Saturday, June 19, 2010

Tak Ada Kerja

Konon nak bermalam dekat Port Dickson, sekali kau ambik nak. Semua penuh! Padan mukalah kan nak pergi on the spot masa-masa School Break ni.

---

They said I'm perfectionist. In what sense, I don't really realize. But now, I think I know the reason why they said so. How I treat to make a telur goreng was like a pffftttt. Telur goreng je kot!


All the onions have to be in a perfect order. Pehhhh. Last-last masuk perut bercampur juga.


In fact, dah dalam mangkuk sebelum DIKACAU yang akan bercampur tu pun harus cantik tersusun. Poyo. Melambatkan masa je kerja.

Well done. Well done. Well done.

Sebab tu aku gemar buat kerja sendirian berhad banyak sikit. Hasil kerja aku kadang-kadang tak berapa nak sama dengan orang. Lembab dia satu macam sebenarnya. Heee.



p/s: Gambar dah jadi telur goreng tak boleh update. Hodoh sangat. Nanti tak ada orang nak buat bini. Hahahahhahahahahhahahhahaha.

Friday, June 18, 2010

Hoho

Penulis comel ini tiada di bumi selangor sehingga esok, sila jangan bersedih.












POYO!

p/s: Tak ke poyo namanya tu?

Mujur

Well, it was good-lah kan when you learn something has to do with you, or your work. Bagus juga menggunakan sistem online atau lebih dikenali hospital mesra IT. Bagus. Bagus. Bagus.

I got a patient came together with his nice son. I would have to say this was one of my tougher patient that inquiry me on what happen to her. I did all I have to; I mean all the rights I should deliver to her.

Let makes the diagnosis simpler to be understood. I diagnosed her with unilateral hearing loss; easy to be known as normal hearing on the left side and PROFOUND on the right. This type of diagnosis basically has something to do with NOT ONLY hearing problem. Deep down I know there will be at least one pathological condition hidden; which was the doctor is the right person we seek for-lah kan.

She complained of minutes to hours vertigo, 'whooshing' sound tinnitus, nausea, vomit and few significant symptoms. 

I tried to recall whatever knowledge yang masih berbaki, kalau ada terselit-selit dalam celahan gyri-gyri cerebrum. Ada satu yang jelas dan macam di highlight di dalam kertas minda; TUMOUR. Oh!

I opened up the system, seeking for my patient's detail and the latest doctor's report. I was so thankful and can breath freely at that moment.

Bla bla bla.
Bla bla bla.

Differential diagnosis:
Vestibular Neuropathy, to rule out (TRO) TUMOUR.
Send patient for MRI.


Lebih kurang macam tu lah ayatnya.

Lega. Bukan lega sebab andaian aku betul jadi aku hebat dalam memabaca result. Tak. Lega sebab Prevention is Better Than Cure.

Kan?




p/s: Berkenalan dengan segala anak jiran kerana majlis Hari Bapa malam ini. Terasa orang asing eh. Tapi, jumpa anak jiran yang kacak macam menarik. Hahhahahahahhaha.

Wednesday, June 16, 2010

Rakyat Malaysia Sila Bersabar!

Oh. Kontroversi tajuk. Tapi, tak perlu tunggu kau rakyat Malaysialah kan baru nak berlajar erti bersabar.

"Ini ke hospital kerajaan? Ini ke hospital mesra rakyat? Macam ni mesra rakyat? Tak reti nak buka pintu? Tidur ke? Membuta tak buat kerja?"

Apa kau patut jawab bila kau turun dari motor nak masuk depan pintu, hampir separuh pesakit yang hurung pintu masuk, terus berpusu hurung kau pula. Benda pertama dia tengok tudung kau sebab ada tag nama menunjukkan kau staff dan memabawa satu maksud lain oh-kau-staff-sila-dengar-aku-tak-puas-hati-nih!

Apa kau patut jawab bila kau dihujani pelbagai soalan sedangkan kau hanya PELAJAR yang menyemak nak train skill dekat situ?








Aku pandang, senyum, BLAH!



Monday, June 14, 2010

Curious?

"Encik ada pening yang berpusing tak?"
"Accident masuk emergency tu kepala kena juga?"
"Ada darah tinggi, kencing manis? Ubat makan ke?"
"Kalau duduk diam telinga ada bunyi bising tak? Maksud saya bunyi yang encik je dengar orang lain tak?"

Antara soalan untuk history taking common aku untuk pesakit dewasa.

"Pening berpusing ada. Selalu berpusing, muntah,"
"Berpusing tu ada tak kalau pandang kiri lebih teruk ke, kanan ke?"
"Kalau sudden movements memang teruklah,"
"Lama tak? Sekali kena kejap ke, lama?"
"Beberapa saat,"
"Okay"

Aku syak Benign Paroximal Positional Paroximal Vertigo (BPPV).

"Kena lepas accident ke sebelum tu lagi dah ada?"
"Lepas accident. Dekat sini baguslah. Memang tanya semua eh? Saya sihat ke tak? Ada pusing ke tak, sakit apa. Doktor tak tanya pun,"

"Dekat sini kami bahagian pendengaran. Setiap masalah pendengaran tu mesti ada penyebab dia; sakit, accident, ambil ubat apa, jadi saya kena tahu semua tu as prediction,"

Senyum.

"Doktor tak tanya pun saya berpusing ke tak? Ubat makan apa? Berpusing tu teruk tau lepas accident,"
"Jadi doktor buat apa ya?"
"Tengok telinga bagi ubat titik, lepas tu balik,"

Erk?!

Hmmm. Terpaksa berlagak biasa dan tidak berkerut kening supaya pesakit sekalian tidak ralat.


"Encik bagitahu doktor tak?"
"Doktor tak tanya, saya tak bagitahulah,"
"Tak apa. Lepas ni ada appointment dengan doktor kan? Bagitahulah. Doktor tak tanya pun, bagitahu. Doktor ni manusia juga, kadang-kadang terlupa,"

Senyum.

Atas report patient aku tulis note sikit:

* Post traumatic brain injury: Patient complaints of vertigo associated with sudden movements. Kindly do the needful.








Pesanan Besar: Tak susahkan nak buat baik? Nak dengan tidak je. Tapi kita selalu memilih tidak. Itu yang sedih.

Bila Nak!

GERAM!

Bila tak nak, beratur depan mata. Bila nak?!

Saturday, June 12, 2010

Patah Hati

Walaupun hati bukanlah sejenis pepejal yang boleh patah ataupun pecah ataupun rapuh atau pun berkecai, peribahasa telah memaksudkan patah hati digunakan untuk mereka yang kecewa.

Tapi kenapa patah?


