Thursday, May 20, 2010

Cuba Jawab

Kita ada otak dan kita dikurniakan boleh berfikir banyak benda, dan banyak perkara, dan pelbagai cara. Semua benda mesti ada contoh untuk faham. Okay. Contohnya.

Hari ini hari apa?


a. Hari Khamis
b. Hari yang esoknya Jumaat
c. Hari yang lusanya Sabtu
d. Hari yang semalamnya Rabu
e. Hari yang kelmarinnya Selasa


Mana jawapan yang sepatutnya?








"The way you answer the question doesn't matter. The accuracy is counted,"
~diarisenja





p/s: Saya pelik dengan hospital ni sikit tapi saya kagum gila setiap minggu ada medical conference. Hebat! Ya, saya dahagakan external knowledge. Rasa tadi masuk sama dengar dalam kalangan staff, WOW!

Should I?

When someone really welcoming you to the world you dream for, there's something weird happening. Your heart immediately say.

Oh NO, thanks.

Well, agreement if real subjective, huh?


p/s: Esok ada medical conference. Mari mencari jodoh. Ahahahhahaa.
p/s/s: Sejukkan hati sebab taubat aku mengantuk esok. Olooohhhh! -.-"

Wednesday, May 19, 2010

Time

As for me,
Time is the perfect healer!

Don't you think so, guys?

---
I'm in working environment now. One of my wishes later on; I hope I'll be working with tolerable and respectful intelligent doctor who doesn't feel they owned all the knowledge.

It is not because I'm going to be sad or weak or emotional. No, it won't. But I'm afraid, I'll stand still and FIGHT. That's typical of me which doesn't make situation any better. Duhhh.






Pesanan Besar: Dunia ni luas, kongsi-kongsilah. Tak baik tamak, tak baik berlagak.

Tuesday, May 18, 2010

Tiga Perkara. Eh, Empat!

Benda paling seronok pergi kerja adalah kerana dapat merempit pagi dan petang. Ewaaaah. Kerja tu. Gila suka aku naik motor. Angin laju macam dekat pantai! Memang kembung perut makan anginlah. Eheh.

Pertama
Okay. Sila jangan panggil saya Huda sekarang. Nama saya adalah SYAHIDA. Hahahahha. Terus terasa jelita serta merta bila orang "Syahida, plan apa untuk patient ni?". Bukan takat jelita, terasa diri ini adalah wanita melayu terakhir yang habis sopan santun dan lemah lembut. Awww!

Kedua
Kau lupa ke kau berada kat KL yang tengah bandar mana ada highway satu lane pergi, satu lane balik? Oloh! Apa kau ingat ni Kelantan selamba badak atas highway boleh silap masuk lepas tu buat U-turn kemudian menunggang songsang? Gila. Dah lama hidup?

Tapi. Serius terfikir macam mana Azah boleh fikir dua lorong tu pergi balik. Nasib jalan lengang, kalau tak.. selamaaaaat. Elok Hospital pun depan tu je. Heh.

Ketiga
Lain kali kalau nak isi minyak boleh ingat tak kau letak kunci dekat ruang kosong minyak? Boleh ingat jangan tutup seat sebelum ambil kunci? Hahhahaha. Kan tak pasal pasal jejaka baik hati (Ewaaah) dan tukang isi minyak kena berhenti tepi kedai tolong setelkan, cungkil seat untuk ambil semula kunci?

Lagi haru kalau tak boleh buka sebab kau tak ada kunci lain melainkan itu satu satunya. -.-"

Ke Empat
Hahhahahhahhaahahhahahhahaha. First day lagi dah kena marah. Memang tipikal Huda suka main main okay. Heh.

Tadi En Khary pesan. Buat praktikal tempat orang, jangan lupa diri, jangan sombong, jangan kurang ajar. Jangan lupa daratan sampai rasa tak belajar apa apa dari supervisor lain. Praktikallah dunia sebenar pekerjaan. Ambil ilmu sebanyaknya. Terima kasih, En Khary! Tak kesahlah kalau En Khary suka nak sepak kaki saya. hhehehhee.

Sebenarnya aku tak pernah naik motor sejauh ini selain dari dengan ayah aku. Tadi first time Azah bawa selepas 5 tahun haruslah aku berdebarkan? Dahlah side mirror kiri patah. Tak peliklah habis zikir, habis ayat Quran yang aku tahu aku baca. Habis dua dua, aku menyanyi. Well. Tulah cara aku nak hilang cuak sebab aku boleh berimaginasi negatif sampai aku sendiri tak sanggup nak fikir. Anda boleh mencuba. :')

Oh. Setengah jam perjalanan rasa lama masa pergi, sekejap bila pulang. Psiko kah?






Pesanan Besar: Bila kau rasa kau tiada jalan pulang, kau berhenti sebentar. Tunduk berfikir. Kau ada tuhan!

Sunday, May 16, 2010

Jangan Terkenang Jangan Mengenang

Ayat aku tak tahan kan? Tapi kali ini boleh mengenang dan dikenang dan terkenang. Sempena hari guru ni, oloh common gila buat ucapan. Tukarlah.
---

Masa tadika. Saya budak baik dan berjuruh. Sayalah yang sekolah cari cari sebab kena jadi solo nasyid. Kan saya dah kata suara saya lemak merdu. Dululah. Masa kecil. Sekarang? Hampeh. Saya jugalah yang mendapat johan dalam hafazan walaupun orang suruh baca surah Al-Zalzalah tapi saya ingat surah Al Zalzl;ah adalah Al-Kafirun. Jadi saya baca surah Al-Kafirun dengan tak bersalah sampai habis dan berjaya masa sesi terakhir. Saya menang bawa piala tinggi sebab orang lain jangankan nak baca surah yang disuruh, surah salah pun tak selancar saya. Ehehhehe.

Oh. Saya tak minat piala atau pingat atau seumpamanya. Yup. Semua tu masuk tong sampah. Hahahhaa.

Jadi masa tadika adalah masa kegemilangan saya walaupun saya tak puas hati dapat nombor satu sebab hadiah yang saya nak adalah hadiah nombor dua. Pensil tekan dia cantik. Tsk. :'(

Walaupun begitu, terima kasih kepada guru-guru Tadika Al-Islamiyyah.

Masa darjah satu dua tiga, orang yang selalu tak siapkan bahkan buat pekasam semua kerja rumah pendidikan seni. Sayalah tu. Huh. Apa ingat senang nak melukis poster Cintailah Alam Kita? Ingat senang nak lukis Taman Permainan Saya? Halloolahhh. Saya pantang betul nak melukis melukis pakai cat air segala ni.

Lagi saya pantang kalau kena buat kolaj, tikar dan haa yang esok bawa kentang bawang bendi kita main cop cop. Yang tu pantang sangat nak buat. Malas, tahu? Jadi kalau ada lapan lukisan kena hantar, lapan lapan saya tak hantar. 

Logiklah Pendidikan Seni kau C, Huda. Nasib C. Kalau cikgu bagi E macam kebersihan gigi kau dulu, tak ke haru? Kecik kecik dah fail kan subjek. Hadeii. 

Terima kasih guru-guru Sek. Ren. Kebangsaan Seri Setia.

Tengah tahun darjah tiga, tukar sekolah.

Sekolah baru pun sama. Kalau Bahasa Inggeris tak dapat D, memang bukan Syahidatul Huda. Kalau dapat borderline lulus tu pun dah cukup bagus. Lagi hebat homework tak pernah buat. Datang sekolah awal, pinjam jawapan kawan. Tiru semua. Heh. Kecil-kecil tunjuk perangai tak cantik.

Masuk darjah enam, kaulah manusia buat spoil. Hahahhaha. 10 orang murid harapan 5A dapat pergi kem untuk UPSR. Kaulah salah sorang dari 10 orang tu, tapi hanya 9 dapat 5A. Kau? Buat letih jadi harapan je, nak bau 5A tu memang tidaklah kalau malam exam weh-cerita-malam-ni-best!

Dapat 3A tu pun dah cukup bagus.

Huda... Huda.

Apapun, terima kasih cikgu-cikgu Sek. Keb Taming Jaya.

