semarak rumah terbakar panggil bomba!

Aku tak ada idea nak beli apa.

Aku terstop dekat sini dan aku nampak ini menarik maka aku beli!


Huda oi. Nak pergi belajar pasal pendengaran ke nak pergi belajar lukisan?

Heh!

Saturday, July 10, 2010

Fair Enough

Saya rasa semua yang saya hadapi telah terbayar, sedang dibayar dan akan dibayar. Hidup ni bola. Hidup macam garam juga. Kau letak banyak, masin. Kau letak sikit, tawar. Selalu masin, jawabnya kesakitan. Terlalu tawar, tak lalu makan.

Itu sebab kena sederhana. Bila letak garam, kau tahu banyak mana perlu tabur, Tapi bila makan, belum tentu reti berhenti walau signal sendawa tanda kenyang, dah bunyi berkali-kali.

Manusia; memilih untuk bersederhana pada perkara dia suka.

Aku cakap aku. Kalau kau terasa, baguslah. Manusia lupa, macam sekarang ni, perenggan atas guna 'saya', kemudian tukar 'aku'. 

Saling mengingati jalan terbaik. Kalau diingatkan jangan ambil hati, jangan telan yang benci, hadam yang diingatkan. Orait?

Thursday, July 8, 2010

Kalaulah Saya Ada Dua

Saya boleh berada pada dua tempat dalam satu masa. Tapi, saya masih mahukan saya yang seorang. Satu. Wahid. One!

Sebenarnya saya tak tahu nak cakap apa sebab jadual klinik saya sangat padat sampai saya tak sempat nak bersin pun. Apatah lagi nak pergi tandas.

Kesian kan?

Berkabung Lagi!

URUGUAY KALAH!
BERKABUNG LAGI!

Tskkkkk! Okay! Aku sokong Netherlands sekarang!
---

Parents patient aku selalu berkata ini tatkala aku menyebut ini.

"Baby selsema, akak hantar anak nurseri ke?"
"Taklah, akak tak kerja. Jaga sendiri,"
"Bestnya duduk rumah tengok anak membesar depan mata,"
"PUAN hantar anak nurseri ke,"

Hek eleh.

"Tak lah kak, saya nikah pun tak lagi,"

Tssskkkk!

---

"Tak apa kak. Saya tak kisah. Saya tak nak dia menangis. Nanti apa pun tak boleh buat. Kalau patient budak, dialah bos! Doktor pun kena ikut dia, semua orang kena ikut dia,"
"Eh, Fareez ni, kesian AUNTIE."

Auntie?

Tskkkkkkk!

---

"Saya okay je. Saya risau baby terbangun ni. Test ni baby memang kena tidur. Kalau tak tidur memang tak leh buat,"
"Oh ye ke?"

Sambil-sambil scrub dahi.

"Comelnyalah,"
"Puan tak ada anak lagi?"
"Tak,"
"Tak apa, nanti ada lah tu,"
"Eh kak, saya tak kahwin lagilah,"

Bahahhahahahhahahahhaa.

Muka akak itu agak serba-salah kerana dia takut aku terasa. Sejak-sejak kebelakangan ni, aku dah tak perkenalkan diri aku student, maka ramailah salah faham. Tskkkkk!

Okay FINE. Muka aku dah TUA!

Tskkkk! :'(

Tuesday, July 6, 2010

Degil!

Tonight is my last night. Tsk! Perlu bertabah hati adalah menyakitkan.

Ayah belikan durian sebab hari terakhir untuk pergi menyambung tahun 4. Ececeh. Macam jauh pula bunyi letaknya Kelantan. Haruslah aku makan tak ingat dunia bila berjumpa dengan raja buah ini. Iyalah, kalaupun aku berjumpa dengan banyaknya buah ini di Kelantan, bukannya aku reti nak buka kalau aku beli. Karang terbongkar cerita aku kupas (kupas?) durian pakai gunting. Tskkkk!

Malam pula aku habiskan separuh buah tembikai yang besar dengan ayah. Orang kata, durian panas, dan tembikai sejuk. Tak boleh makan sekali, nanti angin. Gasaklah angin ke tak, aku dah nak makan. Makan ajalah. Tapi, bila fikir balik, pernah je aku kena masuk air sebab gila makan buah bercampur-campur sebab rakan-rakan semua ada dusun masing-masing.