---
Mari-mari kita menyanyi
Jangan ingat resah di hati
Hidup ini hanya sekali
Ooo mesti senang hati
~P. Ramlee

Setiap kali kegagalan berlaku, adalah normal bagi seseorang untuk melalu fasa-fasa dalam The Grieving Process.

1. Denial (Menolak)
2. Anger (Marah)
3. Bargaining (Tawar menawar. Err..)
4. Depression (Depresi)
5. Acceptance (Penerimaan)

Jadi sebelum memulakan sesi kaunseling kepada pesakit anda atau sebelum diri sendiri bekerja keras untuk  memaksa diri menerima takdir kesukaran, fahami konsep ini. 

Kita semua memang akan melalui semua fasa ini cuma ajar diri agar tidak memarkir diri pada satu-satu fasa terlalu lama. Itu hanya melambatkan langkah-langkah kejayaan untuk bermula langkah.



Pesanan Besar: Allah tidak menguji hambanya iaitu kita jauh dan luar dari kemampuan.

Ini Bukan Pasal Gemuk

Ini pasal kesihatan!

Click to enlarge.

Friday, June 11, 2010

Last Day

Mind you, this post will be overloaded with pictures. Hehehehe.

Today is the last day of my practical day here with Azah and Zu. However, this practical will be the last for them both. I was thinking of menyambung nyambung lagi beberapa minggu. Tertakluk kepada rajin dan malaslah. Dan selagi tak jumpa jodoh? Hhahahhaha.

Terpaksa bangun pagi setiap pagi wasn't that cool. Anyhow, watching the bright sunshine will always be the food I'm craving for. 

Jalan raya yang mempunyai banyak lane memang seronok untuk merempit! Apa lagi kalau lane tu tak banyak kereta macam ini.
Sila spot apa aku buat dekat side mirror itu. Hhehehe

The fake flying.

Membonceng dengan kelajuan 100km/sejam memang buat aku rasa berterbangan di udara. Tapi, sila membonceng dengan berhemah. Eh, membawa motor dengan berhemah.


Kan dulu aku ada cerita perihal bukit yang cantik yang ada lembu-lembu berteduh di bawahnya? Ala, dekat lebuhraya Silikon tu. Hari ini, aku ada ambil gambarnya, tapi sayang, matahari dah menutupi pokok nan sebatang tu makanya hanya tinggal bukitnya sahaja. Sila berimiginasi sendirilah ye.



Lihat. Itulah tempat saya bekerja. :')

Sila spot di mana motor yang membantu kami hingga ke tempat kerja. Motor berwarna putih hitam. Ada tempat letak barang kat belakang. Ala, carilah. Ada. Ada. Dah jumpa?


Inilah bilik pediatrik tempat saya bermain, eh, menguji pendengaran kanak-kanak.

The last days for them, the last day for me WITH them. :'(


Cuba bagitahu aku bagaimana nak elak rasa tidak mahu bermain dengan ruang bilik yang sangat funky dan ceria dan mainan yang pelbagai!


Selamat tinggal Hospital Serdang. Tsk tsk tsk.

p/s: Tak payah cari motor tu. Memang tak ada. :P
p/s/s: Ye. Ye. Aku tahu aku pendek. :P
p/s/s: Tak jumpa jodoh lagi ni. Macam mana? Hahhahahhaha.


Pesanan Besar: Kuatkan semangat bukanlah gifted atau talent. Itu adalah latihan hati yang memerlukan sabar.

Thursday, June 10, 2010

No Title

Kalau aku tak kenal kau kan bagus.


Tapi tak juga, sebab kenal kau, kenallah perasaan M.E.N.E.N.T.A.N.G!

---

Siapa ada idea macam mana nak betulkan emel? Emel aku tak boleh attach files weyh! Dua dua pulak tu; Yahoo and Gmail. Maka terpaksalah minta tolong budak ini untuk receive files through gtalk, dan dia send balik thru emel. Kerja apa pesen pun tak tahu. Heh.

2 days left. 

And tomorrow is babies' day as usual. I got Iranian patient today and I think It's cool because now I know Iranian people tak tahan pedasssss.

Hari pengikatan is on the way! :')

Mari bertaruh; siapa yang boleh senyum sepanjang hari. Sepanjang hari. SEPANJANG HARI! Jom! Cabar diri kita yang selalu lemah dan kalah dengan makhluk bertanduk ghaib bernama syaitan itu!

---

Aku dah besar. Dah senior. Dah TAHUN 4 dan aku SOMBONG. Ingat tu junior sekalian.


Pesanan Besar: Jangan bodoh sombong ye! Bodoh sombong sangat hodoh!


Tuesday, June 8, 2010

NICU

Neonatal Intensive Care Unit (NICU).

Kalau bayi yang dilahirkan kita tempatkan dia di wad neonatal sebagai transit sebelum dia sampai ke rumah. Tapi, bukan semua bayi elok jejak dunia sihat walafiat. Ada yang sakit sikit dulu sebelum sihat. Ada yang sakit teruk. Ada yang satu penyakit, ada yang banyak penyakit. Ada yang penyakitnya sementara dan ada yang kekal hingga ke tua.

Ada yang tak sempat hirup oksigen dunia pun.

Bersempena ada alat ujian extra hari ini, maka naiklah kami ke wad jagaan rapi neonatal atau NICU. Eh turunlah kami ke NICU. Kalau HUSM wad dekat atas, sini terbalik. Orang yang teruja lebih dah tentu tentu aku. Serius. Dengar nak naik NICU terus macam, wow! Bukan sebab pediatrician dia kacak ye. Bukan. Bukan. Bukan. Ini sebab dunia bayi. Bayi. BAYI!

Wee.

Wad NICU dekat sini sungguh cukup buat aku nganga mulut. Macam sangat teratur dan sangat cantik dan sistematik. Macam tu lah. Memang masuk pandang sini, bayi. Pandang sana, bayi. Pandang depan, bayi. Belakang, bayi. Semua bayi.

Bezanya, bayi bayi ini sakit.

Kenapa audiologis perlu ke NICU?

Ada banyak sebab bayi yang dilahirkan ke dunia atau senang cerita berisiko tinggi untuk mendapat masalah pendengaran. Kalau nak tulis semua memang panjang lebar tak cukup muka suratlah. Eh, sejak bila blog pakai muka surat?

Mari kita senaraikan perkara yang sungguh common yang boleh mengakibatkan masalah pendengaran kepada bayi.