Naik menegah, nak sekolah asrama. Bukan sebab nak jadi baik. Sebab pengaruh cerita novel remaja Tingkatan 1, 2, 3 di Seri Melur. Rasa cool gila jadi pelajar yang lompat pagar buat parti hari jadi. Ahhahahahha. 

Aah. Masuk menengah, kalau bukan kaki ponteng subjek tak suka, kaki keluar curi beli aiskrim tengah bandar. Kalau kau tak ada tu, adalah kat mana-mana. Paling tidak, kau pergi curi masuk asrama tidur siang. Kalau bab menjawab lebih-baik-tidur-dari-tak-masuk-ilmu, memang nombor satu.

Cikgu geleng kepala. Padanlah tak lepas naik tingkatan satu, degil sangat. Kan dah rugi satu tahun peralihan Bahasa Arab sampai semua orang kena panggil KAK Huda walaupun saya nampak muda remaja. Heh.

Tapi, saya tetap berterima kasih pada semua cikgu di SMU (A) Saniah sebab sayang saya walaupun saya kena cuci tandas guru dan tandas murid lelaki yang bluekkkkk. Terima kasih sebab ajar saya jadi pandai sikit. Sikit je sampai cukup syarat untuk saya dapat masuk sekolah baru yang mahsyur lagi berkualiti. Saya je tidak.

Naik tingkatan 3, tukar sekolah. Perangai hanya berubah seminggu jadi murid paling sopan santun. Kalau buat salah sikit mesti nak minta maaf, eh, saya budak baru maaflah saya tak tahu. Ewaaah.

Habis seminggu juara tak turun prep, kaulah. Juara tidur dalam kelas masa fizik, add math, bio, kimia, kaulah. Juara kena berdiri atas kerusi tak dapat jawab Sejarah, kaulah. Juara tak pernah langsung buat homework, kaulah. Juara kena rotan tak turun jemaah, kaulah. Juara menyelit keluar pagar pergi pasar malam, memang kaulah! Tu belum kira juara pergi sekolah lewat, juara kena sebat, juara kena jemur tengah panas, juara lari tak cukup tanah sebab kena kejar dengan ustaz, semua kau. Oh, juara wanted dan kena diperhatikan selalu gerak geri, kau juga. Kalau dah nama wanted, makin menjadi-jadilah rebellious aku. Hohohoho. JUARA. Heh.

Juara mak kena telefon masa trial SPM, puan anak puan ni add math 9/100, kimia fizik pun gagal, itu juga kau. Ahahaahahhaa. 

Huda.. Huda.

Saya berterima kasih pada semua guru guru terutama warden yang tahan perangai tak senonoh saya dan kekal tanpa jemu mendidik saya ketika menimba ilmu di Maahad Muhammadi (P) KB.

Terima kasih cikgu.

Naik matriks; homework pun jarang buat. Tapi pergi kelas harus bergaya dengan jawapan orang. Lepas tu bila kena selesaikan calculus dekat papan putih, baru ternganga. Hooloh. Pantang betul aku dengan angka. Masuk PASUM, jatuh menjadi-jadi. Nak naikkan pointer semester dua memang tak larat. Memang tak terkejarlah kan kalau Kimia Bio kau A tiba tiba Math kau C.

Aahahahaha. Nasib USM nak terima aku jadi pelajar.

Kepada semua pensyarah sekalian, terima kasih. Terima Kasih. Terima kasih.

Eh, dekat atas aku guna /saya/, ini sudah tukarlah. Eheks.

Kemudian ke USM. Berubah jadi orang yang tak perlu takut kepada handphone tak boleh bawa, lencana mesti belah kiri, kad identiti pelajar haruslah selalu ada, tangan kena kancing bla bla bla. Hehehehe. Masuk USM adalah perkara yang paling manissssssss bila cikgu kau adalah manusia yang merawat kau juga.

Masuk USM kenangan paling indah saya kira dalam proses pembelajaran saya walaupun perangai memonteng kekal ada. Kenangan paling indah walaupun kalau nak kira tak berapa indahlah kan ada masalah imbalance dan ligamen kaki putus. Kenangan paling indah saya sebagai pelajar.

Terima kasih pendidik semua di USM.

NAMUN.

Saya takkan mengecap keindahan di USM tanpa semua jasa-jasa guru dari saya merangkak hingga saya berjalan jatuh kini. Saya takkan mengecap semua ini tanpa didikan ibu bapa saya dan semua guru dari tadika, sekolah, rendah dan  menengah hingga ke asasi dan sini. Saya takkan belajar gagal dan berjaya dan gagal dan berjaya semula tanpa guru ini semua.

Selamat hari guru kepada semua cikgu, ustaz, ustazah, doktor, Prof dan clinician sekalian. Anda memang marvelous. Semoga sentiasa kuat untuk mendidik dan mengasuh, menunjuk dan membetul, menegur dan menyayang!

SELAMAT HARI GURU, CIKGU!

Dan selamat hari guru juga kepada semua pengalaman-pengalaman saya.

Belajar dari pengalaman, ibarat melukis tanpa pemadam.





Untuk kau LELAKI, hayati maksudnya! :')


Lelaki
Siti Nurhaliza



Telah berdiri seorang lelaki
Hidup berbekal kecekalan diri
Walau menghadapi sejuta cabaran
Terus berpaut pada kebenaran


Berkurun sudah kau merintis jalan
Bertahun sudah hasratmu terhalang
Tetap bersemarak api keazamnya
Bara keramat doa dan harapan


Kau melangkah bermula dari lembah
Kau mendaki setangga ke setangga
Semakin hampir menjejaki puncak
Semakin sering kau ditikam onak


Namun kerana kau lelaki
Derita dapat diselindungi
Tangisanmu rahsia dihati


Kesepianlah teman nan sejati
Di dalamnya kau mengenal diri
Tenangnya wajah matangnya bicara
Kerana kau menyakini
Tuhanlah yang maha ESA



Pesanan Besar: Jangan merasa kalah, kerana kau dicipta menjadi JUARA!

Makhluk Mistik?

Hohohoho.

Ini kisah benar yang aku lalui dan bukan rekaan. Okay?

Dulu masa lepas aku kena usung keluar dari OT room dan ditempatkan di wad post op, ada satu kejadian tak berapa nak cun terjadi. Well, ini bukan kali pertama berlaku pada aku, tapi inilah kali pertama yang agak memberi tekanan mental dan perasaan.

Apa yang berlaku?

Masa tu aku rasa lewat malam dah aku berborak dengan rakan katil pesakit kiri kanan depan, sudut kiri kanan depan. Setiap orang dengan penyakit tersendiri. Sebelah aku tumor, depan aku accident, sebelah sana kanser sebelah sana patah tulang pinggang dan dua tiga lagi.

Aku berborak dengan katil depan yang nak dioperasi esoknya. Dia tanya aku mana baik; epidural atau general anesthesia. Aku bagitahu apa yang aku tahu sebab aku ada baca beberapa pro and cons menggunakan kedua-dua jenis bius ini.

Tengah aku bercerita dan gelak gelak, tiba-tiba aku dengar bunyi pintu tertutup. Aku tahu ayah aku dah sampai dari ambil bantal untuk adik aku. Tapi satu benda lain terjadi. Ada sesuatu berlaku dengan perasaan aku. Tak pernah aku rasa takut macam tu atas dunia ni, dan itu berlaku malam itu.

Walaupun aku nampak muka ayah aku, semakin ayah aku dekat, semakin aku rasa tak selamat. Semakin aku takut. Perkara pertama yang aku sebut,

"Ayah, takut. Macam mana kalau angah tak boleh jalan? Macam mana nak gerak. Kenapa angah buat operation ni? Patutnya angah tak buat. Kan dah tak boleh jalan,"

Aku sangat takut dan keliru sampai aku persoalkan semua perkara yang berlaku dalam bilik OT. Kalau dia tak accident, kalau di tak itu, kalau tak ini. Aku sangat takut sampai aku peluk lengan ayah aku dengan pejam mata dan menangis.

Serius.