Memang macam orang bandar terlepas masuk hutan, eh terbalik. Tak kisahlah. Memang jakun habis aku sampai melantak buah atas pokok tak sabar-sabar punya hal. Esok, masuk wad kes perut dah macam ada asid. Pehh.

Adik aku mulalah kacau daun.

"Kau ni angah, tadi makan durian, sekarang makan tembikai, karang lelah baru tahu,"
"Lepaklah. Lelah je pun,"
"Inhaler kau dah habiskan?"
"Aah. Relaks. Inhaler je pun,"
"Dahlah esok nak balik. Karang jadi apa-apa macam mana? Saja nak buat mak risau,"
"Relaks. Hospital dekat,"
"Itu kalau sampai sana. Kalau lelah tengah jalan?"
"Relaks. Berhenti dekat hospital tepi jalan,"
"Kalau nak menjawab,"
"Dah boleh jawab, jawablah,"

Kepalah batu kan aku? Lagikan ustaz aku menjawab, takat adik aku ni, apalah dikisahkan. Hhehehehheehhee.

p/s: Jangan ikut jejak langkah aku, tak baik dan tak manissssss.
p/s/s: Aku jatuh hati dengan satu lagu ni; Here I Am, Bryan Adams. Sungguh jatuh hati. (Sambil menyeka air mata terharu). 


Pesanan Besar: Kadang-kadang rasa nak terus bertanya apalah cerita masa depan, namun memilih meletakkan diri pada ilahi; adalah sebaik-baik pilihan.

Sunday, July 4, 2010

Saya Nampak

I can see you. Somehow, I want you to know that I'm hiding somewhere and hoping you'll take your time to find me. But yeah, I always know that I won't have the chance to dream it, even in my own created dream.

Sweet memories won't last forever. Never.
---

Nak balik asrama, tapi dengar-dengar macam susah nak masuk awal! Adeh, harus aku merempat di mana? Tidaaaakkkk!

I hate-lah perasaan untuk meninggalkan rumah. Okay fine, lusa aku pulang tunjuk muka tahun terakhir di sana. Aku harap aku lepaslah habiskan tahun empat dengan jayanya walaupun berkali-kali harapan aku untuk mendapatkan dekan hancoq! Heh.

Tak.

Aku tak peduli sangatpun dekan ke tak. Aku peduli tapi tak berapa nak titik beratkan sangat. Aku memang jenis tak berapa nak peduli. Aku sedih bab-bab result ni tak lebih 3 hari. Selebihnya, kalau ralat pun, biaq pi la.

Perasaan sedih melampau, risau melampau macam ini selalu hadir bila aku dah bercuti lama dan perlu pulang ke sana semula. Kali ini, tahun pengakhiran. Tahun meninggalkan kenangan. Kenangan pada tempat, pada situasi, pada manusia yang dijemput masuk atau yang tiba-tiba muncul.

Namun, kekal masih dalam kenangan!

Eh, tahun 4 belum mula lagi daaaa! :')

Sleepless

BERKABUNG PARAGUAY KALAH! 

Hahahahahah!

Friday, July 2, 2010

Where's the Safe Place?

I do dream of walking lonely on a straight path with unknown ending. It was the darkest and coldest windy night with thousand stars that gave the night; no longer darkest. In my dream, even I walked all by myself, there's only the peace that I've ever wanted to feel. No afraid. No anger. No sad. No happiness. No. Nothing. It was neutral.

I closed my eyes and breath in the fresh air. Smell the fragrant odor of night; awesome!
---
Daddy, he told me about thousands unwanted babies were born. It was the statistical record that CAN be recorded. Well, I do believe it is uncounted anyway. That statistic; it doesn't include the murdered baby that knew by no one. 

Everyone now has no guarantee of being safe. Anybody can get anger and the worst, that anger anybody has tendency to kill. Killing now is such an ordinary reflex of anger! It just like you slap the wall or punch the table because of your uncontrolled emotions.  

Nowadays, all the kind people are scared to advise the rude kids or bad teenagers or wrong doing human. They will be doing all the evils; far beyond your imaginations!

---

I opened up back my eyes. It's now; I'm afraid of walking lonely even in a dream. That silent path no longer can be the nicest place to neutralize mixed feelings. It wasn't because of me, or scary situations. No. I don't afraid of ghosts. I'm scare of HUMAN. 

I keep on asking myself; Where's the safe place?

Thursday, July 1, 2010

Fate!

No matter how much you say NO, or you say YES, you should ask yourself back; kau siapa? Eh, aku siapa? Ala, kita siapa nak tentu-tentu ini patut jadi, itu patut jadi?