1. Bayi yang dilahirkan dipaksa atau dibantu. Assisted delivery.
2. Bayi yang kelemasan. Tak cukup oksigen masa dilahirkan. Asyphxia. Kekurangan oksigen boleh mengakibatkan sel rambut luar koklea rosak. (Outer hair cell of the cochlea). Koklea adalah organ pendengaran ye anak anak.
3. Bayi yang menghidapi kuning/Neonatal Jaundice. Kuning merupakan bahan kimia tubuh yang juga mampu merosakkan organ pendengaran.
4. Bayi tertelan najis atau lebih dikenali Meconium Staining. Ini aku tanya budak medik. Gasaklah ejaan kalau salah ye.
5. Bayi yang kepala besar (macrocephalus), hydrocephalus, kepala kecil (microcephalus).
6. Bayi yang ketika kandungan telah dijangkiti virus. Virus-virusnya lebih dikenali dengan TORCHES. (Taxoplasma, Rubella, Cytomegalovirus, Herpes Simplex dan Sypihlis. Ini adalah virus yang berbahaya untuk pendengaran.
7. Bayi yang mak atau/dan ayah dilahirkan memang mempunyai masalah pendengaran dari kecil. Atau ada sejarah keluarga mempunyai masalah pendengaran sejak kecil.
8. Bayi yang mendapat infeksi ketika dilahirkan.
9. Ototoxicity. Ubat yang memberi kesan kepada organ pendengaran. Contohnya; gentamycin.
10. Masalah telinga tengah dan luar. Kalau baby selalu sangat selsema, kami risaukan air berkumpul dan boleh terjadinya infeksi dalam telinga tengah yang mengakibatkan temporary masalah pendengaran. Bayi sangat memerlukan pendengaran jelas untuk belajar bertutur. Walaupun ringan je masalah pendengaran, kalau kerap, itu mengganggu pemerolehan bahasa mereka.

Dan selainnya yang saya rasa common tapi saya kurang dapat recall. Kenapa kami perlu uji pendengaran mereka ya?

Prevention is better than cure and the earlier the detection, the earlier the intervention would be given and of course; that's the best way after all!

---
"Ni reti basuh tangan tak?"
"Errr.. basuh tangan reti. Tapi kalau basuh tangan stail wad NICU, saya tak reti,"
"Apa pulak tak reti? Sama je. Basuh tangan saya nak tengok,"

Haih. Padanlah kawan kawan medik aku takut sister. Dia punya renungan, sikit punyaaaaaaaaaaaaaaa gerun okayyyyyyyy!Belum berkata-kata lagi. Hehhehe. Bila basuh tangan dia berstep-step. Tapi aku macam tak berapa nak gemar ketika membasuh ikut 7 langkah itu, paip air terbuka secara percuma membuatkan syaitan bergelak ketawa. Berapa kali aku kena tegur, tak payah rajin rajin nak tutup. Biar je terbuka.

Tapi sister ni tegas dan baik hati. Tinggal lagi err.. gerunlah.

"Saya tak bolehlah tengok air terbuka,"
"Biar aja. Germs tu nanti spread,"
"Errr. Okay,"
"Gosok situ. Sini. Sana,"
"Haaa. Tutup saya tahu. Pakai siku kan?"

Over kan excited aku masuk wad bayi? Konon tahu pusing, sekali pusing salah arah, haruslah baju basssssssssssssssssssssssah!'

Tapi, kalau buka tak boleh pakai siku ke? Musykil aku.

Nak pakai gaun wad pun dah gelak-gelak tak tahan. Nampaknya aku akan terus dapat ceria free masuk wad bayi.

"Ambillah bayi tu masuk bilik prosedur,"
"Aaa? Tolak ni? Tangan ni kata tak leh sentuh benda lain?"

Gila naif weeh.

"Tak apa yang itu. Bedung baby tu dulu, nanti dia gerak gerak,"
"Aaa? Bedung? Err,"

Blur.

"Boleh ajar dulu tak cara nak bedung?"

Nasib sister itu ketawa. Tak kisahlah kalau dia ketawakan kecuakan aku dan kepucatan muka aku keterujaan aku atau muka tak cool aku. Little creature baby ni aku rasa fragile sangat. Aku takut aku pegang kasar sikit, putus tangan anak orang. Over tu imaginasi.

"Ni tak ada adik ke?"
"Tak ada,"
"Anak bongsu?"
"Eh, ada. Adik dah besar,"
"Dah kahwin ke?"
"Dah. Eh, belum!"

Cuak bukan bila ada orang observe benda kau tak pernah buat terus kena buat tanpa ada demo? Cukup dua hari, jadi ibu mudalah I di wad NICU. Awwwww!




p/s: Berjaya buat entri separa ilmiah juga akhirnya.

Pesanan Besar: Kalau kau rasa gagal hari ini, mungkin kecemerlangan Allah dah reserve untuk kau hari esok?

Monday, June 7, 2010

Kehilangan

---

Setiap kali nak pergi kerja, aku mesti terbayang isi ilmiah yang aku akan karutkan di sini. Bila aku dah menghadap laptop, semua benda tu terbang. Aku menghidapi apakah?

Tinggal lagi empat hari menghabiskan sisa praktikal bersama dengan dua assigments yang macam biasa jangan haraplah aku nak buat mengadap awal-awal. Wuuu.

Aku tak berapa nak rindukan praktikal sebab macam gerun dah weh kena marah dengan pesakit. Eh, tak gerun sangat. Bila kena marah, aku adalah orang yang boleh buat muka paling annoying atas dunia. Cuma, aku tak berapa nak gemar underestimate ni. Itu sakit.

Aku rasa kebanyakan sikap dan sifat orang melayu je macam tu. Maaf eh sebut, tapi itu realiti. Bangsa selainnya sangat okay setakat ini. Serius. Sangat okay. Tak ada pula keluar eksperimen ni semua. Cool bukan untuk membiarkan orang belajar menikmati masa belajarnya?

Aku terfikir juga, aku antara orang melayu yang underestimate ke?

Oh. Senior dental ambil impression gigi aku lebih dari sepuluh kali dan aku tetap berfikir, ini masanya belajar, kelak aku juga. Doktor master pun ada masa mengaku saya tak tahu, dan aku okay juga. Pernah HO ambil darah tangan aku terketar-ketar tak jumpa vena sampai berapa kali tarik keluar masuk, dan dua kali tukar jarum sebab dah masuk angin ke apa sampai bengkak biru tangan aku. Benkak biru okay lagi, tapi bila balik malam buta sampai tempat cerah, tangan aku bercucuran darah. Pun aku masih okay.

Beri masa pada pelajar adalah pekerjaan yang susah sangatkah?


p/s: Okay okay okay okay. AKu akan fikirkan entri lebih ilmiah! -.-"
p/s/s: Tinggalkan klinik bermakna tinggalkan sekalian bayi juga. Itu sedih!

Pesanan Besar: Kita tolong orang, Allah akan permudahkan kerja kita kelak. Ingat, hidup ini RODA.

Sunday, June 6, 2010

Psikologi Semata

Minggu lepas adik aku membuat majlis di rumah kawan dia. Aku dan Azah adalah antara jemputannya. Aku merupakan anak yang sangat jarang berada di rumah, maka aku adalah anak yang kurang dikenali jika dibandingkan adik beradik yang lain. Jiran tetangga hanya tahu mak ayah aku ada anak tengah yang jarang mereka jumpa.