Ayah bacakan ayat ayat pada air, suruh aku minum. Tak jalan. Sudahnya masa ayah lapkan air itu pada wajah, kali pertama meremang, kali kedua meremang dan ketiga, alhamdulillah. Terus aku terlena.

Esoknya, ayah kata dia sesat masa cari jalan masuk ke wad aku. HUSM, tahu ajalah berliku-liku jalannya. Tapi, perkara itu tak berhenti di situ. Dua tiga lepas tu, kawan aku dimasukkan ke wad medikal kerana denggi dan aku melawat. Sebaik aku masuk lif, perasaan itu datang kembali cuma kali ini aku sudah boleh kawal. Aku hanya balik lari naik atas katil tutup muka dengan selimut dan baca apa yang aku tahu dan ingat.

Kemudian, masih tidak berakhir di situ. Masa minggu final, akulah antara muka yang kau boleh lihat dari pagi hingga petang hingga malam di perpustakaan. Setiap kali balik minggu itu, aku selalu rasa ada orang mengekori aku berjalan pulang selepas melalu kawasan gelap hospital. Itu aku boleh terima. Dia bermain-main dengan bunyi derapan tapak kaki.

Meja study aku membelakangkan pintu. Selalu kalau roomate aku shift malam, aku akan keseorangan dulu. Selalu aku dengar bunyi pintu terbuka dan aku akan, "Hi Rara! Dah balik?"

Bila aku pusing, pintu tertutup kemas. Aku, lepas pada tu, memang akan selalu kuncikan pintu. Takut tu iya, tapi safety nombor satu.

Tadi, aku bagitahu ayah aku.

"Angah rasa, angah tak sihat lagilah ayah. Selalu benda benda pelik jadi,"
"Ada lagi ke? Tak apalah, hujung minggu ayah minta Ustaz Hasrizal buatkan air tawar,"
"Buatlah. Macam susahlah nak balik malam library,"

Oh. Rumah aku ni pun asalnya bekas ladang balak. Jiran-jiran banyak dah bagitahu ayah aku benda benda tak baik berlaku. Tinggal lagi ayah aku tak bagitahu kami adik beradik sebab takut kitorang takut, terutama mak aku.

Rumah ni, penghuninya sikit. Biasalah. Mak ayah aku sejak sejak rumah dua tingkat, diorang banyak lena kat bawah. Malas nak naik turun. Kakak aku kat rumah sewa. Jadi dua bilik kosong terutamanya bilik mak ayah. Bila aku balik, akulah orang yang takkan tidur di bilik aku.

Katil besar, senang sikit nak terbang masa tidur. Jadi, aku suka lepak bilik mak. Hehheheheh.

Cuma yang tak seronok, banyak kali aku tengok ayah aku mengintai. Selalu masa kecil kecil, ayah intai nak tengok kitorang dah tidur ke belum. Memang dulu masa kecil, masa tidur tepat. Jadi, terpaksa berpura-pura lelap. Hinggalah satu hari, memang aku nampak ayah aku memang mengintai.

"Ayah? Kenapa?"

Ayah aku berlalu je.

Aku turun. Aku tengok ayah aku elok je terbaring atas sofa. Lena. Esoknya.

"Ayah naik atas ke semalam?"
"Tak adalah. Kenapa?"
"Angah nampak ayah intai. Angah panggil, ayah terus pergi. Angah turun yapi ayah tidur,"

Ayah senyap. Ayah cerita memang dia selalu perasan orang intai dia kat tangga. Hinggalah satu hari ayah jadi nak marah, ayah naik masa dia rasa orang intai. Dua tiga kali ayah uji sampai memang ayah rasa geram. Ayah naik, adik memang tidur. Along memang tidur.

Ayah masuk bila dia jerkah benda tu. Ayah kata, rumah ni ayah beli. Ayah guna duit halal. Jangan ganggu. Kalau tempat ni tempat dia, rumah tu  ayah punya. Terus ayah tak meremang. Ayah pergi bilik along. Okay. Ayah pergi bilik adik, meremang balik. Ayah jadi geram. Ayah tahu makhluk halus tu main mainkan ayah.

Ayah turun ambil garam bacakan ayat quran. Mana ayah rasa meremang, ayah lempar garam tu. Sampailah tak rasa lagi. Alhamdulillah hingga hari ini.

Bila aku cerita tu tadi, ayah belikan aku buku ini. Aku baru belek belek screening sepintas lalu. Menarik.


---
Ini kerja aku kat rumah. Mahu tak berkumpul lemak lemak? Makan supper dalam bilik. Turun masak telur dan sup ikan. Hehhehehhe. Nasib tak buat kopi. -.-"  Supper tu! Hadei.

Kalau dah balik rumah, telur pun sedap gila okay!


Aku lap meja yang berkurun, dan aku suka gambar aku yang ini. Natural. Ewaaahh!


p/s: Terima kasih pada budak ini juga untuk sajak guru-pada-murid.
p/s/s: Menunggu tetamu besar! Semoga sampai dengan selamat esok ya kamu!


Pesanan Besar: Makhluk halus, makhluk tuhan juga. Cuma dia halus. :)

Saturday, May 15, 2010

Alahai

Tak apa. Malaysia kalah. Macamlah kau tak pernah kalah nak sedih lebih-lebih. Lepaklah beb, harapan masih ada. Buat apalah nak frustlah kan? Relaks. Bertenang.

Tak macam orang ni, dia kata tak nak update seminggu kes frust Malaysia kalah kemudian tiba-tiba cakap sebulan. Lepas tu kau update lagi malam ni apa kes? Ahahahahahahhahahaha. Tipu gila!

---
Ini status FB aku. Kau jangan terasa sebab aku tak maksudkan kau. Ya. Kau.
YM saya adalah dari tingkatan 3 lagi. Jadi, nilaian manusia bertambah didalamnya. Bertambah lagi bila saya aktif menulis diari/blog. Saya tak kisah, tapi boleh tak jangan semakkan keadaan dengan campur peribadi saya? Tak kisahlah kalau saya tulis sedih ke kecewa ke gembira ke apa ke, tapi minta tolong, jangan PAKSA saya jawab peribadi saya terutama perihal kekasih. Tolonglah. Hidup bukan cinta kaum adam aja. Kalau awak berkenan sebab mata saya nampak cantik dalam purdah itu, sila berhenti berangan! Sila! Saya bukan jelita. Saya tidak menawan.
---

Aku bukan nak perasan aku banyak peminat ke apa ke. Tak. Jauh dari minda aku, never cross my mind anyway. Aku suka je kawan dengan semua orang, aku over peramah terutamanya dengan budak. Aku suka hidup dalam dunia budak-budak 3 tahun ke bawah. Jadi, perihal perasan tak terlibat di sini. Aku okay je sesiapa yang add aku dalam laman sosial.

Okay. Fine. Aku tulis blog. Kau add aku thru blog, terima kasih. Pertama, terima kasih baca blog sampah aku ni. Kedua, terima kasih sebab add aku. Yup. Aku suka nak tulis apa yang jadi. Aku happy macam itu. Aku share everything akalu baik kau ambil simpan, kalau buruk jadi pengajaran. Tapi tak bermaksud kau boleh tanya macam-macam sampai aku sesak nafas. Tolonglah. Dulu aku letak gambar aku macam kakashi atau kau-nak-cakap-purdah pun aku tak kisah, aku tak nak reveal diri aku pada mereka yang aku tak kenal.

Tapi kawan-kawan sekolah aku tak approve sebab tak kenal. Itu okay lagi sebab aku boleh hantar private mesej. Yang aku kisah, AKU KISAH, AKU KISAH, AKU KISAH tiba-tiba ramai gila LELAKI add aku dan nak BERKENALAN kemudian cakap MATA-AKU-CANTIK-MESTI-TUANNYA-LAWA hanya kerana gambar itu? Wth? Maaflah, aku tak approve manusia begini dan kalau aku approve kau buat perangai ajak chat tak dan dan, aku tak teragak-agak untuk delete. Okay?

Come onlah. Kau nak suruh aku fikir macam mana lagi kalau orang add aku dan cakap ini? Apa kalau aku muka tak macam Siti atau Maya Karin atau model kau nak rejek aku jadi kenalan kau? Kau tak sudi aku pun tak hingin! Ya Allah, nak marahnya!

