Sunday, February 17, 2013

Janji

And this very moment, I promise to try to keep my mouth shut from and about not-so-helpful person.

I'm trying. I want to have myself back. That's all I want... for now.

Thursday, February 14, 2013

Tiada

Bilang saja aku tiada berilmu, bijak apatah sempurna.
Namun jangan kau tuduh aku tidak mencuba,
Tiada usaha.

Engkau tidak berada dalam kasutku.
Dan aku tiada ingin berada dalam situasimu.

Wednesday, February 13, 2013

Tolong Ingatkan Aku

Kalau aku buat silap,
Mohon tunjuk tegur ajarkan.

Bukan kata aku.
Bukan hina aku.

Bodoh itu aku punya.
Bijak itu Allah kurnia.

Aku ingin kurnia itu.
Maka aku usaha satu satu.

Jangan kata aku.
Jangan hina aku.

Aku janji aku ajar dan ajari.
Aku janji tanpa hina dan caci.

Aku janji selagi kau pun janji.

Tuesday, February 12, 2013

Bila Aku Kata

Aku dapat mimpi. Mimpi aneh aneh.
Aku jadi sangsi, aku banyak fikir atau syaitan datang jampi.
Aku tanya diri, sini ke mahu aku berhenti?
Aku tahu apa aku mahu, dan jawapanya belum lagi.

Bila aku cakap hati aku hati besi.
Tolonglah percaya itu.
Sebelum aku tunjuk bukti.
Sebelum engkau sakit hati.

Monday, February 4, 2013

Jatuh

Dalam dunia ni ada berpuluh juta ratus trilionmilionbilion manusia. Dalam banyak banyak tu, ada sebahagian manusia datang dan pergi, datang dan sementara, datang dan kekal.

Itu namanya kawan. Yang akhir.

Yang bila kau makan dia tak makan maka dia belajar. Yang bila dia pakai, kau tak pakai dan dia terima.

Yang bila kau nangis dia tak pilih mengalir air mata tapi membuat kau ketawa.

Itu sahabat.

Dia tak terima kau seadanya tapi dia belajar ikut rentak dan mencuba merubah irama agar sempurna tanpa sengketa.

Itu nyawa.

Aku?

Entah.

Belum sampai ke tahap itu. Bila aku mahu sunyi, aku berlari menyendiri. Bila tiba aku kembali, sekelip mata aku di sini.

Ya. Aku belum mulia bahkan tak pernah akan.

---




Sebenar benarnya aku tak tau nak tulis apa maka aku putuskan ini malam berjiwang.

Psiko.