Kau manusia biasa, aku, manusia biasa. KITA, manusia biasa. Alright?

Masa benda susah terjadi, masa inilah perasaan dan perkataan REDHA teruji!




p/s: Selamat tinggal Hospital Serdang. Saya harap, saya tak bekerja di sini suatu hari nanti.
p/s/s: Sayang nak tinggalkan ward Neonatal Intensive Care Unit; dunia bayi sungguh sweet! Saya sudah reti membedung, mengangkat dan mendukung manusia kecil yang comel!
p/s/s/s: Cerita melayu memang ceteklah. Ada ke doktor suruh suami keluar dan explain darah tinggi suami pada isteri? Mana patient's right? Mana autonomi manusia? Cerita melayu, silalah buat research sebelum buat skrip. Heh!

Tuesday, June 29, 2010

Helang vs Jaws

Apabila helang berjumpa jaws dan mereka berbual-bual; angguk-menangguk. Kadang menggeleng kemudian ketawa. Sorang angguk sorang sengih. Sorang bercakap, sorang kerut kening. Sorang semangat bercerita, sorang lost in a track. Sorang A, sorang Z. Sorang itu dan sorang ini. Heh!

---

Petang tadi saya ada pesakit. Dia bawa anak dia yang bila saya tengok muka anak dia saya agak terkejut sebab saya rasa macam kami satu universiti. Saya rasa macam selalu nampak dia dekat USM tapi memang tak pernah bertegur sapa apatah lagi nak berborak. Jadi, saya diamkan ajalah ketika dia masuk melangkah bersama ayah dia.

Oh. Appointment ayah dia hari ini adalah untuk prosedur pemilihan alat bantu pendengaran. Apabila saya sibuk untuk menukar beberapa brand alat pendengaran, saya ringan-ringankan mulut bertanya.

"Student lagi ke?"
"Aah,"
"Oh. USM ke?"
"Tak lah. UK,"

Aku ketawa.

"Saya salah oranglah ni. Muka awak familiar dengan student dekat sana,"

Ketawa jelah kan. Apa lagi boleh aku buat bila dah malu sendiri. Ketika proses pemakaian alat bantu pendengaran, banyak dia tanya. Mula-mula aku assume dia budak medik ajalah. Asal study luar, semua aku cop budak medik. Hehhehehehe. Jadi, setiap kali aku explain, aku gunakan medical term aja. Dia menggangguk, jadi aku assume dia faham. Sekali lagi main main aja buat assumption.

"Ni brand apa eh?"
"Siemens,"
"Tadi?"
"Siemens juga,"
"Apa beza dia ya?"

Aku pandang muka dia. Sengih. Dalam otak, ligat fikir perumpamaan paling mudah aku nak jelaskan. Penjelasan paling faham. Pemahaman paling ringkas.

"Macam Nokia. Banyak brand tapi berbeza teknologi. Hearing aids ni, samalah. Brand sama, tapi features dalam dia lain,"

Dia angguk. Senyum.

"Study ambil medik ke?"
"Taklah. Engeneering,"

Aku ketawa besar.

"Saya cakap tadi, faham, kan?"

Sengih.

"Okaylah sikit-sikit,"

Aku pun agak nak menyekeh diri sendirilah kan sebab memandai buat assumption. Padanlah ada masa, dia kerut kening. Dia tak tanya, aku tak jawablah. Kalau dia bertanya, ringan aja mulut aku nak bercakap. Akukan suka mengajar, menerangkan memberi faham. Ewaaaahhhh!

"Cuba tanya ayah awak, yang mana dia suka. Hearing aids yang ni ke yang tadi ke yang mula-mula sekali,"
"Okay,"
"Ayah saya cakap yang ni ada bunyi noise. Low base dia kuat sangat,"
"Errr.. awak maksudkan low frequency ke?"

Dia garu kepala.

"Noise tu ayah saya kata hearing aids ni lagi kuat, yang tadi lagi okay. Disturbance noise tak kuat sangat. Low frequency tu maksudnya apa?"
"Low frequency ni macam bunyi aircond. Bunyi vacuum ke, kan macam bising sikit. Erm, saya tak tahu lah low base engineering tu sama ke dengan low frequency yang saya maksudkan,"

Aku ketawa. Kan macam sorang cakap lain, sorang faham lain.