Sabar Huda, sabar.

Lepas kau rasa aku cun dan aku post status pelik pelik, mulalah kau korek gila gila kenapa aku sedih? Sebab kekasih eh? Sebab buah hati? Cik abang buat hal? Merajuk? Ceritalah, mungkin saya boleh tolong. Ceritalah! Ceritalah. Ceritalah. Awak akan tenang bila bercerita. Saya pendengar yang baik. 

Ini dah tahap memaksa, okay!

Apa-kau-ingat-hidup-aku-ni-ada-kaum-adam-je-ke?!

Kamu tu siapa? Stranger. STRANGER. Apa ingat senang-senang aku nak cerita peribadi aku dengan entah siapa dari ceruk dunia mana datang? Come onlah. Common sense kot bila dua orang lagi lagi baru kenal pulak tu berbeza jantina ada batasan rahsia untuk bercerita.

Bila aku ignore kau mula nak buzz buzz buzz. (Okay ini bunyi baik pula macam selama ni aku layan. Selama ni aku memang ignore pun kecuali yang betul betul boleh jadi kawan). Kang aku delete kang! Jadi maaflah kau jadi permanently offline. Aku bukan sombong tapi kau yang paksa aku jadi sombong. AKu ada ramai kawan maya sejak dari tingkatan 3; saat aku create YM ni. Dan kekal. Jadi aku belivee kawan maya hanya untuk SAMA jantina sahaja. Lain? Maaf.

Okay bagitahu aku apa maksud ini.


A: Sedih nampak?
B: Sedih? Biasa je.
A: Status tu? Putus cinta eh?
B: Status je kot. Saja je. Entah zaman bila punya status saya tulis tu. 
A: Tipu. Ceritalah. Mana tahu saya boleh tolong.
B: Tak ada apalah. Saya sibuk ni. (Sibuk pukul 3 pagi? Uhuuu).
A: Cakaplah. Kekasih tinggal eh?
B: (Tarik nafas panjang). Saya busy ni.
A: Busy buat apa? Chat dengan pakwe ke malam malam ni?
B: Taklah. Suami. baru nikah 4 hari lepas. Tapi nikah je, duduk jauh. Dia belajar jauh.
A: Oh. Tak nak ganggulah. Salam.


Motif dari awal kau add aku tanya masalah bajet caring? Motif add aku sambil tanya nak berkenalan aku study kat mana bla bla bla? Motif paksa aku cerita hal peribadi? Motif terus offline bila aku kata aku dah bernikah?

Aku bukan sombong tapi aku tahu batas.

Tolonglah betulkan niat! Kalau kau rasa aku cantik, menawan, anggun, jelita sebab gambar aku berpurdah tu, sila berhenti. Apa yang kau fikir tu betul jika kau antonimikan ia. Antonimi adalah perkataan berlawan. Kau rasa aku bijak, cantik, sopan dan alim; aku adalah perkara sebaliknya. Aku tak semulia dan sesempurna yang kau rasa dan aku sedar itu.

Sekian.

Mulut jangan bercakap jika hati tidak menuturkan. ~diarisenja 
Azah kata dia suka quote aku yang ini.

Aku tak kisah kau nak fikir aku apa, kau nak fikir aku macam mana lepas baca ni. Aah. Aku memang poyo, ego, perasan, bajet cun. Memang. Semua tu betul .Sebab tu aku tak hebat mana pun. Perasan je lebih.




Pesanan Besar: Betulkan niat. Betulkan niat. Betulkan niat. Tak kira kau atau aku, niat yang baik menghasilkan pahala percuma walau kau belum memulakan apa-apa.

Thursday, May 13, 2010

Selamat Hari?

Ya. Hari Guru/Teacher's day is on the way. My mommy asked for my help to create a poem. Hayya. Aku ni ada satu penyakit dalam menunjukkan skills jiwang kepada keluarga. Sesak nafas woo nak reka bila fikir mak aku yang akan baca. Mak aku siap minta tolong ajarkan cara baca. Hadei. Kan bagus kalau aku ada jiwa adik aku. Adik aku ni satu hal punya lepak dengan siapa-siapa dia layan berkarya. Dia memang suka gila tiru gaya aku, dari menulis, mengarang, cara perasan, melukis, hobi, title, semualah!

Mungkin dia rasa aku hebat? Ahhahahahhaa. Tapi, tak hebat tiru aku. Tak ada perangai contoh yang wajar diikuti dalam diri aku. Dulu aku tak hantar form dia nak masuk Maahad sebab aku tak nak dia kena attack selalu dengan warden sebab perangai emas aku. Heh. Sebab dia rasa aku cool jadi dia berniat nak tiru gaya hidup aku walhal dekat sekolah dia layak terima title ni, kaulah-manusia-paling-skema. Lagi mahu ada hati mahu tiru penyangak sekolah ini?!

Entah penyakit apa aku ada dalam diri. Aku tak berapa nak gemar parents aku puji aku atau tahu talent aku sebab aku rasa macam selekeh je. Weh serius. Aku macam, entahlah. Abaikan. Terukkan? Huuu.

Jadi, siapa ada atau nak reka sajak cikgu-kepada-anak-murid, aku sangat alu-alukanlah. Sila tolong aku. Hadei. Oh, mak aku nak bacakan hari Isnin ni. Sangatlah suntuk! :'(



p/s: Lagu ini masa aku tengah jatuh cinta suka dengan seorang budak cute tapi rahsia ni. Ahahahhahahahhaha. Sekarang? Tidak lagi. Akukan senang berubah. Ahahahahha. :P
p/s/s: Aimi, keep it silence! Oh BTW, lagu ni antara lagu yang akan kita tarikan Minggu Muslimah kelak. Hahahahhaha.





Pesanan Besar: Selamat hari guru, mak. Selamat hari guru kepada semua emak di dunia juga. Guru pertama adalah ibu!

Wednesday, May 12, 2010

Ajaib?

Sepanjang menonton perlawanan badminton Piala Thomas dan Uber, aku terfikir perihal kejaiban yang selalu diwar-warkan juru ulas sukan.

"Adakah akan berlaku keajaiban sebentar lagi?"

Well. Ini yang aku fikirkan selalu bila aku berhadapan dengan kerumitan. Aku selalu menggunakan kekuatan masa untuk menyelesaikan masalah. Kekuatan masa untuk menenangkan hati. Kalau tak boleh jawab soalan, aku selalu terfikir, adakah dua jam kejap lagi kertas ni akan penuh? Jadi, mahu atau tidak, aku akan terus menulis.

Seperti perlawanan tadi,

"Releks. Aku duk cuak ni, sebenarnya dah ditentukan Malaysia menang ke tak. Tunggu je,"

Jadi, wujudkah keajaiban?


Ya

Aku percayakannya walaupun keajaiban yang diharapkan tak datang tadi. Malaysia masih mampu ke separuh akhir. Itu keajaiban. Hehehhehe.

Dan aku percayakan keajaiban kerana pada aku keajaiban adalah perkataan lain bagi HARAPAN.

Kan?

A B C and Smile!

Hehehehhehe. There you go my list or perhaps list /s/!

Okay. Aku kalau mahu membuat sesuatu supaya stay in track, aku selalu akan buat kira macam list atau jaduallah senang kira. Macam aku buat jadual dulu sehari takkan bercakap pasal certain thing so I did a table and just tanda kalau buat atau tak. So everyday I can see the differences. Err. Kau faham tak? Layankan ajelah.

Untuk list kali ini untuk masa sebulan, lists akan menjadi begini.

1. Perkataan PENAT atau seumpamanya dalam masa sehari.
2. Setiap pagi bermula dengan semangat yang waja.
3. Curiosity, eager to learn!
4. Smile!
5. Making clinical session something to enjoy!

And soon to be updated new lists. Haih. Belum print out lagi.

Ye kawan-kawanku. Kalau ada rasa-rasa nak buat sesuatu luar normal atau agak-agak dah bosan, mari mencuba cara aku. Mungkin hari pertama kedua tak rasa sangat, tapi kalau kau rajin tanda macam aku, Insyallah kau akan rasa motivated hari hari sebab kau nak tengok perubahan. Kau akan nampak dan cakap tak boleh jadi ni! Nanti tanda tak cun!