Bersempena majlis itu, punyalah aku memakai jubah bertudung litup habis sopan (eleh, sebab baru balik kerja malas nak mandi dulu je pun) dan Azah ketika itu hanya berT-shirt.

"Akmal, kawan kakak kau ayu je tapi kakak kau muka samseng,"

Ohoh. Muka aku samseng?
---

Bukan aku nak cerita ni sebenarnya. Berkenaan pos entri Mari Bernikah tempohari, maka bermulalah hari di mana ibu ibu tidak perlu memasak di hari minggu. Oh, aku adalah anak yang kena paksa pergi ke majlis kenduri kendara. Kalau bukan kerana paksaan, haruslah jiran tetangga makin tidak mengenali aku.

"Inilah angah? Kaki okay dah?"
"Okay aja. Sihat ni main futsal balik. Hehehhehe,"
"Macam tu pula. Tak apalah, lepas ni rawat orang pula. Bakal doktor kan,"
"Doktorlah sangat,"
"Buat apa sekarang?"
"Praktial kat Hospital Serdang,"
"Kerja situ terus ajalah,"


Sengih sengih.

Olohlah. Letih dah eh aku nak jelaskan, maka aku ambil pendekatan diam ajalah. Pesakit aku pun asyik duk panggil; doktor, kalau macam ni? Doktor, macam mana eh telinga saya? Doktor, telinga saya sakit.

Gasaklah kau. Doktor pun doktorlah.

Aku memang alah pergi tempat ramai orang. Alah benar. Mungkin psychosomatic tapi apalah sangat aku peduli. Tempat ramai orang buat aku serabut dan rasa nak muntah. Mujur Islam mengajar bersosial maka adalah alasan besar aku nak jawab pada syaitan penuh godaan.

Itulah hebatnya minda. Cuma, sampai sekarang aku tak faham kenapa minda sangat dipengaruh oleh melodi, irama dan lagu. Contohnya sepanjang proses makan memakan tadi, lagu yang sangat tinggi decibelsnya berjaya buat aku terfikir kalau tak kahwin tak boleh?

Kalau isteri pertama merajuk,
Balik ke rumah isteri muda.
Kalau dua-dua merajuk,
Ana kahwin tiga.

Banyak cantik?

Tak, bukan pengaruh lagu tu yang buat aku berfikir begitu. Aku cuma terfikir how marriage can be a nightmare?

Dan kemudian ke Kuala Lumpur yang dipenuhi bangunan bangunan pencakar langir, setinggi alam hasil dari susunan batu batan membentuk kemegahan. Dalam celahan setiap ciptaan yang memunahkan hutan itu; masih adakah manusia berhati manusia bersembunyi di situ?



p/s: Macam comel gila bila kenangan lama nak berputik semula. Oh comellah anda. :')

Faham

Baru aku faham kenapa doktor tak nak rawat anak dia sendiri. Aku pun sama.

Friday, June 4, 2010

Mari Bernikah

Menatap papan kekunci sambil berfikir apa yang menarik hari ini atau apa yang menarik berlaku dulu-dulu untuk coret di sini.

TIADA.
---
Kalau masa bercuti sekolah ni, mak mak, ibu ibu, mama mama, mami mami, umi umi sekalian tak payah risau sangatlah kan hujung minggu dapur berasap ke tak. Masa cuti sekolah ni kebanyakan yang nak mengakhiri zaman bujang, masa nilah yang diorang pilih.

Kenapa cuti sekolah? Pelik juga.

Sebab yang nak bernikah, bukanlah budak sekolah yang perlukan cuti free. Yang nak bawa ke majlis benikah pun, bukanlah budak sekolah yang perlukan masa untuk memandu ke sana. Em, kalau buat pernikahan masa cuti sekolah sekalipun, bukan weekdays pun. Weekend. Sabtu, Ahad maknanya kalau tak buat cuti sekolah pun tak apa kan?

Hahahhaha.

Semua benda ada jawapannya.

Kalau bernikah kau kat Ampang, bakal suami kau kat Serdang tak apalah. Satu negeri. Eh, tak boleh juga sebab kalau keluarga kau orang Sabah?


Itulah dia perlu majlis cuti sekolah. 

Bersempena minggu depan cuti sekolah dan majlis pernikahan di merata-rata; terutamanya kepada kakak senior dan rakan-rakan aku yang akan bernikah, aku ucapkan SELAMAT MELALUI SATU ALAM PERKONGSIAN!


Selamat Bernikah!

Pernikahan adalah gabungan dua hati yang mengajar belajar menerima, erti sabar, berkongsi, tolak ansur, kasih sayang, persaudaraan, jalinan kemesraan, dan belajar mengenali seseorang yang totally lain dan asing   hari demi hari!

Jangan risau, kalau kita baik pastinya si dia baik juga. Ini sunnah nabi dan jangan resah hati. Buat yang terbaik!




p/s: Doakan aku dapat menjadi audiologis di Brunei. Andai itu yang terbaik, doakan di permudahkan.

Pesanan Besar: Matinya seseorang muslim itu tidak meninggalkan apapun melainkan tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan ANAK SOLEH.

Untuk dapatkan ANAK SOLEH, pernikahan caturannya.

Wink. :')

Kisah Palestin, tekan sini.

Thursday, June 3, 2010

Functioning?


Saya dapat dua indikasi yang menunjukkan pengaruh situasi kepada otak dan minda saya. Pertama; saya tidur pukul 8.30 malam dan bangun 6.30 pagi. 10 jam tu saya tidur sebab saya ada ramai pesakit hari itu. Eh, kelmarinlah. Haa. Tu sebab saya tak update entry semalam. Cukup rehat woo! Jadi situasi ini saya namakan, over-rest.

Hari semalam juga, pesakit ramai jadi saya balik agak tak stabil. Situasi dua saya namakan less-rest. Eh, restless. Eh? Alahai, kau orang fahamkan?

Over-rest; saya bangun pagi dengan mamai blur. Saya gunakan mandian sebagai sabun. Separuh jalan, hadei, mandian saya Pentene?

Less-rest/ Restless; saya balik kerja nak cuci gigi. Ubat gigi saya pencuci muka Safi? Yucks!

Heh!


Ini ada di board announcement tempat kerja saya dan saya suka gila poem ini!


I Love My Job!

I love my job, I love the pay!
I love it more and more each day.

I love my boss, he is the best!
I love his boss and all the rest.

I love my office and its location,
I have to have to go on vacation.

I love my furniture, drab and grey,
And piles of paper that grow each day!

I think my job is really swell,
There’s nothing else I love so well.