"Dia kata yang ni dengan yang tadi, yang ni okay. Over amplified,'
"Ha? Kuat sangat ke? Uncle, bunyi suara saya kuat sangat eh?"
"Eh. Taklah. Ayah saya suka yang ni,"

Aku kerut kening.

"Kejap. Dalam bidang saya, over amplified tu maknanya saya bagi gain terlalu tinggi. Maksud dia bunyi terlalu kuat jadi ayah awak tak selesa dengan bunyi yang dia dengar. Tapi, saya tak tahulah kalau engeneering maksudkan apa,"
"Oh. Lainlah. Saya maksudkan, dia suka sebab dia dengar suara saya jelas. Bukan kuat sangat,"

Ketawa besar lagi. Itu baru dua dialog. Sepanjang sesi tadi, lepas aku tahu dia ambil engineering aku mula pakai aje gunakan term-term audiologi yang memang ada bunyi fizikal sikit. Senang aku tak pening kepala otak nak fikir ayat paling sesuai. Sekali kau, teruuuuussss....! Sorang cakap lain, sorang faham lain. Sorang tanya lain, sorang explain lain.

Big sigh!

Itulah kan kalau soon-to-be engineer bercakap dengan bakal audiologis. Bagai jaws dan helang! Bagai pokok  dengan bayam. Bagai udang dengan ayam. Eh? Kena mengena?





p/s: Sini ada cerita bola menarik!!! Hik hik hik! Sejak-sejak England kalah, paper pun jadi hangaattt!

Pesanan Besar: Sebab tu dalam Islam, penting mengelakkan salah faham. Benda-benda macam ni lah yang kita tak tahu boleh jadi BESAR kesannya! Tak kisahlah keatas pesakit, kehidupan seharian mahupun pemahaman amalan. Paling penting; tiada salah faham dalam AGAMA! Oraittt?

Sunday, June 27, 2010

Masa Belajar

They said the most precious time is when you're in schooling time. None of you will be workaholic. Well, I don't really care about workaholic workaholic nih sebab kerja sekolah pun boleh bilang berapa kali aku buat, inikan pula nak jadi gila kerja?

Betul juga, zaman belajar semuanya indah indah walaupun dah tentu tentu ada yang tak puas hati sana sini. Aku tak cakap orang, aku cakap diri sendiri juga ni. Cuma, tak puas hati bagi pihak aku, tak lama. Apalah guna sakit hati dipanjangkan kalau memilih bermaafan boleh memberikan hadiah; ketawa sepenuh masa?

Tapi, bila bekerja, semuanya perlu ada makna!

Teringat kata-kata Dr. Rosdan, eh.. Prof Madya Dr. Rosdan.

"Masa belajar, masa banyak, duit tak ada. Masa kerja, duit banyak, masa pula tak ada,"

Fikir-fikirkan ajalah istilah tersirat.

---
Tadi kenduri kahwin dan aku jumpa anak bos ayah aku. Cuba bagitahu macam mana nak lenyapkan perasaan menggigit pipi anak orang yang dah macam pau gebu aku tengok? GEEERRRRAAAAMMM!

Grrrrr!

Ini bunga terbaru yang mekar hasil tanaman bapak aku. Tangan seorang petani berjaya. Hahahaha.



p/s: Hai HUSM. Miss you badly! Errr... (Jujur ke ni?)

Saturday, June 26, 2010

Nice Song

You think me rude, but I will just stand and stare! Every time, I can make one more mistake, so do you. Then what's the different?

Kalau saya minat satu benda, saya akan ulang-ulang contoh lagu ini kat bawah ni. Buat masa inilah, otak saya asyik memutarkan 3 lagu ini berulang-ulang. Jadi, janglah pelik kalau asal satu lagu keluar radio, saya boleh menyanyi sampai habis. Otak saya bukan pick up sangat macam dikatakan Azah. Saya hanya gemar melakukan satu benda hingga tiada lagi ruang untuk minat, hanya bosan.

Click to enlarge the point. Heh.
---

Kau jatuh terjelepuk, menangis gagal. Jangan risau.
Kau mengaduh sakit, menjerit perit. Jangan risau.
Kau dihentam dari belakang, dipijak dari depan. Jangan risau.
Kau dicaci hebat, dimaki kerap. Jangan risau.
Kau tidak disukai, tidak dipercayai. Jangan risau.

Jangan risau. Pandang depan, terus senyum! Semua berhikmah, Insyallah!

Insyallah!