Hehehehe. Itu kalau akulah. Kau, aku tak tahu!

Aku sangat mahu belajar Sign Language. Hari tu aku tanya kalau belajar secara tak serius, maksud aku bukan yang masuk universiti duduk menghadap, 6 bulan. Hmmm. Hmmmm. Hmmmmm. Aku memang akan masuk kelas ni. Insyallah. Sebelum itu, mari beljar ini!


p/s: Dungun tak hujan sampai hutan terbakar. Aku teringat Kelantan. Kuala Lumpur hujan petang-petang.
p/s/s: Oh Piala Thomas. :'(




Pesanan Besar: Mungkin boleh buat sehari tak MENGUMPAT? Okay, aku cakap pada cermin ni.

Tuesday, May 11, 2010

A Long Journey To Go

Selamat tiba ke rumah. Ini adalah perkara yang pelik bila sampai tidak terus tidur tapi iya, beronline. Macam biasa kalau berada kat rumah akan jadi surirumah sepenuh masa. Oh. Mungkin kali ini tidak lagi? Bermula minggu depan akan merasalah bekerja-tapi-belajar-keluar-lapan-pagi-balik-lima-petang. Lapan pagi tu. Kalau nasib baik kau balik lima petang, kalau tak beranganlah kau nak jumpa petang.

Jenuh rasa mengangkut barang. Heh.

Oh, bersempena nak bekerja ni aku ada terniat nak buat 2, 3 list tapi esok-esoklah aku tulis. Aku tulis tu aku nak bagi panduan juga (ewaaaaaah) pada kawan-kawan aku agar terus bersemangat waja dan kental dan segar-bugar melalui hari-hari berlatihan industri yang bakal atau sedang berlaku ni. Sebab bakal bagi aku maka esok-esoklah ye aku tulis. Eheh.

Okay. Hari ini hari entry berilmu barang sedikit dua. Semalam sepanjang perjalanan aku tak berapa boleh nak tidur. Walaupun perjalanan kali ni cukup berhemah yang sepatutnya aku boleh relek-relek pejam mata terjun alam mimpi, itu tidak berlaku.

Maka tiba tiba aku terfikirkan ciptaan tuhan yang comel ini!


Bayi.
Ya!
Bayi!

Satgi mulalah ada yang merapu fikir entah ke mana-mana. Bukan yang itu ye. Bukan. AKu terfikir hari-hari yang comel bakal berlangsung di klinik dengan kehadiran bayi. Tapi, tak tahulah kalau hospital kali ini tak ada bayi yang banyak eh, ramai. Heh.

Eh. Tadi aku cakap entri ilmiah. Aku terfikir ini semalam, kalau ada baby kat tangan, aku nak rekod setiap refleks dan post dekat blog. Aku nak berkongsi setiap milestone jadi ibu-ibu kat luar sana bolehlah membandingkan serta mendapat ilmu santai secara tidak langsung. Tak peliklah kalau antara subjek kegemaran aku yang buat aku sengih-sengih dulu adalah pediatrik audiologi. Heheheh.

Tiba-tiba aku terfikir tagline blog ni jadi; 

"Blog Seorang Mama,"

Ewaaaaah! Hahahhahaa. 

Okay. Nikmati dulu video di bawah. Punyalah semangat aku nak buat entry pasal ni, sampai rumah terus online cari video; Baby and his primary reflexes.


Setiap bayi yang dilahirkan kedunia, Allah telah menganugerahkan juga refleks. Refleks ni senang cerita kita definisikan dia sebagai tindakan luar kawal. Tak payahlah eh aku cerita pasal otak ni kita bahagi kepada dua ada sistem saraf auto dan sistem saraf periferi bla bla bla? Tak payahlah eh? Aku malas nak recall ilmu yang berada nun terselit di dalam dada. Ahaks.

Bagi bayi, ada dua klasifikasi refleks. Primari dan secondary. Hari ini kita fokus primary, hari esok kita bincangkan yang satu lagi. Tapi tolonglah jangan percaya hari esok aku akan cerita pasal secondary sebab macam peratus nak post pasal itu sangatlah tidak ada. Hahhahah. Penerangannya kompleks aku tak nak beratkan otak aku. Ahaks.

Bagi primary reflexes ni ada beberapa contoh. Berpandukan video di atas, ini adalah antara contoh contoh refleks yang Masyallah, cute sungguh!

1. Moro Reflex
Nama lain adalah startle reflex. Nama Moro ni wujud sebab refleks ini dijumpai oleh pediatrician bernama Ernst Moro. Kira nanti kalau aku jumpa refleks lain, dia akan jadi Huda Reflex. Mungkin? Okay. Refleks ni kau boleh observe dengan kau nampak bayi macam terkejut. Contoh macam baby terkejut masa tidur sebab bunyi pintu berdegang. Haa, tu contoh dia. Biasanya refleks ni hilang selepas dua bulan kelahiran.

2. Gripping Reflex
Juga dikenali sebagai Palmar reflex. Adakah dia dijumpai oleh seseorang bernama Palmar, Wallahu'alam. Kau letak jari kau dekat tangan baby, sure diorang akan genggam. Tapi genggaman diorang ni unpredictable. Genggaman yang kuat tapi tak bagi sign sebab kadang-kadang selamba je diorang lepas. Refleks ni dari baby lahir up to 6 months old.

3. Toe Curling Reflex
Known as Plantar atau Babinski reflex. Cara dia senang aja. Kaki baby macam curl down bila kau sentuh. Macam mana  eh nak explain? Er.. kau tengok je la movie tu. Hee.

4. Sucking Reflex
Kena terang ke?

5. Rooting Reflex
Refleks ni nak assist baby to breastfeeding. Kau sentuh pipi baby dia akan macam kenyit mata (kenyit mata?) lepas tu dia akan ikut ke mana jari kau pergi. Itulah refleks yang bagitahu hai-sayang-nak-susu?! Refleks ni mula-mula luar kawal, bila baby dah biasa, pergerakan ini akan terkawal and no longer named as reflex. Baby tak yang searching searching dah. Dia akan terus pada objek tanpa cari lagi. Wink! Hebat bukan otak?

6. Step Reflex
Walaupun baby tak boleh berjalan lagi, bila kau letakkan kaki bayi ke atas tempat yang rata mereka akan terus buat aksi nak berjalan dengan placed satu kaki ke depan. Ala, aksi berjalanlah tu. Ni pun mula mula refleks, bila dah meningkat umur jadilah voluntarylah. Kalau tak voluntary tak berjalanlah kau dan aku sampai besar. Hehhehe.

7. Fencing Reflex
Nama lain adalah tonic neck reflex. Pernah tengok ShinChan? Haa. Reflex ni baby buat aksi Action Kamen (macam ni ke eja?) Shin Chan tulah. Refleks ini muncul ketika bulan pertama hingga ke bulan ke empat. Bila baby pandang ke kanan atau kekiri, satu tangan akan lurus dan satu akan bengkok. Haa. Macam tulah. 

Action Kamen!

Bukan tujuh je refleks. Ada banyak lagi contohnya swimming reflex, Galant reflex, Babkin reflex dan lain lain. AKu malas terang sebab tak ada dalam video. Hehehhehe.

Heeeeeeee. Sekian Huda melaporkan!




p/s: Agak-agak aku akan berjumpa dengan staf hospital yang comel tak? Ahahahhaaha.
p/s/s: Apsal tajuk aku macam lain macam? Hahahha. Biarkan ajelah.

Pesanan Besar: Bayi itu ibarat kain putih selembut sutera seakan bauan syurga. Warnakan seindahnya.

Monday, May 10, 2010

Mulakan Harapan Dengan Kenangan yang Manis

Macam biasa tajuk harus vogue! Kucing sungguh. Aik? Kenapa tetiba kucing?
---

Rasa macam useless je tunggu bagai nak rak kat USM tapi tak pergi fisioterapi dan tadi surgeon tak ada dek kerana jadi examiner first year dan final year medical student yang berpeperiksaan. Heh. Ayat! Tapi, ada besar punya tapi; Tapi bila jumpa doktor yang comel hapuslah kecewa tu. Hahahhaha. Tiba-tiba.