I love to work among my peers,
I love their leers and jeers and sneers.

I love my computer and its software,
I hug it often though it won’t care.

I love each program and every file,
I’d love them more if they worked a while.

I’m happy to be here. I am. I am.
I’m the happiest slave of the Firm, I am.

I love this work, I love these chores.
I love the meetings with deadly bores.

I love my job – I’ll say it again.
I even love those friendly men.

Those friendly men who’ve come today,
In clean white coats to take me away!!!!



p/s: Saya dapat pesakit lelaki yang sedih kisahnya hari ini. Semalam dia dapat demam virus yang menyebabkan masalah pendengaran sangat teruk, dan esok dia akan bernikah.

Pesanan Besar: Allah nak tarik nikmat bila-bila masa dan di mana jua kan? Jadi siapalah kita.

Tuesday, June 1, 2010

Bongok Bukan?

Takziah kepada mak aku kerana menjadi mangsa ragut petang tadi.

Mak aku mahu membayar pisang goreng di sebuah gerai Kak Kiah (Okay, tang nama aku tipu) petang tadi. Adik aku yang penat tertidur didalam kereta kancil sementara menunggu mak aku. Yang mengidam nak makan pisang goreng, adik aku yang bongsu. Banyak kan adik aku?

Datang seorang lelaki bermuka cengkung turut sama mahu membeli air teh bunga di sebelah mak aku. Bila pesanan pisang goreng mak aku dah siap, mak aku keluarkan purse untuk bayar. Tiba-tiba...

Zaassssss!

DIRAGUT oleh manusia yang membeli teh bunga itu!

Bongok!

Lepas dah siap meragut macam kambing tak ada akal, dia campak beg duit mak aku dekat area, macam Kubang Kerian ke Kota Bharu. Haa. Sejam setengah je wehh lesap segala harta dalam beg duit tu. Macam tu lah kot jaraknya. Tak pun dekat lagi. Aku tak reti sangat describe kalau area KL Selangor ni. Wuu.

Orang sibuk duk berjihad kat Palestin sekarang, kau berjihad meragutlah kannnn!

Kesian mak aku. Dia dahlah mudah panik. Mujur ada adik aku tenangkan mak aku. Tsk tsk tsk!

Orang melayu. Bangsa aku. Agama serupa, warna kulit sama! Malu nak mengaku satu muslim eh. Selalu aku dengar mangsa ragut, hari ini mak aku. Mujur selamat, sihat, tak cedera.

Dunia hari ini! Bila Peragut satu profesyen.



Pekerjaan: Peragut


Insaflah. Hari ini kau selamat, esok? Doa orang teraniyai Allah makbul cepat tahu.

p/s: Aku rasa aku nak tukar kerjaya boleh?
p/s/s: Setiap kali balik, aku suka gila jumpa orang lelaki dukung bayi! Memang rasa lelaki begitu hati dia SOFT! Wuuu.

Pesanan Besar: Aku pernah baca ini; Jika mahu melihat lelaki penyayang. Lihatlah dia bersama bayi dan binatang. Merekai dicintai makhluk makhluk ini

Monday, May 31, 2010

Huda Pencuri?

Kontroversi gila tajuk tapi itulah yang berlaku. Aku pun naik confuse, heh aku duduk Kuala Lumpur ke sekarang ni? Hadei. Aku ingat aku anak menteri, rupanya? Muka pencuri! Busuk nama aku tak pasal-pasal. Heh.
---

Tadi keluar berjalan ke Mid Valley bersama Azah buang masa dek supervisor bercuti. Selamat sehari aku dari bekerja. Hek hek. Masa nak masuk solat zohor, ada seorang wanita pertengahan 30-an tengok aku dengan pandangan yang satu macam.

Tapi aku biarkan dan terus bersolat zohor.

Usai aku solat, wanita tak bertudung itu masih kekal di situ dan pandang aku makan. Aku jadi pelik tapi aku biarkan. Aku fikir barangkali dia pelik sebab aku solat dan duduk antara dua sujud nampak tidak stabil.

Barangkalilah.


"Adik, nama apa?"
"Kenapa?"
"Nama apa?"
"Huda,"
"Tengok IC,"


Apahal pula nak tengok IC aku. AKu dah ada bau-bau cuak sikit tapi haruslah aku buat muka bertenang. Kalau aku kalut, Azah pasti lebih pucat. Yang penting, bertenang. Memang nak jadi ceritalah kan aku tak bawa IC. Oh, memang selalu aku jarnag bawa IC keluar jalan. Semakin melenggang kangkung, semakin aku suka. Sebab tu aku pelik gila kenapa orang suka bawa beg besar. 


"Maaflah IC tak bawa. Lesen ada,"
"IC tak bawa?"


Gila sinis dia punya muka macam aku ni taraf PATI!

"Sini kejap, keluar. Sila bagi kerjasama,"

Agak-agak aku harus ikut ke tak? Aku ni dalam hati, kak oi, saya bukan anak menteri nak culik. Mak ayah saya bukan jutawan atau hartawan atau segala 'wan' yang menunjukkan kaya raya tahap duit buang buang tepi jalan. Akak silap orang ni.


"Tapi kenapa?"
"Keluarlah. Kami nak minta kerjasama,"

Aku suruh Azah bersiap cepat sebab aku risau kalau aku kena culik, at least Azah nampak orang nak culik aku. Gila poyo rasa nak kena culik. Hek hek hek.

"Awak kenal ni gambar siapa?"
"Err. Tak. Kenapa?"
"Bukan awak?"
"Kenapa saya?"
"Saya nak minta kerjasama je ni. jangan marah,"
"Kenapa? Saya tak marah. Ada kecurian ke?"
"Saya tak tuduh awak. Saya cuma nak kerjasama,"
"Tak apa,"

Lepas tu dia panggil security bernama Faez dekat security-security lain. Security lain tengok aku memang bajet oooo, inilah pencurinya! Hadei. Hadei. Hadei. Terus rasa busuk gila nama aku. Tapi, aku gelak gelak je. Masa ni lah nak mengaplikasi kalau tak salah buat apa nak takut.

Bila aku gelak-gelak, security lain macam aik, pahal kau gelak?

Hahhahahhaha. Sudahnya salah orang. Nasiblah aku cool dan comel buat bodoh je dan gelak-gelak cute. Cuba kalau aku jadi Incridible Hulk?

---

Serius aku rasa Kuala Lumpur bukan lagi tempat aku. Aku dari stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) masuk MidValley, tapi bila nak keluar jenuh aku pusing keluar mana-mana pintu. Kekaaaaaaal tak jumpa!