Insyallah!


p/s: Creditted to En. Matt for uploading real fun song!
p/s/s: Life is full of complicated events. Every nice people I found; they have sad story hidden. *Sigh*
p/s/s/s: Kenapa setiap orang tak ada rasa cinta dan kasih sayang untuk semua orang? I ask myself the same too. Ada juga orang yang saya tak suka dalam diri saya, its bad and sad!

Friday, June 25, 2010

Mencanting

We went to Kompleks PKNS Bangi. Having lunch and chatting around and membuang masa berjalan-jalan. Then, dekat pentas tengah ada pameran batik, dan dia ajak canting batik. First time wooo. That cute lady gave me kain, pensil, pen canting, berus, warna dan tisu.

She said, use all your creativity to draw and warna. Aku apa lagi semangat tapi terstuck, nak lukis apa? Mana aku reti lukis gambar bunga. Maka, lahirlah gambar anggur yang hodoh. Nak mencanting satu hal lagi, tak cukup lilin atau terlebih lilin.

Really comot! Tak sanggup nak tengok!


HODOH GILA!

Thursday, June 24, 2010

Heh!

Nak guna laptop, charger tertinggal dekat klinik! Heh!
---

Thanks Ya Allah for creating doctors with different interests. Patients' needs are fully covered from head to toe!

What if all the doctors ONLY interested in cardiology? Where should the patient go when they are suffering of vision problem? What's the point to be in the hospital while all the ophtalmologists are only thirst in what-so-called HEART?

Allah maha ADIL!

Wednesday, June 23, 2010

Crumple

Saya nak ada semua benda saya ada dikonyok-konyok. Saya nak konyokkan barang tu semua masuk dalam poket. Bila saya nak, saya hanya perlu keluarkan sahaja. Senang. Tak ada masalah tertinggal barang.






Tapi, poket saya kecil sangat. :'(

Tuesday, June 22, 2010

Bad oh Bad!

Eh, bukan nama orang tau. Aku maksudkan bad tu buruk.
---

Minggu kedua extra berpraktikal rasa macam dah tak berapa nak gemar makan di kafe hospital. Makan sorang-sorang tu bukanlah alasan. Tapi, nak kena melilau cari seat kosong sambil berbuat muka cool, itu yang malas.

Oloh.
Sekarang, 6.30 pagi aku dah tercongok dekat hospital. Klah staff hospital yang paling awal tunjuk muka sebab aku dah rampas juara carta datang awal.  Kasian ayah aku kena jadi driver dua tempat bertentangan. Sabar ye yah, pahala banyak tu hantar orang menuntut ilmu. Hheheheh.

Semalam dan hari ni bawa roti dua keping. Bengang dengan desibel rendah bunyi perut. Kalau dah nama bekerja dalam bilik kedap bunyi, semua suara tak kira frekuensi di amplifykan. Hadei.

Sejak berklinik, berat aku naik dua kilo. Bajet nak diet, hampassssss je lebih.

Entah mimpi apa, aku turun kafe juga. Dah turun kafe, beli makanan jugalah jawabnya. Tercongok nak pilih lauk tu dah satu masalah. Tawaf empat kali aku dekat deretan lauk pauk. Hadei sekali lagi.

Mata laju cari tempat. Orait, ada satu. Aku dahlah tak berapa nak gemar tempat penuh manusia. Dah lah penuh manusia, pelajar-pelajar yang sekali makan 14 orang, bersuara macam buat parti. Oloh. Peninggggg.

Nasib sebelah meja aku geng doktor muda yang senyap-senyap belaka.

Suapan pertama, erk!

Tercekik tulang. Ya, aku ada tonsil yang besar dan kalau makan tak berwaspada, kemungkinan terbenam tulang ke dalam tonsil itu sangat tinggi.

Dan hari ini berlaku lagi selepas setahun!

Terus tak ada mood. Terbatuk-batuk. Berair air mata melampau macam baru lepas kena cerai lalu menangis sambil makan. Heh. Hampir termuntah. Tak cool langsung tercekik tulang depan doktor!

Sudahnya aku keluar dari dewan makan dengan hanya menelan sesuap nasi dan tulang di dalam tonsil!

Aku ingat nak jumpa ENT minta tolong keluarkan. Tapi ego nombor satu jatuhkan mengalah ke tempat kedua, tulang berjaya dikeluarkan dengan badan yang jadi lembik dan pucat kerana banyak muntah!

Padan muka!




p/s: Lain kali kalau dah niat baik, teruskan. Kalau tak, tak tercekik tulang dan tak terbazir lima hengget tak makan! Hampeh!