Buat sejuk hati. Buat jadi penawar juga untuk padamkan cuak kena praktikal di tempat orang. Jadi mari kita berharap semuanya baik-baik aja dengan mulakan harapan dengan kenangan yang manissssss. 

Sebenarnya tak berapa nak manislah kan kalau hari ini punya temujanji bawa khabar tak berapa nak baik. Heh. Dahlah datang lambat buat ortopedik tu macam klinik aku pulak tu dengan tak bersalah macam tak ada apa-apa heh-relek-baru-pukul-1245. Tapi harus bangga walau datang lambat nurse sangat baik hati bagi aku keistimewaan pulak tu dapat nombor staf. 

Terus rasa aku-bukan-student-okay!

Aku tunggu dekat luar sambil macam biasa sengih memanjang. Dah tak tahu nak buat apa, mari kita dapatkan pahala free dengan tersenyum. Okay. Disebabkan aku datang lambat, tak kisahlah jadi pesakit terakhir dirawat. Sangat terakhir sebab doktor tu dah nak blah pergi makan tiba-tiba nurse kata ada sorang lagi sampai muka dia wei-aku-manusia-juga-nak-makan! Hahahhah. Ayat tu aku tipu sebab doktor tu senyum je bila tengok aku sampai terkeluar laa, awak ke?

Mahu tak ingat. Aku rasa aku satu-satunya patient BERUMUR 23 TAHUN yang gigit telinga teddy bear masa nak keluarkan tiub drain darah. Sangat keanak-anakan. Bunyi comel lak sebut anak-anak tapi masa situasi tu, memang tak comel okay!

"Dia bukan nak dengan saya. Saya tak pandai,"

Erk!

"Laa doktor, saya tak cakap apa-apa pun,"
"Tahulah, kesian dia. Dia tak cakap apa pun. Bolehlah doktor, sorang je lagi ni,"

Hahhahahah. bajet tak nak rawat walhal dia dari nak keluar terus duduk semula.

"Prof. X tak ada hari ni. Saya tak pandai sangat,"
"Tak apa. Bukan boleh buat apa sangat pun. Tapi saya nak minta maaf dulu sebab saya tak pergi fisio sebulan. Exam punya hal. Er.. doktor, kenapa lutut saya macam selalu locking and bunyi clicking bila saya force juga nak bend atau nak straight?"
"Locking? Clicking? Tu sign meniscus tear tu,"
"Kan hari tu dah repair? Masa first scope dulu. Tapi kenapa tiba-tiba? Kenapa baru sekarang jadi balik? Ke ada kena mengena dengan saya tak pergi fisio?"
"Saya tak pastilah. Tapi kalau dah macam tu, kena scope semula,"
"Tak naklah. Saya dah trauma dah doktor dengan bilik OT. Cukuplah dua kali,"
"Saya tak boleh cakap sangat. Kena tunggu Prof X juga. Appointment semula minggu depan boleh?"
"Alahai, saya dah nak balik esok. Saya cuti sebulan lebih. Tu pun tak berapa nak sebulan juga sebab attachment kat hospital Serdang,"
"Tak boleh minta sehari balik sini? Kalau biar, bahaya pula. Saya risau juga,"
"Kalaulah Kelantan-KL tu macam Kubang Kerian-KB tak apalah doktor,"

Hadei. Hadei. Hadei. Hadei. Aku rasa masalah kaki aku ni tak ada rupa nak settle je. Sedih eh. Isk isk isk. Bila aku nak boleh berlari semula. Sedih sedih sedih. Baru aku faham perasaan sedih nak buat benda kita selalu buat tapi tak boleh buat.

"Hospital Serdang? Serdang best juga tu. Lama dah saya tak balik Selangor,"
"Apa yang best?"
"Boleh tengok wayang,"
"Wayang je pun. Kelantan lagi bestttttt!"
"Ceh. Lupa asal usul. Hahhahahahahahha. Cuba tengok budak ni sorang makcik, tak ingat asal usul,"

Hahhahaha. Ada sorang makcik sekali dalam tu. Terus sesi klinik jadi discussion KL-Selangor; siapa yang tak lupa daratan? Punyalah aku nganga dengan makcik ni sebab pakaian dia biasa je tapi speaking berhabuk dengan doktor foreigner. Tabik! So, sila jangan menghakimi buku kerana mukanya (facebook?) yang hodoh.

Tak adalah berapa nak lupa KL tapi macam duduk Kelantan ni kena dengan jiwa. Heh. Eleh, doktor tu cakap orang walhal masa sesi lepas dia yang cakap duduk Kelantan lagi seronok dan jimat tinggal lagi tak ada panggung wayang. Bajet aku tak ingatlahkan confession dia tu. Hahhahaha.

"Doktor, saya tanya lagi boleh? Kaki saya ni still rasa senang nak jatuh ada kena mengena dengan wasting muscle ni tak? Ada possibility tak saya boleh balik normal?
"Senang jatuh tu adalah tanda dan nak balik normal macam asal tu payah. Bla bla bla bla,"
"Maknanya saya tak boleh main bola balik? Tak boleh taekwando balik?"
"Baru 3 bulan post op. Insyallah bulan ke enam boleh lari slow-slow. Taekwando? Belt apa?"
"Rahsia. Hahhahahahhahaha,"
"Saya black ada calit putih,"
"First Dan? Waa! Gilalah!"
"Jom sparring dengan saya,"

Ahahahhahahhahaahhaah. Doktor itu membuat aksi comel mahu menumbuk aku. *Dead*

p/s: Tipu gila gelak. Aku cuak sebenarnya kalau kaki aku ni kena tebuk semula. :'(
p/s/s: Apa guna cerita lama masih di jiwa? Bakpo gak? Lirik lagu ni buat aku rindu suara Ustaz Asri.









Pesanan Besar: Jangan rasa letih sebab keletihan itu berbayar andai IKHLAS.

Sunday, May 9, 2010

Fight? I Choose Flight

Fight or Flight response. 

Dia kira macam kau dapat hentaman (attack); regardless jenis attack contoh hentaman kelaparan, atau pergaduhan, atau mungkin kemalangan, kau dapat attack ni, kau lawan atau kau melarikan diri. Selalunya aku fight, tapi kebelakangan ni aku tak tahu nak guna istilah apa. Bukan fight nor flight, so what?

Contoh.

Sekarang musim pelajar semua bersuka-ria bercuti sebab habis exam dan habis tahun. Kita lupakan sebentar elektif atau Latihan Industri (LI). Ceh, Kesihatan pun industri jugakan? Kita lupakan perkara ini yang memotong cuti dari sebulan setengah kepada dua minggu. Terima kasih. Demi audiologis yang berkaliber dan ehem, berdedikasi; cuti pendek pun tak mengapalah. Heh.

Bila semua start bercuti dan aku terhegeh-hegeh tak reti nak balik ni maka haruslah blok desa/hostel/asrama/kolej/hotel lima bintang menjadi kosong. Kalau adapun manusia, seciput cuma. 

Aku ke toilet. Okay. Sekarang part mendebarkan. Tiba-tiba tadaaaaaaaaaa. BLACK OUT (Hitam keluar? Ke keluar hitam?). Apa yang aku buat?

Aku tergamam terkejut. Terkelip-kelip mata dalam gelap mengharapkan sinar. Kalau kelip tu dua tiga saat tak apalah. Ni makan lima enam tujuh minit apa kehal nya? Lama gila terdiam dalam tandas. Takut. Berdebar. Ngeri. Satu suara pun tak berbunyi hanya berdiri tegak. Diam.

Contoh lain.

Aku keluar ke pasar dengan keluarga. Jalan-jalan, tiba-tiba ada seorang makcik collapse depan aku. Collapse tu macam pengsankan? Tak. Aku tak terang collapse yang itu. Dia dapat sawan; seizures. Okay. Korang mesti terbayang-bayang yang menggigil kacing kacing gigi. Tak jugak. Sawan ada banyak jenis, dan yang ini petit mal. 