"Encik, nak tanya boleh?"
"Ya, boleh saya bantu?"
"Saya tahu soalan saya bunyi bodoh, tapi kat mana eh pintu keluar ke KTM?"
"Kat tingkat atas, dik,"

Hak hak hak hak hak hak. Malu! Ni nak pindah negeri ni!


p/s: Apsal Shrek 3D aku tengok tak best eh teknologi dia? Biasa je. Huuuu.
p/s/s: Jalan-jalan kat Toy City demi mencari mainan klinikal Prof Din. Gila banyak mainan sampai aku yang teruja lebih. Kalau ada anak esok esok, haruslah aku yang mainnnnnnnn over! Advance kan mainan budak budak sekarang?




Suka gila lagu ni sekarang!


Got to fight another fight
I gotta run another night
Get it out, check it out
I'm on my way and I don't feel right
I gotta get me back
I can't be beat and that's a fact
It's OK I'll find a way
You ain't gonna take me down no way

Don't judge a thing until you know what's inside it
Dont' push me, I'll fight it
Never gonna give in, never gonna give it up no
If you can't catch a wave then your'e never gonna ride
You can't come uninvited
Never gonna give in, never gonna give up no
You can't take me I'm free

Why did it all go wrong?
I wanna know what's going on
And what's this holding me?
I'm not where I supposed to be
I gotta fight another fight
I gotta fight will all my might
I'm getting out , so check it out
Ya, you're in my way
So you better watch out


Pesanan Besar: Sabar sabar sabar sabar!


Friday, May 28, 2010

Apa Dia?


Cuba teka apa ini?






Hardest Part

I guess this was the hardest part after being a practical student for two weeks.

Underestimation


"Saya Huda, saya praktikal dekat sini. Dan ni supervisor saya,"
"Ha, ni saya nak tegur. Sistem hospital ni bla bla bla. You tadi ambil kad ada tengok dulu nama mana you panggil? Ada? I tengok you main ambil je? Sistem ni bla bla bla,"
"Maaflah, salah saya kot saya tak perasan ambil kad tu. Tapi, sistem hospital sini, setiap kali patient sampai, ada masa. Jadi kami ambil patient berdasarkan siapa sampai dulu,"
"I tak nampak pun you buat macam tu tadi?"
"Maaflah, salah saya kot,"


Senyum. 


"You student? Entah apalah korang nak buat dengan saya ni,"
"Tak apa, Insyallah tak jadi apa-apa,"


Senyum.


"Ni pertama kali datang ke?"
"Aah. Hah, tanyalah nak tanya apa,"


Senyum. (Dalam hati, macam ni kan student kena layan. Encik, saya setahun dah praktikal, ni tukar tempat je).


"Encik bla bla bla?"
"Ye.. bla bla bla,"
"Ada pening tak? Bukan pening biasa. Ini pening yang nampak dunia berpusing,"
"Ada. Dulu. Vertigo sekali. You tahu ke vertigo tu apa?"


Senyum. Dalam hati, alahai encik, saya mengadap setahun pasal penyakit ni. Tak apa lagi. Encik, manusia yang encik anggap tak tahu vetigo ni lah yang suffer penyakit ni bertahun-tahun.


"Tahu. Ada ambil ubat apa ye?"
"Entah. I lupa, I tak ingat dah lama. I've many appointments with that sekian sekian doktor,"
"Oh. Okay. Saya tengok telinga encik ye,"
"You pakai tu you tak cuci tak? You main cucuk je telinga patient mana-mana, lepas tu you cucuk telinga I. Nanti I balik tak pasal-pasal dapat infection,"


Tarik nafas panjaaaaaaaaaaaaaaaaaang!

"Encik jangan risau. Kami belajar prevention of spreading disease. Scope ni, setiap kali patient bertukar, kami tukar hujung dia. Kalau tak cukup, kami cuci dan swab dengan alcohol. Insyallah tak ada apa,"

Senyum.

"You jangan buat eksperimen sudahlah,"

Senyum.

Ya. Dengan senyum dan menjawab secara lembut, sopan dan teratur (yang memang bukan sifat aku), akhirnya pesakit aku yang satu ini mula berbual mesra. Tanya aku orang Melaka ke sebab cakap macam Melaka. Bila cakap tak, dan dan tu tanya aku orang Johor ke?

Praktikal kat mana? Oh jauhnya Kelantan. Bila habis? Bla bla bla. Pak cik ada anak lelaki ke nak jodohkan dengan saya?

Oh tak apalah. Kalau ada pun sebab pak cik dan underestimate saya, tsk tsk tsk sendiri jawablah.

Marah

Ada satu test ni memerlukan pesakit tidur; Auditory Brainsten Response (ABR). Biasanya, semua pesakit yang akan melalui ujian ini, kami akan sedate/tidurkan dahulu. Kecuali pesakit yang sangat tak cooperative dan tak tidur walaupun dah di sedatekan. Maka, terpaksalah pesakit ini masuk ubat pelali melalui IV line.

Aku jumpa seorang ibu sedang menidurkan anaknya masa aku handle patient lain. Aku senyum dan beramah-tamah.


"Susah nak tidurkan eh?"
"Tu lah,"
"Dah makan ubat?"
"Tak, I nak tidurkan secara normal,"


Aku dah kerut kening. Kalau tidur normal nanti patient tersedar tengah buat ujian, susah. Dan selalunya bila tersedar test akan prolong which patient kena datang for next appointment dan itu adalah membuang masa dan melambatkan proses diagnosis. Tapi, mungkin anak dia kalau tidur terus deep kot. Sedapkan hati.

Elok nak run test, memang dah kata tadi; pesakit bangun.

Tak pasal-pasal mak dia mengamuk salahkan kami yang pelajar. Tak reti buat sampai anak dia jaga. Ewah ewah, sebelum ni dah berpuluh patient kami buat, tak ada masalah pun?

Ok fine, kitorang pelajar, tapi perlu ke sampai nak mengamuk menjerit jerit bagai nak biar satu hospital dengar? Tak ada adab! Encik puan, ini hospital kerajaan, pesakit ramai. Kalau encik rasa penat menunggu, kami lagi letih merawat! Tolonglah ada sabar.

Yang kau nak tidurkan secara normal bila orang nak sedate juga, kau tak nak mengamuk pula?


Ingat kami ni tak ada perasaan malu kena hambur sesuka hati?
Ingat kami tak ada geram rasa nak terajang pintu?
Ingat bila kami ni student, kami ni bodoh sangat?
Ingat kami malaikat yang baik boleh diam dengar kamu semua memekik dekat kaunter yang penuh dengan staff dan pesakit?


Kamu marah, apa ingat kami tak reti menengking?

Dah kaya tak tahan tunggu sangat, blah swastalah. Kau ambil appointment lepas tu untuk dapat treatment dengan student yang BODOH ni jugak apa kes? Piiirahhhh!