Monday, June 21, 2010

Manisssssss

Ayah, mak dan aku pergi pasar malam tadi. Aku memang tak berapa nak gemar pergi tempat manusia ramai ni. Aku jadi nak marah orang bila serabut. Apakan daya, mak dan ayah aku mahu pergi ketika pulang ambil aku dari tempat kerja.

Fuhh. Patient sungguh ramai. Yang baik hati ramai. Yang naik angin adalah seorang dua. Terutamanya yang mak dia sakit tak ada apa-apa, tapi mentang-mentang si anak kerja doktor, maka bolehlah pintu tak ketuk naik angin keluar asap marah aku kata jumpa patient lain dulu, walhal mak dia dah tunggu lamaaaaaa. Oloh. Standardlah weh hospital banyak pesakitttt.

Cik kak, tahulah awak doktor tapi dah mak awak datang sepuluh minit lewat dari patient sebelumnya, nak buat macam mana? Tengok jamlah weiii! Mak awak masuk klinik, senyum cakap tak apa saya-faham-pesakit-ramai, yang awak nak over satu macam mentang-mentang pakai nametag ada tanda 'DR.' besar alam sebelum nama tu apa pasal?

Orang lain doktor juga.

Kalau pun nak cepat kenalah tunggu. Polisi. First come, fist serve. Kalau terdesak juga, tak boleh ke sebut tolong-tengok-mak-saya-dulu-boleh-saya-busy. Aku orang berhati manusia lagi. Tak boleh cakap secara POLITE ke? Bukannya aku nak naik angin sama kalau kau nak minta tolong. Heh.

Erghhh!

Eh, aku bukan nak cerita ni. Aku nak cerita kes pasar malam.

Mak aku beli laksa dan kuih. Laksa dia  macam gula tertumpah, kuih dia macam makan manisan. Hebat hiperbola kan? Tapi, memang manisssss!

Maka ini dialog yang terbentuk.

Mak kata: "Padan ramai yang masuk kecemasan!"
Aku kata: "Padanlah ramai histeria gula takda!"
Ayah kata : "Padanlah ramai yang kena kerat kaki!"




p/s: Selamat datang, En K.E. Sarkastik habisssss. Hhehehehe.
p/s/s: Azahiri buat kisah ini habis rahsia aku! Kau memang bongeklah! Hhehehehe.

Sunday, June 20, 2010

Happy Marriage!

Combine jadi dua even.

Satu, selamat pengantin baru buat cik adik kakak senior sekolah lama zaman main cop tiang, lumba lari, galah panjang tapi pemain dia semua kemetot. Dia tak main cop tiang sebab dia sopan orait. Yang kedua; hari ini event bersama-sama buka cerita lama kau kena hentam dengan ustaz yang setiap kali jumpa asyik ulang benda sama! Mari bereunion!

Tak pernah bosan.

Siapa kata jangan mengenang masa lampau sebab masa lampau akan buat kau tak boleh melangkah lebih jauh? Siapa kata? Siapa kata?

Aku suka mengenang masa lampau sebab masa lampau semua manis walaupun pahit.

Siapa kata kena rotan dengan ayah sampai berbirat betis itu manis? Siapa kata zaman kena jemur tengah panas sambil kena bambu dengan empat belas naskhah syarahan bebelan ustaz itu manis? Siapa kata berlari tak cukup tanah lepas tu jatuh habis berdarah lutut bercalar jam sebab kena kejar dengan pak guard itu manis?

Siapa kata tingkatan empat kau jumpa buah hati, tingkatan lima kau senyum manis, masuk asasi kau kena tinggal, bila tahun dua kau kena hina maki caci itu manis?

Siapa kata?

Tapi semua yang pahit pahit itu sudah menjadi manis sekarang bila kau boleh tarik nafas lega dan membesar dewasa. Semua yang pahit itu ajar kau menjadi sabar dan mengerti setiap pahit itu ada buah hikmah yang madu rasanya. Semua yang pahit itu sebenarnya mendidik kau memahami bahasa alam penuh rahsia dan perlukan penghayatan. Semua yang pahit kau mahu atau tidak, kau kena telan itu adalah vitamin peneutralan perasaan dalam tumbesaran usia kau.

Sebab itu kau dewasa.

Kan belajar dari pengalam tu macam melukis tanpa pemadam?

---

Semua dah besar-besar. Semua dah nak beranak-pinak. Aku je yang masih mengekalkan main selipar tiga. Heh.