Hadei. Macam mana nak terang eh. Petit mal ni macam absence seizure; orang tu macam kena staring spell jadi senyap tak bergerak. Haa. Macam gitulah. Makcik ni tengah duduk tiba-tiba jadi macam patung kaku dia jatuh ke belakang mengikut graviti dari kerusi straight depan aku.

Aku terkejut dan tengah pegang pinggan terus berdiri tegak, pucat, ikut sama staring dekat makcik tu tak buat apa-apa. Kaku. Sudahnya, ayah kena sentuh dan secara tidak langsung sedarkan aku. Barulah aku kembali ke dunia nyata dan terus tolong makcik itu bersama ayah.

Contoh lain lagi.

Aku nak naik escalator. Alahai. Tangga yang berjalan sendiri tu. Masa aku nak melangkah naik, ada budak yang dekat tangga, kepala dia tersangkut dekat siling. Aku tak kisah kau nak bayang macam mana tapi memang kepala dia tersangkut. Kepala tersangkut dekat siling bersama escalator bergerak adalah tidak cun okay. Kau boleh patah tengkuk dan ya, mati. Budak tu menjerit-jerit dan mak dia meraung-raung sebab anak dia dah bernafas tersangkut-sangkut.

Aah. Memang depan aku. Aku senyap. Tergamam. Terdiam. Kaku. Tengok situasi cemas tapi macam dalam dunia lain walhal orang dekat belakang jerit pada aku.

"Tendang punat tu!! Push that STOP button! Push! The escalator will stop!!!!!"

Sudahnya, pengawal dekat situ berlari dan tendang button tu. Aku?

"Cik?"

Baru aku masuk balik dalam dunia aku.

Okay. Sangat tidak patut bukan? Tapi, aku tak tahu kenapa nerves aku macam shut down bila benda-benda luar normal berlaku. Shut down tu bukan calang-calang punya shut down okay. Siap TERholding breath lagi. Dan untuk restart aku, sila sentuh. 

Soalan aku; tu pastinya bukan fight response sebab aku tak ambil tindakan apa-apa. Tapi, aku kira bukan flight juga sebab aku tak larikan diri. Jadi aku pakai teori respon apakah?

TEORI RESPON APA? APA? APA?





p/s: Bahagia eh anak aku wish Selamat Hari Ibu, Mama. Euwwww. Tsk tsk. ;')


Pesanan Besar: Jika kau rasa kau tidak berguna, fikirkan semula. Ada mata? Ada kaki? Ada tangan? Ada hidung? Ada mulut? Ada telinga? Ada akal?

Fikirkan semula.

Saturday, May 8, 2010

Terima Kasih

Mama,
Hari ini hari ibu. Adik cuma nak ucap terima kasih sebab lahirkan adik ke dunia walaupun untuk sekejap cuma sebelum nyawa adik mama tamatkan. Adik tetap syukur. Sekurang-kurangnya adik dapat jumpa mama. Tengok mama walaupun sekejap.

Mama,
Hari ini hari ibu. Terima kasih sebab letakkan adik tepi kawan-kawan semut, sebelah kucing kurap, depan anjing liar. Terima kasih mama. Kecil lagi mama dah kenalkan adik dengan binatang di dunia. Mama ajar adik, bunyi lalat, ngiauan kucing, gogongan anjing. Indah. Bunyi angin malam juga indah. Tapi mama, sejuk! Sejuk sangat!

Mama,
Hari ini hari ibu. Terima kasih mama. Tapi adik nak cakap adik lapar. Adik nak bagitahu adik takut. Malam gelap. Semut. Semut tu gigit adik. Sakit. Mama mana? Baba?

Mama,
Hari ini hari ibu. Terima kasih mama. Adik tidak tahu menjerit untuk bagitahu adik sakit. Sakit dingin malam. Sakit gigitan lipas. Tapi mama, sakit lagi malaikat tarik adik pergi.

Mama,
Hari ini hari ibu. Terima kasih mama. Kenalkan adik pada dunia. Terima kasih mama. Letakkan adik pada syurga berbinatang menunggu makanan. Terima kasih mama benarkan adik pergi sekarang. Jalan adik lurus ke syurga. Tanpa hisab. Tanpa seksa. Tanpa derita. 

Mama,
Hari ini hari ibu. Terima kasih kerana singgahkan adik pada dunia untuk ke syurga sana.

Mama,
Terima kasih, mama. Terima kasih, mama. Terima kasih mama. Adik hanya mahu ucapkan ini. Selamat hari ibu, mama!






p/s: Tak apa. Aku mengucapkan selamat tinggal dengan tenang. Dunia bukan hanya kau sorang.


Pesanan Besar: Anak itu harta. Anak itu aset ke syurga. Kau, aku, kita adakah aset kepada orang tua?

Friday, May 7, 2010

Sayu Hatiku

Hajat mahu mengemas segala barang-barang yang tinggal. Menyapu bersih semua kenangan. Kalau tak kerana temujanji dengan pakar tulang, tak perlulah aku kembali semula ke Bandar Kubang Kerian. Namun, takdir tuhan itu mengurniakan satu lagi kenangan untuk memberikan senyuman tatkala kerinduan. Ya. Aku ada kawan.

Dari maghrib bertangguh ke Isyak. Dari Isyak hingga ke 10.30 malam. Maka misi menghantar Ika ke Pasir Puteh sudah menjadi sungguh lewat. Oh, Kubang Kerian dan Pasir Puteh adalah lebih kurang 45 minit beserta pecutan.

Aku rasa tahap pelupa aku melampau-lampau sekarang. Adakah kerana aku makan berekor-ekor udang dengan kepala sekali? Persolan ini timbul kerana aku ternampakan papan tanda Selising. Kemudian Pauh Lima.

"Ika, Pauh Lima?"
"Apsal?"
"Aku rasa ada Pauh Lima ni ada kena mengena dengan aku. Tapi aku tak ingat kenapa. Ke ada kena mengena dengan kita?"
"Tak ada pula,"
"Aku sekolah kat sini dulu. Tak tahulah kalau Pauh Lima tu kampung kawan aku dan aku pernah pergi. Tapi macam familiar Pauh Lima ni dengan akulah. Hmm. Abaikan ajelah,"

Kerana radio rosak maka akulah yang akan menjadi penghibur. Bersabarlah atas sumbangnya suaraku ye semua. Aku nyanyikan lagu kat bawah ni. Entah kenapa aku teringatkan lagu kat bawah ni dan sampai saat ni terngiang-ngiang lagu ni kat telinga.  Tipu gila terngiang. Dah memang kau buka youtube taip Kau Dihatiku, Tarzan, lagi mahu terngiang?


Destinasi tiba kau harus tabah,
Ku kan bersamamu bersabarlah,
Di suatu masa ku tahu,

Buktikan bersama, kau...

Di Hatiku!



Sehari suntuk berjalan dan sampai kaki sakit dilupakan. Misi kemas mengemas mari kita lupakan!


p/s: Orang kata kalau kita rindu orang itu, orang tu akan sama merindui kita. Benarkah? Aku selalu terfikirkan ini. Kalau aku teringatkan manusia itu, adakah dia sedang melakukan benda yang sama?

p/s/s: Hospital Serdang, sila ucapkan selamat datang kepada saya. Saya terlalu takut!
p/s/s/s: Punyalah pelupa aku, sampai sekarang aku tak dapat recall kenapa dengan Pauh Lima tu. Heh. Kena makan kismis banyak ni!







Pesanan Besar: Menangislah, DIA ada!

Wednesday, May 5, 2010

Art is Beyond

Art is beyond what camera can does. Camera captures thing that appear physically, while arts you can express everything in your own thought straightaway to a white paper then tadaaaa!

Walau macam mana pun adalah tidak bagus mengamalkan ini ketika mendengar ceramah macam aku.

Hidung harus mancung. Heh!

Kepala terpeleot. Hodoh gila!