Inilah bezanya pesakit aku dekat KL dan pesakit aku dekat KELANTAN! Jauh panggang dari api! Jauh langit dari bumi. Aku tak kata semua, tapi setakat aku kerja dua minggu ni, banyak beza.

Masa marah terus nak speaking. Apa ingat dengan speaking tu nampak kau hebat gila bijak-macam-hei-pelajar-jangan-main-main, aku boleh speaking maknanya aku hebat dan berdaulat dan kau kena hormat! 

Sorry. Ingat aku tak boleh speaking? Pedulilah kalau speaking aku bunyi hodoh atau tunggang langgang. Aku tak akan speaking dengan orang melayu yang speaking sebab nak nampak dia hebat boleh marah orang sesuka hati. Boleh blah!

Kalau kau speaking arab, ye! Baru aku tabik!

Tapi aku tetap senyummmmmmmmmm!

You're UNDER me!

Ni pun aku tak berapa nak gemar. Kalau kau dapat title meRAWAT, maknanya aku ni kena ikut kau jelah? Mentang mentang kaulah PERAWAT, aku buat kerja harus mengikut telunjuk dan arahan kau? Ikut suka hati kaulah kau nak suruh aku pergi kiri kanan? Yang penting, bila kau kata kiri, aku kena kiri. Bila kau kata kanan, aku tak boleh arah berlawanan.

Hei, aku ada DISIPLIN KERJA aku juga okay!

Kalau kau rasa kau hebat, ya! Itu bidang kau, dan kau tak akan hebat untuk bidang aku. Sebab ilmu tuhan ni luas lagi lebar dan kau tak akan larat nak telan semua!

Kau kerja luar dari masa pejabat, jadi bila aku dah siap-siap sarung kasut nak balik main dengan anak-anak eh dah nak balik jumpa keluarga dan kau perlukan khidmat aku segera, tak boleh minta elok-elok? Dah tak ada budi bahasa sebut MAAF sebab menganggu ruang masa orang lain? Dah tak reti guna perkataan TOLONG dah?

Eh lupa! Aku kan kerja bawah kau! Kau kan hebaaaaaaaaaaaaaaaaaaat!

Hak Dia

Hari ini juga hari yang malap bagi aku kerana sekali lagi terpaksa melepaskan pesakit yang aku ragu tahap kesihatannya hanya kerana sistem bukan sebagaimana sistem aku belajar!

"Puan rasa anak puan ada masalah pendengaran ke?"
"Entah. Kadang-kadang dia respon, kadang-kadang tak. Tu yang ragu tu,"

Aku kerling kanak-kanak tiga tahun setengah ini. Aktif. Aku keluarkan mainan, attract attention dan yup, conditoning untuk procedure test as well.

"Tengok, kakak ada mainan. Rumah besarnyaaaa! Jom main?"

Dia terus capai mainan dan tak lepaskan botol susu. Demi teringatkan prosedur ini perlukan tangan yang aktif, perlahan-lahan aku terpaksa tarik perhatian dia ke arah mainan dan ambil botol susu. Perkara pelik berlaku.

"This is a bird. Bird! Bird! Bird! Three. Where's three! Three? Circle. Circle. Where's circle. I can't see circle! Circle?"

Gulp!

"Aiman ni speaking ke kat rumah?"
"Aah. Dia sorang je speaking. Saya tak cakap english pun. Dia dari kecil masa saya nak memasak and buat kerja rumah, saya letak dia depan TV. Dia suka sangat tengok kartun disney,"

Sila bayangkan pesakit aku ini bercakap dengan intonasi dan dialek (tapi pelat) sebiji kartun english.

"Okay Aiman! Let us playing. See! I have square, where should I put the square, buddy?"
"Square! Square! Oh no! Wrong! Where's square?"
"Here, see. Oh, I have.. ermm??"
"It's eight! Eight! Oh. Yes! Yes!"

Aku pandang dia. Aku tarik tarik mainan dan letak dekat dengan mata aku sambil mengacah-acah. Aku pegang muka dia supaya padang aku.

No and refuse to make eye contacts.

"Kalau dekat rumah dia banyak bercakap dengan puan tak?"
"Cakap macam ni lah. Kadang faham, kadang tak. Kalau budak sebaya dia kan suka tanya maka ayah macam-macam. Dia lain sikit. Dia tak ada nak tanya saya apa-apa. Kalau main, nak main sorang-sorang. Dia suka kereta. Kalau dapat kereta memang berjam-jamlah dia main,"
"Dia main macam mana ya? Maksud saya dia susun ke? Dia jalankan ke?"
"Dia suka tayar. Kadang-kadang dia tengok je tayar tu. Dia kreatif, kalau dia main kereta, dia letak macam-macamlah atas kereta tu. Contoh tin biskutlah. Kalau tak dapat letak, dia mengamuklah. Dia memang suka mengamuk,"

Suka mengamuk. Jelas.

"Dia bangun, mandi ke apa ke mesti ikut jadual dia tak? Macam kalau mandi pukul 7, mesti nak pukul 7 je?"
"Tu tak perasan pulak. Selalunya dia main je. Kalau tak kena kehendak dia, siaplah, mengamuk,"
"Kalau jatuh, dia menangis tak? Luka ke? Menangis?"
"Tu dia memang berani. Pernah sekali dia terlanggar pintu sampai jatuh bengkak kepala, kita yang menjerit. Dia relaks je bangun berlari semula,"

Oh! Oh! Oh!

"Dia main tak dengan adik dia?"
"Main juga tapi banyak main sendirianlah,"
"Dengan anak-anak jiran?"
"Anak jiran tak faham sangat sebab dia cakap english. Itupun dari jauh je dia tegur,"

Sepanjang sesi klinik, memang nampak ada tak kena, tak kena kehendak dia, Aiman akan tantrum. Dia walaupun dah disedatekan, dia paksa diri tak tidur. Sangat unik sebab aku rasa dia ignore bunyi sekuat alam yang aku dengar pun noise induce kejap walhal tipikal budak memang akan terkejut.

"Dia ada jumpa pediatrik ke? Erm, doktor kanak-kanak?"
"Dulu adalah, masa paru-paru kena jangkitan,"
"Oh. Itu yang sebab penyakit, yang sebab masalah behavior, delay speech?"
"Tak ada pulak,"

Angguk kepala.

Aku takut ini yang berlaku sebenanrnya.

Lecturer aku pesan, we see the patient not only the hearing and balancing. But the whole body; especially the hearing. Any abnormalities, do refer to other specialist. It'a all about patient's sake of life.

I want to refer this patient! Please, I do! 

I can't sleep now because this cute little boy keep flashing in my mind. If my early worry is his problem which might late to be detected (perhaps I'm the right person to be blamed), how about his future when no or delay intervention given? How about his life later on? How?

But in anyway, i don't know how and yes, I'm still a student and a stranger. Stranger. Stranger; at least to this hospital.