Ini adalah kelakar. Aku hanya mahu melukis gambar lelaki yang handsome tapi end up dengan cacat! Aku suka lukis lelaki pakai spek mata sebab aku tak reti lukis mata lelaki jadi, kaca mata itu menutup kehodohan. Oh, aku nak lukis lelaki SAHAJA, tetapi Farah kata aku menggatal jadi mari aku beria gatalkan lukisan lagi dengan perempuan ini tapi hodoh. Hehehhehehehhehehe. Hambik nak!

Hodoh!

Tingkat 20 punya hostel. Menguji trauma aku pada tempat tinggi betul!

Kalau USM adalah universiti dalam taman, maka ini harus jadi universiti dalam?

Melampau gila tidur dalam perjalanan. Hujan memang comel!

Baru buka buku terus tidur?


HAHAHAHHAHAHAHAHAHHAHAHAHA. Motif lukis ni masa lecture? Heh. Ini adalah sambungan lukisan kat atas. Kau cari sendirilah yang mana. Yang pasti, lelaki tu dah jadi handsome. Hahhahahah. Oh. Tangan baby tu aku dah berapa kali ubah tapi selekeh juga. Perasan tak mata baby matang sangat? -.-"

Oh tuhan, seandainya telah kau catatkan... Ahahhahahahahha!


p/s: Aku memang jumpa seorang lelaki yang aku nampak terus aku tunduk. Warak. Malu diri sendiri. Heh.
p/s/s: Rasa diri bodoh gila bila jumpa dengan orang-orang yang bijak. Oh!










Pesanan Besar: Sukarnya nak buat perubahan tapi Istiqamah akan memberi bantuan.

Wanita dan Lelaki

Wahai lelaki, 
Ketika kau ingin menikahi wanita, ingatlah ini. Wanita ini ada cantik wajahnya, hebat keturunannya, berharta dirinya, dan indah agamanya. Pilihlah yang terakhir, nescaya kau menerima kesemuanya.

Wahai wanita, 
Jika ada lelaki melamarmu, lihatlah pada agama dan akhlaknya. Jika tiada kedua sifat itu, kau berhak menolak.







Siapa kata wanita tiada pilihan dalam Islam?

Tuesday, May 4, 2010

Ingat!

Orang yang bersabar dengan kerenah masyarakat adalah lebih baik dari orang yang bersendirian yang hanya mahu memikirkan keselematan dan ibadah dirinya sendiri sahaja. Kalau bala diturunkan, orang-orang beginilah akan kena dahulu.

Siapa kata selamat dengan tidak bermasyarakat? Kau, fikir-fikirkanlah!

---
Maaf ya. Saya menghilangkan diri seketika dari mata kamu. Ketika saya menulis ini, saya sedang berfikir, adakah saya masih hidup saat entry ini dipublishkan?

Ya Allah. Selamatkanlah aku dari seksa kubur, perit padang mahsyar dan azab neraka. Selamatkan kami. Selamatkanlah.

Monday, May 3, 2010

Atas dan Bawah

Aku hanya selalu berada di bawah. Jarang benar aku berada di atas. Eh. Tipu. Memang tak pernah! Apa eh perasaan jadi orang busy sampai nak-cakap-dengan-aku-sila-buat-appointment?

Aku selalu wonder orang sibuk sangat ni dia punya perasaan macam mana eh bila tengok kartun? Eh, dia ada masa ke nak tengok kartun? Nak minum air pun kena catu masa, apatah lagi nak berfoya-foya.

Kalau jadi orang besar-besar, seronok dia bila ada majlis dapat duduk kerusi VIP. Kalau ada makan makan, semua orang serve. Kalau kena rasmi, akan diteman sampai atas pentas. Itu belum kira rasa comel atas stage bila gimik bermula.

Tapi, aku fikir juga, kalau selalu dijemput yang kalau kau tolak adalah satu kesedihan bagi orang lain, maka macam wajib dipenuhilah kan? Aku tak tahu kenapa aku terfikir ni, tapi inilah yang aku fikir bila jadi orang sibuk; keluarga macam mana eh?





Pesanan Besar: Sibuk tak apa. Jangan sibuk sangat sampai nak solat pun, eh! Nanti! I busy!

Sunday, May 2, 2010

Bila Saya Besar Nanti

Bila saya besar nanti saya mahu menjadi detektif, polis, wartawan, wartawan, wartawan, penerbit. Tapi sekarang saya dah besar, saya di sini. Menghabiskan jalan pelajaran menjadi seorang yang membantu orang.

Bila saya besar nanti saya mahu menjadi orang yang berjalan dengan penuh semangat setiap hari. Tapi sekarang saya dah besar, saya selalu jatuh bahkan lebih lembik dari seorang kanak-kanak berjalan rebah.

Bila saya besar nanti, saya mahu menjadi orang yang ada meja pejabat sendiri. Orang yang berjalan dengan elegan. Tapi sekarang saya dah besar, saya lebih selesa kalaulah boleh masuk pejabat dengan T-shirt dan jeans.

Bila saya besar nanti saya akan bebas buat keputusan. Ayah tak payah suruh itu, mak tak perlu suruh ini. Tapi, sekarang saya dah besar, saya rindu hidup saya yang disusun satu-satu.

Bila saya besar nanti saya akan duduk jauh dengan mak ayah saya. Saya tak payah dengar mak saya paksa bangun pagi, paksa sapu rumah, membebel kemas dapur, marah bilik berterabur. Saya tak perlu dengar ayah saya naik angin saya lambat cari barang, tak payah sakit hati ayah ajar cara sapu rumah itu ini. Tapi, bila saya dah besar, saya tahu banyak saya tak tahu dan saya kena cari sendiri jawapan yang saya tak tahu itu. 

Bila saya besar nanti, saya akan masuk universiti. Tapi sekarang saya dah besar, sekolah rendah lebih bahagia.

Bila saya besar nanti, saya nampak yang gembira semuanya. Tapi, sekarang saya dah besar, saya tahu tak semuanya sempurna.

Bila saya besar nanti, saya akan ada kerjaya, ada kereta, ada segalanya. Tapi, sekarang saya dah besar saya takut. Saya membesar menambah tua dan ibu bapa saya semakin berusia.

---
Saya menonton video sukarnya ibu bersalin di rumah Prof Din tadi. Saya teringatkan emak saya. Saya terkenangkan saat setiap malam saya diserang asthma. Emak akan pastikan saya tidak mengambil ais, satu rumah berpuasa buah dan aiskrim. Emak akan pastikan saya mandi dengan hanya air panas. Emak akan pastikan saya berstokin tebal. Emak, dalam saya berpura-pura tidur akan sapukan minyak angin pada dada supaya saya tidur selesa.

Ayah akan angkat saya tidur dalam ribanya. Bila subuh, dengan nafas saya berbunyi dan dada berombak, ayah akan mengaji pada saya setiap kali usai solat. Saya rindu. Saya rindu. Saya rindu.

Saya menonton video anak yang dipeluk erat ibu dan ayah. Keluarga saya pelik. Saya atau kami tak diajar dipeluk atau memeluk. Tapi, bila saya tengok video tadi, saya sedar saya sangat lembut hati bila melibatkan orang bernama ibu ayah walaupun ayah saya pernah mengadu dengan emak saya dia risaukan saya. Dia risaukan saya kerana saya tak reti kalah, tak reti mengalah tak reti beralah. Keras.

Lepas tengok video tadi, baru saya tahu saya sebenarnya harap dapat berada dalam pelukan emak ayah saya. Sekurang-kurangnya sekali. Oh, fragilenya hati.

Lepas tengok video tu, saya tanam dalam hati. Bila saya ada anak, saya mahu jadi ibu dan kawan anak saya. Saya mahu memeluk mereka setiap pagi. Saya mahu setiap malam mendengar semua cerita seharian mereka sehinggalah mereka tertidur. Saya mahu mereka pelbagai mainan agar mereka tidak bosan. Saya mahu lakukan semua benda yang seorang ibu buat untuk anak mereka rasa selamat.

Kalaulah masa berhenti seketika. Saya akan peluk mak ayah saya tanpa mereka sedar. 



Ya. Saya menulis menulis dengan air mata sekarang!

Saturday, May 1, 2010

Kalau Ada

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi!


Kalau tak nak jumpa boleh? Sakitlah!