Stranger tidak boleh memandai.

Thit is sad. :'(













Wednesday, May 26, 2010

Brighter Sun

Memang sangat aku kalau balik rumah tak akan buka buku. Serius! Kat klinik muka confident je walaupun ilmu tak ada di dada. Muka biar bergaya supaya bila kau tak tahu, patient masih yakin dengan rawatan dengan muka bajet boleh jawab. Aku memang pantanglah kalau duduk rumah kena study. Holooohhh. Duduk rumah, cuti, cutilah!

Lihat bahagian tahun ye adik adik.


Bersediakah aku?

---
Setiap hari masa dalam perjalanan ke Hospital Serdang, akan lalu kawasan berbukit; Lebuhraya Silikon. Kawasan ini memang kawasan UPM dan persekitarannya memang WOW!

Ada satu kelebihan dan keunikan dengan kawasan berbukit ini. Setiap kali aku melalui pagi, matahari sangat bersinar cemerlang. Warna kuning kejinggaan itu adalah satu macam. Satu macam ketenangan yang kalau kau tengok, kau akan terfikir hari-ini-harapan-baru.

Dan bila kau pulang, warna yang sama mengiringi. Cuma kali ini, warna petang. Dan warna ini seolah menjemput kau kembali untuk esok hari yang bakal berulang dengan harapan yang lebih sempurna, lebih gemilang.

Matahari terbenam lebih cantik dari matahari terbit. Namun, bermulanya satu hari adalah lebih baik dari berakhirnya hari itu.

Aku tak tahu kenapa tapi sekarang aku mengimpikan ini, menunggu subuh di atas bukit tu dan menyaksikan sapaan mentari pagi walaupun aku tahu kemungkinan kena halau dengan pengawal UPM sangat tinggi. Hee.

Gila jiwang. Tsk tsk tsk. :')
---

Setiap hari aku berjumpa pesakit kanak-kanak yang comel, baik, cooperate dan semangat bermain. Kau fikirlah bagaimana aku harus manahan diri dari menangis. Aku tahu aku emosi tapi aku mesti bijak sembunyi!






p/s: Sebab aku naik motor, memang tak boleh snaplah moment comel mentari ini.
p/s/s: Mak pesan tidur lewat bangun awal, cepat tua. Wooo! 
p/s/s/s: Ku masih bertanyakan bilakah ia akan diwarnakan semula?


Pesanan Besar: Hanya satu permintaanku, bimbinglah daku menuju restu.

Tuesday, May 25, 2010

Untungkan?

Untungkan ada kakak? Tapi, adik aku untung sikit je ada kakak macam aku. Sebab kalau dia minta tolong memang sangat jaranglahkan aku nak bermurah hati menolong. Ho lah, kau suruh aku ajar kau Fizik, tak ke gila nak dapat ajaran sesat namanya? Heee.

Otak aku bukan geliga okay. Hiks. Tunggulah aku bernikah dengan jurutera esok, tak pun pakar metamatik. Haa, masa tu tanyalah apa sahaja berkenaan nombor. Ewaaah.

Aku balik kerja (kerja?) tadi, dia minta tolong lukiskan dan warnakan kerja pendidikan seni visual dia. Orang bandar ni kerja tuisyen je kot tiap-tiap malam. Aku dulu jangankan tuisyen, kelas pun aku tuang. Hahahha.

Disebabkan dua tiga hari ni agak tertekan mental, jadi aku menerima dengan senang hati walaupun mulut bunyi sikt-sikit eh ni siapa yang nak exam? Yup, masa susah hati ni, saluran nak letakkan tenang adalah konsentrasi ketika melakar dan mewarna. Itu bagi akulah.



Untungkan? Dia balik tuisyen, aku yang tak bersalin lagi baju kurung balik kerja duk tekun lagi mengadap kertas lukisan dan berpuluh-puluh warna. Dia balik bajet nak sambung tapi tertidur sebelah aku. Mak aku haruslah, "Tolonglah siapkan, adik penat tu,"

Dan memang sifat aku buat kerja mesti sampai habis, jadi aku siapkan ajalah.

Untungkan ada kakak?

Esok pagi celik mata, siap!

Nasib dia janji nak belanja aku burger esok. Oit dik, kau kena syukur ye angah siapkan lukisan kau. Angah pun tak pernah hantar kerja sekolah. Lukisan apatah lagi zaman muda muda dulu. Tahu!

Sila bersyukur.


p/s: Aku gurau je, tu pun nak amik hati. Tsk tsk tsk. ;'(
p/s/s: Payahnya nak faham kaum yang satu ini
p/s/s/s: Ini
blog kreatif anak pensyarah aku! Comel je! Antara blog-blog photographer bernaluri comel. Hek.



Pesanan Besar: Padanlah mak aku susah hati dulu kalau aku tidur tak siap kerja, ini yang aku rasa kalau adik aku esok tak siap homework.

Naluri ibu!



Eh, aku esok esok, akan jadi ibu yang baik yang tolong anak buat homework tak? Hahahahha.

Sunday, May 23, 2010

Trial Version


Ini adalah masa PASUM dulu. Zaman sesi bedah bedah tikus. Hohohoho. Bukan aku nak cerita ni sebenarnya. Aku tengah belajar benda baru nak edit template untuk seorang budak yang agak cerewet tapi dia tak nak mengaku dia cerewet jadi aku layankan ajalah. Hahahhahahahah.

p/s: Mati aku kalau budak ni baca. Tapi, aku rasa dia sangat busy, jadi dia tak ada masa nak membaca blog. Ehek ehek. :D

Saya Cuba

Saya cuba buat yang terbaik walau kadang-kadang saya malas sangat. Saya cuba paksa diri saya menjadi sehebat mungkin walaupun saya perlu sentiasa pesan pada diri secara diam, hei awak boleh. Awak boleh! Awak boleh! Saya akan terus berusaha dari hari ke hari. Paksa atau rela, tak mengapa, saya masih ada daya.

Tapi, saya ada masalah besar.

TAPI.

Concern saya tak sama dengan concern orang lain. Ini buat kerja saya terbatas dan saya sedih!





p/s: Saya tak nak gagal, sebab gagal saya bermakna sengsara beberapa pihak.

Pesanan Besar: Jika tidak suka, tak mengapa. Satu hari nanti bila kau ada kuasa, jangan lakukan perkara SAMA!


Saturday, May 22, 2010

Finally!

Akhirnya Jumaat tiba jua. Dan, Sabtu menjelma semula.












Sesak Dada!








p/s: Aku rasa aku satu satunya orang yang balik kelas esok bertambah montel. Orang lain praktikal jadi aktif, penat, letih dan kurang makan. Aku sebaliknya. Frust eh setiap hari menimbang. Adeh.